Friday, February 15, 2013

Berita Penuh Kematian Wanita Di Times Square


Satu kejadian tragis berlaku pada Hari Kekasih di mana seorang wanita berusia 36 tahun maut setelah terjatuh dari tingkat enam sebuah pusat membeli-belah di Jalan Imbi.

Wanita yang dikenali sebagai Choo Czek Yeng dilihat sedang berdiri pada barisan penghadang sebelum jatuh ke bawah.

Dia kali terakhir dilihat berada di situ pada jam 10.00 pagi.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad memaklumkan tiada sebarang kecederaan lain pada badan mangsa.

Kata beliau, setakat ini tiada saksi yang tampil mendakwa melihat wanita itu terjun.

Selain itu katanya tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kejadian tersebut.

Seorang kakitangan pusat membeli-belah terbabit ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihak pengurusan tidak mempunyai banyak maklumat tentang kejadian itu.

“Tiada komen. Kami serahkan pada pihak polis kerana mereka yang menyiasat kes ini. Saya minta maaf,” kata kakitangan tersebut yang enggan dikenali.

Berita terdahulu: Remaja 19 Tahun Mati Bunuh Diri Di Times Square


Thursday, February 14, 2013

Anwar "Huguan Siou" Sudah Sedia Dana RM2 Billion?


Gelagat Anwar - Dalam minggu-minggu kebelakangan ini, ramai wajah baru yang dipanggil mengadap Huguan Siou di Tropicana. Wajah-wajah yang tak biasa nampak pun ada. Kata seorang pegawai HQ, ini adalah pemandangan biasa 5 tahun sekali. Akan ada wajah-wajah baru yang dipanggil datang.

Antara yang semakin kerap berada di HQ kebelakangan ini adalah Rahim Ghouse dan beberapa orang budak muda (investment bankers) yang diajak masuk berbincang. Mat saleh pun ada. Tapi jarang-jarang sekali.

Huguan Siou sudahpun memberikan komitmen PERIBADI, bahawa dia sanggup menyediakan DANA KHAS sebanyak RM2 bilion menjelang PRU kali ini. Angka ini nampak tidak banyak. Tetapi sebagai seorang Huguan Siou, dia tahu bahawa ini adalah komitmen yang sangat besar.

Usaha sedang dilakukan oleh Rahim Ghouse dalam menentukan kaedah kemasukan wang yang paling selamat dan gagal dikesan. Pasaran saham, Bursa Malaysia dijangka dijadikan alat yang paling penting.

Sebab itu, kalau anda biasa dengan saham, kena perhati sama saham-saham syarikat ‘kurang penting’ dan bawah radar yang mencatatkan aktiviti pelaburan yang luar biasa. Perhatikan sahaja.

Blog ini boleh namakan beberapa syarikat, namun percaya agensi-agensi hebat seperti JASA, MKN dan sebagainya lebih maklum. Biar mereka yang maklumkan.

RM2 bilion ini akan difaraidkan ke kawasan-kawasan Parlimen/DUN yang dirasakan berpotensi dan boleh menang.

SEMENANJUNG

Fokus Huguan Siou pada ketika ini adalah 50 kerusi Semenanjung yang dirasakan paling mahu diberikan perhatian. 31 kerusi PKR sedia ada; dan 9 kerusi baru 9 kerusi baru yang bakal mendapat dana yang lebih besar adalah seperti berikut:-

1. Bukit Katil (Shamsul Iskandar)
2. Pandan (Rafizi Ramli)
3. Gelang Patah
4. Alor Setar
5. Temerloh (SA?)
6. Sabak Bernam (Dr Aziz Bari)
7. Lumut
8. Ledang
9. Muar.
10 kawasan lain sedang diperhatian secara halus oleh Saifuddin Nasution. Masih dalam kedudukan ragu.

Shamsul Iskandar, Rafizi Ramli, Dr Aziz Bari dan Temerloh (?) dikatakan antara kerusi yang dikategorikan sebagai WAJIB MENANG (dan peruntukan yang lebih dijangka akan diberikan kepada bakal calon dan jentera kawasan terbabit). Demikian juga untuk 5 kerusi yang lain. Untuk 9 kawasan ini sahaja, Huguan Siou sanggup allocate sehingga RM8 juta jika diperlukan untuk setiap kawasan Parlimen. Shamsul Iskandar tidak boleh tewas. Rafizi wajib dipastikan kemenangan. Itu arahan khas Huguan Siou.

Untuk 31 kawasan yang sedia ada menang, peruntukan antara RM3 juta setiap kawasan adalah memadai. Dana untuk 31 kawasan PKR lain akan diuruskan secara ‘centralized’ oleh Azmin Ali dan beberapa orang akauntan bertauliah. Makna kata, dalam jagaan Azmin sahaja hampir RM100 juta. Ini dana untuk jentera/bakal calon semata.

SABAH

Peruntukan Huguan Siou yang lebih besar akan dihalakan ke Sabah.

Huguan Siou mahukan peruntukan besar diberikan kepada setiap kawasan Parlimen – tetapi tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan.

1. Penampang
2. Kota Belud
3. Tuaran.
4. Kota Marudu
5. Putatan
6. Libaran
7. Tawau (masih dalam negotiation).

Untuk 7 kawasan ini; RM5 juta dirasakan memadai. RM35 juta untuk 7 kawasan Parlimen di Sabah adalah satu angka yang sangat munasabah kepada Huguan Siou.

SARAWAK

Tumpuan akan diberikan kepada 7 kawasan Parlimen:-
1. Stampin (P196)
2. Miri (P219)
3. Lawas (P222)
4. Selangau (P214)
5. Julau (P209)
6. Saratok (P205)
7. Mambong (P198)

Pada asasnya bersetuju menggunakan kaedah sama di Sabah; RM5 juta untuk setiap kawasan Parlimen yang dinyatakan.

Peruntukan dana pilihanraya kali ini akan dikendalikan dengan cermat dan hati-hati. Tidak mahu ada yang terkesan di atas radar SPR dan agensi keselamatan lain. Akaun-akaun khas sudahpun diwujudkan bagi memastikan semuanya dilakukan secara ‘legal’ dan terperinci. Masih banyak lagi dana yang boleh digunakan.

Kalau menurut laporan semasa, setiap DUN PKR juga akan menerima peruntukan yang besar. Tumpuan, sekali lagi kepada Sabah dan Sarawak.

Dana Khas Huguan Siou ini tidak termasuk dana Selangorku, dana luar dan dana politik Pakatan Rakyat. Ini peruntukan khas Huguan Siou. Bantuan Pilihanraya Huguan Siou (BPHS2013).

Sebar Fitnah, Harakah Akan Tarik Balik Artikel Mat Sabu


Lidah pembohong Pas, Harakah, akan menarik balik kenyataan berhubung dakwaan Timbalan Presiden parti itu, Mohamad Sabu dalam satu artikel terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mohamad atau Mat Sabu ketika dihubungi wartawan menganggap isu kenyataannya itu telah selesai.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bila Harakah akan berbuat demikian.

Mohamad dilaporkan berdepan tindakan undang-undang susulan kenyataannya mengenai 'projek kad pengenalan' di Sabah.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, dakwaan Mat Sabu yang disiarkan Harakah awal bulan ini jelas adalah fitnah terhadapnya.

Wan Ahmad merujuk kepada artikel bertajuk "Ragu peranan SPR, Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan".

Kalau tak menipu, bukan PAS namanya. Kata parti yang perjuangkan Islam, takkan sampai dah tak tahu berdosa kalau menybarkan fitnah. Apa la nak jadi dengan puak PAS ni..

Berita terdahulu : Fitnah: Timbalan Pengerusi SPR Nak Saman Mat Sabu Dan Harakah

Fitnah: Timbalan Pengerusi SPR Nak Saman Mat Sabu Dan Harakah


"Wan Ahmad tidak boleh dipercayai" - hebat bunyi tajuk pada akhbar Harakah baru ini menyentuh Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Ia merujuk kepada dakwaan konon beliau terlibat dalam projek seleweng kad pengenalan untuk bantu menangkan Barisan Nasional di Sabah.

Apa yang nyata karut pada dakwaan itu ialah pada masa beliau dikaitkan itu,Wan Ahmad belum lagi bertugas dengan SPR.

Waktu itu  beliau berkhidmat sebagai diplomat di Kedutaan Malaysia di Amerika.

Jadi memang sah ia fitnah.

Atas sebab ini Wan Ahmad akan saman Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu,akhbar Harakah dan tiga pihak lain.

Bercakap dalam sidang akhbar di Shah Alam Khamis Timbalan Pengerusi SPR itu kata beliau telah menghantar notis tuntutan kepada Mat Sabu untuk memohon maaf sehingga esok (Jumaat).

Katanya kalau gagal beliau akan failkan saman terhadapnya.

Menurut Wan Ahmad memang ada pegawai SPR lain yang bernama " Wan Ahmad " tetapi orang itu sudah meninggal dunia.

"Kalau dia (Mat Sabu) buat sedikit penyelidikan dan semakan mesti dia tahu cerita sebenar, tapi niat jahatnya itu, ikut fakta tak penting tapi yang penting fitnah untuk tarik orang baca dan tujuan lain yang mereka mahukan.

"Banyak pihak keliru dengan laporan tersebut",katanya.

Wan Ahmad berkata, pengalaman yang dilaluinya melihat kebanyakan pemimpin pembangkang yang membuat fitnah tidak akan memohon maaf.

"Kita tak boleh biarkan orang yang tak bertanggungjawab dibiar begitu sahaja,"tegasnya.

-Agendadaily

DAP Intai Rahsia Pertemuan Sulit Anwar-Haron Din


Pertemuan sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mencetuskan pelbagai tanda tanya.Haron sudah mengesahkan pertemuan itu tetapi menolak cakap-cakap bahawa Ketua Umum PKR itu berjumpa beliau ada kaitan desas desus kononnya majlis syura ulama menolak Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah selepas PRU 13.

Apa sebenar dibincangkan Haron dan Anwar hanya diketahui mereka dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengakui turut serta dalam pertemuan itu.

Justeru itu, pertemuan sulit itu sudah jadi buah mulut bukan sahaja dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS tetapi pemimpin DAP kerana merasakan ‘ada sesuatu’ mahu disembunyikan Anwar berhubung
perjumpaannya dengan Haron pada awal bulan ini.

Tambahan pula ada media melaporkan majlis syura bukan sahaja menolak Anwar dilantik sebaga perdana menteri tetapi berkemungkinan seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Untuk rekod, sebelum ini ura-ura sama pernah jadi bualan dalam pakatan pembangkang malah antara nama berkemungkinan dilantik sebagai Perdana Menteri adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ku Li dilihat pembangkang sebagai tokoh yang layak dilantik jadi PM selain Anwar memandangkan ahli parlimen Gua Musang itu dikatakan tidak ada masalah dengan pemimpin pembangkang dan sesetengah pemimpin UMNO.

Itu cerita hampir dua tahun lalu dan sejauh mana kebenaran dakwaan majlis syura membincangkan menolak Anwar dan mencadangkan nama lain, masih belum terjawab kerana tidak ada mana-mana ahli majlis syura mengesahkannya.

Apapun ada juga lojiknya Anwar dikatakan berjumpa Haron untuk ‘meminta nyawa’ jika desas desus mengenai majlis syura itu benar.

Anwar mungkin boleh berjumpa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘meminta nyawa’ untuk terus jadi PM tetapi Menteri Besar Kelantan itu sudah belajar kesilapannya daripada isu kalimah Allah.

Nik Aziz yang sebelum ini menyokong kalimah Allah boleh digunakan agama lain akhirnya terpaksa tunduk dengan keputusan majlis syura ulama bahawa kalimah itu hanya untuk agama Islam sahaja.

Sebab itu Anwar terpaksa berjumpa Haron untuk menjelaskan pendirian pakatan rakyat sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain tetapi mendapat tentangan majlis syura ulama.

Namun, pertemuan yang membelakangkan DAP sebagai sekutu dalam pakatan tentu menyebabkan timbul rasa curiga pemimpin-pemimpin DAP.

Sebab itu, Pengerusi DAP Karpal Singh pada Selasa mengulangi pendirian partinya mahu Anwar sebagai PM jika pakatan rakyat memerintah negara kelak.

Beliau sengaja membuat perakuan itu untuk mendapat reaksi balas daripada pemimpin PAS sama ada menyokong pendirian DAP dan pakatan rakyat sebelum ini yang tetap mahu memilih Anwar sebagai PM.

Malah, Karpal menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

Sebelum ini pun, sudah timbul keraguan dalam DAP dan PKR apabila ada pemimpin PAS pada Muktamar parti tahun lalu mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dipilih sebagai PM.

Walaupun Hadi menegaskan sanggup jadi nelayan bukannya PM tetapi sesetengah pemimpin PAS yang tidak tergolong dalam kelompok Anwarinas mahu Hadi jadi PM memandangkan Anwar berdepan banyak isu moral.

Persoalan ini terutama topik pertemuan Anwar dan Haron akan terus cetus macam-macam spekulasi selagi Haron atau PAS tidak berterus terang kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu.

DAP tentu tidak senang dengan dengan pertemuan sulit Anwar dan Haron.

Manakala bagi pemimpin, ahli-ahli serta penyokong PAS, mereka tentunya tidak berharap jawapan daripada Anwar kerana mereka tahu Anwar akan cerita atau janji lain dengan DAP dan ‘cerita lain’ juga
bila berjumpa PAS.

Mungkin juga yang tersepit dalam hal ini adalah Haron kerana pertemuan sulit itu mengejutkan banyak pihak dalam PAS yang selama ini tahu Haron tidak begitu mesra dengan Anwar.

Justeru itu Haron kena beringat kerana jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Tidak mustahil selepas Nasharuddin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulamak, selepas ini giliran beliau pula.

Jika tidakpun, Haron mungkin akan dikorban dalam PRU 13 apabila PAS menamakannya sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Arau, Perlis.

Sekiranya Haron tewas dalam cubaan kali ketiga sebagai calon PRU – bermakna kredibiliti serta pengaruh Haron dalam PAS sudah tiada lagi dan sekaligus menunjukkan jalan keluar beliau daripada jemaah PAS.

-Agendadaily

Remaja 19 Tahun Mati Bunuh Diri Di Times Square


Sebentar tadi telah berlaku kejadian menyayat hati dimana seorang wanita ditemui mati di lobi pusat beli belah Berjaya Times Square ( berhampiran lif bertanda U Mobile) pada tengah hari tadi ( 14 Februari 2013 ) dalam keadaan yang mengerikan dimana kepalanya pecah dan berlumuran darah.

Menurut maklumat, wanita tersebut dikatakan terjatuh dari tingkat tinggi ( yang tak dapat dipastikan tingkat berapa – menurut sumber dari tingkat 6 ) bangunan pusat beli belah tersebut. Masih belum dapat dipastikan samada wanita tersebut membunuh diri atau dibunuh atau terbunuh.

Gambar ini dirakam oleh penguna media social Facebook dan Twitter yang kebetulan berada di sana.