Tuesday, June 2, 2015

Khairy Jamaluddin Skandal dan Bola! @khairykj #Mykmu.net

Mukadimah baca di sini Team Cyber Mykmu net Gagal bantu PM - Najib Razak

Dok orang tengah cerita pasal Piala FA di Bukit Jalil, atau team pilihan Malaysia lawan Tottenham Hotspurs, ada pulak cerita lain pasal bola sekarang ni. Puluh-puluh orang tweet, sampai malam buta orang dok tunggu update tentang keputusan perlawananan pasukan Malaysia.

Kau rasa aku tengah cerita pasal apa? Pasal bebudak bola sepak bawah 13 tahun kita la. Lain macam depa ni - lawan team Jerman sini-sana. Yang haters KJ dan Pemuda ni mesti harap bebudak ni kalah kan? Sori lah hangpa meludah jatuh kat muka sendiri.

Mereka lawan Ingolstadt 04 mereka tapau 3-0. Pastu pi lawan team TSV Murnau bawah 15 tahun - mula-mula kena dua bijik. Pastu anak jati Malaysia ini siap comeback dan tapau mereka 3-2. Kalau tak percaya tengok @nfdpmalaysia siap ada video gol-gol perlawanan ni - kalah Arsenal beb.



Tapi paling cun harini - depa lawan team pilihan Jerman bawah 13 tahun. Korang tahu lah, bakal-bakal Ozil, bakal-bakal Podolski, bakal-bakal Schweinsteiger, bakal-bakal Philip Lahm. Keputusannya: 6-0.

Siapa 6? Bebudak Malaysia kita beb!

Kalau nak tahu, terutamanya MyKMU dan geng yang duduk kutuk KJ dan Pemuda, inilah produk NFDP Malaysia, cetusan idea tak lain dan tak bukan, KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan. Baru lancar April tahun 2014 - sekarang dah beribu-ribu bakat hebat anak muda kita yang dah ditemui dan kini berlatih untuk main cara bola sepak Malaysia sendiri.

Siapa agaknya yang lancar program NFDP ini di Pahang? YAB Presiden kita juga lah. Masih tak relevan ke KJ dan Pemuda ni sampai MyKMU dok balun hari-hari dengan hashtag (Tak yah buh hastag lah..) pelancau?

Cukup-cukup lah tu. Daripada korang dok berangan nak jatuhkan KJ dan Pemuda, baik baca berita dan tengok sumbangan KJ dan Pemuda. Untuk siapa, untuk parti juga. Siapa Presiden parti yang sebabkan KJ dan Pemuda kerja keras? YAB Presiden Najib Razak juga.

Sebelum korang mula baca suratkhabar dan berita buat kali pertama dalam hidup korang, layan video-video ni dulu. Arsenal versi Malaysia.

Arios!



Sunday, May 31, 2015

Sapa kata @khairykj dan Pemuda tak relevan - siri 2


Program Fit Malaysia di Johor Sabtu lepas meletop! Tahniah kepada puluhan ribu rakyat Johor yang berlari, berbasikal dan join macam-macam aktiviti kecergasan di Dataran Bandaraya untuk FitJohor.

Harap-harap tak ada lagi pihak yang cuba nak lagakan PM dengan KJ dan Pemuda. Kalau mereka masih nak laga-laga kan, biar depa ni je lah yang buat program tiap2 negeri tarik crowd puluh2 ribu - semua crowd natural yang hargai inisiatif kerajaan BN.

Bukan Fit Johor je KJ dah buat. KL dah. Melaka dah. Pahang dah. Sabah dah. Negeri 9 dah. Sarawak dah. Semua dibanjiri lebih 20 ribu rakyat Malaysia segenap masyarakat - paling banyak anak muda.

KJ akan bawa lagi ke semua ibu-ibu negeri. Dan ke kawasan luar bandar. Tu tak masuk lagi program2 sukan pemuda di peringkat bahagian dan cawangan.

Cukup-cukup lah tu nak lagakan KJ dan Pemuda. Jangan kata KJ dan Pemuda tak relevan. Tepuk dada tanya selera - siapa yang tak relevan sebenarnya?

Mungkin yang dok sibuk adu domba pemimpin. Mungkin.

Kiriman email : MahaKaya 

Ni komen aku... Kepada AB. Jalil Backer Mykmu yang dok meroyan dalam fesbok tu, sesekali turun la padang join program Pemuda. Tengok macam mana kita orang buat kerja! Jangan sibuk nak bangkang dari longkang... Hasilnya habuk pun tarak!

