Tak de lah panas sangat pun pasal isu KJ belasah Utusan ni, cuma ada beberapa pihak suka mengambil kesempatan untuk memburukkan nama KJ.
Kononnya Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu mengkritik Utusan Malaysia berhubung tajuk muka hadapan kontroversi akhbar itu `Apa lagi Cina mahu?' beberapa bulan lalu.
Namun kritikan tersebut nyata tidak berasas kerana KJ pada majlis anjuran United Kingdom & Eire Council of Malaysian Students di ibu negara itu hanya menjawab soalan daripada salah seorang mahasiswa yang hadir, yang dilihat sedikit liberal dan pro pembangkang.
Menurut salah seorang ahli UKEC, pelajar berkenaan telah bertanya adakah keputusan PM, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Utusan menandakan kerajaan bersetuju dengan langkah akhbar itu yang seolah-olah menyalahkan sesuatu kaum (dalam kes ini Cina) berikutan prestasi kurang memberangsangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 lalu.
Sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO dan menteri Kabinet, sudah tentu KJ perlu menyatakan pendirian kerajaan yang tidak selari dengan tindakan mana-mana akhbar yang menyalahkan sesuatu kaum atau lebih teruk, cenderung melakukan provokasi terhadap kaum lain.
Adakah salah pendirian yang dinyatakan oleh KJ itu?
Kita semua tahu berita mengenai KJ dan Utusan itu telah dimainkan oleh meluas oleh portal propembangkang seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider yang dilihat bertujuan melaga-lagakan ketua sayap Pemuda itu dengan akhbar Utusan, apatah lagi pemilihan parti kini semakin hampir dan KJ telahpun menyatakan hasrat mempertahankan jawatan yang disandangnya itu.
Maka daripada berita propembangkang, blog-blog yang anti KJ menggunakan kesempatan untuk `spin' isu tersebut dan memburukkkan KJ.
Tidak terkecuali, pemimpin muda PKR, Nik Nazmi yang kini semakin lemas untuk kekal dalam barisan parti haprak itu juga tumpang sekaki untuk mengutuk KJ dan Utusan.
Lebih mengecewakan, NGO pro BN seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) turut `tumpang tui' memburukkan Ketua Pemuda UMNO berkenaan.
Apa yang aku pasti, golongan ini tidak berada dalam majlis UKEC itu dan mereka juga sudah pasti belum lagi menonton video KJ menjawab soalan tersebut.
P/S:-JMM dan Adiwijaya jangan ghairah sangat, selesaikan isu PSSGM dengan ROS baru boleh cerita.
-Nik who? takde tempt dalam PKR ke?