Sunday, January 27, 2013

Sekitar Sambutan Kepulangan PM DS Najib & Sukarelawan Gazza

Lebih kurang 5 ribu rakyat membanjiri Kompleks Bunga Raya bagi menyambut kepulangan PErdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dan Isteri di KLIA pagi tadi.

Turut hadir Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah serta barisan pemimpin BN membuktikan sokongan penuh rakyat Malaysia menentang keganasan Israel terhadap rakyat Palestine. -Foto TMS















Akar Umbi Pas Kecewa Anwar Tolak Keputusan Majlis Syura


Bekas Ketua Pemuda Pas, Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin, berkata ahli akar umbi Pas kecewa dengan pendirian Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak keputusan Majlis Syura parti itu yang menegaskan kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam.

Hafiz yang juga Penyelaras Jaringan Muslimin Malaysia turut mengecam sikap Anwar membelakangi pandangan ulama Islam semata-mata untuk menjaga rakan sekutunya, DAP.

China Doll Hiburkan Anwar Ibrahim Di Pengerang!




Memang benarlah kata orang bahawa Anwar Ibrahim dengan China Doll tidak boleh dipisahkan....

Gambar-gambar ini diambil ketika berlangsungnya Majlis Jelajah Anwar Ibrahim bersama puak PAS, PKR dan DAP di Pengerang.

Seperti biasa jika kita lihat sekiranya penganjur majlis tersebut dari parti DAP.. para tetamu pasti dihidangkan dengan tarian China Doll yang seksi.

Ustaz Nasha Digugurkan Dari Majlis Syura PAS


Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa digugur anggotai Majlis Syura Ulama PAS January 26, 2013

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya.

Remaja Wanita Cacah Tatu Dibahagian Sulit

Foto


Kepada adik-adik yang baru nak naik... Janganlah sesekali melakukan perkara yang terlarang ini... Tak usahlah nak ikut sangat perangai rakan-rakan yang kononnya "Amerika" lah sangat!. Silap-silap tergadai body!

Kota Kinabalu: Memalukan apabila segelintir remaja Islam di bandar raya ini, termasuk pelajar sekolah, tidak mengendahkan larangan agama yang mengharamkan cacahan tatu pada mana-mana anggota tubuh, sebaliknya melakukannya untuk tujuan suka-suka berikutan dipengaruhi rakan sebaya.

Trend itu jika tidak dibendung pihak berkuasa dan institusi kekeluargaan dikhuatiri boleh merosakkan akidah remaja terbabit kerana ia perbuatan zaman jahiliah selain boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Lebih membimbangkan, remaja berkenaan bijak menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga, terutama ibu bapa, apabila mencacah tatu di bahagian sulit seperti payudara dan ari-ari.

Siasatan Metro Ahad mendapati ada gadis Islam berusia antara 17 hingga 30 tahun mengenakan tatu di badan sebagai hiasan kerana beranggapan ia unik dan menarik selain dianggap simbol seks.

Kalimah Allah: PAS Boleh Hilang Identiti Peneraju Kepimpinan Islam


Isma Malaysia – Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman, menyatakan bahawa PAS mungkin akan hilang identiti sebagai peneraju kepimpinan Islam sekiranya mereka tunduk kepada desakan DAP dan PKR.

Beliau berkata demikian ketika mengulas desakan yang dikeluarkan oleh pimpinan DAP dan PKR supaya PAS mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah.