Thursday, March 7, 2013

Letak Senjata Tanpa Syarat! – PM


Malaysia menolak gencatan senjata yang dicadangkan Jamalul Kiram III kerana pengganas Sulu masih berperang dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu, hari ini.

Datuk Seri Najib Razak menggesa kumpulan pengganas Sulu segera meletak senjata dan menyerah diri tanpa bersyarat.

Pada masa yang sama, Perdana Menteri berkata, Op Daulat akan diteruskan.

Najib juga mengumumkan bahagian timur Sabah meliputi Kudat, Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Tawau sebagai ‘kawasan perlindungan khas’ negara.

Menurut beliau lima batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditempatkan di bahagian berkenaan bagi memastikan kawasan tersebut kekal aman tanpa pencerobohan.

Lima bahagian yang diumumkan Perdana Menteri itu membabitkan kawasan operasi pembersihan saki-baki pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 9 Februari lalu.

PRU 13: Haron Din Sah Tanding Parlimen Arau


Segala persoalan terjawab apabila, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din tetap dengan pendirian untuk bertanding di Parlimen Arau walaupun Barisan Nasional (BN) meletakkan calon 'popular' termasuk dalam kalangan ulama pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Ini kerana persediaan telah pun dibuat olehnya dan juga parti dalam menghadapi situasi di kawasan berkenaan menjelang pilihan raya nanti. Katanya selepas merasmikan Markaz Pilihan Raya Pas di Simpang Empat, malam tadi.

Haron berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa BN akan meletakkan calon agak popular termasuk dalam kalangan ilmuwan atau ulama untuk menentangnya di kerusi Parlimen Arau pada PRU Ke-13.

Ditanya mengenai potensinya untuk memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya kali ini, Haron berkata, beliau yakin mendapat sokongan daripada pengundi berdasarkan keadaan semasa dan pencapaian lalu.

Berdasarkan pilihan raya 2004, kata Haron, dia kalah dengan majoriti dalam lingkungan 3,243 undi tetapi pada 2008, hanya tewas dengan majoriti 300 undi, sekali gus membuktikan bahawa sokongan semakin kuat kepadanya dan Pas yang mungkin membolehkannya untuk mencapai kemenangan.

Menjawab satu soalan berhubung calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU Ke-13, Haron menjelaskan, pihaknya memberi tumpuan terhadap pilihan raya terlebih dahulu.

Gambar di bawah adalah persiapan PAS untuk menghantar Unit Analnya berjuang di Lahad Datu... Dengar khabar Inspektor Haliza (janda meroyan Abbi) turut menawarkan body (diri) untuk berkhidmad..

Lahad Datu: Malaysia Tolak Gencatan Senjata


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika tiba di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Tungku (Lahad Datu), Khamis. Turut sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. -foto Bernama

Malaysia menolak gencatan senjata oleh Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya Sultan Sulu, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid melalui 'tweet'nya, Khamis.

Beliau berkata gencatan senjata itu hanya akan diterima jika semua militan menyerah tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah & seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," katanya melalui twitter.

Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Residence Sahabat bagi melakukan tinjauan Op Daulat yang dilaksanakan pasukan keselamatan ekoran pencerobohan pengganas Sulu di daerah ini.

Najib diiringi Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman tiba pada pukul 1.45 petang dengan menaiki helikopter Nuri.

Perdana Menteri dijangka membuat sidang media selepas selesai melakukan tinjauan berkenaan.

Anwar Masih Belum Jawab Motif Jumpa Nur Misuari Sebelum Pencerobohan Lahad Datu

AIDC- Sehingga ke hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum menjelaskan apakah motif beliau berjumpa dengan dengan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro), Nur Misuari.

Sebaliknya, Anwar hanya menafikan pertemuannya dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram.

“Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, beliau tidak pernah bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Roodinood Julaspi Kiram,”lapor Sinar Harian, 5 Mac.

“Jika pernah bertemu pun apa masalahnya?” ujar Anwar lagi.

Lapor Sinar Harian lagi, Anwar turut memberitahu, beliau telah ditawarkan satu wawancara khas bersama media Filipina ‘Inquirer News‘ setelah beliau membuat penafian berhubung pembabitan dan pertemuannya dengan Sultan Sulu.

“Tawaran menemu duga saya itu berlaku pagi tadi.

“Dia prihatin kerana saya nafi saya jumpa Sultan Sulu kerana gambar mereka keluar itu sama ada saya jumpa Misuari kerana dia ingat gambar itu adalah Sultan Sulu,” ujar Anwar lagi.

Bagaimanapun Mstar melaporkan temu bual media Filipina itu ditolak oleh Anwar dengan alasan sibuk.

Philippines Daily Inquirer, pada Jumaat lalu menyatakan bahawa sumber perisikan negara itu mendapati seorang ahli politik Sabah telah bersekutu dengan Ketua pemimpin pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim sebagai antara ‘faktor luaran’ yang didakwa bertanggungjawab menghasut waris kesultanan Sulu untuk menuntut Sabah.

Laporan wartawan Filipina, Nikko Dizon berkata Manila sedang memantau tiga kumpulan yang digambarkan sebagai ‘faktor luaran’ di sebalik krisis pencerobohan di Malaysia.

Persoalan tentang perjumpaan Ketua Umum PKR dengan Sultan Sulu bukan isu utama, apatah lagi apabila Anwar mengaitkan dengan Sultan Roodinood Julaspi Kiram dan bukannya Sultan Jamalul Kiram III.

Menurut Mstar, sekurang-kurangnya 11 pihak menuntut gelaran Sultan Sulu, termasuk Sultan Jamalul Kiram III, selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Barangkali dengan membangkitkan isu pertemuan dengan Sultan Sulu yang tidak difokuskan, mungkin Anwar boleh menyembunyikan persoalan paling utama iaitu benarkah beliau berjumpa dengan Nur Misuari dan jika benar, apakah motif perjumpaannya itu yang diadakan beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu ?

