Monday, September 9, 2013

Kabinet Bayangan PR- Khairy Bidas Anwar Beri Jawapan Angkuh!


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan kabinet bayangan PR.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, Anwar tidak perlu memberi jawapan angkuh sekiranya tidak berani mengumumkan kabinet bayangan PR.

Menurutnya yang dipetik dalam akaun Twitternya, perkara itu turut digesa oleh pengundi "atas pagar" supaya PR mempunyai kabinet mereka sendiri.

"Kalau tak berani umum kabinet bayangan, cakap sahajalah tak payah bagi jawapan angkuh.

"Ramai pengundi atas pagar desak PR umum kabinet bayangan. Mungkin boleh biarkan permintaan saya, tapi bolehkah biarkan permintaan mereka?," katanya.


Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), Anwar dengan angkuhnya menjawab dalam Bahasa Inggeris “Mind your own business,” atau jaga tepi kain sendiri kepada Khairy mengenai isu kabinet bayangan itu.

“Khairy sepatutnya terus fokus pada tugas beliau sebelum masuk campur urusan PR,” kata Anwar yang dilaporkan oleh Sinar Harian dan dipetik TMI.

Khairy berkata bukan beliau atau Barisan Nasional (BN) yang bangkitkan isu kabinet bayangan tetapi ia dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Pas Pusat Nasrudin Hassan yang membuat kenyataan itu dan disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menurut Nasrudin, adalah penting untuk PR mengeluarkan senarai kabinet bayangan supaya jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara kabinet berkenaan boleh terus berfungsi segera kepada rakyat.

“Adalah penting untuk satu kabinet bayangan oleh PR, katakanlah pada satu hari bila PR mengambil alih pemerintahan Kerajaan Persekutuan, kita akan dapat menyampaikan khidmat dengan segera kepada rakyat,” katanya dalam satu temubual dengan The Star Online.

Wednesday, September 4, 2013

Pemuda Umno Kemuka Empat Calon Tanding Kerusi MT


Pergerakan Pemuda Umno pada Selasa membuat ketetapan mengemukakan empat calon untuk bertanding pada peringkat Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan yang akan berlangsung Oktober nanti.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata ketetapan meletakkan calon generasi muda itu dibuat sebagai menyahut seruan untuk meremajakan parti.

Mereka ialah Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

~ Tahniah abang abang brader!

Ali Rustam Tawar Diri Tanding Jawatan Naib Presiden Umno


Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam menyatakan keinginannya bertanding jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Mohd Ali bercakap kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya di Kuala Lumpur berkata beliau akan menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden selepas kali terakhir beliau memegang jawatan berkenaan pada 2004 hingga 2009.

"Saya menawarkan diri sebagai calon bukan untuk menentang sesiapa sebaliknya untuk memberi pilihan kepada ahli parti," kata Mohd Ali, 64, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Tindakan beliau itu dijangka menghangatkan lagi saingan bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan parti tahun ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad juga telah menyatakan pendiriannya untuk bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam parti.

Ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal juga telah mengesahkan akan mempertahankan jawatan mereka.

Mohd Ali merupakan bekas Ketua Menteri Melaka dari 1999 hingga 2013. Beliau telah bertukar angin dengan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Katil pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu namun impiannya untuk berkecai apabila beliau tewas di tangan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin. -Mstar

~Memang hangat bangat!

Monday, September 2, 2013

Sah harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen malam ni!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Sabo je lah!

Petrol Naik Hanya Sekadar Khabar Angin


Untuk makluman, berita harga petrol Ron 95 naik sebanyak 20 sen merupakan khabar angin semata-mata. Kenaikan harga minyak masih dalam peringkat kajian dan kerajaan akan cuba sedaya upaya untuk tidak membuat kenaikan sebarang harga minyak dalam masa terdekat ini.

Kepentingan rakyat diambil kira dalam hal berkaitan harga minyak agar tidak membebankan lagi apa yang ditanggung oleh rakyat pada masa ini.

Oleh itu sekiranya ada khabar angin berhubungan kenaikan harga minyak, sila abaikan!

Memetik laporan utusan - Rakyat negara ini diminta tidak mempercayai dakwaan kononnya harga minyak petrol naik 20 sen kerana maklumat tersebut hanya sekadar khabar angin.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron Malaysia (Pesamp), Alang Zahry Ishak berkata, setakat ini tiada sebarang pengumuman dilakukan kerajaan dan pihaknya berharap pengguna waras dalam menilai setiap khabar angin yang diperolehi mereka.

"Dakwaan tersebut hanya khabar angin. Pihak kami tidak tahu menahu berhubung sebarang kenaikan harga petrol pada ketika ini," katanya.

Putra... Calon Exco Pemuda Umno Malaysia, Mendapat Restu 24 Bahagian Pemuda Perak...

Gambar kenangan dengan Putra....

Inilah dia Syamsul Baharin Putra Bin Ahmad Shibi atau lebih dikenali dengan panggilan “Putra”... Beliau telah banyak berjasa di peringkat cawangan, bahagian Perak dan nasioanal, kali ini beliau tanpil sebagai calon Exco Pemuda Umno Malaysia.

Ketua Pemuda Ipoh barat ini terkenal dengan suara lantang membela bangsa melayu, peranannya tidak disangkalkan lagi dalam menerajui jentera pemuda Perak di peringkat negeri Perak terutama menawan kembali Perak dari jajahan Pakatan haram yang lalu. Dan pada waktu itu juga Barisan Nasional berjaya menubuhkan sebuah kerajaan di negeri Perak.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Putra sememangnya layak membantu Pemuda Umno Malaysia bagi penggal akan datang.

Putra juga telah mendapat restu dan disokong oleh kesemua 24 bahagian Pemuda di Perak, malah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry turut merestui hasrat beliau untuk bertanding.

Sokongan dari rakan-rakan pemuda amat dihargai membantu Putra berbakti dalam sayap pemuda Umno Malaysia.