Monday, January 7, 2013

Anwar Tak Tahu Malaysia Bukan Anggota OPEC


Salah satu aspek ego peribadi yang suka dipamerkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ialah sifat menunjukkan-nunjuknya mengenai ekonomi.

Kononnya selama lapan tahun memegang jawatan Menteri Kewangan, ekonomi dan kedudukan kewangan negara telah melonjak maju di bawah kelolaan beliau.

Namun ramai penyokong PKR telah tertipu dengan retorik kosong Anwar dan putar belitnya untuk meletakkan dirinya sebagai penyelamat ekonomi negara.

Hasil kekuatan dan kemajuan ekonomi yanbg dicapai semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan bukan disebabkan oleh beliau tetapi asas kukuh yang telah dibina oleh penjawat sebelumnya iaiitu Tun Daim Zainuddin dan sudah tentunya mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mahathir yang menjadi arkitek kepada kecemerlangan pencapaian ekonomi negara di bawah pentadbirannya.

Malah Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar tidak pandai mengurus ekonomi negara dan tidak pula faham asas-asas ekonomi dan kewangan kerana beliau hanya berlatarbelakangkan pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Tetapi satu hal yang menyerlah semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan ialah kelicikan beliau menjalin hubungan akrab dengan tokoh-tokoh Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Hasil 'public relations exercise' atau pengurusan penjenamaan imej yang mahal, Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik dunia tidak lama sebelum beliau dipecat daripada Kabinet.

Melihat bagaimana beliau menangani krisis serangan matawang negara pada 1998 sudah cukup menyakinkan rakyat bahawa Anwar hanya jurucakap atau tukang sorak IMF.

Ini kerana Anwar melaksanakan inisiatif pakej penyelamat IMF yang bukan sahaja menjahanamkan ekonomi tetapi telah mengsengsarakan rakyat dengan begitu teruk sekali.

Kini Anwar dengan segala 'kepandaian'nya sebagai bekas Menteri Kewangan menasihat kerajaan pula mengenai masalah turun naik harga pasaran dunia komoditi getah dan minyak sawit.

Fenomena turun naik harga mana-mana komoditi dunia adalah perkara biasa; sekiranya harga terus naik maka akan wujud keadaan belon yang akan meletup bila sampai ketahap maksima dan jika harga terus menurun maka industri peladangan yang bergantung kepada komoditi seperti getah dan kelapa sawit sudah lama berkubur.

Anwar mencadangkan agar Tabung Kebajikan Komoditi Negara ditubuhkan dengan suntikan asas dari kerajaan sebanyak RM100 juta setahun.

Kononnya tabung ini bagi membantu keluarga-keluarga peneroka ladang kelapa sawit dan pengusaha ladang getah sekiranya harga kedua-dua komoditi tersebut jatuh di pasaran global.

Bukan setakat RM100 juta malah kerajaan selama ini telah menyuntik berbilion ringgit untuk memastikan sektor peladangan getah dan kelapa sawit sentiasa berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Kerajaan telah mewujudkan pelbagai agensi untuk menyelenggara kedua-dua sektor peladangan itu terutamanya agensi penyelidikan seperti PORIM bagi industri kelapa sawit dan RRI bagi industri getah.

Disebabkan visi dan pandangan jauh kerajaan yang meletakkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan sebagai antara agenda terpenting, maka industri kelapa sawit telah mendominasi pasaran global berdekad-dekad lamanya sebagai pemain utama dunia.

Hanya sekarang Indonesia muncul sebagai pengeluar utama dunia, tidak bermakna kualiti minyak sawit mentah yang dihasilkan adalah terbaik juga.

Ketika Indonesia jauh ketinggalan ke belakang dalam industri kelapa sawit, Malaysia telah membina 'palm oil refinery' atau kilang penapisan minyak sawit mentah kepada produk minyak masak dan pelbagai produk sampingan lain.

Indonesia hanya mula membina 'palm oil refinery' sejak 2 - 3 tahun kebelakangan ini sahaja kerana berpuluh-puluh tahun negara itu hanya mampu mengeluarkan minyak sawit mentah (CPO) sahaja dan tidak mempunyai teknologi yang tinggi untuk menghasilkan produk minyak kelapa sawit yang berkualiti tinggi seperti Malaysia.

