Thursday, September 26, 2013

Al-fatihah - Ustaz Azizan Telah Pulang ke Rahmatullah


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 11.15 pagi tadi.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Tuesday, September 24, 2013

MAYC nafi Akhramsyah pernah jadi presiden


Sungai Petani: Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) mendakwa calon Ketua Pemuda UMNO Kedah, Akhramsyah Sanusi tidak pernah menjadi ahli atau presiden persatuan itu seperti yang didakwanya sebelum ini.

Sehubungan itu, Presidennya, Mohd Hazri Mohd Hadzir, meminta semua pengerusi MAYC negeri segera membuat laporan polis bagi membolehkan perkara itu disiasat.
Tidak sokong Akhramsyah

Beliau juga mengarahkan 30,000 ahli MAYC di seluruh negara tidak memberi sokongan dan bantuan politik kepada anak bekas Setiausaha Agung dan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Sanusi Junid ketika bertanding menentang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin pada pemilihan akan datang.

Katanya, beliau terkejut apabila membaca kenyataan Akhramsyah dalam laman blog dipercayai miliknya yang mendakwa beliau adalah bekas Presiden dan ahli MAYC sebelum membuat siasatan lanjut.

“Berdasarkan pemeriksaan dan siasatan, saya dapati Akramsyah tidak pernah menjadi ahli mahupun presiden MAYC.

“Sehingga kini sembilan laporan polis sudah dibuat di seluruh negara terhadap kenyataan Akramsyah itu.

Mahu penjelasan ROS

“MAYC juga mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) membuat penjelasan mengenai kedudukan Akhramsyah bagi membersihkan nama persatuan ini,” katanya selepas merasmikan mesyuarat Agung MAYC Kedah, di sini semalam.

Mohd Hazri turut mengumumkan lima ahli MAYC Kedah yang bakal bertanding pada pemilih UMNO peringkat bahagian di negeri ini, iaitu beliau sendiri sebagai Ketua Pemuda Sik, manakala Pengerusi MAYC Kedah bertanding Ketua Pemuda UMNO Sungai Petani. -BH

Nota: Kwang kwang kwang!

Khairy: Mukhriz bebas untuk bertanding


Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata anggota pergerakan itu tidak diminta menyokong calon tertentu pada pemilihan parti bulan depan.

Malah mereka bebas membuat pilihan sendiri, kata beliau ketika ditanya pendirian Pemuda Umno sama ada akan memberi sokongan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.

"Dia (Mukhriz) bebas untuk bertanding, parti kita tak letak apa-apa sekatan," katanya selepas majlis perjumpaan dengan pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Indonesia, pada acara jamuan petang di Dewan Malaysia Jakarta di Jakarta, Isnin.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan dalam rangka lawatan dua hari ke Indonesia mulai Isnin.

Hari ini beliau ke Palembang, tempat berlangsungnya Temasya Sukan Perpaduan Islam.

Mukhriz dan Khairy pernah terlibat dalam pertandingan sengit untuk jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti yang lepas.

Dalam pemilihan parti peringkat pergerakan pemuda kali ini, Khairy yang mempertahankan jawatannya untuk penggal kedua, ditentang oleh empat calon lain iaitu Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak Khalid Izhar.

Pemilihan parti peringkat Naib Presiden Umno menyaksikan pertandingan enam penjuru apabila tiga penyandang jawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang tetap menawarkan diri mempertahankan jawatan masing-masing dicabar oleh tiga calon lain.

Selain Mukhriz, dua pencabar lain ialah Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

- Bernama

Saturday, September 21, 2013

Khairy menang tanpa tanding Timbalan Ketua Bahagian Rembau



Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua Bahagian UMNO Rembau selepas pendaftaran calon di Wisma UMNO Negeri Sembilan ditutup 5 petang tadi.

Syukur alhamdullilah dan tahniah diucapkan kepada YB Khairy Jamaluddin, semoga terus memimpin dengan baik!

Thursday, September 19, 2013

Pembohongan Kelurga Lim Mempertahankan Kuasa Dalam DAP


Sambungan dari blog DAP Insider - Seperti yang saya tuliskan semalam, hari ini saya kembali dengan kisah penipuan Dinasti Lim dalam DAP. Mulai hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana Dinasti Lim memanipulasi perlembagaan DAP untuk memastikan mereka terus berkuasa.


Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i) Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A. Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Cara kedua bagaimana Lim Kit Siang memanipulasi Perlembagaan DAP untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.

