Sunday, March 24, 2013

Al-Kisah Si Jambu Dan Si Anu... Satu Malaya Gelakkan Rafizi!


Kalau sidang akhbar di ibupejabat PKR, Jumaat dikira sebagai satu ujian praktikal di universiti untuk lulus sebagai ' pakar strategi'…Rafizi Ramli kita bagi markah corot.

Maaf Bro...ini feedback yang kita dapat selepas ramai yang melihat dengan mata kepala sendiri video di youtube you jadi macam pak pandir cuba bersilat dengan SATU soalan yang amat dan paling mudah dari wartawan Agendadaily.

Kalau setakat budak-budak UMNO dok gelak…itu sudah kira hukum alam.

Walaupun mungkin tidak begitu sedap badan tapi rasanya tidak adil kalau tidak bagitahu you feedback ini.

Dari cerita yang dikumpul melalui berbagai sumber rupanya ramai juga budak PKR dan PAS sendiri dok menyumpah tengok you melalut tak steady sampai bikin rosak program nak defend ‘Pak Sheikh’.

Nasib baik itu baru level wartawan kami yang cikai saja.Kalau kena dengan budak-budak CNN ,BBC atau Aljazeera mungkin you boleh terkencing dalam seluar lari tak bertangga.

You juga mungkin nasib baik kebanyakan budak-budak reporter yang ada dalam bilik sidang media itu adalah dari angkatan baru yang tidak ada semangat solidariti nak fight backing rakan lain tuntut jawapan bila tengok gelagat mengarut macam tu.

Kalau you kena geng angkatan wartawan dulu-dulu memang kes naya you cuba nak main elak-elak hanya untuk jawab satu soalan mudah : KENAPA SAMAN PAPAGOMO SAJA TAPI TAK SAMAN DATUK T.

Hello Bro…kalau ikut ijazah you yang lulus itu lulus ini dari serata universiti luar negara itu…tak ke rasa bodoh kalau orang lain jawab kat you ‘SAMAN INI TERHADAP PAPAGOMO IS KESELURUHAN’.

Entah lah mungkin maksud you kalau dah saman fitnah kes Papagomo…maka semua kes video pendedahan lain terangkum dibawahnya sebagai fitnah.Tak gitu?

Ada kawan-kawan yang komen begini: ‘ kalau tak ada telor pun…janganlah bagi jawapan yang bodoh nak mampos macam tu’

Kata depa lagi ambil contoh saman trafik. Apakah polis saman seorang saja yang langgar lampu merah…dah kira cover semua orang lain satu Malaysia yang langgar lampu merah?

Mana lojiknya dari sudut perundangan kerana kes pendedahan Papagomo dan kes pendedahan Datuk T adalah dua kes yang berbeza.Videonya juga berbeza.Aksinya juga berbeza.Lokasinya juga berbeza.

Kalau tidak percaya minta pandangan profesional rakan baik you peguam tersohor, N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Tak perlulah rujuk pada Latifah Koya ..takut nanti minah tu jadi kalut tak tentu hala.

Kalau Surendran jem…boleh kot refer kat Karpal Singh yang otai dalam bidang perundangan.

Rasanya dia no problem pasal dah sah U-Turn dan tak buat perangai lagi macam dulu kata ‘Anwar Ibrahim has create enough trouble for the country…Anwar Ibrahim harus bertaubat….’

Siapa boleh lupa kata-kata manis dia kat bos you tu.Ini link youtube kalau-kalau you nak tengok balik : http://www.youtube.com/watch?v=u0KKCCm2eSs&feature=player_embedded

You tak dengar ke baru sahaja hari Khamis,Tan Sri Rahim Thamby Chik cakap dalam sidang akhbar….samanlah I….samanlah Datuk Eskay…samanlah Datuk Shuib.

Come on man…tak kan you all tak ada telor nak saman trio Datuk T.

Kata kat bos you hantam saja Tan Sri Rahim dan geng trio dia masuk court...jangan dok cakap banyak.

Sorrylah kami ni tak pandai sangat bab undang-undang.

Tapi kami dengar orang cakap…depa punya andaian bos you kecut habis pada Datuk Eskay.



Betul ke tak betul…you kena bisik tanya bos you.

Sebabnya begini Datuk Eskay ialah saksi hidup yang dakwa dirinya ada sama semasa aksi dengan China Doll berlaku.

Juga yang dikatakan lebih meresahkan bos you pasal Datuk Eskay kata dialah orangnya yang tukang atur segala macam untuk bos you masa di Bangkok dulu.

Lagi parah…dia juga dakwa dialah orangnya yang tukang dok pergi ambil bos you waktu malam di rumah untuk ‘aktiviti luar’.

