Sunday, March 17, 2013

Umno Nafi Sebar Video Aksi Songsang Anwar


Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dalam video aksi songsang memaparkan individu yang didakwa mirip seorang tokoh politik dengan pasangan lelakinya di sebuah hotel.

Beliau berkata pembangkang sememangnya akan menyalahkan Umno berhubung video itu yang dimuat naik sebuah blog, rajagoyang360.blogspot.com. dan kemudiannya turut dipaparkan di beberapa blog lain.

"Sebagaimana fikiran pembangkang segalanya kerja Umno termasuk insiden (pencerobohan pengganas Sulu di) Lahad Datu tetapi Umno tidak sehebat itu untuk mengatur segalanya.

"Tak kan orang dalam bilik pun kita yang mengatur, kita tak ada masa nak pasang kamera dalam bilik orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Taklimat Penceramah Penerangan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam akhbar The Star hari ini yang menafikan individu dalam video itu adalah dirinya sambil mendakwa ia perbuatan Umno.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, rakyat boleh menilai sendiri siapa tokoh politik yang didakwa dalam video itu.

"Tengok sendiri dan buat keputusan, jangan bantai (kutuk) sebelum tengok, tapi tengok dulu...kita serah kepada mereka untuk menilai sendiri," katanya.

Sementara itu, Ahmad menyeru semua anggota Umno dan Barisan Nasional (BN) agar menanam keyakinan bahawa parti itu mampu mencapai kemenangan serta memperoleh majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu harus disandarkan pada kejayaan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa ini.

Malah, katanya, pembangkang tidak mempunyai sebarang kekuatan kerana gagal melaksanakan janji selain mempunyai pemimpin yang didakwanya terlibat dalam pelbagai skandal.

- Bernama

Lahad Datu: Seorang Lagi Pengganas Ditembak, Jadikan 62 Musuh Ditembak Mati


LAHAD DATU – Seorang lagi pengganas Sulu dari selatan Filipina ditembak mati oleh pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Kampung Tanjung Batu di sini hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan musuh yang terbunuh kepada 62 orang.

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata dua pertempuran berlaku hari ini iaitu pada 9.55 pagi dan 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung sekumpulan musuh di kawasan itu.

“Pada 10.15 pagi kita sekali lagi bertembung dengan musuh dan salah seorang daripada mereka berjaya dibunuh manakala tiga yang lain melarikan diri,” katanya dalam sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di markas operasi Felda Sahabat 16, pada kira-kira 11 pagi, di sini.

Zulkiple berkata tiga lagi musuh itu dipercayai masih berada di kawasan Tanjung Batu dan pasukan keselamatan sedang giat menjejaki mereka.

“Mayat musuh yang dibunuh itu hanya akan dikeluarkan apabila keadaan benar-benar selamat,” katanya.

Beliau berkata operasi pembersihan masih giat dijalankan di Kampung Tanduo dan Tanjung Labian, sebelum penduduk dibenarkan untuk kembali ke kampung masing-masing dalam tempoh terdekat.

Pasukan keselamatan juga sedang giat memeriksa dan menggeledah rumah-rumah di kawasan operasi bagi memastikan tiada musuh berlindung di kediaman penduduk, kata Zulkiple.

Dalam pada itu Hamza berkata, musuh kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di sekitar Kampung Tanjung Batu.

Beliau berkata orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pasukan keselamatan bagi memudahkan usaha menjejaki saki-baki kumpulan militan tersebut dan tidak memasuki kawasan zon merah demi keselamatan.

-Bernama

Gambar Gay : Video Anwar Marah Wartawan!


Selain dari lari daripada wartawan Anwar turut menghemburkan kata-kata kasar kepada wartawan.. Pengawal peribadi Anwar juga dilihat bertindak kasar kepada wartawan. 

Kalau taknak jawab pun tak payah lah sampai buat macam ni... 

Semalam beberapa wartawan ingin medapatkan komen Anwar Ibrahim mengenai satu blog yang menyiarkan gambar-gambar dimana seorang lelaki didalam gambar itu seakan-akan rupa beliau..... dan ini komen beliau...

“Ini fitnah jijik UMNO menjelang pilihanraya” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keluar dari program Dialog Bersama Anwar Ibrahim di One World Hotel, Bandar Utama anjuran kelab Anwar Ibrahim (AIC) pagi ini.

Nampak bersungguh-sunguh beliau mengeluarkan kata-kata itu dengan lengokan tangannya sekali.

“Fitnah jijik UMNO termasuk..” sekali lagi beliau cuba mengulangi kata-kata di atas. Kali ini beliau nampak tersentak dan menoleh ke arah wartawan Agendadaily.

“Saya nak bertanya saja,” kata wartawan itu.

