Saturday, November 3, 2012

Selangor: Penduduk Berang 3 Kali Banjir Dalam Sebulan


Sepanjang Oktober lalu, sebanyak tiga kali penduduk di sekitar Kampung Johan Setia di sini berhadapan dengan masalah banjir.

Kejadian terbaharu berlaku malam tadi yang menyaksikan lebih 250 buah rumah yang dihuni kira-kira 1,500 penduduk kampung tersebut, Kampung Baru Johan Setia dan Kampung Jalan Kebun dinaiki air setinggi kira-kira satu meter.

Ekoran keadaan itu, penduduk yang sudah hilang sabar keluar berdemontrasi kerana masalah banjir di kawasan itu sudah berlarutan sejak lima tahun lalu.

Banjir didakwa berlaku ekoran kewujudan kelodak terkumpul di tepi Lebuh Raya Shah Alam (LSA), berdekatan kampung berkenaan, sehingga menghalang aliran air. Masalah itu memburuk pada musim hujan sekarang.

Penduduk menggesa agar syarikat konsesi lebuh raya itu, Kesas Sdn. Bhd. (Kesas) mengambil tindakan segera menyedut kelodak berkenaan bagi mengelakkan banjir melanda kawasan perkampungan tersebut lagi.

Pengerusi Penduduk Kampung Baru Jalan Kebun, Samad Basiran mendakwa, penduduk menilaikan masing-masing rugi sebanyak RM2,000 setiap kali banjir melanda.

"Kami berharap pihak pengurusan Kesas dapat menyenggara lebuh raya mereka dengan baik dan menyelesaikan segera masalah banjir yang berpunca daripada kelodak dari lebuh raya itu.

"Penduduk juga kesal dengan sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud yang langsung tidak mengambil berat dan melakukan inisiatif untuk menangani masalah ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan demonstrasi aman di Kampung Jalan Kebun di sini hari ini.

Demonstrasi oleh penduduk untuk menggesa pihak bertanggungjawab membantu mengatasi masalahtersebut.

Samad berkata, pihaknya juga ada menghantar surat kepada pihak pengurusan Kesas dan mereka ada menghantar pegawai untuk membuat pemantauan tetapi penduduk kesal kerana tiada sebarang tindakan diambil.

"Saya mohon agar pihak berkenaan tampil serta mengambil tindakan secepat mungkin kerana kejadian ini sebenarnya boleh ditangani dengan baik," katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Penduduk Jalan Kebun, Buang Basir pula berkata, sepanjang kejadian banjir itu hanya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sahaja yang membantu menangani masalah tersebut.

"Dua bulan lepas, JPS ada datang mengambil tindakan tetapi Kesas dan wakil rakyat langsung tidak tampil membantu penduduk yang berhadapan dengan masalah ini.

"Sepatutnya kejadian banjir ini boleh ditangani dengan segera jika pihak bertanggungjawab menyedut kelodak itu, dan penduduk tidak akan berhadapan dengan masalah seperti ini," katanya.

Gambar Majlis Pernikahan Farid Kamil & Diana Danielle


Hai... melepas abang... tak pe lah, walaupun abang tak dapat memiliki Diana Danielle... dapat tengok Diana nikah pun jadilah... Tahniah Farid! Huaaaa!

Pasangan pelakon Farid Kamil, 31, dan Diana Danielle, 21, telah selamat disatukan sebagai suami isteri dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Hotel Flamingo di sini pada pukul 9.12 pagi ini.

Farid menyediakan lima dulang hantaran termasuk mas kahwin RM10,000 dan wang hantaran RM10,000 nilai emas, manakala Diana membalas dengan tujuh dulang.

Dihadiri kira-kira 300 tetamu dalam kalangan kaum keluarga dan rakan, pasangan itu disatukan dengan hanya sekali lafaz oleh Pegawai Tadbir Agama dan Pendaftar Kanan Daerah Gombak, Daim Jajuli.








Nak tengok gambar lagi klik kat sini...

Friday, November 2, 2012

Anwar Mengamuk Rafizi Guna Gambar Dan Video Sebagai Bahan Bukti Untuk Jatuhkan Nazri!


Seronok juga tengok pemimpin  PKR bermain dengan video.Apa lagi Pengarah Stratejiknya sendiri Rafizi Ramli.