Perlembagaan DAP yang dirangka Lim Kit Siang juga menetapkan bahawa ahli-ahli yang layak mengundi pada pemilihan parti tidak boleh memilih siapa yang mereka hendak letak sebagai Pengerusi Kebangsaan, Timbalan Pengerusi Kebangsaan, Naib Pengerusi Kebangsaan, Setiausaha Agung dan jawatan-jawatan yang lain. Mereka hanya boleh memilih 20 calon-calon yang bertanding untuk mengisi CEC.

Apabila keputusan 20 yang terpilih sebagai anggota CEC diumumkan maka 20 orang yang terpilih itu akan bermesyuarat untuk menentukan siapa yang dipilih sebagai Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha Agung dan jawatan lain. Tidak ada undi sulit. Mereka diminta memilih secara terbuka di depan keluarga Lim. Apabila berhadapan dengan situasi begini semua anggota CEC akan menjadi seperti lembu dicucuk hidung dan mereka terpaksa memilih Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung selaku orang yang paling berkuasa dalam DAP.

Jika ada yang cuba melawan mereka tidak akan dipilih sebagai calon dalam pilihanraya dan akan menerima nasib malang sepertimana yang dialami oleh Lee Lam Thye, Wee Choo Keong dan lebih 100 orang lagi yang telah dipecat dari DAP.

Hampir 50 tahun Lim Kit Siang bukan sahaja memanipulasi perlembagaan DAP malah turut memanipulasi kehadiran perwakilan ke Kongres Kebangsaan serta pengiraan undi pemilihan CEC untuk memastikan dia atau dinastinya akan terus menguasai DAP.

Kit Siang tahu dia sekarang sudah dihujung usia dan penggal ini adalah penggal terakhirnya. Jadi dia perlu pastikan perjalanan politik dinastinya dalam DAP terus selamat. Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung dan Lim Hui Ying sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang. Lim Kit Siang juga tahu anaknya Lim Guan Eng tidak sepintar beliau dalam berpolitik dan juga tidak disukai oleh ramai pimpinan DAP kerana sikap angkuh dan sombong. Kebodohan Lim Guan Eng terserlah dalam CEC tahun 2012. Dia tidak sebijak Lim Kit Siang dalam memanipulasi undi sehingga membuatkan DAP berhadapan dengan masalah besar sekarang.

Akibat kebodohan Lim Guang Eng itu, kini Lim Kit Siang sedang memerah otak berfikir bagaimana cara untuk beliau menendang keluar satu kumpulan yang dikenali sebagai Lima Harimau yang boleh mendatangkan masalah besar kepadanya dan dinastinya dalam DAP.

Siapa Lima Harimau dan kenapa Lim Kit Siang perlu sembelih mereka ?

Berjumpa dalam episod yang akan datang.

Wednesday, September 18, 2013

Pendedahan Kepincangan DAP & Dinasti Lim!


Ikuti pendedahan sebuah blog tentang kepincangan DAP dan Dinasti Lim....

Nama saya Peter dan saya adalah ahli DAP sebuah cawangan di Johor.Saya menyertai DAP sejak tahun 1998.Saya masuk DAP kerana percaya parti DAP memperjuangkan demokrasi tulen untuk rakyat Malaysia.Walaupun saya seorang yang cerdik dan memilki ijazah tetapi saya pun tertipu dengan DAP.Mereka bukan berjuang untuk rakyat Malaysia tetapi berjuang untuk Dinasti Lim.Kerana saya terlalu lantang melawan Dinasti Lim terutamanya dalam kes penipuan CEC hidup saya menjadi tidak aman.Saya sering diganggu oleh taiko-taiko yang dipelihara Dinasti Lim.

Untuk sementara waktu saya melarikan diri ke Indonesia kerana gangguan taiko Lim.Hidup saya lebih aman disini dan saya akan berjuang daripada jauh untuk memastikan semua rakyat Malaysia tahu kejahatan Dinasti Lim.Tujuan saya membuka blog ini dalam bahasa melayu untuk menceritakan kepada semua rakyat Malaysia tentang kejahatan Dinasti Lim.

Saya tidak mahir menggunakan bahasa melayu.Mujurlah ada seorang rakan berbangsa melayu yang pernah bekerja sebagai pegawai seorang bekas wakil rakyat DAP menolong saya. Mulai hari ini saya akan menulis tentang penipuan pemilihan CEC.

Saya akan dedah sampai habis bagaimana cara Dinasti Lim,Tony Pua,Anthony Loke manipulasi undi untuk memastikan mereka terus berkuasa dalam DAP.

http://thedapinsider.blogspot.com/2013/09/cec-tipu.html