Ini bukan orang lain cakap…tapi dari mulut Datuk Eskay sendiri.

Jadi ikut cakap golongan bijak pandai undang-undang memang demam kalau kes video seks China Doll tu masuk court.

Kalau betul bagai dikata Datuk Eskay tu makanya kita sudah boleh jangka macam-macam mak nenek dan mak datuk akan bertabur keluar kalau masuk court.

Papagomo mungkin tak satu level dengan Datuk Eskay yang mungkin tahu perangai bos you luar dalam.

Kita agak mungkin Papagomo dapat video dari mana-mana kot…tapi dia bukan saksi hidup macam Datuk Eskay yang gambar CCTV pun didakwa ada tengah naik turun lif dengan bos you di lokasi aksi China Doll.

Juga lagi parah video seks China Doll tu sudah disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar dari Korea dan Amerika.

Macam mana pula dengan Jam Omega….dan siapa tahu kalau-kalau Datuk Eskay ada simpan bukti-bukti lain yang boleh bikin gempar.

Sebab itu kalau masuk court kes video seks China Doll menang meletup habis dan pasti jadi case of the year.

Bro…rasa-rasanya you sendiri pun ada akai boleh agak begitu.

Kami hanya tolong sampaikan feedback ni bukan apa... kesian juga kat bos you yang mukanya dah nampak macam berserabai pasal benda ini semua lama sangat tak settle.

You juga jangan fikir budak-budak PAS semua bodoh, tak ada otak,tak boleh fikir dan tak nampak semua cacamarba ini.

Dengar cerita ramai juga depa yang dok angin satu badan nak kena tanggong ‘biawak hidup’ kes dakwaan video bos you ini.

Nak salahkan depa pun tak boleh juga.Memanglah cukup berat nak cakap ceramah bab-bab agama dan kesucian segala macam sedangkan video berahi yang dok dakwa Tok Penghulu Pakatan Rakyat berlegar atas serban depa.

Depa tentu rasa dosa besar (kalau betul bagai didakwa) melindungi satu kemungkaran yang cukup jijik.

Lainlah Datuk Nik Aziz. Tok Guru, kita boleh tolak sebelah.Kesian kat dia mungkin mata dia dah kelabu mata tahap maksimum.Biarlah dia dalam dunia dia yang merasa semua orang kurang Islam dalam dunia ini kecuali orang-orang PAS sahaja.

Sepatutnya you tak boleh hilang cool nak tunjuk ranggi dan konon garang bila wartawan kami dok tanya sangat soalan itu.

Ni pasal dok dengar ramai sangat orang cakap hairan apa pasal you all hanya ada telor attack Papagomo seorang sahaja.Itupun kes baru ni saja.

Datuk T dah dedah sejak bulan Mac 2011 lagi.Ni dah nak dekat dua tahun Bro.Lama tu.

Depa juga dah angkat sumpah junjung Al-Quran lagi di masjid.

Apa yang kami dengar orang cakap you all kecut nak saman waktu tu sebab takut kalau saman kes masuk mahkamah sebelum pilihan raya…kalau punggah jenuh.

Kata depa kes Papagomo baru…kalau saman sekarang mustahil masuk court sebelum pilihanraya.

Jadi depa dok cakap strategi you all saman Papagomo cuma nak coverline sebelum pilihanraya.

Kata depa kalau tak saman...takut nanti orang ingat betul lah tu.

Ada ke patut cakap begitu?...Betul tak Bro?

Kalau fikir ikut lojik akal rasa-rasanya macam betul juga apa depa kata tu.

Sebab tulah wartawan kami nak tanya sangat apa pasal you all berani saman Papagomo saja tapi tak saman Datuk T.

Bro, tak payah nak syok sendirilah...apa sangat bab you dedah kisah Papagomo bekas polis dan daftar dua tempat pengundi.Itu pun mungkin silap SPR.

Kalau nak kira itu small matter nak banding dengan status bos you yang sangat berangan-angan nak jadi Perdana Menteri Malaysia.

Cuma nak tanya …(kalau betul) you nak tidak anak cucu dan saudara mara you diperintah oleh orang ‘depan belakang’ yang Nabi tak mengaku umat.

Apa lagi dengan Hamba Allah...yang didakwa bernafsu besar lepas satu...satu...lagi dan lagi ini.

Ada juga orang kata...ada sesetengah manusia tu merasa dia dirinya sudah semacam kebal....relaks buat apa pun orang tak akan percaya kalau dituduh....Hebat.

Jadi usaha you nak conteng arang pada reputasi Papagomo tu cikai saja kalau nak dibandingkan dengan isu besar status bos you di depan mata.