Sapa Kata KJ dan Pemuda Tak Relevan?


Ketika parti dilanda krisis, banyak suara sumbang dikeliling PM mula serang cakap Khairy (KJ) dan Pemuda derhaka. Cara serangan dah macam KJ dan Pemuda tak relevan dan boleh dibuang ke tepi jalan.

Suara sumbang ni lupa kut - KJ dan Pemuda lah kumpul 20,000 orang anak muda bersama YAB PM di Putrajaya untuk larian Pekerja Muda sehari lepas isu Tabung Haji. Suara sumbang ni lupa kut - KJ dan MBM kerja keras anjur Hari Belia Negara dan rangka Dasar Belia Malaysia untuk dirasmikan YAB PM - agar YAB PM nampak bertambah hebat di mata anak muda.

Banyak lagi yang KJ dan Pemuda telah buat untuk naikkan imej YAB PM dan parti. Nanti lah kita sambung cerita. Siri ni kita tamatkan dengan 1 persoalan.

Di waktu KJ dan Pemuda kerja keras naikkan imej YAB PM dan parti, suara sumbang ini pula sibuk buat apa untuk imej YAB PM? Sibuk adu domba?

Naik Najib Razak maka naiklah UMNO, KJ dan Pemuda. Jatuh Najib Razak maka jatuhlah UMNO, KJ dan Pemuda. Masa ini masa kita bersatu.

Kiriman email: MahaKaya

Sunday, May 17, 2015

[Video] Dasar Belia Malaysia Launching by @Khairykj




Dasar Belia Malaysia Bawa Pembangunan Generasi Muda Sehingga 2035

15 Mei - Dasar Belia Malaysia yang baharu akan menjadi dokumen rujukan penting kepada setiap kementerian, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan yang akan menjayakan pembangunan belia sehingga 2035.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata dasar baharu itu adalah penambahbaikan kepada Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 yang bermatlamat memperkukuh dan menyerlahkan potensi modal insan belia.

Kepada para belia hayatilah apa yang di sampaikan oleh KJ tersebut.

Friday, May 15, 2015

Jam 8 pagi... YB @khairykj Keudara Bersama #AMKrew #hotfm Buka Radio Hot FM Now! @hotfm976


Hallo.. hallo... Selamat pagi...

Pastikan anda semua.... Hot meletop pagi dengan Menteri 'Tall, Dark and Handsome'... YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang akan keudara di radio Hotfm sebentar nanti...

Ye! hari ni 15 Mei 2015 (Jumaat) jam 8.00 pagi sempena Sambutan Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya 2015 (22 - 24 Mei 2015)

Sesiapa yang berhasrat nak sembang dengan KJ, boleh tweet dan hashtag #amkrew #hotfm dan jangan lupa tag @khairykj dan @KBSMalaysia .

Kalau nak tag kat aku pun boleh gak @brojinggo ahak ahak! (nak tumpang glamer lettew!)

OK Pagi ni.. Sekarang tau! Bukan esok.. bukan lusa... bukan semalam... now! now! now!

Jom ke Putrajaya 22 - 24 Mei Sempena Festival Belia Putrajaya 2015 @FBP2015 @khairykj #FBP2015


Festival Belia Putrajaya (FBP) kembali bermula 22 Mei sehingga 25 Mei ini dengan pelbagai aktiviti, pameran serta pertandingan khas untuk orang muda.


Sebagai pembuka tirai kali ini, FBP 2015 akan membawakan program Malam Indahnya Bermunajat di pentas utama majlis di Presint 4 Putrajaya, berhampiran Dataran Gemilang pada 21 Mei 2015 bermula 5.30 petang dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Inteam.

Ia kemudiannya diteruskan dengan aktiviti solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta diikuti dengan Tazkirah Perdana oleh personaliti seperti Nur Ahli Badar dan Habib Najmuddin Syed Othman Al Khered.

FBP 2015 mengalu-alukan kehadiran para belia supaya kita semua sama-sama bersyukur atas nikmatNya selama ini, serta menyatakan kecintaan kita kepada Allah dan Rasul pada acara tersebut.

Hadirin dinasihatkan supaya membawa sejadah sendiri untuk keselesaan, selain alas yang telah disediakan pihak penganjur.


Selain dari itu ada juga acara yang menarik seperti KBS REDAH 4X4 City Challenge #festivalbelia15.

Datang beramai-ramai bagi memeriahkan acara ini.. Jumpa di sana!