Olerh kerana Indonesia mempunyai keluasan tanah dan wilayah yang puluhan kali lebih besar daripada Malaysia, sudah tentu kawasan ladang kelapa sawitnya juga mampu mengatasi negara ini tetapi dari segi mutu tinggi pengeluarann yang menjadi buruan pasaran pengguna global.

Disebabkan Indonesia sebagai pengeluar terbesar maka negara itu boleh menjadi faktor penting dalam penentuan harga dan perkara ini adalah salah satu bentuk persaingan.

Apa yang penting, Malaysia dan Indonesia telah mewujudkan mekanisma kerjasama bagi menstabilkan harga komoditi itu atas prinsip menang-menang.

Mungkin Anwar tidak membaca laporan agensi berita Reuters yang menyatakan kedua-dua negara akan menubuhkan badan bersama bagi melaksana langkah-langkah menstabilkan harga melalui kaedah pengurangan stok dan kawalan bekalan supaya tidak ada lambakan dalam pasaran dunia.

Agak geli hati bekas Menteri Kewangan ini apabila portal berita Malaysiakini melaporkan Anwar mengatakan Malaysia adalah anggota OPEC walhal hakikatnya negara sememangnya negara pengeluar tetapi bukan menjadi anggota OPEC seperti mana Indonesia.

Bagaimana hendak urus ekonomi negara apabila tidak tahu fakta bahawa Malaysia tidak pernah menjadi ahli kumpulan pengeluar minyak dunia OPEC?

Cadangan Anwar mengangkat sahabat baiknya, Abdul Khalid Ibrahim yang pernah menerajui konglomerat peladangan Guthrie Berhad untuk merangka langkah-langkah penyelesaian kepada masalah penurunan harga minyak sawit mentah adalah lawak jenaka yang lebih hebat.

Rakyat sudah pasti tahu bahawa semasa Khalid menjadi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Guthrie beliau telah menyebabkan kumpulan peladangan itu kerugian lebih satu bilion ringgit dalam urusan pembelian lebih 300,000 ekar tanah di Sumatera, Indonesia untuk tujuan penanaman pokok kelapa sawit.

Kononnya pakar rujukan ekonomi Anwar ini sungguh bijak dalam merancang pulangan tinggi kepada Guthrie dengan membuka ladang di Indonesia tetapi akhirnya ditipu dalam urusan pembelian tanah tersebut.

Tanah yang dipajak rupa-rupanya tidak sesuai sekali untuk tanaman pokok kelapa sawit kerana tahap asid yang tinggi dan akhirnya pelaburan ratusan juta Guthrie hangus begitu sahaja.

Bagaimana hendak menyelesaikan isu turun naik harga minyak sawit dunia apabila pasal tanah pun boleh kena tipu?

Inilah 'tokoh ekonomi hebat' yang disanjung tinggi oleh Anwar sehingga Khalid sendiri menjadi lebih hebat daripada Anwar apabila melantik bekas Timbalan Perdana Menteri sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor bergaji RM1 sahaja.

Apabila bergaji RM1 maka kualiti pemikiran dan buah fikiran untuk memajukan ekonomi Selangor juga bertahap 3 keping goreng pisang!

AMARAN: Ribut Tropika Menuju Pantai Timur Malaysia...


Bagi rata-rata rakyat Malaysia, nikmat utama tinggal di negara ini adalah kita jarang sangat berlaku tragedi besar libatkan bencana alam sekitar. Kecuali tanah runtuh dan sikit kesan tsunami Aceh pada 2004 dulu, negara ini tidak ada kejadian letusan gunung berapi atau ribut taufan seperti Taufan Sandy di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Mungkin sebab itulah, semua relaks walaupun Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudahpun mengeluarkan amaran bahawa satu ribut tropika dikenali dengan nama [B]Sonamu[/B] sedang menuju ke arah negeri-negeri pantai timur, khususnya Kelantan, Terengganu dan Pahang, dari arah Laut China Selatan, antara hari ini (Isnin) hingga Rabu.

Menurut Jabatan Meteorologi, ribut itu dijangka mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan rendah dalam negeri berkenaan.

Cuaca tersebut juga akan membawa bersamanya angin kencang dengan kelajuan lebih 60 kilometer sejam (kph) dan laut bergelombang yang mungkin menjadi ancaman kepada kawasan tepi pantai.

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, menggesa semua agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana supaya membuat persiapan bagi menangani hujan lebat yang bakal menjelang itu.

"Angkatan tentera, polis, (jabatan) pertahanan awam dan jabatan kebajikan telah mengerahkan kakitangan mereka sekiranya berlakunya banjir dan orang ramai terpaksa dipindahkan," kata beliau.

"Kenderaan empat pacuan, bot-bot penyelamat, helikopter dan penjana kuasa adalah antara peralatan yang sudah pun ditempatkan di kawasan-kawasan yang mudah dijejas banjir, manakala Jabatan Kebajikan telah menyediakan pusat-pusat pemindahan sementara bagi menempatkan bakal mangsa," tambahnya.

Orang ramai, khususnya para nelayan telah dinasihatkan supaya jangan keluar ke laut atau lakukan kegiatan di tepi pantai.

Mereka yang tinggal di kawasan-kawasan mudah dijejas banjir telah digesa supaya senantiasa berwaspada terhadap amaran-amaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, lapor akhbar itu lagi.

"Para penduduk harus mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat persiapan jika berlakunya banjir.

"Jika diminta berpindah oleh pihak berkuasa, orang awam harus mematuhi nasihat itu dan jangan tunggu sehingga ke detik-detik terakhir kerana ia boleh menjejas keselamatan mereka," kata Datuk Mohamed Thajudeen.

Laman web Jabatan Meteorologi memberi amaran mengenai kemungkinan berlakunya angin kencang yang boleh mencapai lebih 60 kilometer sejam (kph) dan gelombang setinggi 5.5 meter di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan, sejak kelmarin hingga hari ini.

Kawasan-kawasan pantai Kelantan dan Terengganu pula mudah dijejas oleh paras air laut.

Menurut AlertNet, yang menawarkan khidmatnya kepada agensi berita Reuters, ribut tropika itu diramalkan melanda Malaysia esok.

SEMENTARA ITU, tiga daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan dan Rompin berkemungkinan dilanda banjir semasa kejadian ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri-negeri Pantai Timur bermula Isnin.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata sehubungan itu 66 pusat pemindahan akan dibuka di Kuantan, 84 di Pekan dan 31 di Rompin.

Selain itu, semua pegawai daerah telah diarah menguar-uarkan ancaman ribut tersebut kepada penghulu serta jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung masing-masing dan melakukan persiapan yang perlu.

Muhammad Safian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang, berkata negeri itu juga mendapat bantuan daripada pasukan tentera darat yang berpangkalan di Johor yang akan digerakkan membantu mangsa apabila keadaan memerlukan.

Mereka yang kini ditempatkan di Kem 4 Briged, Kuantan akan menjadi pasukan pertama menghulur bantuan di kawasan terjejas ribut, katanya yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang.-Agendadaily

Pembangkang Mula Meroyan... Saman Blogger!


Soal kebebasan media serta kebebasan bersuara sekali lagi tercabar apabila pihak pembangkang menggunakan mahkamah sebagai usaha menutup mulut mereka yang lantang.

Kalau dulu tuduhan ini dibuat pembangkang terhadap kerajaan BN kerana menggunakan jentera kerajaan seperti badan kehakiman dan polis serta media untuk melenyapkan suara mereka. Mereka melabel pemerintah ketika itu dan kini sebagai kerajaan zalim kerana menyekat kebebasan bersuara. Manifesto mereka menjanjikan kebebasan bersuara pada rakyat jika mereka dipilih memerintah.

Terkini, blogger pisau.net pula bakal diheret ke mahkamah jika gagal memohon maaf dalam masa tujuh hari.Tindakan saman terhadap blogger ini dibuat Pengerusi DAP negeri Ngeh Koo Ham melalui peguamnya Wong Kian Kheong. Untuk rekod, Ngeh juga seorang peguam dan ADUN Sitiawan yang menganggap berita disiar blog itu fitnah dan berniat jahat. Untuk menutup Kelemahan mereka sanggup menyaman, maklumlah duit tgh byk!

Bukan itu sahaja, Khalid Kristian juga tidak terkecuali. Baca lagi...

Koordinator Anwar Ditangkap Rasuah


Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga koordinator program kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap dalam satu serbuan operasi membanteras rasuah.

Lelaki berusia 50-an, dan dua yang lain telah ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap kes gangguan seksual.

Mereka dikatakan telah memberikan RM30,000 kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual ke atas wanita tersebut.

Pengarah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Wanita yang merupakan seorang kerani, sebelum ini mengadu bahawa bekas majikannya melakukan gangguan seksual terhadap beliau.

Penjawat awam itu juga telah membawa perkara ini ke mahkamah beberapa bulan lalu.

Penjawat awam tersebut kemudian meminta bantuan dari kawannya yang merupakan setiausaha politik.

Satu sumber yang terlibat dengan penyiasatan itu berkata bahawa wanita itu membuat laporan kepada SPRM dan operasi dilakukan pada lewat malam 3 Jan di sebuah restoran di Seberang Jaya.

Pada pertemuan dengan wanita itu, tiga daripada mereka didakwa memberi sejumlah wang supaya beliau berdiam diri.

Wanita itu telah dipaksa untuk menandatangani dokumen yang berjanji untuk tidak meneruskan kes tersebut di mahkamah.

“Mereka ditahan di tempat kejadian pada kira-kira 11:30 malam,” kata sumber itu.

Kesemua mereka telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Pegawai khas tersebut merupakan pemegang jawatan bahagian Permatang Pauh PKR dan kini merupakan penyelaras bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketiga-tiga mereka mungkin akan didakwa di mahkamah selepas SPRM selesai melakukan siasatan – Mstar

Friday, January 4, 2013

Rafizi Nak Jadi Diva Macam AA Pulak!!

Rakyat Malaysia sekali lagi dihidangkan dengan permainan wayang kulit pembangkang yang gemar mendedahkan dokumen sulit sebagai senjata politik kotor mereka.

Kali ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli muncul lagi sebagai watak hero parti itu untuk mengelirukan rakyat dengan 'pendedahan panas' seolah-olah beliaulah Julian Assange Malaysia!

Assange adalah seorang pengarang dari Australia yang juga merupakan pengasas laman web Wikipedia.

Beliau kini bersembunyi di bawah suaka politik dalam kedutaan Ecuador kerana takut di buru pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Eropah berhubung aktiviti beliau mendedahkan banyak dokumen sulit kerajaan terutamanya berkaitan pengintipan dan ketenteraan.

Mungkin Rafizi juga bercita-cita untuk mencapai status seperti Assange dan menyorok pula di dalam kedutaan Turki!

Terkini pemimpin muda kesayangan Anwar Ibrahim ini mendedahkan melalui kenyataan media isi kandungan beberapa dokumen serta invois berhubung pembelian barang kemas bernilai RM13 juta dari Hong Kong.

Kononnya, Rafizi mendakwa, invois tersebut adalah kepunyaan ahli perniagaan Deepak Jaikishan dan barangan kemas tersebut adalah pemberian kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri.

Strategi yang dirancang oleh Rafizi mudah sahaja - kaitkan Perdana Menteri, isteri atau mana-mana pemimpin kerajaan dengan amalan rasuah, jenayah dan penyelewengan kuasa dengan menggunakan dokumen sulit, milik peribadi atau rasmi.

Tanpa mengesahkan samada dokumen yang didedahkan itu adalah sahih ataupun palsu, dan diperjelaskan dari mana sumbernya, rakyat terus diperbodohkan dengan rekaan cerita dan hikayat berunsur fitnah dan tohmahan pembangkang.

Dalam pendedahan terbaru, Deepak telahpun membuat penafian bahawa dokumen dalam tangan Rafizi bukan datang darinya.

