Monday, April 29, 2013

#PRU13 Sokongan Terhadap BN Melonjak, Pembangkang Bakal Kecundang


Kurang tujuh hari sebelum hari mengundi pada 5 Mei 2013, lonjokan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin mantap dan kukuh.

Di mana sahaja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjejakkan kaki untuk berkempen dan bertemu rakyat, beliau di sambut dengan penuh kemeriahan dan keceriaan.

Ini merupakan satu indikasi amat positif bahawa rakyat sudah sedar bahawa BN sesungguhnya ikhlas apabila ia menyatakan iltizam untuk berubah menjadi kerajaan yang lebih prihatin, telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Sokongan padu rakyat juga mencerminkan bahawa agenda transformasi yang digerakkan oleh Datuk Seri Najib diterima baik oleh rakyat dan ini dizahirkan dengan respons pro-aktif kepada calon-calon BN di seluruh negara sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke 13.

Kemungkinan BN menang besar dengan mendapat kembali majoriti dua pertiga di dalam Dewan Rakyat tidak boleh dinafikan lagi.

Bagaimanapun keadaan yang sama tidak boleh digambarkan bagi pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, Pas dan Dap malah apa yang berlaku di dalam kancah politik Pakatan Rakyat adalah amat berbeza sekali dengan situasi yang dialami BN.

Pakatan Rakyat semakin goyang dan pakatan yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu khayalan atau 'marriage of convenience'.

Keadaan di dalam pembangkang sebenarnyya amat parah kerana sejak dari mula diasaskan sebagai Pakatan Rakyat ketiga-tiga parti sentiasa bertelagah dari segi ideologi.

Isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas sentiasa menjadi duri dalam daging dalam pakatan pembangkang.

Dap dengan disokong PKR tetap menentang sebarang usaha Pas untuk memghidupkan impiannya melaksana hukum jenayah Islam jika pembangkang berkuasa.

Malah pemimpin Dap Karpal Singh telah menyatakan parti itu bersama PKR akan menentang niat Pas untuk meminda Perlembagaan bagi melaksanakan hukum hudud.

Pas, PKR dan Dap hanya berkongsi kebencian mereka terhadap UMNO dan BN dan perasaan inilah yang menjadi tali politik yang mengikat perpaduan longgar mereka.

Selain daripada tidak ada apa-apa persamaan yang membolehkan pakatan tersebut bertahan lebih lama sehingga lepas PRU13.

Ini kerana Pakatan Rakyat hanya wujud untuk mendapatkan kuasa politik bagi kepentingan pemimpin-pemimpin pembangkang dan bukannya diasaskan untuk memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat.

Perbalahan Pas dan PKR umpamanya amat serius sehingga di tujuh kawasan parlimen serta dewan undangan negeri, calon daripada kedua-dua parti berlawanan antara satu sama lain.

Malah Presiden Pas Abdul Hadi Awang memperlekehkan calon-calon PKR yang mana ada di antara mereka dakwa beliau terlibat dalam penjualan pil kuda, menyokong fahaman komunis dan Marxist serta tergolong dalam kumpulan haru.

Dap juga tidak sunyi daripada masalah dalamannya di mana beberapa pemimpinnya bertindak bertanding sebagai calon bebas di Johor dan Melaka.

Percanggahan ideologi antara Pas, PKR dan Dap serta pendirian berbeza dalam beberapa isu penting yang melibatkan hak-hak orang Melayu dan agama Islam juga kini dipertikaikan rakyat.

Dalam isu kalimah Allah, Pas sehingga kini tidak dapat memberikan penjelasan yang memuaskan kepada penyokong dan rakyat bagaimana parti itu boleh tunduk kepada tekanan PKR dan Dap supaya kalimah itu boleh digunapakai oleh penganut Kristian dan kitab Injil.

Penyokong Pas melihat kepimpinan parti itu telah menjual maruah dan harga dirinya kepada Dap kerana sanggup berkompromi berhubung perjuangan 'Negara Islam'.

Kini dalam pakatan Pas tidak lagi boleh menyebut tentang negara Islam tetapi hanya sekadar 'Negara Berkebajikan'.

Begitu juga skandal video seks yang membabitkan Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali yang sehingga kini sunyi senyap.

Adakah langkah Abdul Hadi yang memilih untuk melakukan sembahyang hajat daripada menyiasat kesahihan video tersebut sengaja untuk menutup kerosakan moral dan akhlak pemimpinnya?

Pemimpin pakatan, Anwar Ibrahim juga tidak habis-habis dengan cerita skandal di sana sini yang hanya membuktikan pembangkang tidak langsung mempunyai kelayakan bukan sahaj dari penilaian kemampuan tetapi juga kredibiliti dari segi moral dan akhlak.

Laungan dan teriakan pembangkang menuju ke Putrajaya seperti yang mereka bertempik selama ini nampaknya semakin jauh kedengaran dan sampai ke 5 Mei nanti suara itu terus tidak kedengaran langsung.

#PRU13 - SURE (Suara Rakyat Rembau) Episod 5 & 6





Hanasir yang dalam keadaan susah telah berusaha untuk mendapat bantuan pembedahan jantung isterinya (Faridah) akhirnya terbela apabila Khairy Jamaluddin membantu beliau memudahkan segala urusan pembedahan jantung isterinya. Alhamdullilah setelah menjalani pembedahan jantung kini Faridah (isteri) telah pun sihat. Video http://www.youtube.com/watch?v=4x7_s4h1560&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ



Melalui bantuan dari Khairy Jamaluddin, SJK (C) Sin Ming telah menaiktaraf kantin sekolah yang dapat memberi keselesaan kepada murid-murid sekolah tersebut. Video http://www.youtube.com/watch?v=qmr9565844A&feature=share&list=UUuzPrlUvALK47X30PrcqqiQ

#PRU13 - Pas Guna Nombor Akaun Bank Parti Kutip Tabung Lahad Datu




GAMBAR-GAMBAR perbandingan nombor akaun yang tertera apabila wang sumbangan kepada wira-wira Lahad Datu dimasukkan ke mesin CDM untuk tabung kendalian Pas (kiri) dan tabung kendalian Media Prima (kanan). Nombor akaun dinyatakan sebagai akaun tabung kendalian Pas (poster kiri, atas) sebenarnya merupakan akaun milik parti itu (bawah, kiri).

NILAI  - Rakyat seharusnya menilai sendiri sikap Pas yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi sanggup memperdayakan orang ramai terutama ahli-ahlinya untuk menderma kepada tabung yang kononnya untuk tabung perajurit Lahad Datu tetapi sebenarnya menggunakan nombor akaun bank parti tersebut.

Presiden Pertubuhan Alumni Majlis Belia Malaysia, Negeri Sembilan, Khaidir Jamal memberitahu, ia diketahui oleh orang ramai yang ingin menyumbang kepada tabung dengan nama khusus Tabung Perajurit Tragedi Lahat Datu nombor akaun Maybank 564025400414 itu.

Bagaimanapun, katanya, apabila wang sumbangan dimasukkan ke mesin pendeposit wang (CDM) Maybank dan menekan nombor akaun tersebut, ternyata ia bukan nombor akaun tabung berkenaan sebaliknya tertera nama Parti Islam Semalaysia.

Menurutnya, perbuatan Pas itu sebenarnya menipu rakyat kerana tabung itu dilancarkan oleh Dewan Pemuda Pas Pusat dan dipromosikan dalam portal rasmi parti itu, Harakah Daily sejak Mac lalu tanpa menyatakan bahawa ia adalah tabung yang menggunakan nombor akaun parti tersebut.

"Tabung lain untuk wira-wira Lahad Datu termasuk yang dikendalikan oleh Media Prima Berhad, menggunakan nama tabung itu sendiri pada akaun bank yang diberi kepada orang ramai dan wang yang dikutip diserahkan kepada Amanah Raya Berhad untuk diagih-agihkan kepada keluarga waris wira-wira terbabit.

"Sebaliknya, tabung yang dilancarkan oleh Pas menggunakan nombor akaun yang sama dengan akaun nama parti itu. Jadi siapa yang tahu wang mana untuk wira-wira Lahad Datu, wang mana yang milik parti itu dan kita pun tak tahu siapa yang urus serta agih-agihkan wang itu.

"Pas sebenarnya cuma mahu ambil kesempatan daripada kejadian di Lahad Datu untuk mendapatkan duit daripada orang ramai sedangkan wang kutipan dicampurkan ke dalam wang parti, ini suatu penipuan dan rakyat telah diperdaya," katanya.

Beliau berucap sebagai penceramah undangan pada program anjuran UMNO Cawangan Nilai di Rumah Rakyat Nilai di sini malam tadi.

-Utusan