Thursday, October 10, 2013

#PemilihanUMNO Video 50 Minit Bersama Khairy Jamaludin #KJ4KP @Khairykj


Video eksklusif bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaludin. Video URL: http://youtu.be/ZEVGjjGoAx8

#PemilihanUMNO Bantulah Annuar Musa Yang Terlepas Kempen MT Sebab Sakit


Ketika calon-calon yang bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO sibuk berkempen, nasib tidak menyebelahi ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa kerana terpaksa terlantar di unit rawatan kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur.

Beliau sendiri tidak menduga menerima rawatan kerana dipercayai dijangkiti demam denggi selepas menyerahkan borang mencalonkan diri bertanding jawatan Majlis Tertinggi UMNO.

Annuar bukan sahaja tidak dapat berkempen atau menyertai majlis memperkenalkan calon tetapi out of touch dengan ‘dunia luar’ kerana dirawat dalam CCU.

Hanya selepas tujuh hari di unit berkenaan, Anwar di tempatkan di wad biasa dan sudahpun keluar hospital hujung minggu lalu.

Namun Pengerusi MARA itu berkata, doktor menasihatkan beliau berehat dan melakukan tugas-tugas ringan sahaja sehingga pulih sepenuhnya.

Ketika dihubungi Agendadaily.com, Annuar yang tidak dapat berkempen seperti calon-calon lain berharap perwakilan menilai track rekod beliau selama dalam UMNO dan kerajaan ketima membuat penilaian bagi memilih calon yang seseuai.

“Nombor keahlian saya adalah 124. Saya juga antara penggerakan semula UMNO selepas parti itu diharamkan dulu. Sekaligus seniority saya dalam parti kekal begitu juga jawatan sebagai Ketua Bahagian selama lapan penggal,” katanya.

Annuar berharap terpilih anggota MT UMNO bagi memudahkan beliau membawa agenda Melayu supaya lebih mantap dalam perjuangan parti.

Katanya, sebagai Pengerusi MARA, agensi itu berkaitan rapat dalam agenda memperkasakan Melayu.

Bagaimanapun beliau yang Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menegaskan tidak sanggup bersaing dengan sesiapa apatah lagi dianggap ancaman kepada individu tertertentu dalam parti yang bersaing merebut jawatan sekarang. -Agendadaily

Wednesday, October 9, 2013

KJ: Keputusan tepat benar Tun Faisal tanding #KJ4KP #TF4MT


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Umno kerana membenarkan Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz bertanding semula bagi merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, keputusan yang dibuat Jawatankuasa Pengurusan ini, adalah sesuatu yang tepat memandangkan Tun Faisal seorang calon yang dimahukan oleh peringkat akar umbi.

“Alhamdulilah, rayuan dibuat sendiri oleh saya dengan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu diterima dengan baik.

“Bagi saya jawatan sebagai Exco Pemuda Umno adalah jauh lebih tinggi berbanding jawatan dalam bahagian, oleh sebab itulah kita menyambut baik kebenaran bertanding semula itu yang mana ianya sangat diharap-harapkan,” katanya.

Katanya, keputusan mencalonkan semula Tun Faisal ke dalam jawatan Majlis Tertinggi (MT) itu perlu diambil peluang dengan sebaik mungkin demi memartabatkan dan memajukan Pemuda Umno.

Tun Faisal dibenarkan semula bertanding selepas mengambil kira kedudukannya dalam Exco Pemuda Umno dan beliau bertanding MT atas pencalonan daripada pergerakan itu.

Tuesday, October 8, 2013

Syed Rosli Mahu Khianati UMNO! #PemilihanUMNO Syed Rosli v @Khairykj


Agak pelik dengan kempen yang dibawa oleh Calon Ketua Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalulail ini... Dimanakah kesetiannya dalam parti keramat! parti UMNO ini?



Petikan kenyataan Syed Rosli, “Sekiranya Lembaga Disiplin Umno gagal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang saya kemukakan bersama nama saksi dan gambar foto, saya akan heret Umno ke Pendaftar Pertubuhan. 

Jangan layan kita seperti orang bodoh.

“Jika Pendaftar pun gagal mengambil tindakan maka saya terpaksa mengheret mereka ke mahkamah.”

Terdahulu hari pertama Syed Rosli hantar borang jadi calon, Syed Rosli telah menyerang KJ dengan panggilan 'bangla' sebab KJ lahir dan dibesarkan di luar negara. Apa ni bang? dimana semangat kemelayuan abang kalau dengan sesama melayu pun abang nak burukkan?

