Tuesday, November 27, 2012

Khairy: Generasi Muda Tidak Mudah Terpengaruh Dengan Anasir Luar #BNYKampus #UMB # PAU2012



Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin generasi muda di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar terutama pihak yang mahu menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang cukup kepada orang muda untuk menyampaikan pandangan termasuk menerusi anggotaParlimen.

"...zaman kerajaan tahu segalanya sudah kita tamatkan, kita 'engage' generasi muda selami jiwa mereka itu dan buat segalanya untuk mereka," katanya kepada Bernama, di sini.

Anggota Parlimen Rembau itu berkata hasil inisiatif kerajaan mendekati mereka, sokongan golongan muda kepada BN kini semakin kukuh.

Selain itu tegasnya proses demokrasi di negara ini juga lebih baik berbanding di beberapa negara yang menyaksikan rakyatnya bangkit menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata usaha kerajaan memperkasa generasi muda dapat dilihat menerusi Belanjawan 2013 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, antaranya menyediakan peruntukan khas bagi latihan kemahiran belia.

"Pindaan Akta Universiti Kolej (AUKU) yang membolehkan mahasiswa berpolitik juga merupakan antara usaha kita memperkasa generasi muda. Ada kata takut kampuskucar-kacir jika perkara ini dilaksana.

"Tetapi sudah lebih setahun pindaan ini terlaksana, tiada kucar-kacir yang berlaku malah suara mahasiswa semakin lantang berusaha memajukan negara.

Percayalah kepada kami, kami orang muda, mahu dan akan menjadikan negara ini yang terbaik di dunia," katanya. -Bernama






Sekitar Majlis Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA #PAU2012 #UMB

Bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia hari ini menganjurkan Majlis makan tengahari perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO 2012 & Pelancaran Kelab Penyokong BN IPTA di dewan Tun Razak 2.

Pelancaran BNY Kampus ini sebenarnya digeruni oleh puak pembangkang apabila melihat mahasiswa bersama BN!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 26, 2012

Perhimpunan Haram Di KL Menyusahkan Orang Ramai






Polis Diraja Malaysia (PDRM) kesal dengan tindakan penganjur Himpunan Hijau yang berarak dan berhimpun ke Dataran Merdeka hari ini, sehingga menyusahkan orang ramai apabila berlaku kesesakan teruk di ibu negara.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan penganjur berhimpun dan berarak ke Dataran Merdeka sebagai tanda protes terhadap Lynas Advanced Material Plant (LAMP) telah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut melanggar undang-undang kerana penganjur tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan dan berarak dengan membawa sepanduk serta baju sebagai tanda protes.

Note: Puak ahlul ni tak habis-habis nak menyusahkan orang! tak tahu ke orang lain nak pergi cari rezeki pagi-pagi sangkut dalam kesesakan jalan raya! tak boleh ke puak ahlul ni buat kerja yang berfaedah sikit!