Saturday, December 15, 2012

Pemimpin Utama PAS, PKR Tidak Hadir Kongres DAP...


Apa yang menarik di Kongres DAP Nasional ke 16 di Pulau Pinang pagi ini adalah tiadanya kelibat pemimpin utama PKR dan PAS ketika Setiausaha AGung DAP Lim Guan Eng memberikan ucaptama sebentar tadi.

PAS hanya hantar Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agung Datuk Mustapa Ali dan PKR hantar pemimpin negeri Datuk Mansor Othman yang sebelum ini dilaporkan bertelagah dengan Guan Eng dan Ketua Wanita Zuraidah Kamarudin.

Ketidakhadiran pemimpin utama PKR dan PAS dalam Kongres Nasional DAP sesuatu yang pelik apabila membayangkan inilah perhimpunan terakhir parti teras Cina itu sebelum pilihanraya umum ke 13 (PRU-13).

Kehadiran pada waktu-waktu penting begini adalah tanda soladiriti atau perpaduan di kalangan gabungan pembangkang itu.

Bagaimanapun, persoalan tersebut agak terungkai apabila mendengar ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari yang antara lain menuntut parti tersebut diberikan tambahan kerusi di Semenanjung dalam PRU-13.

Guan Eng nampaknya tidak lagi menggunakan saluran rasmi untuk berunding kerusi antara pembangkang sebaliknya menyuarakan secara terbuka di dalam perhimpunan parti.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu menuntut tambahan sekurang-kurangnya tiga kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN dalam PRU-13.
 
Pada masa sama, Guan Eng turut berazam untuk menarik lebih banyak sokongan daripada pengundi Melayu sambil menegaskan bahawa DAP mahu menjadi parti pilihan untuk semua.
 
Dalam ucaptamanya di Kongres DAP ke 16, Guan Eng berkata DAP patut diberikan kerusi tambahan sebagai imbuhan diatas kesetiaannya kepada pakatan pembangkang itu.
 
“Kami dibuktikan menjadi rakan tulus dan setia kepada PAS dan DAP. DAP berharap kesetiaan ini dibalas dengan membenarkan DAP bertanding lebih banyak kerusi…kita mensasarkan tambahan tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi DUN di Semenanjung. Sabah dan Sarawak akan merunding pengagihan kerusi sesama mereka,” kata beliau.
 
DAP kini mempunyai 28 kerusi parlimen dan 73 kerusi DUN. Kerusi-kerusi tambahan yang di minta oleh Guan Eng itu adalah untuk menguatkan imbangan kuasa parti itu dalam Pakatan Rakyat.
 
Menurut Guan Eng, DAP akan mengangkat dirinya sebagai “parti yang mempunyai dasar-dasar terbaik …dan mejadi pilihan semulajadi untuk semua rakyat Malaysia.”
 
Difahamkan bahawa kerusi-kerusi tambahan yang dituntut oleh Guan Eng adalah untuk membolehkan parti itu meletakkan calon-calon Melayu tanpa melepaskan kerusi untuk calon-calonnya yang berbangsa Cina dan India.
 
Hasrat parti itu untuk menampilkan calon-calon Melayu bagi menarik undi Melayu disambut suram oleh PKR dan PAS yang banyak bergantung kepada undi Melayu.
 
Guan Eng menegaskan DAP mahu menjadi parti pilihan untuk orang Melayu dan telah menyusun bebeberapa langkah untuk menjayakan matlamat itu.
 
“Kita mahu menjadi parti pilihan untuk orang Melayu, khususnya di Bandar supaya mereka menyertai dan mengundi kita. Kita telah menyediakan portal Roketkini.com dalam bahasa Malaysia.…dan menarik cendiakawan Melayu untuk menyertai kami,” kata beliau.
 
Bagaimanapun DAP menerima tamparan hebat beberapa bulan lalu apabila Naib Pengerusinya Tunku Aziz Ibrahim meletak jawatan selepas mendakwa parti itu tidak ikhlas memperjuangkan politik beretika.
 
Tunku Aziz juga mendakwa parti itu tidak serius dalam agenda untuk membela kaum itu atau pun untuk membanteras rasuah.-Agendadaily

Wednesday, December 5, 2012

Anak Muda Antara 16 Keluar Pas Sertai UMNO


KUALA NERANG - Sekumpulan anak muda adalah antara 16 anggota Pas Kampung Genting Palas dan Bendang Hilir di sini, yang bertindak keluar parti dan menyertai UMNO selePas kecewa dengan hala tuju Pas sekarang.

Mohd Shukri Che Dam, 23, berkata beliau menyertai Pas tiga tahun lePas, namun kecewa selePas mendapati perjuangan parti itu dipengaruhi pemimpin tertentu, bukan kehendak majoriti.

"Mereka (pemimpin pertengahan) takut sangat hendak kritik pemimpin atasan khususnya dalam soal pelaksanaan hukum hudud yang disanggah DAP.

"Kami golongan muda sangat kecewa dengan perkembangan ini dan sebab itu memilih UMNO yang lebih konsisten memperjuangkan Islam untuk meneruskan agenda memartabatkan agama dan bangsa Melayu," katanya yang ditemui ketika menyerahkan borang keanggotaan UMNO kepada Ketua UMNO Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid, di sini malam tadi.

Bagi Zakiah Arshad, 32, beliau kecewa kerana pemimpin Pas di kawasannya tidak mengendahkan kebajikan anggota, terutama yang memerlukan bantuan.

Beliau yang menyertai UMNO bersama ibunya, Zainab Ahmad, 58, berkata tidak ada seorang pun pemimpin Pas menziarahi bapanya Arshad Husin, 78, yang sedang sakit.

Zakiah juga berkata lima lagi adik beradiknya akan menyusul keluar parti itu dan menyertai UMNO.

Sementara itu, Mahdzir yang juga anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pedu, berkata walaupun bilangan anggota Pas yang menyertai UMNO tidak ramai, beliau yakin perkembangan itu mengukuhkan lagi UMNO dan Barisan Nasional khususnya di Padang Terap.

"Saya dapat tahu ramai lagi bakal keluar Pas untuk menyertai kita. Saya mengalu-alukan mereka kerana UMNO tidak sekali-kali menutup pintu atau menghalang sesiapa sahaja yang mahu berjuang bersama-sama kita," katanya.

Mahdzir berkata penyertaan ramai orang muda ke dalam UMNO menyerlahkan kesedaran generasi hari ini bahawa mereka memahami perjuangan parti itu.

Beliau turut berterima kasih kepada anggota Pas yang menyokong perjuangan UMNO.-Bernama

Penjelasan Datuk Megat Zulkarnain Insiden Pergaduhan Berdarah di Gombak!



Majlis ceramah Jelajah Merdeka Rakyat dekat sini kecoh yang membuatkan sehingga berlaku beberapa perkara yang tidak diingini.Ketua Pemuda UMNO bahagian Gombak, Datuk Megat Zulkarnain berkata itu adalah bukti rakyat tolak kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

#PRsamseng! Anwar harus bertanggungjawab didalam hal ini! kenapa harus menyerang Pemuda serta penduduk tempatan!!