Wednesday, July 31, 2013

Tomboy Video Raya Bersama Anjing Ditahan


Maznah Mohd. Yusof, jurulatih anjing yang dipercayai terlibat dalam rakaman video menghina Islam bertajuk '1 Hari Di Hari Raya' ditahan polis petang tadi.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan di Bukit Beruntung kira-kira pukul 3 petang sebelum dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Khairy Hadiahkan Lagu Ronan Keating Kepada Khir Toyo


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo yang mengatakan bahawa pergerakan itu memerlukan ketua yang baru kerana Khairy gagal menarik golongan muda mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum lalu.

“Saya tak nak cakap panjang. Saya nak suruh dia dengar lagu Ronan Keating berjudul “When you say nothing at all”, katanya kepada FMT di majlis berbuka puasa anjuran pergerakan pemuda Umno di Masjid Assyakirin, KLCC petang semalam.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan mahu Dr Khir hayati liriknya, “You say it best, when you say nothing at all”.

Dua hari lepas Dr. Khir yang kalah kepada Khairy pada pemilihan ketua pemuda pada tahun 2009 berpendapat Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukannya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.

Katanya kepada FMT, Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.

Sehingga hari ini, Khairy belum mengesahkan lagi sama ada akan mempertahankan jawatan ketua pemuda yang akan dipertandingkan pada 28 September ini.

Khairy Tempelak Guan Eng Gagal Bezakan PKM Dengan PKC


Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

“Saya tidak faham kenapa dia (Guan Eng) tidak boleh membezakan antara kedua-dua entiti tersebut.

”Memang benar pada asalnya ideologinya sama tetapi Parti Komunis China telah melalui perubahan dan setelah Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memulakan hubungan dengan negara China maka mereka telah pun berhenti memberi sokongan kepada parti-parti luar negara terutamanya di Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majli Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertikaikan hubungan diplomatik antara kedua-dua Pemuda UMNO dan Parti Komunis China yang disifatkan beliau telah menyerlahkan sikap kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, soal utama yang tidak ditekan Guan Eng ialah mengenai filem The New Village yang berdasarkan sedutan yang dilihat memberi gambaran positif terhadap pengganas PKM.

“Beliau sentiasa tidak menjawab isu pokok iaitu sensitiviti rakyat Malaysia yang masih lagi sensitif terhadap isu pengganas komunis,” tegasnya.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak justeru, Pemuda UMNO meminta Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada filem itu.

“Tindakan Kementerian Dalam Negeri tepat untuk menangguhnya dahulu. Ini kerana kita lihat Tanda Putera, maka filem itu ditunda dan ditangguh selama satu tahun selepas penilaian semula.

“Dalam hal The New Village, kita mahu perkara sama dibuat juga. Itu perkara yang tidak disentuh Guan Eng kerana dia tidak faham perbezaan PKM dan Parti Komunis China hari ini dalam isu hubungan diplomatik,” katanya.

Tuesday, July 30, 2013

KJ: Pemilihan Umno Bukan Lesen Rebut Jawatan


TAPAH: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu pindaan perlembagaan parti membenarkan pemilihan terbuka jawatan kuasa peringkat bahagian, pusat serta Majlis Tertinggi (MT) Umno dijadikan semangat kepada mereka untuk terus mengukuhkan parti.

Katanya, pindaan itu tidak seharusnya menjadi lesen untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti itu selain mahu ahli serta pemimpin Umno menjaga maruah parti.

Beliau berharap ahli parti memilih pemimpin yang layak dan mereka yang mahu bertanding pula betul-betul layak untuk kerusi atau jawatan yang dipertandingkan.

Khairy berkata, apa yang lebih penting ialah sesiapa yang menjadi calon perlu bertanding secara sihat dengan semangat ‘kekeluargaan Umno’.

“Kita (Umno) buat pindaan perlembagaan untuk wujudkan satu pemilihan parti yang lebih demokratik, telus serta mencegah politik wang. Saya harap sesiapa yang bertanding, ikutlah prinsip yang dikehendaki parti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Ihya Ramadan Parlimen Tapah di Masjid Al-Mukmin, Batu Tiga di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ahli Parlimen Tapah, Datuk M Saravanan; ADUN Ayer Kuning, Datuk Samsudin Abu Hasan; Exco Kerajaan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Ketua Pemuda Umno Negeri, Khairul Azwan Harun.

Pada mesyuarat MT Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno mengumumkan tarikh pemilihan jawatan MT akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober.

Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti tahun ini, berbanding hanya 2,500 sebelum ini.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata pemilihan juga tidak perlu dicemari serangan peribadi serta strategi kotor oleh mana-mana calon atau penyokongnya demi maruah serta pengukuhan parti.

Surat Terbuka Buat Dato' Seri Khir Toyo

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo berkata, Pemuda Umno perlu ketua baru kerana Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah gagal menarik pengundi muda terutama kaum Cina dalam pilihan raya umum lalu.

Kata calon Ketua Pemuda pada tahun 2009 itu, Pemuda Umno memerlukan pemimpin baru yang ada idea baru untuk mengundi BN lima tahun lagi.

“Khairy popular tetapi BN kalah, Pemuda Umno perlukan pemimpin yang sebenar dan bukannya popular.“Khairy hebat kerana beliau menang dalam pilihan raya, manakala jawatan Menteri Belia adalah jawatan peribadi.“

"Pemuda Umno perlukan pemimpin yang ada idea baru dan bukanya pemimpin hebat kerana yang lebih penting boleh menarik sokongan pengundi muda kepada BN dan Umno.“

"Saya tidak nampak program yang telah dibuatnya, Khairy perlu kemukakan idea baru ,” katanya.

