Monday, October 22, 2012

Panas! Penemuan Audit Lemah, SUK & PAS Berbalah, Di Mana MB Kedah?

Kita sedia maklum bahawa Laporan Audit 2011 Negeri Kedah memaparkan penemuan yang amat mengejutkan.

Antara penemuan paling 'hebat' ialah bagaimana 5 kontraktor perumahan yang tidak berdaftar dan dimiliki oleh individu yang mempunyai talian kekeluargaan boleh dilantik, yang mana rekod kewangan bagi kerja-kerja yang dilakukan mereka pula adalah tidak lengkap, meragukan serta tidak tepat, di mana dikhuatiri terdapat penyelewengan apabila menunjukkan tuntutan berulang manakala sebahagian daripada tuntutan tersebut pula menunjukkan kerja bagi rumah-rumah yang tidak wujud.

Kerajaan negeri juga ternyata hilang kawalan apabila beberapa projek yang berisiko tinggi seperti Projek 99 East di Langkawi yang kerugian kerana cuai akibat melanggar perjanjian serta Projek Pembalakan Dan Perladangan Di Papua New Guinea yang telah diteruskan tanpa pemantauan sehingga membolehkan seorang Pengarah Urusan membuat pinjaman puluhan juta USD dari syarikat luar negara tanpa perjanjian pinjaman yang lengkap serta tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Malah, kerajaan negeri juga telah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan Islam sehinggakan Jawatankuasa Pemberian Sijil Halal telah tidak bermesyuarat langsung dalam tahun 2011 dan semua sijil halal yang dikeluarkan telah diluluskan oleh Yang DiPertua tanpa dibentangkan kepada Jawatankuasa sepertimana prosedur yang ditetapkan.

Walaubagaimanapun, penemuan audit ini adalah tidak sepatutnya mengejutkan jika kita mengambil kira pentadbiran Kedah yang dilanda ribut sepanjang masa dengan percakaran sesama sendiri, dan antara satu pihak dengan yang lain di kalangan pemimpin parti dan juga pegawai kerajaan negeri.

Umum sedia maklum bagaimana pentadbiran PAS Kedah tidak pernah aman dengan perbalahan terbuka pemimpin-pemimpinnya akibat tamak dan gila kuasa. Apatah lagi dengan PRU yang semakin hampir menyebabkan ramai di antara mereka menjadi tidak keruan kerana ingin memastikan kepentingan masing-masing terjaga.

Utusan Malaysia baru-baru ini pula mendedahkan bagaimana PAS menekan Setiausaha Kerajaan, Datuk Rasli Bin Basir yang dituduh sebagai cenderung kepada UMNO. Semuanya bermula dari keputusan beliau untuk menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol pula, terkenal dengan kecenderungannya terhadap parti PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi. Keterujaan beliau apabila PAS berjaya merampas Kedah bukanlah rahsia, malah beliau juga sering mengadakan berbagai majlis atau program bersama PAS.

Ahmad Fisol merasakan yang jawatan SUK adalah lebih sesuai bagi dirinya memandangkan 'kesetiaannya' kepada PAS. Justeru, pengaruh beliau di dalam PAS digunakan sepenuhnya untuk menekan Datuk Rasli.

Datuk Rasli telah berkhidmat dengan kerajaan negeri Kedah sejak tahun 1976 sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kota Setar. Dengan latarbelakang pendidikan dari Universiti Malaya dan juga Ohio University, Athens Amerika Syarikat, beliau mendaki tangga kerjaya sehingga ke puncak dengan meraih pengalaman dalam perkhidmatan kerajaan dalam berbagai bidang. Beliau pernah menjadi Pegawai Daerah, Pegawai Projek, Pengarah Projek, Pentadbir Tanah, Pegawai Kewangan sehinggalah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah pada 2006 dan seterusnya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

Oleh itu, kecekapan dan kesetiaan beliau terhadap negeri Kedah tidak wajar dipertikaikan lagi. Beliau adalah seorang pegawai yang bertanggungjawab dan professional serta cukup arif untuk tidak mencampur-adukkan politik dengan pentadbiran.

Dan mungkin inilah punca utama masalah PAS dengan beliau iaitu tidak mengambil-kira kepentingan mana-mana parti politik, termasuk PAS dalam membuat keputusan.

