Thursday, January 31, 2013

Mahfuz Omar Kantoi Buat Surat Palsu


Dasar pembohong... itulah sikap Ahli Parlimen PAS yang tidak tahu malu langsung. Lepas satu persatu penipuan yang dilakukannya terbongkar. Inilah padahnya apa bila mengangkat seorang penjual cendol yang tak lulu SRP jadi Ahli Parlimen.... Apa pun tak boleh! Harap lepas ni jangan lah undi pemimpin yang seperti ini lagi...

Terbaru adalah penipuan tentang surat di atas ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menjelaskan surat arahan yang didakwa kononnya dikeluarkan ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) meminta pengarah bahagian dan daerah menghantar kad pengenalan yang tidak dituntut dalam masa 18 bulan ke Sabah, adalah surat palsu.

Beliau berkata, JPN tidak pernah mengeluarkan surat arahan seumpama itu dan menyifatkan tindakan itu lebih bermotif politik bagi menjejaskan imej kerajaan, lebih-lebih lagi dalam suasana menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Justeru katanya, satu laporan polis berhubung surat palsu itu akan dibuat Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said hari ini.

"Ia merupakan surat palsu, tuduhan yang dibuat oleh pihak tertentu. Itulah suasana landskap politik hari ini. Saya minta orang ramai yang majoritinya tiada kepentingan politik supaya jangan terikut-ikut dengan tuduhan seperti itu," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan sambutan Hari Imigresen 2012, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Semalam Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar meminta penjelasan JPN serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung surat yang didakwa dikeluarkan pengarah bahagian kad pengenalan JPN kepada semua pengarah negeri dan daerah di seluruh negara.

Menurut Mahfuz, surat arahan yang didakwa ditandatangani Pengarah Bahagian Kad Pengenalan, Md Solehan Omar dari ibu pejabat JPN di Putrajaya bertarikh 14 Disember 2012 dan dihantar kepada semua pengarah JPN peringkat negeri dan daerah.

Berita Terdahulu: Mahfuz Omar Ahli Parlimen PAS Yang Memalukan


Anggota Dan Pemimpin PKR 'Buat Kecoh' Di JPN P.Pinang


Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Naib Presiden PKR N.Surendran pada Rabu menimbulkan kekecohan di kompleks jabatan kerajaan pusat di Bangunan Persekutuan di sini apabila cuba menyerbu masuk untuk menganjurkan demontrasi "duduk dan bantah".

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, kumpulan itu sebelum itu berarak sejauh kira-kira 400 meter dari Jalan larut ke kompleks itu di Jalan Anson sebelum merempuh halangan polis atas alasan untuk berurusan secara beramai-ramai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di kompleks itu.

Turut serta dalam himpunan itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Batu Uban S. Raveentharan, Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin, Adun Kebun BungaJason Ong dan Adun Komtar Ng Wei Aik.

Surendran berkata tujuan perhimpunan itu adalah sebagai membantah pemberian kad pengenalan merah yang didakwa terlalu lama kepada warga emas yang dilahirkan di negara ini sejak sebelum merdeka dan berharap mereka segera diberikan MyKad.

Katanya, selain itu mereka juga membawa 15 orang kanak-kanak berusia enam hingga 14 tahun yang tidak memiliki sijil kelahiran.

Kumpulan itu kemudiannya dibenarkan masuk ke pejabat JPN dan dilayan di kaunter khas.

Penolong Pengarah JPN negeri Noorhazlina Ishak yang menguruskan permohonan kumpulan terbabit bagaimanapun enggan mengulas kepada wartawan.

Khalid Samad Tepuk Tangan Dengan Penyingkiran Nasharuddin


Sebagai orang yang mula melempar batu, tidak sepatutnya menyembunyikan tangan sendiri, bersorak bila berjaya tikam sahabatnya sendiri dari belakang bukti perbuatan orang yang bacul....

Selayaknya gelaran YB bacul ini memang sesuai untuk Khalid Samad....

Bermula dengan pandangan aku yang menyatakan Ustaz Nasharudin mempunyai keperibadian yang bukan calang-calang orangnya, maksudnya kalau digugurkan, merupakan satu kerugian yang besar kepada PAS.

Tersentuh seketika apabila mendapat reply dari Khalid Samad di twitter @BroJinggo @iamaniffff @chean_nasution Kalau kena tiupan angin pun dah terpelanting, maka taklah sehebat mana. Ha3.

Wah seronok nampak Khalid... dah tak boleh nak sembunyikan kegembiraannya dengan berita penguguran Ust Nasha.... tak ke begitu Khalid?

Bro... Walaupun aku berbeza bendera dengan korang (Akar umbi PAS) tapi aku dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata... dan juga erti sebuah perjuangan... perjuangan yang iklas dari pemimpin yang disanjunggi...

Kini sudah terserlah agenda jahat puak Anwarinas sememangnya telah merancang dari awal untuk mengaib dan menginyaya Ust Nasaruddin...


Aku bukan hendak menyebelahi mana-mana pihak tapi rasa ini adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku.

Ustaz Nasha adalah seorang yang benar-benar nampak keikhlasannya untuk menyatupadukan dua kumpulan Melayu (Umno-PAS) bersatu.

Malah mungkin keikhlasan Nasharudin telah disalah ertikan oleh pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sehingga mempengaruhi tindakan untuk menyingkir bekas Timbalan Presiden PAS itu dari Majlis Syura.

Percaya atau tidak... pada waktu ini ada pihak sedang bertepuk tangan dengan penyingkiran Ust Nasha... kemenangan mereka adalah kemenangan untuk DAP dan PKR yang rakuskan kuasa...

Sampai bila PAS harus menjadi kuda tunganggan DAP!!! Sampai hancurlah parti itu jawabnya...

