Friday, March 15, 2013

Apa Dah Jadi... Cawangan PKR Cabang Temerloh Naikkan Bendera BN ?


Amat mengejutkan apabila melihat bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di atas bendera PKR...

Apa dah jadi... Hampir setiap hari kini terdapat ahli-ahli pakatan yang keluar parti dan menyertai parti-parti gabungan dalam BN. Walaupun tidak berlaku kemasukkan secara besar-besaran, namun kesanggupan mereka meninggalkan parti yang telah mereka sertai sejak berpuluh tahun dahulu membuktikan sebahagian mereka telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka.

Seperti yang diketahui umum BN sudah buat segala apa yang dijanjikan... Pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak pernah tunaikan. Selamat berkubur PKR!

Mungkin juga ini adalah petanda puak pembangkang akan tumbang sepenuhnya pada PRU 13 nanti...

Adios Amigos!

Thursday, March 14, 2013

Jacel Kiram Dikecam Pengikut Twitternya


Anak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter semalam menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.

Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya bagaimanapun tidak aktif mengemas kini laman twitternya sebaliknya hanya lima status termasuk jawapan balas ditulis olehnya.

Antara kenyataan Jacel menerusi jawapan balasnya kepada salah seorang pengikut twitter, Geminianeyes adalah : "Malaysia tidak pernah memiliki Sabah, negeri itu masih membayar hutang, baca sejarah... Sabah tidak pernah menjadi milik anda!"

Geminianeyes sebelum itu berkata kepada Jacel : "Apakah anda menyangka yang kami (Malaysia) akan menerima kedatangan kumpulan anda tanpa senjata sedangkan tentera anda menceroboh masuk ke negara kami bersama senjata."

Selain itu, salah seorang lagi pengikut, HRH Sultan SeaDemon berkata kepada Jacel : "Bapa anda bukan salah seorang penerima kekayaan Sulu..Sultan Sulu penipu!"

Dax muhamad pula mahu pengganas Sulu keluar daripada Sabah dan hentikan pembunuhan.

-Utusan

Lahad Datu: Polis Tahan Seorang Lelaki Bersenjata Pedang Samurai Dan Parang


Pasukan keselamatan telah mempertingkatkan lagi tahap kawalan keselamatan dengan memperbanyakan lagi sekatan-sekatan jalan raya. Pada jam 10.50 pagi tadi, semasa sekatan jalan raya di Tanjung Labian, pihak keselamatan telah menahan seorang lelaki bermotosikal. Hasil pemeriksaan, pihak keselamatan menjumpai satu bungkusan yang mengandungi 2 bilah pedang samurai dan 3 bilah parang. Lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Kawasan operasi masih dikepung oleh pihak keselamatan dan dinasihatkan kepada orang ramai serta pengamal media agar tidak memasuki kawasan operasi sehingga kawasan tersebut diistiharkan selamat.

Pihak Forensik PDRM sedang bekerjasama dengan pihak hospital untuk mengenal pasti identiti sebenar kesemua mayat penceroboh.

Sumber Facebook PDRM