Tuesday, May 21, 2013

Jom Ke Festival Belia Putrajaya 2013


Ayuh anak muda! Acara Terbesar Di Malaysia iaitu Festival Belia Malaysia 2013 akan berlangsung dari 23-26 Mei 2013 bertempat di Putrajaya.




Anwar Mungkir Janji!


Mantan Wakil Presiden bagi Republik Indonesia (RI), Jusuf Kalla melahirkan rasa kecewanya apabila Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim enggan menerima kekalahannya di dalam pilihraya umum-ke13 yang lalu. Tambah mengecewakan Jusuf yang juga merupakan sahabat karib Ketua Umum PKR itu, bilamana Anwar enggan melakukan perdamaian dengan Barisan Nasional (BN) selaku parti yang mendapat majoriti dan mandat rakyat.

Perkara tersebut disuarakan oleh bekas Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia, Hamid Awaluddin melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu lalu melalui agensi berita Antaranews (RI).

"Ya Tentu saja pak Jusuf Kalla kecewa tapi saya berusaha untuk cuba agar suasana seperti biasa kembali," katanya.

Menurut Hamid lagi, sebagai sahabat karib Anwar sebelum ini pernah berjanji dengan Jusuf untuk menerima dan mengawal pakatan pembangkang sekiranya kalah di dalam pilihan raya umum nanti.

“Tetapi, hingga kini, demo demi demo protes dilancarkan di berbagai tempat. Anwar bersama pengikutnya mengesyaki (kononnya) adanya kecurangan, sesuatu yang harus dibuktikan secara undang-undang. "Namun, Anwar belum bergerak menempuh jalur itu," tambahnya lagi.

Hamid turut menegaskan semenjak dari awal lagi Anwar telah menanam persepsi ke dalam minda masyarakat bahawa pakatan akan menang dalam pilihanraya ini. Malah pelbagai slogan diguna pakai seperti #inikalilah, #ubah, #selamatkanmalaysia dan banyak lagi, bagi menanam persepsi ke dalam minda masyarakat.

Selain dari itu, Anwar turut menggunakan pelbagai isu khususnya yang membabitkan SPR seperti pengundi hantu dan sebagainya. Doktrin yang dilaungkan saban hari itu, semenjak beberapa tahun yang lalu akhirnya telah berjaya diresapkan ke hati masyarakat khususnya anak-anak muda.

Maka tidak hairanlah, apabila Anwar tidak berjaya membentuk kerajaan, isu tersebut dibangkitkan bagi menarik sokongan dan simpati rakyat untuk menolak keputusan pilihan raya ini. Lihat sahaja gerakan yang cuba disuburkan oleh anak muda dokongan Anwar seperti Adam Adli yang akhirnya meminta rakyat agar turun ke jalanraya untuk satu tujuan iaitu, menumbangkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Hampir saban malam, Anwar melakukan program jelajah ke setiap pelosok tanah air untuk meminta agar rakyat bangkit menumbangkan kerajaan. Antara ayat yang sering digunakan ialah menolak keputusan pilihan raya dan kemenangan yang telah dicuri oleh kerajaan BN/Umno.

Sedangkan secara rasionalnya, sekiranya benar kerajaan ingin melakukan penipuan, adalah mustahil pakatan berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti 2 pertiga 3 di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Dengan kekuatan negeri paling kaya di Malaysia, kekalahan BN/Umno di Selangor boleh di umpamakan menyerahkan gedung duit kepada pembangkang.

Kesimpulannya gerakan dan mobilisasi rakyat yang dilakukan oleh Anwar ini bukanlah berpaksikan kepada isu yang melibatkan SPR semata-mata, tetapi lebih merupakan gerakan untuk memenuhi impian dan harapan dirinya untuk bergelar Perdana Menteri.

Sunday, May 19, 2013

Perang Khalid-Azmin Belum Selesai!


Apa cerita kes Azmin Ali sejak buat sidang akhbar 'luah perasaan' hentam Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah pada 10 Mei lalu ?

Bab sehari selepas itu Timbalan Presiden PKR buat U-Turn kata sokong Khalid sebagai Menteri Besar semua orang sudah tahu.

Di atas kertas nampak macam OK tetapi jangan sangka air yang tenang tidak ada buaya.

Buaya itu pula sudah mengelupur lain macam.

Kalau tak mau cakap selindung,lebih tepat ada pihak menilai episod terbaru Khalid dan Azmin kali ini macam orang yang tak dapat tanduk, telinga dipulas.

Al-kisahnya pertembungan mereka kali ini disebabkan Khalid dikatakan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya Azmin dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Menurut sumber,ramai kalangan ahli MPP mahu Azmin dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri kerana bakti dan kedudukkannya dalam parti.

Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu.

Azmin juga mengekalkan kemenangan sebagai ahli parlimen Gombak dan Bukit Antarabangsa pada PRU 13 baru-baru ini.

Sebab lain kerana Azmin mengalah dalam isu jawatan Menteri Besar apabila setuju Khalid kekal bagi penggal kedua.
 
Khalid dikatakan mahu mengekalkan Exco PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik.

Kemelut itu juga dikatakan memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini,Sabtu.

Khabarnya Khalid ingin mengekalkan barisan Exco PKR penggal lalu iaitu Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Yaakub Sapari dan Rodziah Ismail.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan,namun tidak memberikan butiran lanjut.

Dalam pada itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang diketahui penyokong setia Azmin berkata, cadangan melantik Azmin sebagai Exco kanan kerajaan Selangor adalah bagi memastikan dasar pakatan rakyat yang lebih baik di negeri itu.

Apapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan ahli parlimen Ampang itu mengakui, Khalid mempunyai kata pemutus sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan MPP tersebut.

Zuraida turut membayangkan semua Exco lama diganti atas alasan mahu memberi peluang kepada semua orang dan percaya muka baru – ideanya pun baru.

Nampaknya, perang Khalid dan Azmin akan berterusan.

Pasti bukan senang Khalid menolak cadangan itu kerana ramai pemimpin PKR berdiri di belakang Azmin.

Pilihan beliau kini adalah bergantung belas ihsan Wan Azizah untuk sekali lagi menyelamatkan kedudukannya selepas Presiden PKR itu awal-awal lagi menghantar nama Khalid kepada Istana untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Mahukah Wan Azizah sekali lagi menolong Khalid dan bagaimana pula peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu ini?

Kepada siapa Anwar mahu memihak?

Dalam pada itu, kontroversi berterusan dalam keluarga PKR ini semakin terang tanpa perlu disuluh bahawa kuasalah yang dituntut pemimpin parti berkenaan.

Kasihan kepada PAS yang dapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yakni lebih satu daripada PKR.

Parti itu bukan sahaja terlepas jawatan Menteri Besar tetapi melihat pada perebutan dan kemahuan PKR mengisi empat jawatan Exco dan DAP tetap mahu tiga bermakna tidak ada peluang PAS mendapat lebih jawatan berkenaan.

Maka jadilah PAS macam kisah Pak Kaduk  - menang sorak kampung tergadai.

Manakala, episod ‘perang’ Khalid dan Azmin tidak mungkin berakhir di sini sahaja malah tidak hairan jika perang dingin hingga pilihan raya umum ke 14 nanti.

Ada sumber PKR berkata cuma kali ini Wan Azizah perlu waspada.

Sudah ada cakap-cakap yang berlegar jika kali ini beliau masih menyokong Khalid, bersedialah ‘dirempuh’ Azmin dalam pemilihan parti akan datang.

-Agendadaily