Dengan begitu banyak masalah dan kelemahan PAS Kedah yang terdedah melalui Laporan Audit, perkara terakhir yang diperlukan oleh negeri itu ialah percakaran antara pentadbir dan pemimpin politik. Namun, nampaknya masalah percakaran ini mengambil tempat yang jauh lebih penting dari penemuan audit, seperti projek-projek terbengkalai dan perbelanjaan tidak masuk akal yang jelas berpunca dari pengurusan jabatan-jabatan yang lemah, korup, serta mengamalkan kronisme yang ketara.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak juga nampaknya tidak berminat memberi sebarang reaksi mengenai Laporan Audit Kedah yang mengejutkan itu. Sebaliknya, dikhabarkan turut memberi sokongan kepada Ahmad Fisol untuk terus menekan Datuk Rasli.

Jelas bahawa PAS lebih mementingkan politik dari rakyat iaitu lebih berminat dengan 'siapa' yang memegang jawatan apa daripada 'apa yang berlaku'. Walaupun terbukti kelemahan yang ketara dalam pengurusan kewangan negeri, masih tiada kenyataan tegas dari kepimpinan tertinggi negeri untuk menanganinya.

Perlu diingatkan bahawa penemuan audit merekodkan lebihan kewangan 2011 berjumlah hanya RM2 juta lebih iaitu pengurangan lebih RM20 juta dalam masa satu tahun sahaja dengan projek-projek 'hebat' tetapi mencatatkan kerugian-kerugian yang tidak masuk akal dari segi alasan dan juga jumlahnya.

Justeru, jika sikap seperti ini diteruskan, bayangkan apakah yang akan terjadi kepada negeri ini jika dipegang oleh PAS selama sepenggal lagi, atau setahun sahaja lagi?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Air Atau Lebuhraya, Mana Lebih Penting?

Jika anda diminta memilih antara bekalan air bersih dengan projek lebuhraya, mana satu menjadi pilihan anda? Tentu ramai yang memilih air, kerana ia sumber asas kehidupan.

Namun demikian, di Kelantan pelik dek kerana tatkala masalah air belum dapat diselesaikan walaupun sudah mendapat pinjaman RM609 juta dari Kerajaan Barisan Nasional, tapi lebuhraya juga yang dikejarnya sambil mengutip derma dari rakyat.

Ura-ura Kerajaan PAS Kelantan untuk membina sendiri Lebuhraya Rakyat yang kosnya mencecah RM1.8 bilion sudah kedengaran sejak Ogos tahun lepas lagi, namun hingga kini bayang lebuhraya tak juga kelihatan. Kebetulannya tika itu hangat dengan spekulasi pilihan akan berlangsung pada November 2011.

Hampir setahun berlalu, tiba-tiba muncul khabar mengatakan akan berlangsung majlis pecah tanah pada bulan Mei 2012.

Akhirnya pada 28 Mei 2012 majlis pecah tanah secara rasminya dilaksanakan oleh Menteri Besar Kelan tan, Nik Aziz Nik Mat.

Sekali lagi kebetulannya, majlis pecah tanah tersebut dilangsungkan tatkala waktu itu sedang hangat dengan spekulasi pembubaran parlimen dan pilihanraya umum yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan Jun atau selewatnya bulan Julai 2012.

Selepas majlis pecah tanah hingga kini, duit derma yang diterima untuk pembinaan lebuhraya pilihanraya itu khabarnya dah mencecah angka sejuta ringgit, entah berapa tahun lagi nak tunggu jumlah derma mencecah angka RM1,800 juta tak tahulah.

Bulan Jun akhirnya berlalu tanpa sebarang pembubaran parlimen, masuk bulan Julai, tiba-tiba khalayak umum dikejutkan dengan pengakuan Husam Musa semasa Sidang DUN Kelantan bahawa projek lebuhraya yang diwar-warkan olehnya sebelum ini rupanya belum mendapat kelulusan Mesyuarat Exco.

Parah. Majlis pecah tanah dah buat, duit derma dah beratus ribu dikumpulkan dari orang ramai, alih-alih projek lebuhraya tersebut belumpun diluluskan oleh kerajaan negeri.

Barangkali untuk cover line, maka Husam mendesak Mesyuarat Exco segera meluluskan projek tersebut sambil memberi jaminan lebuhraya tersebut akan segera dilaksanakan sebaik saja diluluskan.

Untuk tambah perisa, Husam mendakwa sudah ada 4 jentera di dalam hutan sedang buat pengukuran. Entah apa yang diukurnya sama ada ukur lilit kayu balak dan luas kawasan konsesinya atau mungkin juga ukur luas tanah untuk siapa pula nak dipindah milik tanah tersebut. Agaknyalah.