Dr Mohd Khir bertanding mencabar Khairy dan seorang lagi calon Datuk Mukhriz Mahathir tetapi beliau hanya mendapat tempat ketiga.

Menurutnya, Khairy hanya hebat kerana beliau berjaya dalam pilihan raya tetapi sebenarnya tidak ada kelebihan.

Jika kalah 50 kerusi?

“Adakah beliau mampu menarik pengundi muda orang Cina untuk pilihan raya akan datang?” tanya bekas Menteri Besar Selangor itu lagi.

Katanya, Khairy tidak ada idea untuk mendapat pengundi muda yang berjumlah 3.5 juta lima tahun lagi dan ia menjadi survival kepada BN dan Umno.“Jika pemimpin yang ada kekal, apa jaminan rakyat akan sokong BN dan Umno,” katanya lagi.

Dr Khir menambah, program untuk orang muda perlu digerakkan sekarang dan bukannya dua minggu menjelang pilihan raya.Beliau menambah, walaupun BN menang dalam pilihan raya umum lalu tetapi rakyat tidak memberi sokongan kepada BN dan Umno. Pilihan raya umum ke 14 sangat kritikal kerana jika BN dan Umno kalah 50 kerusi di kawasan bandar, parti itu akan mati, kata Dr Mohd Khir lagi.


Jangan kerana sial penyapu tak hilang lagi Dato' Seri Khir Toyo nak salahkan Khairy Jamaluddin pula?

Tak salah memberi pandangan tapi apa salahnya jika menegur secara berhemah, bukan dengan cara memecah belahkan golongan muda bersama atau pun mahu bersama UMNO/BN. Jika Dato' Seri ada cadangan yang terbaik untuk menarik golongan muda sila lah kemukakan… jangan hanya pandai berkokok diluar kemampuan sendiri…

Melihat pada kenyataan Dato' Seri ianya jelas bermotifkan dendam lama yang masih berdarah…

Kalau hendak dikenangkan, memang malang sekali… ini kerana kekuatan yang ada pada Dato' Seri tidak mampu menobatkan Dato' Seri sebagai Ketua Pemuda UMNO pada masa pemilihan dulu. Dato' Seri tewas ditangan Khairy, terbukti Khairy mempunyai kelebihan yang luar biasa dari Dato' Seri….

Nak buat macam mana nasib tidak menyebelahi Dato' Seri, atau mungkin juga kerana malang sial penyapu, rakyat Selangor mendoakan agar Dato' Seri kalah pada waktu itu…? Mungkin juga Dato' Seri lupa siapa yang menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional di Selangor pada PRU ke-12 dulu? Sekurang-kurangnya pada PRU ke-13, Khairy menang besar berbanding dengan Dato' Seri yang telah berjaya mengaibkan BN di Selangor!

Ya, jika gagal dan sememangnya terbukti gagal.. Dato' Seri yang menyebabkan BN Selangor di sapu oleh pembangkang pada PRU ke -12, selayaknya cermin diri terlebih dahulu sebelum Dato' Seri memberi komen Khairy gagal mengemudi Pemuda BN. Untuk gagal perlu layak seperti yang Dato' Seri buktikan pada PRU ke-12 yang lalu...

Sudah lah Dato' Seri… Dato' Seri perlu sedar Dato' Seri sebenarnya adalah liabiliti dalam UMNO!

Bercakap pasal program untuk orang muda, segalanya telah di perjelaskan sendiri oleh Khairy ketika menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang lalu.. Sila baca para 7 hingga para 29 disini….

Ini jelas Khairy telah memulakan gerak kerjanya dari peringkat awal dan bukan seperti yang didakwa oleh Dato' Seri….!

Tak apalah pemilihan yang akan datang Dato' Seri boleh bertanding lagi dengan syarat Dato' Seri kena menjaga ketampanan agar kelihatan muda selalu.

Sumber : RaksasaBN

Monday, July 29, 2013

Chegubard Dan Macai Didakwa Merusuh Berhampiran Parlimen…


Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin AKA Chegubard (tiga dari kiri) bersama-sama 32 lagi individu lain dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan merusuh dan menyertai perhimpunan haram di hadapan jalan masuk bangunan Parlimen, bulan lalu.

Kesemua tertuduh termasuk tiga wanita mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibaca oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim, Mat Ghani Abdullah.

Selain Chegubard turut didakwa adalah Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai Auntie Bersih, yatas tuduhan menyertai perhimpunan haram dan menyebabkan kacau ganggu awam di hadapan Parlimen.

Turut didakwa hari ini adalah Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Safwan Anang.

Pada 24 Jun lalu, mereka ditahan selepas berhimpun di jalan masuk menuju ke Parlimen sehingga menyebabkan keadaan lalu lintas  sesak di Jalan Parlimen.
 
Mereka yang kononnya menyertai protes menentang SPR cuba merempuh ke arah Parlimen ketika hari pertama persidangan Dewan Rakyat, namun tidak berjaya melepasi sekatan polis yang berkawal dan meneruskan protes dengan berbaring di atas jalan raya sejak jam 10 pagi ini.
 
Mereka bersorak "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" sambil membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan.