Wednesday, September 4, 2013

Pemuda Umno Kemuka Empat Calon Tanding Kerusi MT


Pergerakan Pemuda Umno pada Selasa membuat ketetapan mengemukakan empat calon untuk bertanding pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan yang akan berlangsung Oktober nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ketetapan meletakkan calon generasi muda itu dibuat sebagai menyahut seruan untuk meremajakan parti.

Mereka ialah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

~ Tahniah abang abang brader!

Ali Rustam Tawar Diri Tanding Jawatan Naib Presiden Umno


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyatakan keinginannya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Mohd Ali bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Kuala Lumpur berkata beliau akan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden selepas kali terakhir beliau memegang jawatan berkenaan pada 2004 hingga 2009.

"Saya menawarkan diri sebagai calon bukan untuk menentang sesiapa sebaliknya untuk memberi pilihan kepada ahli parti," kata Mohd Ali, 64, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan beliau itu dijangka menghangatkan lagi saingan bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad juga telah menyatakan pendiriannya untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Mohd Ali merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013. Beliau telah bertukar angin dengan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu namun impiannya untuk berkecai apabila beliau tewas di tangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin. -Mstar

~Memang hangat bangat!

Monday, September 2, 2013

Sah harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen malam ni!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sabo je lah!