Jadi persoalannya dari manakah Rafizi memperolehi dokumen-dokumen tersebut?
Dalam dunia digital dengan teknologi digital komputer yang canggih, semuanya boleh menjadi kenyataan.

Tidak mustahil mana-mana dokumen boleh dipalsukan menggunakan teknologi masa kini termasuk yang didakwa Rafizi sebagai kepunyaan Deepak.

Jikapun benar barang kemas tersebut dibeli oleh Deepak, kemungkinan ia adalah untuk ibu atau adik beradik perempuannya atau sebagai pelaburan malah boleh juga dibeli untuk Rafizi sekalipun!

Mengapa pula tanpa sebarang bukti kukuh, pembelian barang kemas itu disabitkan pula dengan isteri Perdana Menteri?

Apakah asas Rafizi untuk menuduh Datin Seri Rosmah menerima barangan kemas itu dari Deepak hanya berdasarkan beberapa invois yang diragukan keasliannya?

Terlebih dahulu pembangkang pernah menuduh isteri Perdana Menteri kononnya memiliki cincin berlian bernilai RM73 juta yang dibeli dari Amerika Syarikat.

Hanya berdasarkan cetakan dokumen yang kononnya di ambil dari skrin komputer pihak kastam, pembangkang terus mengaitkannya kepada Datin Seri Rosmah.

Akhirnya isu tersebut terkubur begitu sahaja kerana nyata apa yang dituduh adalah fitnah semata-mata dengan niat untuk menjatuhkan Perdana Menteri.

Begitu juga pendedahan terdahulu seperti isu NFC, projek LRT Ampang, dan sistem kawalan trafik udara KLIA yang semuanya senyap dan tidak bersuara lagi apabila pihak kerajaan atau agensi yang dituduh melakukan penyelewengan memberi penjelasan dan kenyataan sebenar.

Namun kedudukan pembangkang seolah-olahnya melebihi undang-undang negara dan mereka mampu membuat fitnah serta dakwa dakwi tanpa sebarang rasa tanggungjawab malah dan terlepas lupa daripada tindakan.

Mereka tahu individu seperti isteri Perdana Menteri atau Perdana Menteri sendiri tidak berpeluang menjawab segala tuduhan dan dakwaan palsu yang dilempar terhadap mereka.

Oleh kerana itu pembangkang bermaharajalela memyebar sebanyak mungkin fitnah dan berita palsu mengenai pemimpin kerajaan untuk mengaburi mata rakyat demi kepentingan politik mereka.

Pilihan Raya Umum ke-13 semakin dekat dan gendang fitnah pembangkang pun semakin kuat dan rancak.

Disebabkan ketandusan isu konkrit untuk membuktikan kemampuan mereka untuik mentadbir negara, pembangkang kini tangkap muat apa sahaja isu yang boleh dieksploitasikan.

Tidak kira isu kecil atau besar, pembangkang sekarang sudah terdesak untuk menutup segala kepincangan mereka sendiri dan penipuan yang telah mereka lakukan selama ini.

Rakyat kini sudah bijak bestari membandingkan antara permata dan batu, dan tidak mungkin pembangkang boleh menggangap mereka mampu diperbodohkan selamanya.

Nota: Hahaha Rafizi tak payah lah nak ganti diva AA pulak... Buang karen jew!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 2, 2013

2013 "Bendera Rakyat" Cubaan Menukar Identiti Negara!


Penjelasan tepat dari blogger Azri Nizam berhubung isu "Bendera Rakyat", sama-samalah kita renung-renungkan dan fikirkan demi masa depan generasi yang akan datang!

Pakatan Haram sekali lagi cuba mengubah sejarah. Cuba mencabar imej kebangsaan. Cuba menukar identiti negara. Cubaan itu dibantu oleh penulisan berita daripada portal yang pro pembangkang untuk mengidentitikan bendera tersebut sebagai kononnnya bendera rakyat.

Tindakan yang sama sekali tidak patriotik dan jelas sekali berniat untuk hancurkan negara ini. Orang sebegini perlu disoal kembali nilai warganegara yang dinikmati mereka. Apa hukuman yang sepatutnya untuk mereka yang membuat onar sebegini di negara lain?