Anwar menjawab, “Menggunakan media..menggunakan media untuk menyebarkan fitnah..nama dia Melayu-Muslim,”katanya sambil berjalan keluar dan tidak mahu lagi melayan soalan-soalan wartawan.

url: http://youtu.be/mOqGgDpaRU0

Akibat Kecewa, Penyokong Tegar Pas Sertai UMNO


UMNO Parti Keramat! Sememangnya UMNO merupakan tunjang kekuatan orang melayu! kelebihan dan kekuatan yang ada pada UMNO ini tidak dimiliki oleh puak pembangkang! Tahniah di ucapkan kepada mereka yang telah sedar dan kini bersama UMNO!

Utusan - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.

"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.

Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.

"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya.

Tian Chua Dibakar Hidup-Hidup!


Ini sebagai pengajaran kepada manusia bangsat! Tian Chua bangsat boleh lihat sendiri bagaimana dia di bakar dengan api kemarahan rakyat terhadap dirinya...

Selaku anak kepada anggota PDRM! aku sendiri tidak dapat menahan api kemarahan terhadap Tian Chua!

Sebelum perkara yang lebih buruk berlaku, ada baiknya Tian Chua memohon maaf kepada seluruh rakyat di Malaysia terutamanya kepada Anggota PDRM serta keluraga mereka!

Utusan - Kemarahan orang ramai berhubung kenyataan biadap pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang mempersendakan tragedi berdarah di Lahad Datu, dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan terus memuncak.

Beratus-ratus penduduk di Kampung Jerong Surau dan beberapa kampung lain di sekitarnya keluar malam ini bagi turut menunjukkan reaksi mereka dengan membakar patungnya selain menyatakan kesal dengan sikap pemimpin pembangkang yang lain kerana cuba mempolitikkan isu itu, malah mempertahankan Tian Chua.

Sejurus sebelum himpunan aman mengecam naib presiden parti itu diadakan, Tabung Pahlawan Wira Lahad Datu dilancarkan yang memberi peluang kepada penduduk setempat menghulur derma untuk keluarga anggota keselamatan yang terbunuh.

Yang turut hadir pada majlis pelancaran itu, Pengerusi Pemantau Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Muda Mamat; Ahli Jawatankuasa Wanita UMNO bahagian, Rosni Ngah dan Pengerusi Peti Undi Jerong Surau, Nasir Mamat.

Menurut Nasir, Tian Chua dan mereka yang mempersendakan anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara tidak boleh dilepaskan begitu sahaja kerana sesiapa yang rasional boleh menilai betapa biadapnya kenyataan seumpama itu.

Katanya, sudah wujud gejala sedemikian dalam masyarakat di negara ini yang dipengaruhi oleh pemikiran mereka yang ghairah untuk berkuasa.

"Kita tahu dalam keadaan kritikal begini ada anggota polis terkorban, tapi kita sangat dukacita masih ada yang sanggup menjadikannya modal untuk bangkitkan kebencian kepada kerajaan.

"Apabila sampai tahap anggota keselamatan kita terkorban ketika mempertahankan negara, ada pula dianggap sandiwara, kami rasa ini tuduhan yang sangat berat," katanya.

Tok Pawang Pengganas Sulu Berjaya Ditembak Mati!


KEPERCAYAAN pada amalan mistik dan karut-marut di kalangan pengganas militan Sulu bukan satu rahsia lagi.

Ini dibuktikan dengan kejayaan pihak keselamatan merampas pelbagai tangkal dan azimat daripada pengganas yang berjaya ditembak mati.

Menurut sumber, di antara 61 orang pengganas yang berjaya dibunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara, salah seorang daripadanya dikenal pasti individu yang cukup ‘dihormati’ di kalangan pengganas kerana ‘kemampuannya’ dalam perkara berkaitan.

Dikenali sebagai Pawang, lelaki tua itu dikatakan agak lemah dari sudut fizikal tetapi kemampuannya dalam ilmu kebal membuatkan kelibatnya cukup dihormati di kalangan pengganas yang terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu ini.

Malah disebabkan ‘kelebihannya’ itu jugalah, Mynewshub.my difahamkan yang Pawang dikatakan antara mereka yang terlibat dalam rundingan awal dengan pihak keselamatan ketika mereka mula-mula mendarat di Lahad Datu ini.

Namun ternyata Pawang juga manusia biasa, dia akhirnya terbunuh dalam salah satu siri pertempuran dengan pihak polis dan tentera kita.

Difahamkan, mayatnya ditemui diselimuti karpet sewaktu operasi penggeledahan dibuat.


Sementara itu menurut sumber pertahanan, tiada individu tertentu yang ditetapkan untuk menjadi ‘sasaran’ dalam setiap operasi yang dilancarkan.

” Dalam setiap operasi yang kita lancarkan, semuanya dianggap petualang dan musuh yang perlu ditangkap atau dihapuskan demi menjaga kedaulatan negara.

” Yang mati mungkin seorang komander, seorang bomoh, seorang pengikut atau sesiapa saja…maknanya di sini, selagi dia enggan menyerah diri dan berterusan untuk melanggar undang-undang, dia terpaksa menerima akibatnya!,” katanya.

-Mynewshub