Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO Video 50 Minit Bersama Khairy Jamaludin #KJ4KP @Khairykj


Video eksklusif bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin. Video URL: http://youtu.be/ZEVGjjGoAx8

#PemilihanUMNO Bantulah Annuar Musa Yang Terlepas Kempen MT Sebab Sakit


Ketika calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO sibuk berkempen, nasib tidak menyebelahi ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana terpaksa terlantar di unit rawatan kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur.

Beliau sendiri tidak menduga menerima rawatan kerana dipercayai dijangkiti demam denggi selepas menyerahkan borang mencalonkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Annuar bukan sahaja tidak dapat berkempen atau menyertai majlis memperkenalkan calon tetapi out of touch dengan ‘dunia luar’ kerana dirawat dalam CCU.

Hanya selepas tujuh hari di unit berkenaan, Anwar di tempatkan di wad biasa dan sudahpun keluar hospital hujung minggu lalu.

Namun Pengerusi MARA itu berkata, doktor menasihatkan beliau berehat dan melakukan tugas-tugas ringan sahaja sehingga pulih sepenuhnya.

Ketika dihubungi Agendadaily.com, Annuar yang tidak dapat berkempen seperti calon-calon lain berharap perwakilan menilai track rekod beliau selama dalam UMNO dan kerajaan ketima membuat penilaian bagi memilih calon yang seseuai.

“Nombor keahlian saya adalah 124. Saya juga antara penggerakan semula UMNO selepas parti itu diharamkan dulu. Sekaligus seniority saya dalam parti kekal begitu juga jawatan sebagai Ketua Bahagian selama lapan penggal,” katanya.

Annuar berharap terpilih anggota MT UMNO bagi memudahkan beliau membawa agenda Melayu supaya lebih mantap dalam perjuangan parti.

Katanya, sebagai Pengerusi MARA, agensi itu berkaitan rapat dalam agenda memperkasakan Melayu.

Bagaimanapun beliau yang Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak sanggup bersaing dengan sesiapa apatah lagi dianggap ancaman kepada individu tertertentu dalam parti yang bersaing merebut jawatan sekarang. -Agendadaily

Wednesday, October 9, 2013

KJ: Keputusan tepat benar Tun Faisal tanding #KJ4KP #TF4MT


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno kerana membenarkan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz bertanding semula bagi merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan ini, adalah sesuatu yang tepat memandangkan Tun Faisal seorang calon yang dimahukan oleh peringkat akar umbi.

“Alhamdulilah, rayuan dibuat sendiri oleh saya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diterima dengan baik.

“Bagi saya jawatan sebagai Exco Pemuda Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding jawatan dalam bahagian, oleh sebab itulah kita menyambut baik kebenaran bertanding semula itu yang mana ianya sangat diharap-harapkan,” katanya.

Katanya, keputusan mencalonkan semula Tun Faisal ke dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) itu perlu diambil peluang dengan sebaik mungkin demi memartabatkan dan memajukan Pemuda Umno.

Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda Umno dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.