Risau juga takut terjadi macam kes projek di Lembah Sireh, tak pasal-pasal syarikat swasta dapat tanah seluas 716.8 ekar bernilai RM318.29 juta tanpa perlu menyiapkan sepenuhnya segala projek infrastruktur yang dijanjikan.

Tanggal 4 Julai 2012 akhirnya projek lebuhraya rakyat diluluskan. Ikut pada jaminan Husam, patutnya pembinaan sudah bermula setidak-tidaknya seminggu selepas itu Malangnya semenjak tarikh tersebut, sudah terlampau jarang lagi untuk kedengaran sebarang berita berkenaannya.

Masih sedang mengukur tanah agaknya sambil mengira berapa besar jumlah komisyen yang bakal diperolehi.

Hampir 3 bulan berlalu, semasa Sidang DUN Kelantan yang berakhir Rabu lepas pula, Husam selaku exco kanan negeri tiba-tiba sahaja memberitahu umum kononnya pembinaan lebuhraya pilihanraya itu akan bermula selepas musim tengkujuh sama ada selepas bulan November atau Disember tahun ini katanya.

Mentang-mentang timbul spekulasi pilihanraya umum akan berlangsung pada bulan Januari 2013, terus saja Husam akan muncul memberi jaminan baru.

Memandangkan projek lebuhraya pilihanraya ini banyak sangat flip-flopnya yang bermotifkan politik untuk menarik perhatian ramai, kita sarankan pada Husam untuk manfaatkan saja duit derma yang dah dikumpul itu untuk tambah baik khidmat bekalan air bersih di Kelantan.

Kalau dibiarkan lama begitu sahaja duit derma tersebut, bimbang pula kalau-kalau nanti jadi macam duit pelaburan Kohilal yang lesap entah ke mana.

Lagipun antara bekalan air dan lebuhraya, walau kedua-duanya penting, namun khalayak umum tahu diantara kedua-duanya ada yang jauh lebih penting.

Hatta kambing jamnapari sekalipun akan mati kehausan sekiranya menghadapi masalah mendapatkan bekalan air, tambah-tambah pula setiap hari empat lima kali terpaksa pula membuang keluar air dari badannya.

Bila kita sebut kambing jamnapari, tentu Husam akan lebih mudah untuk mengetahui mana satu diantara kedua-dua projek tersebut yang memiliki prioritinya. Lagipun, bukankah Husam dan jamnapari berpisah tiada sejak dulu, Tak gitu?

Fuziah Penipu: Strategi Awal Untuk Tolak Keputusan PRU


Kalau tidak menipu, bukan Pakatan Rakyatlah namanya. Hidup mati PR sememangnya bergantung kepada sehebat mana mereka menipu rakyat dengan menjual fitnah dan janji-janji kosong. Setakat ini, beberapa rangkaian PR telah beberapa kali kantoi menipu antaranya SUARAM dan BERSIH.

Penipuan SUARAM telah memaksa Cynthia Gabriel menelan kembali kahak hijau pekatnya dan menafikan adanya perbicaraan kes pembelian scorpene dan mengakui bahawa kisah sapina yang digembar-gemburkannya hanyalah pembohongan.

BERSIH pula telah membodohkan diri sendiri apabila si paria Ambiga Sreenavesan begitu teruja ingin mengampu Mat Salleh, mengkhianati negara sendiri dan menjual maruah diri dengan menyembah Australia memohon agar negara itu ‘menjajah’ Malaysia secara tak langsung, melalui campurtangan dalam proses PRU. Australia bagaimanapun menolak permintaan Ambiga atas alasan permohonan tersebut dibuat berdasarkan dakwaan yang tidak berasas setelah dibandingkan dengan fakta dan angka PRU yang lalu.

Namun, apakah PR serik setelah beberapa kali tertelan ludah dan ditampar dari berbagai sudut kerana penipuan terdedah? Tidak, sama sekali kerana tanpa menipu, apa lagi yang tinggal untuk parti itu?

Usaha untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan belakang perlu diteruskan bagi memastikan PR berkuasa. Memandangkan demonstrasi-demonstrasi yang dirancang menjadi pemangkin untuk mencetuskan pemberontakan ala Dataran Tahrir tidak berjaya, maka satu-satunya cara yang tinggal ialah dengan terus menerus menafikan bahawa pilihanraya adalah bersih dan adil dan seterusnya alasan untuk memberontak dan menggulingkan kerajaan melalui jalan belakang sekiranya keputusan PRU tidak menyebelahi mereka.

Untuk itu, Naib Presiden PKR Fuziah Salleh diberi peranan penting untuk meneruskan penipuan konon terdapat kelemahan dan ketidaktelusan yang serius dalam proses pendaftaran undi. SPR dijadikan ‘punching bag’ dan dibelasah tanpa henti bagi memastikan penipuan terus hidup dan ‘berkembang biak’.

Maka kisah seperti Hasmidah Surahbil bernombor kad pengenalan 820315-12-6446 yang kononnya pemegang IC sementara tetapi telah disenaraikan sebagai pengundi oleh SPR pun dicanang di dalam media-media PR. Untuk pengetahuan, Hasmidah bukan orang pertama yang namanya dipolitikkan oleh PR. Sebelum ini, beberapa orang lain telah turut dipergunakan sebagai alat untuk memburukkan SPR dan kerajaan.

Namun, SPR hari ini membuat penjelasan bahawa Hasmidah telah memohon kewarganegaraan pada tahun 2002. Permohonan tersebut telah diluluskan pada tahun 2007 dan beliau telah pun menerima Mykad yang sah.

Apa yang mengejutkan atau mungkin sebenarnya tidak mengejutkan dari kes Hasmidah ini ialah, berdasarkan borang pendaftaran pemilih Hasmidah, terbukti bahawa pendaftarannya dibuat oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.

Jelas, Fuziah telah keterlaluan sehingga sanggup menggunakan strategi paling licik dan tersangat jahat hanya untuk memastikan partinya berkuasa.

PR tidak serik melakukan penipuan sebegini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada sikap penyokong-penyokong mereka yang taksub dan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dan fakta yang dibentangkan oleh SPR atau kerajaan. Oleh itu, kita tidak hairan walaupun beberapa kali terkantoi, mereka akan tetap tega menipu dan terus menipu.

Antara penipuan lain ialah kononnya terdapat 63 kes MyKad dengan kod luar negara di DUN Gombak Setia dan kemudiannya setelah disemak, didapati lebih separuh daripada yang terlibat adalah juga didaftar oleh Penolong Pendaftar Pemilih, wakil politik dari parti Pakatan Rakyat.

Justeru, apakah ertinya dakwaan dan tindakan PR membangkitkan keraguan terhadap pemilih yang mereka sendiri daftarkan?

Sistem pilihanraya di Malaysia menyaratkan agar SPR menyemak semua nama pemohon dengan JPN dan disahkan sebagai warganegara sebelum didaftarkan sebagai pemilih. Sekiranya ada kemusykilan atau kesalahan, maka aduan serta bantahan perlu dibuat agar pembetulan dapat dilakukan.

Benar, sistem ini tidak mampu memastikan 100% kesempurnaan dalam proses pendaftaran undi. Kerana itulah setiap wakil parti politik perlu berada di tempat pengundian untuk memantau proses pengundian sehingga selesai. Jika terdapat keraguan, maka bantahan atau tindakan boleh dilakukan secara langsung, pada dan ketika yang sama.

Justeru, adalah tidak wajar bagi PR untuk terus merancang bantahan terhadap keputusan pilihanraya sekiranya ia tidak menyebelahi mereka kerana mereka punya banyak masa untuk membantu SPR memastikan pengundian dijalankan dengan bersih dan adil.

Dengan maklumat ini, rakyat tidak harus terpedaya dengan penipuan PR terutamanya sekiranya parti tersebut tetap menyalahkan SPR apabila keputusan PRU tidak menyebelahi mereka. Percayalah, ini adalah perancangan yang telah disusun sejak awal untuk membolehkan mereka mengambil alih kuasa walaupun kalah dalam pilihanraya.

Pemuda MCA Tegur Pasangan Blog Seks

Gambar dari Gutter Uncensored

Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong hari ini berkata sayap tersebut menolak sikap sebuah pasangan muda Malaysia dibelakang blog seks yang gempar baru-baru ini.

Wee berkata, Alvin Tan dan Vivian Lee tidak seharusnya menunjukkan hubungan peribadi mereka di Internet semata-mata mahu mendapat perhatian kerana budaya Malaysia ini yang konservatif.

“Mereka tidak seharusnya menggunakan platform ini untuk jadi popular, atau menjadi pelakon video lucah.

“Ini bukan caranya untuk mendidik masyarakat muda,” katanya apabila ditemuramah pada perhimpunan agung Pemuda MCA hari ini.

Wee berkata, hak kebebasan individu ada hadnya, terutamanya dalam negara ini yang menolak keterbukaan dalam hal ehwal seksual.