Seharusnya sebagai seorang calon yang mantap! (kononnyala....) Syed Rosli perlu menunjukkan kekuatannya didalam Parti serta menyatakan tentang visi dan misi sebagai calon Ketua Pemuda bukannya menyerang peribadi calon dan mengugut Parti!

Ni belom jadi Ketua Pemuda UMNO lagi? Kalau terpilih (minta dijauhkan) tak tahu la apa akan jadi pada UMNO? buat bahan lawak jenaka puak pembangkang je?

Perlu ke kita memilih pengkhianat seperti ini untuk dijadikan sebagai Ketua Pemuda UMNO? belum apa-apa dah tunjuk kerakusannya dan rela mengkhianati Parti!

Tepok dada tanya selera, pilihlah orang muda untuk orang muda... kepada pemilih jalankan tugas anda dengan sebaiknya... kerana anda adalah penentu masa depan UMNO!

Akhir kata semoga YB Khairy Jamaluddin terus memimpin pemuda UMNO dengan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Salam perjuangan

BJ

Jangan Gentar... #TF4MT @TunFaisal #No60


Sokongan harus diberikan kepada Tun Faisal adalah kerana!

"Tun Faisal... sebab dia ada pengalaman dalam media baru, sekurang-kurangnya dia boleh beri in-put dalam perang kita di dunia siber. Kita ada sebab yang kukuh untuk ketengahkan keempat-empat ke dalam MT. Masing-masing ada kekuatan dan saya harap MT akan beri sokongan kepada calon Pemuda ini atas semangat nak remajakan UMNO.....

Kita bincang dan semua setuju atas sebab dia ada pengalaman dalam dunia media baru ini. Jadi ini adalah endorsement dari seluruh Pemuda". - KJ, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Wartawan @AgendaDaily Terjah Pejabat @Khairykj #PemilihanUMNO @Ayathelme


Suasana di tingkat 17 bangunan Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya agak ceria petang Isnin ketika team wartawan Agendadaily tiba untuk sesi temubual dengan Khairy Jamaluddin.

Kebetulan waktu itu sebilangan pemimpin Pemuda UMNO datang mengunjungi Menteri Belia dan Sukan itu. Ada juga beberapa orang dari kawasan parlimen beliau di Rembau datang nak jumpa pegawai khasnya.

Santai saja.Tidak terasa suasana protokol di situ. Para pegawai di pejabat menteri itu datang bertegur sapa.

Kami menunggu sekitar 40 minit untuk bertemu Khairy. Setelah jumpa pemimpin Pemuda UMNO beliau terpaksa membereskan beberapa urusan penting.

Melangkah ke ruang utama pejabatnya yang agak simple antara yang jelas kelihatan gambar besar beliau dengan memakai baju colerang dan anak lelakinya Jibreil Ali memberikan tabik hormat.

Juga gambar Khairy bersama tokoh pembebasan Myanmar Aung San Syu Kyi. Ada juga dengan bekas Presiden Amerika Bill Clinton dan beberapa pemimpin dunia lain.

Di satu sudut khas, diframe dengan kemas, wajah isterinya, Nori Abdullah, anak bungsu bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Walau dikenal sebagai pemimpin moden dari segi pembawakannya, namun dekorasi pejabatnya kontras, ada campuran antara hiasan tradisional dan perabot moden.

Dua tiga arca kayu di sofa utama selain serangkaian tombok yang menurut Khairy, cukup lama, bersusun cantik di tepi tingkap.

Fokus temubual dengan Agendadaily tentulah mengenai pemilihan UMNO.

Ahli Parlimen Rembau ini yang akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia menjawab satu persatu soalan dengan bersahaja. Ada yang serius dan ada yang diselit dengan gurau senda.

Berbeza dengan pemilihan sengit tahun 2009 dimana beliau terpaksa berentap dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Khir Toyo, kali ini Khairy berdepan dengan empat calon 'lightweight'.

Mereka ialah Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Ketiadaan nama besar yang mahu mencabar kedudukannya dikatakan sudah cukup untuk memberi gambaran jelas kepimpinannya dalam pergerakan itu diiktiraf.

Apapun atas nama demokrasi dan sistem pemilihan yang terbuka kali ini Khairy juga terpaksa lalui cabaran.

50 minit berlalu begitu sahaja. Dalam jawapan-jawapannya tidak berselindung.Beliau bercakap terus-terang dan tiadapun off record. Semua yang mahu diperkatakannya, diperjelaskan dengan terang, satu persatu. Orang kata straight forward saja.

Ikuti transkrip temubual Agendadaily bersama Khairy Baca disini...