Apa agaknya perasaan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang melihat orang kanan dalam pakatan sendiri boleh bikin beliau malu kerana cuba bawa ketengah video sebagai bahan bukti.

Ingat lagi kes dakwaan video libatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan China Doll.

Haji Hadi dengan lantang iystihar di Muktamar PAS video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bahan bukti.

Itu bab depa.

Ini bab nak kenakan orang Barisan Nasional yakni Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz bukan main bersusah payah Rafizi dan gengnya menayangkan tujuh segmen video di sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya Jumaat.


Video tujuh segmen itu adalah untuk membuktikan anak Nazri iaitu Nadim mengunakan SUV mewah jenis Hummer milik seorang tauke balak,Micheal Chia yang dikaitkan dalam sumbangan RM40 juta pada UMNO Sabah.

Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib  Tun Razak sudah jelaskan sumbangan politik itu diterima menerusi saluran betul.Malah katanya sumbangan politik adalah hal biasa dalam politik.

Beliau memberitahu pihak pembangkang pun ada terima sumbangan politik.

Sekalipun Nazri sudah jelaskan dalam sidang Dewan Rakyat siasatan  pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  dapati tiada unsur rasuah dalam pemberian sumbangan politik itu namun PKR tidak puashati.

Mereka cuba hendak gambarkan Micheal Chia dibersihkan kerana Nazri dengannya ada apa-apa.

Hairannya dalam kes video seks semua mereka membisu macam batu kecut dan senang-senang terima bila Anwar buat penafian kosong kata lelaki yang belasah China Doll itu bukan dia.

Semua orang tengok bukti kukuh iaitu video itu dan juga CCTV orang berwajah Anwar sedang naik turun lif apartmen bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah.

Dan...Haji Hadi keluar 'fatwa' video besi tidak boleh jadi bukti.



Rafizi yang berlagak hero kerana merasa dialah yang berjaya jatuhkan Datuk Seri Shahrizat Jalil sebagai menteri dalam isu NFC nampak macam tidak seronok bila wartawan Agendadaily persoalkan bukahkah Haji Hadi sudah kata video tidak boleh jadi bukti.

Soalan ini ditujukan kepadanya semasa soal jawab selepas dia menayangkan video tujuh segmen mengenai isu Hummer.

Tahu apa jawab hero PKR ini : "Tanyalah Haji Hadi".

Orang PAS kenalah tafsir apa maksud jawapan Rafizi itu mengenai kenyataan bos mereka.

Apapun [I]moral of the story[/I] di sini senang saja : aku boleh...hang tak boleh.

Rafizi juga nampak tidak begitu seronok bila wartawan Agendadaily kata tidak nampak pun wajah anak Nazri dalam semua segmen video yang ditayangkan itu.

Soalnya bagaimana hendak main tuduh-tuduh jika orangnya sendiri tidak nampak dalam video itu.

Sebagai jalan selamat Rafizi menyerahkan kepada wartawan membuat tafsiran sendiri.

Baginya dia tetap mempertahankan Nazri ada konflik kepentingan dalam isu Micheal Chia kerana anaknya guna kereta Hummer itu.

Katanya dia akan membuat laporan kepada SPRM Isnin.

Ewah...Rafizi pun mendesak agar Nazri ikut jejak Shahrizat bercuti dari jawatan menteri sehingga siasatan SPRM selesai.

Dalam kes Anwar...pakatan pembangkang siasat pun tidak...suruh cuti pun tidak...dan bebas bersiul ke sana kemari sedangkan dakwaan video seks itu melibatkan kes moral yang sangat menjijikan.

Syok juga Rafizi persoal mengapa Micheal Chia dibersihkan dari dakwaan rasuah sedangkan pihak SPRM dan pihak penguatkuasa pencegahan rasuah Hong Kong (ICAC) tidak memberikan sebarang butir-butir kes itu.

Wang RM 40 juta itu disalurkan menerusi Hong Kong sebagai sumbangan politik kepada UMNO Sabah dan ICAC juga sudah bersihkan Micheal Chia.

Dalam kes video seks Anwar pakar luar negara sendiri sudah sahkan ia 99.9 peratus tulen.

Namun pembangkang buat pekak dan tak faham.- Agendadaily