Monday, November 12, 2012

Terhangat: Anne Ngasri Selamat Bertunang Dengan Ahli Politik


Terhangat di pasaran... Anne Ngasri telah bertunang dengan seorang ahli politik yang dikenali sebagai Mohd Sumali Reduan yang ketika ini merupakan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO.

Yang peliknya tah bila diaorang ni bercinta pun aku tak tau... owww senyap-senyap ya... Tak pe lepas ni boleh lah Sumali kenalkan rakan artis yang single dengan aku hehehe :D

Apa-apa pun, Anne akui pertunangannya hanya melibatkan ahli keluarga terdekat dan seluruh ahli keluarga merestui hubungannya bersama ahli potitik tersebut.


“Bagaimanapun, majlis pertunangan ini diadakan membabitkan ahli keluarga kami sahaja. Cukuplah orang tahu, saya sudah bergelar tunangan orang.”

“Kalau tiada aral, Disember 2012 ini menjadi pilihan kami untuk nikah.”

“Dia betul-betul ikhlas mengenali saya, keluarga pun suka dan kami sedang merencana ke peringkat seterusnya iaitu untuk mendirikan rumahtangga bersama-sama.”

“Dia bukan suami orang dan paling penting keluarga merestui hubungan ini,” ujar Anne mengenai majlis pertunangannya.

Majlis ini telah diadakan di kediaman keluarga Anne Ngasri sendiri di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Nurul Izzah Politikkan Akidah @HishammuddinH20


Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.

"Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu Umno dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

"Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka," katanya.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 Nov. - Bernama

Sunday, November 11, 2012

Nasharudin Bidas Pemimpin Tertinggi PAS!... Nurul Izzah Perlu Tarik Balik Kenyataan



Nurul Izzah perlu tarik balik kenyataannya.’’ Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhubung orang Melayu perlu diberi kebebasan memilih agama.

Nasharudin menegaskan bahawa kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa terdapat "tiada paksaan dalam agama" adalah sama seperti untuk memberi kebebasan beragama kepada Melayu Islam sebagai ayat yang dia memetik hanya boleh digunakan untuk bukan Islam.

"Apabila Allah telah memutuskan perkara iman, Syariah dan moral, kita (Islam) tidak mempunyai hak untuk memilih.

"Hak kami hanya untuk mendengar dan taat kerana ia dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran," katanya kepada hari Ahad edisi Utusan Malaysia dalam satu temu bual disiarkan hari ini.

Oleh itu, Nasharudin berkata Nurul Izzah mesti menjustifikasikan hujah jika dia kini dinafikan bahawa ia adalah sama seperti memberi kebebasan beragama kepada Melayu Islam.

Jika tidak, katanya, Nurul Izzah mesti menarik balik kenyataan beliau.

Menjawab kepada rakan-rakan pemimpin PAS yang telah dipertahankan Nurul Izzah, Nasharudin berkata mereka tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam.

Sebaliknya, Nasharudin menggesa kepimpinan tertinggi parti itu untuk membuat kenyataan terhadap isu Nurul Izzah ini kerana ahli parti tidak selesa dengan kata-kata beliau ..

"Mereka telah menunggu kepimpinan untuk membuat kenyataan tetapi sehingga kini tiada sebarang kenyataan dibuat," katanya.

Pemimpin PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas mengenai perkara itu.