Monday, January 14, 2013

Model Remaja Dikecam Penyokong Pembangkang #KL112, Selepas Menghantar Tweet Menyokong Kerajaan


Shasha Mendoza

Seorang bintang Twitter dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.

Model sambilan, Shasha Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet menyokong kerajaan.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Khalimah Allah : PAS-PIS-PUS Kejap Boleh Kejap Tak Boleh!


Majlis Syura Pas memutuskan sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun ia tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia.

Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

"Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Semua Ahli Majlis Syura PAS 'Lesap' Selepas Mesyuarat Bincang Isu Kalimah Allah...


Sikap pemimpin PAS takut jumpa wartawan apabila ada isu besar babitkan parti itu bukan cerita baru.

Sudah beberapa kali kejadian pemimpin- pemimpin PAS ‘lari’ ikut pintu belakang selepas mesyuarat penting kerana tahu ada petugas media tunggu di kaki lima depat pejabat PAS di Jalan Raja Laut,Kuala Lumpur.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Perhimpunan Jejaskan Perniagaan - Peniaga


Peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Raja Laut mendakwa kerugian ekoran perhimpunan didukungi pembangkang hari ini menyebabkan ramai warga kota kurang mengunjungi kawasan beli-belah itu.

Malah, ada peniaga mendakwa kekurangan pelanggan hampir 80 peratus berbanding hujung minggu sebelum ini.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Sunday, January 13, 2013

Kalimah Allah: Peluang PAS Kembali Ke Pangkal Jalan... Takbirrr!


Ada kalangan yang rajin mengikuti rentak sepak terajang politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengandaikan mantan Timbalan Perdana Menteri itu ibarat pokok dedalu api.

Tumbuhan itu menumpang pokok lain tetapi lama kelamaan, pokok yang ditumpang akan mati, sebaliknya dedalu api yang kekal.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Post Mortem Kegagalan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 #HKR112


Media-media pembangkang pantas melaporkan ‘kejayaan’ Himpunan Kelentong Rakyat (HKR) sejurus himpunan tersebut berlangsung.

Nampaknya, tafsiran ‘kejayaan’ oleh pihak Pakatan Rakyat memang pelik kerana selalunya sesuatu itu ditafsirkan sebagai berjaya jika ia menepati sasaran. Sedangkan HKR yang dianjurkan mereka hanya mencapai 4.5% jumlah peserta yang berjaya dikelentongkan, berbanding 1 juta yang disasarkan.
(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Solat Berbeza Kiblat Di Stadium Merdeka #KL112


Mengapa perkara seperti ini boleh terjadi adakah kerana pakatan pembangkang mempunyai 3 arah kiblat? kiblat PAS, PKR dan DAP?


VELLFIRE Kehebatan Tok Guru Nik Aziz!


Gempak bro... aku ingatkan MB Kelantan naik basikal je... rupanya dot dot dot!

Semalam rakyat berarak ke Stadium Merdeka berjalan kaki dan ada yang sanggup membahayakan diri di jalan raya, Mursyidul Am PAS Nik Aziz pula dengan selesa tiba di Stadium dengan menaiki kereta mewah.

Inilah kehebatan Nik Aziz dulu pakai S-Class sekarang sudah upgrade Vellfire! Tak payahlah cerita pasal Kebangkitan Rakyat, kalau pemimpin sendiri tak berjiwa rakyat...

Kepada puak PAS... Kalau putih katakan putih... kalau hitam katakan hitam... biar jelas pendirian masing-masing!

[Video Inside] Tak Puas Hati Punya Pasal... Budak AMK Bagi Penumbuk Kemuka Unit Amal PAS #KL112 #HKR112


Perhimpunan #KL112 di Stadium Merdeka di sini, semalam dicemari insiden pergaduhan walaupun penganjur memberi jaminan ia akan berlangsung dalam suasana aman.

Dalam kejadian petang semalam, berlaku tumbuk-menumbuk membabitkan pengring Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Ucapan Pembangkang Sekadar Pidato Politik Pilihan Raya


Perhimpunan yang didalangi pembangkang hari ini lebih kepada pentas pidato politik pilihan raya yang penuh dengan tohmahan terhadap kerajaan, selain menabur janji palsu tanpa sedikitpun cuba menjelaskan kontroversi melibatkan pihak mereka.

Pemerhatian penulis mendapati semua ucapan, baik oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun pemimpin pembangkang lain termasuk beberapa badan bukan kerajaan hanya berkisar isu yang diulang-ulang di seluruh negara.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)