Beliau berkata Lee dan Tan seharusnya berfikir kesan tindakan mereka memuatnaik gambar dan video lucah mereka.

Di dalam blog lucah mereka, Lee, 23, dan kekasihnya Alvin Tan Jye Yee, 24 telah meletakkan video dan gambar lucah mereka ketika melakukan hubungan seksual.

Blog tersebut telah ditutup oleh pasangan terbabit, cuma meninggalkan beberapa tulisan dari 20 September hingga 15 Oktober, tetapi gambar dan video tersebut telah disiarkan di Gutter Uncensored.

Wee bagaimanapun enggan untuk mengulas apabila ditanya apakah tindakan yang harus diambil, sebaliknya hanya berkata orang lain tidak perlu mengikuti mereka.

“Itu bukan kami untuk memberi hukuman, sebaliknya terpulang kepada kerajaan.

“Saya cuma berharap pelajar lain tidak mengikuti mereka,” katanya lagi.

Tan, pelajar undang-undang yang menerima biasiswa dari ASEAN, bakal diberhentikan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan biasiswanya akan ditarik selepas insiden tersebut, menyebabkan beliau dan kekasihnya menerima tumpuan dari media.-TMI

Mahkamah Tolak Permohonan Mat Sabu Ketepi Pertuduhan



Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Isnin menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya yang membuat tohmahan memburukkan nama baik 25 anggota polis serta keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini.

Hakim Mohd Amin Firdaus Abdullah yang membuat keputusan itu juga mengarahkan agar perbicaraan yang sedang berlangsung di Mahkamah Sesyen terhadap Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, diteruskan.

Bagaimanapun, tarikh baru bagi menyambung perbicaraan kes itu masih belum ditetapkan lagi. Penolakan permohonan itu juga adalah kali kedua selepas Mahkamah yang sama menolak permohonan Mat Sabu, pada Februari lepas,

Mat Sabu, 57, didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011 – Bernama

Sunday, October 21, 2012

Tan Sri Annuar Musa, Tulang Belakang The Red Warriors


Digelar Bapa Pembangunan Bola Sepak Kelantan oleh penyokong The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa bukan sekadar memartabatkan bola sepak Kelantan malahan layak untuk diiktiraf sebagai pelopor pengurusan bola sepak moden negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Sumbangan beliau bukan sekadar menaikkan imej bola sepak Kelantan di peringkat negeri tetapi juga berjaya menggilap bintang-bintang sukan tersebut ke peringkat kebangsaan.

Untuk menjadi juara mungkin bergantung kepada nasib tetapi rekod mengekalkan pencapaian sebagai Juara Piala FA berturut-turut bukanlah satu kebetulan. Gandingan pemain yang berdedikasi serta pengurusan yang cekap pastinya resepi yang merencah kejayaan The Red Warriors.

Antara pencapaian signifikan beliau di dalam menguruskan kumpulan bola sepak adalah :

1) Kejayaannya membawa masuk penajaan syarikat penyiaran swasta bernilai RM120 juta ke dalam FAM telah memicu transformasi pakej tajaan Liga Malaysia apabila merancakkan penyertaan badan korporat ke dalam arena sukan bola sepak tempatan.

2) Beliau terkenal sebagai orang yang memulakan penjenamaan identiti kepada setiap pasukan liga sebagai contoh, Kelantan-Happy, Terengganu-Top IT, Kedah-PKNK, Selangor-MBI, Sarawak-NAIM, Johor FC-Kulim, Lions-StarHub, Pahang-The ZON.

3) Berjaya mengubah sistem ganjaran Liga Malaysia khasnya Liga Super dengan memberikan ganjaran hadiah kemenangan mengikut ranking liga fasa pertama dan fasa kedua berbanding sistem terdahulu yang hanya memberi ganjaran kepada juara, naib juara dan ketiga sahaja. Ini bukan sahaja memberikan penghargaan kepada pasukan yang bertanding, sebaliknya turut bertindak sebagai perangsang kepada pemain untuk menjadikan sai­ngan lebih rancak dengan memburu kedudukan terbaik walaupun sedar hasrat berada di kedudukan tiga teratas sudahpun tertutup.

4) Memangkin kerancakan saingan liga tempatan menggunakan kapasiti berdasarkan porfolio yang dipertanggungjawabkan kepadanya demi perkembangan dan kebai­kan bola sepak negara.

Pasukan Kelantan meraih kejuaraan treble musim ini setelah menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), 3-2 dalam aksi final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam, malam tadi.