Kami ni bukan apa sangat…nak bagi peluang you all jawab yang boleh diterima akal fikiran.

Dulu kami semua dah le terasa bodoh sangat sangat dengar ' fatwa' Datuk Seri Haji Hadi kata video tu besi dan tidak boleh jadi bukti.

Juga Bro...dengar orang kata kalaulah you all dapat video mana-mana pembesar UMNO dalam aksi begitu...you all dah buat pesta riuh rendah berarak satu Malaya...tuntut dia letak jawatan segera.

Ingat lagi ...kes Datuk Seri Chua Soi Lek.Itu video gelap sakan Bro...tapi dia steady terus mengaku.

Jadi tak payahlah geng you all nak goreng konon persoalkan apa pasal asyik suka main isu seks...seks...seks...tak ada isu lain ke?

You all punya drama tentang perut buncit,rambut begitu begini,video tak clear segala macam....dok buat semua orang gelak sambil tunggu dan lihat.

Bila kami tanya dan kalau you boleh bagi jawapan baik punya...sekurang-kurangnya orang boleh juga kata Rafizi ni bijak sungguh orangnya.Mana tau bos you pun syok boleh bagi naik pangkat sama level Azmin Ali.

Tapi sayang sikit Bro…you punya jawapan hampasss…fail junam masuk longkang.

Kalau tak percaya you duduk tenang-tenang dan tengok balik persembahan you masa jawap tu.

Jadi kalau sudah macam tu Bro…you jangan dok hairan kalau makin ramai yang terus rasa jeng...jeng..jeng pada bos you tu.

Baru ni semua orang dah dok gelak sakan tengok bos you macam bercempera bila nak jawab bab biseksual dalam interbiu dengan wartawan radio BFM.

Tak taulah nanti apa ceritanya bila keluar video penuh rajagoyang pula.

Kalau you nak tahu… ramai sungguh orang dok tunggu-tunggu.

Depa semua dok geram apa pasal si rajagoyang ni lambat sangat.

Entah le...ramai yang kata baru tengok still photo dah nak keluar muntah darah.

Apapun relaks Bro…kalau bos you tak buat kerja kotor tu dia boleh rock steady.

Kita pun faham you all pun ‘cari makan’ kena defend habis-habisan bos you.

Sorry istilah ‘cari makan’ tu terpaksa guna sebab kalau you all semua berprinsip solid you all sudah siasat sendiri ataupun sekurang-kurangnya tuntut siasatan terbuka untuk pastikan kebenaran.

Mana tau kalau siasat punya siasat bos you OK...selamatlah dia boleh terus jalan lenggok Mak Limah bersiul tak ada sapa boleh kacau.

Sebaliknya kalau takat main tanya-tanya ...kalau betul pun bos you...gerenti kerat sepuluh dia tidak akan mengaku.Itu normallah Bro...

Ini satu andaian...mungkin you all sendiri dah tahu tapi kena dan terpaksa sorok.

Semua ahli nujum politik setuju kalau bos you punggah…jawabnya you all semua kena jadi kutu rayau di Chow Kit Road.

Tapi jangan lupa Bro…pada kata-kata pujangga Melayu : Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga.

Sendiri mau ingat kata-kata itu kalau-kalau pelakon dalam video-video itu ialah si dia.

-Agendadaily

Hasrat Kit Siang Bertanding Guna Lambang PAS Dipersoal


Langkah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya Pendaftar Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran partinya dipersoal memandangkan agenda perjuangan antara kedua-dua parti itu berbeza sama sekali.

Penganalisis politik, Prof. Madya Zainal Abidin Borhan berkata, Kit Siang dan pimpinan DAP tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan platform parti lain terutamanya Pas sedangkan mereka boleh menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika benar itu berlaku, Pas selepas ini akan dianggotai dan dipimpin oleh orang-orang kafir.

"Menggunakan logo Pas berbanding PKR dibimbangi mempunyai niat jahat untuk memecah-belahkan umat Melayu dan Islam sekiranya parti yang dipinjam untuk ditandinginya itu menang,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Online petang ini.

Zainal Abidin diminta mengulas kenyataan Kit Siang di dalam akaun twitternya hari ini berhubung cadangan beliau untuk bertanding menggunakan lambang Pas sekiranya ROS menggantung pendaftaran DAP.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk para ahli dan bekas pemimpin DAP telah mendesak ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP berikutan kedegilan parti tersebut mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu selepas berlaku “kesilapan" ketika pemilihannya tahun lalu.

Menurut Zainal Abidin, sekiranya hal itu berlaku, DAP secara tidak langsung dia telah menunjukkan belang untuk mempergunakan Pas untuk menjadi alat perjuangan politik mereka dan wujud persengketaan antara Pas dan DAP jika keputusan PRU-13 memihak kepada parti kedua terbesar orang Melayu itu.