Anwar Ibrahim bersama Nur Misuari

Akhbar berpengaruh Filipina, The Philippine Star baru-baru ini melaporkan Nur Misuari dan beberapa orang lagi merupakan ‘dalang’ yang mempengaruhi ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III supaya menuntut Sabah daripada kerajaan Malaysia.

Laporan itu menyusul selepas sekumpulan individu bersenjata mendakwa kerabat diraja Sultan Sulu telah menceroboh ke Lahad Datu, 9 Februari.

Semalam, The Philippine Star sekali lagi menegaskan Misuari memang rapat dengan ‘Sultan Sulu’ Jamalul Karim III yang menyiarkan bukti bergambar yang menunjukkan Misuari berpegang tangan dengan ‘Sultan Sulu’

Nur Misuari berpegang tangan dengan Sultan Jamalul Kiram III

“Pengerusi dan Pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Nur Misuari semalam menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai utusan ke Kuala Lumpur dan membantu dalam perbincangan untuk menyelesaikan keganasan di Sabah.

“Misuari melawat Sulu Sultan Jamalul Kiram III di rumahnya di Maharlika Village, Taguig City semalam,”lapor media Filipina itu.

Sebelum ini, Misuari dilaporkan memberi amaran kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengapa-apakan adik Jamalul Kiram, Raja Muda Agbimuddin di Kampung Tanduo, Sabah.

“Sejurus anda berbuat demikian ia sama dengan mengisytihar perang terhadap orang kami dan MNLF. Ia menjadi tugas untuk kami melindungi orang kami,” katanya.

“Setiap titik darah mereka adalah suci buat kami,’ tambah Misuari.

Misuari bagaimanapun menafikan beliau merupakan dalang dalam kejadian pencerobohan para pengikut Jamalul Kiram di Sabah.

“Menjadi pembiaya kewangan bukannya satu persoalan.

“Kenapa saya perlu menjadi pembiaya para pengikut Sultan? Hanya kira-kira 200 orang (pengikut Jamalul Kiram yang menceroboh Sabah). Itu bukannya cara saya,” katanya.

Ini merupakan amaran kedua daripada Misuari selepas amaran pertama pada 21 Februari lalu.

“Ini harus dikendalikan oleh ‘cooler heads’,” katanya, sambil menambah ia juga akan menjadi baik untuk menunggu pilihan raya Malaysia yang akan datang pada bulan April untuk melihat siapa yang akan menjadi perdana menteri yang baru,”katanya dipetik dari Manila Bulletin.

Jamalul Kiram Umum Gencatan Senjata Sebelah Pihak


Manila 7 Mac - Ketua kumpulan yang menceroboh Sabah, Jamalul Kiram hari ini mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak ekoran tindakan ketenteraan oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Menurut jurucakap ketua penceroboh itu, Kiram mengisytiharkan gencatan senjata tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Beliau turut menggesa Malaysia mengambil tindakan sama. - AFP

Berikut adalah berita asal yang dipetik dari philnews.com

Sulu sultanate calls for ceasefire in Sabah

MANILA - The Sulu sultanate has called for an immediate ceasefire to the standoff in Sabah following calls by United Nations Secretary General Ban Ki-moon to end violence in Sabah and start holding dialogues.

“The Sultan (Jamalul Kiram III) is calling for a unilateral ceasefire of the sultanate of Sulu effective this hour, 12:30 in the afternoon [of Thursday,” spokesperson Abraham Idjirani said.

He said this is out of respect to the call of the UN secretary-general to end the violence there. He said this is “in order to reciprocate the call of the UN to preserve lives.”

The UN chief also expressed concerned about the impact of the standoff on the civilian population, including migrants in the region.

Ban is closely monitoring the situation in Sabah and would like to see all parties engage in talks for the peaceful resolution of the issue, a UN statement said.

He also urged all parties to "facilitate the delivery of humanitarian assistance and act in full respect of international human rights norms and standards."

Mayat Enam Anggota Polis Dicacatkan Pengganas Sulu


Enam anggota polis yang terbunuh di Kampung Simunul di Semporna pada 2 Mac lalu ditemui dalam keadaan dicacatkan dengan teruk, memetik kenyataan Facebook polis lewat petang semalam.

Polis turut mendedahkan pasukan terpaksa dihantar ke kampung berkenaan sehari kemudian untuk menyelamatkan anggota yang tercedera dan rakan-rakan mereka yang sudah mati berikutan serangan hendap oleh kumpulan penceroboh Filipina.

Menurut laman itu lagi, polis sebelum itu telah menghantar pasukan ke Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya untuk menyiasat laporan tentang kehadiran penceroboh Filipina.

"Semasa tiba di Kampung Simunul, pasukan polis telah diserang hendap oleh penceroboh. enam anggota polis terkorban manakala dua lain cedera. Enam penceroboh bersenjata ditembak mati oleh polis.

"Polis menghantar pasukan keselamatan untuk membawa pulang mayat dan menyelamatkan anggota yang terkandas di Kampong Simunul, Semporna. Pasukan polis berjaya dalam misis tersebut.

"Mayat anggota polis yang ditemui telah dicacatkan dengan kejam oleh penceroboh bersenjata," memetik kenyataan dari laman itu.

Kesemua anggota yang terkorban adalah Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sergeant Baharin Hamit, Sergeant Abdul Aziz Sarikon, Koperal Salam Togiran and Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini enggan mengesahkan laporan berkenaan termasuk kepala anggota dipenggal dan mata dicungkil keluar.

AntaraPos