Orang yang mempunyai keikhlasan untuk kepetingan umat Melayu Islam seperti Nasha ini perlu melangkah bersama UMNO, berjuang bersama UMNO........ Takbir!!!!


Politik Harian/Bro Jinggo


Zaid Ibrahim Bersara Sepenuhnya Dari Politik


Bekas Presiden Kita, Datuk Zaid Ibrahim seperti dilaporkan FMT telah membuat keputusan untuk bersara dari dunia politik dan kembali ke dunia perniagaan.

“Ya, saya berundur dari politik untuk fokus terhadap perniagaan. Tetapi saya akan terus menulis, saya akan terus beri idea dan cadangan tentang politik,” katanya kepada FMT semalam.

Pada November tahun lalu, Zaid memberitahu pemberita bahawa beliau sanggup bertanding di bawah tiket pakatan pembankang di mana-mana kerusi kawasan bandar, namun kini beliau telah berubah pendirian dengan menyatakan tidak berminat untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Ditanya lanjut apakah kini beliau akan terus menyokong Pakatan Rakyat atau sudah beralih kepada Barisan Nasional (BN), beliau menjawab: “Saya akan menyokong sesiapa yang melakukan perkara betul untuk negaranya”

Zaid yang sebelum ini memiliki firma guaman terbesar di Malaysia telah meninggalkan firma guamannya untuk menjadi menteri pada zaman pemerintahan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun jangka hayat politiknya tidak panjang kerana selepas seketika beliau meletakkan jawatan dalam kabinet dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada tahun 2010 tetapi tewas.

Zaid kemudiannya mencetuskan kontroversi di dalam PKR apabila beliau membuat keputusan untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden menentang Azmin Ali.

Beliau bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding dengan alasan ia adalah satu pertandingan yang tidak adil dan penuh dengan manipulasi.

Beliau kemudiannya meletakkan semua jawatan dalam PKR dan mengambil alih kepimpinan Parti Kesejahteraan Rakyat (KITA).

Jangka hayat politikknya dalam KITA ternyata tidak lama apabila berlaku perselisihan faham antara beliau dengan beberapa orang pemimpin negeri.

Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatannya sebagai presiden tetapi kekal sebagai ahli biasa.

Dan hari ini, beliau memutuskan untuk bersara sepenuhnya dari politik.

Nasharuddin Bakal Kembali Ke Parlimen Yan


Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atasnya.

Kerusi Parlimen Yan di Kedah dianggap paling sesuai dan paling selamat untuk bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam pilihanraya umum ke 13 ini.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada ahli parlimen Bachok itu bertanding atas tiket calon bebas atau parti lain.

Seorang penyokongnya yang juga bekas ahli PAS Yan memberitahu, masyarakat Melayu mahu Nasharuddin kembali ke parlimen itu.

“Jika beliau (Nasharuddin) mahu memanjangkan hayat politiknya, kerusi yang paling sesuai ialah parlimen Yan.

“Saya katakan Yan kerana masih ramai pengikutnya di kawasan itu. Lagipun beliau pernah menjadi ahli parlimen Yan pada tahun 1999.

“Orang Yan akan menyokong Nasharuddin dan kami sedih dengan nasib yang berlaku ke atas Naharuddin,” kata seorang bekas ahli PAS diYan yang mahu dikenali sebagai Wahab.

Menurutnya, sejak dahulu lagi masyarakat di Yan memberikan sokongan kepada Nasharuddin meskipun beliau telah berhijrah ke negeri lain.

Karier politik Nasharuddin bermula di Yan apabila beliau memenangi kerusi itu pada pilihanraya umum tahun 1999 sejurus melepaskan jawatan pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia.

‘Tidak berpura’

Bagaimanapun, pada pilihanraya umum 2004 beliau bertanding di parlimen Besut, Terengganu tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Datuk Abdullah Mohd Zain.

Pada 2008, Nasharuddin bertanding di Bachok, Kelantan dan memenangi kerusi parlimen itu setelah mengalahkan Datuk Awang Adek Husin yang kini ketua Umno bahagian serta timbalan menteri kewangan 2.

Nasib Nasharuddin menjadi samar apabila dipecat dari jawatan Majlis Syura PAS minggu lalu.

Muryidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan kenyataan Bachok tidak mencalon nama Nasharuddin dalam pilihanraya umum akan datang.

“Kita mengalu-alukan Nasharuddin untuk kembali bertanding di Yan tidak kira atas tiket apa sekalipun. Masyarakat Yan masih sayangkan beliau.

“Walaupun Nasharuddin bukan seperti pemimpin-pemimoin PAS yang lain yang kononnya berpakaian imej Islam tetapi Nasharuddin lebih sayangkan Islam.

“Nasharuddin tidak berpura-pura walaupun di bukan lulusan sekolah pondok,” tambahnya lagi.

Usaha untuk menghubungi Nasharuddin bagi mendapatkan perkembangan terbaru beliau gagal. -FMT


Gambar Terbaru - Hassan Ali Dan Ust Nasha Bergabung


Selangor Bubar DUN Selepas Tahun Baru Cina


Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri DUN Selangor selepas Chap Goh Meh jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat PR berkenaan perkara ini.

“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal iaitu selepas Chap Goh Meh ” kata Khalid dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah kemarin.

Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tetapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat ” kata Khalid yang dipetik The Malaysian Insider.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Khalid itu sendiri hairan dengan tindak tandur MB Selangor itu.

Katanya, dulu tidak mahu cepat, sekarang hendak cepat pulak.

“Kerajaan negeri memang ada hak bubar DUN bila-bila masa dengan perkenan sultan, tetapi tarikh pilihanraya hanya SPR yang boleh tentukan” katanya.