Saturday, May 25, 2013

Panorama YBM Khairy Jamaluddin @ #FestivalBelia13



Panorama YB Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia semasa di 4D Stop Over by KJ http://youtu.be/urvjg8-U3AU

Khairy Gembira Festival Belia Putrajaya Dapat Sambutan Baik #FestivalBelia13


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dan penyertaan golongan belia sempena Festival Belia Putrajaya 2013, yang masuk hari kedua.

Beliau meminta golongan belia memanfaatkan pelbagai peluang yang disediakan pada festival itu.



"Masuk hari kedua ini, saya melihat sambutannya cukup baik. Belia kita begitu bertenaga. Kita mahu gunakan tenaga belia ini dengan cara yang baik untuk kepentingan dan pembangunan negara," katanya kepada pemberita Jumaat.

Khairy berkata pada tahun depan, festival itu akan diseimbang dengan program ilmu dan kerohanian kerana pengisiannya penting dalam usaha kerajaan membentuk modal insan yang tidak hanya leka dengan aktiviti bersifat duniawi serta kebendaan.


"Saya tidak mahu festival belia ini hanya menjurus ke arah hiburan sahaja. Hiburan itu ada, tapi kita seimbangkan program kita dengan acara yang memberi manfaat ilmu dan kerohanian," katanya.



Sementara itu, timbalannya, Datuk M.Saravanan yakin ramai belia dan orang ramai akan membanjiri festival berkenaan esok dan lusa, yang menjanjikan pelbagai program menarik untuk semua lapisan umur. -Bernama

Thursday, May 23, 2013

Tian Chua, Harris Ibrahim Ditahan Polis


Polis hari ini dilaporkan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan seorang aktivis Haris M Ibrahim dalam dua operasi berasingan.

Penahanan mereka dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.

Tian Chua dalam tulisannya di Twitter dipetik sebagai berkata beliau ditahan sejurus sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.

"Sekarang saya dibawa dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.

Menurutnya lagi, polis menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Sementara itu, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dalam satu mesej di Facebook pula berkata Haris, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika sedang makan tengahari di Segambut.

Haris pagi ini hadir di bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas aktivis siswa Adam Adli yang dituduh mengikut Akta Hasutan sebentar tadi.

Penyokong #Black505 Menghina Polis!


Lihatlah betapa biadapnya perangai wanita diatas? Tanpa rasa hormat, puak-puak yang bikin huru hara ini dengan selambanya memaki dan menghina Polis yang menjaga keamanan negara!

Malam tadi, seramai 18 individu termasuk empat wanita ditahan polis ketika menyertai himpunan bagi membebaskan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim yang ditahan di Lokap Berpusat Kuala Lumpur di Jinjang.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis setelah pihak polis mengambil keterangan masing-masing.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan 18 individu tersebut.

Lain kali sumbat je terus dalam lokap orang-orang yang mahu menghuru-harakan Malaysia ni... Biar padan muka diaorang!

Wednesday, May 22, 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Pembangkang Serah Wang Kepada Pengganas 7 Feb – Tentera Filipina


Kuala Lumpur: Penyerahan wang oleh ahli Parlimen pembangkang kepada kumpulan pengganas Kiram di Manila, yang dikesan perisikan tentera Filipina adalah sebahagian daripada bukti kukuh pembabitan pembangkang dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.

BH difahamkan urusan membawa dan menguruskan sejumlah besar wang tunai itu diarahkan oleh seorang individu berkepentingan dari negara ini berlaku pada 7 Februari, iaitu dua hari sebelum pencerobohan pada 9 Februari.

Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” Sumber BH

Dapat diintip, direkod

“Urusan penyerahan wang pada 7 Februari dipercayai kepada wakil kumpulan pengganas Kiram dapat diintip dan direkod oleh perisikan tentera Filipina. Ia adalah isyarat utama insiden pencerobohan bakal berlaku,” katanya.

Pasukan perisikan negara berkenaan juga menerima maklumat bahawa kumpulan pengganas mula menyerahkan wang kepada ahli keluarga terdekat mereka sebagai belanja sebelum mereka menceroboh Sabah.

Sumber itu juga berkata: “Isyarat makin jelas apabila lagu Sabah Nak Hilang mula didendangkan dan dinyanyikan dalam siri ceramah pembangkang seolah-olah sesuatu akan berlaku di Sabah,” katanya.
Katanya, tujuan utama lagu itu dinyanyikan adalah untuk mengalihkan tumpuan jika berlaku sebarang insiden tidak diingini ke atas Sabah, pihak yang harus dipersalahkan adalah Kerajaan Pusat sedangkan pada masa sama rancangan jahat menceroboh Sabah sedang dilakukan oleh pembangkang.

Pada 9 Februari, kumpulan pengganas Kiram dikesan memasuki Pantai Timur Sabah, iaitu hari yang sama dua Ahli Parlimen pembangkang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiga hari kemudian, lebih 150 orang pengganas lengkap berpakaian seragam tentera dan bersenjata api dikesan memasuki kawasan Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Sudah peroleh bukti

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah memperoleh semua bukti berkaitan pembabitan tiga pemimpin pembangkang dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Semua bukti dijangka dikemukakan kepada Peguam Negara dalam tempoh terdekat. untuk tindakan susulan selepas PDRM dan ATM membuat penelitian dari segi undang-undang untuk memperkuat hujah di mahkamah – Berita Harian

Tuesday, May 21, 2013

Jom Ke Festival Belia Putrajaya 2013


Ayuh anak muda! Acara Terbesar Di Malaysia iaitu Festival Belia Malaysia 2013 akan berlangsung dari 23-26 Mei 2013 bertempat di Putrajaya.