Semenatara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata, tidak mungkin DAP akan menguasai Pas jika parti itu memenangi PRU-13 kerana yakin bilangan ahli parti itu lebih ramai berbanding DAP.

"Kita mengalu-alukan calon-calon DAP menggunakan Pas dan PKR untuk bertanding di dalam PRU-13. Di dalam parti Pas sendiri, kami mempunyai sayap parti iaitu Dewan Himpunan Penyokong Pas yang terdiri daripada bukan Islam.

"Setakat ini, kami telah menerima penyertaan lebih 30,000 ahli di dalam dewan himpunan itu," katanya.

Bagaimanapun, menurut Mustafa, para pemimpin DAP termasuk Kit Siang yang berhasrat bertanding atas tiket Pas perlu mendaftarkan diri sebagai ahli Pas terlebih dahulu.

-Utusan

Hilang Sokongan Di Permatang Pauh... Anwar Terpaksa Lari Ke Kawasan Cina!


Pasti ramai yang telah mendengar mengenai keputusan Anwar Ibrahim yang terkenal dengan jolokan pemimpin ‘ANUgerah Tuhan’ untuk tidak mempertahankan kerusi Permatang Pauh dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Anwar melalui kenyataannya baru-baru ini berkata, ‘ada cadangan’ yang meminta agar dia bertanding di Selangor dan Perak. Namun antara kedua negeri tersebut, dia mengatakan lebih cenderung memilih untuk bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak berbanding Selangor.

Namun melalui analisa yang dijalankan, keputusan Anwar itu disebabkan penolakkan yang kuat di kalangan pengundi Melayu kerana mula sangsi dengan kredibiliti dan intergriti Ketua Pembangkang itu. Maka ia bukan soal ‘ada cadangan’ yang meminta dia bertukar tempat, tetapi sebenarnya dia ‘TERPAKSA’ untuk berpindah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai keputusan Anwar itu berkata Malaysia negara bebas dan "Anwar boleh pergi ke mana saja yang dia mahu, tetapi untuk menang, satu cerita lain."

"Maksud saya jika beliau mahu LARI daripada Permatang Pauh, tak mengapa. Ini jelas menunjukkan keyakinan beliau terhadap (mengekalkan) kerusi Parlimen Permatang Pauh semakin hari semakin berkurangan".

Malah menurut salah seorang pengundi Pas di kawasan Permatang Pauh, tindak-tanduk yang jelas kemaruk untuk menjadi perdana menteri itu, dilihat amat membimbangkan. Pendekatan ‘matlamat menghalalkan cara’ yang digunakan sebagai strategi meraih simpati juga dilihat amat bertentangan dengan ajaran Islam.

Beliau turut menjelaskan yang ditolak ialah Anwar Ibrahim dan bukannya pakatan rakyat, kerana sekiranya ketua umum PKR itu berjaya dikalahkan peluang Pas untuk menobatkan Hadi Awang sebagai perdana menteri terbentang luas.

Tambahan pula ia selari dengan keputusan Dewan Pemuda di dalam muktamar baru-baru ini yang membawa usul untuk memilih Presiden Pas sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang berjaya merampas Putrajaya.

“Isu kalimah Allah, adalah merupakan ‘turning point’ yang menyebabkan ramai penyokong pakatan khususnya Pas mula meninggalkannya, ditambah pula dengan pendedahan yang mendakwa penglibatan Anwar dalam tragedi berdarah di Lahad Datu” katanya yang enggan dikenali.

Apa dah jadi Pak Sheikh??? Anwar takut lettew!!! Patutlah dia mengelabah sakan apabila melihat penolakkan undi Melayu terhadapnya semakin jelas. Atas faktor itu, maka Anwar terpaksa lari ke kawasan yang mempunyai pecahan pengundi Cina yang tinggi.

Malah penyebaran rakaman wawancara bersama radio BFM serta paparan video gelap yang dikaitkan dengannya juga, telah menyebabkan Anwar semakin hilang punca. Buat makhluk bernama Anwar Ibrahim, “If you want to claim the moral high ground, you better be standing on it #VideoTerlampau”.

Kesimpulannya, rakyat perlu sedar, memilih seorang pemimpin yang ingin diangkat sebagai Perdana Menteri bukan semudah memilih baju. Banyak faktor dan kriteria yang perlu diambil kira dan dipertimbangkan. Pemimpin yang penuh dengan onar, sering terpalit dengan isu moral, tidak tetap pendirian dan yang paling utama sanggup melacurkan agama demi kuasa TIDAK LAYAK diberikan kuasa untuk memimpin negara.