
Secara rasmi BN menang dengan majoriti 3707 calon BN Mohd Azahar Ibrahim dapat 6699 undi calon PAS Normala Sudirman 2992. 
Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh   Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi  di  Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.
 Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas  Penolong  Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh  Normala,  38, yang juga seorang bekas guru.
 Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 pengundi daripada 14,753 pemilih   berdaftar bagi pilihan raya kecil DUN Tenang keluar mengundi sehingga   proses pengundian ditutup 5 petang tadi.
 Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad   Wan Omar berkata, jumlah peratusan itu lebih rendah berbanding pilihan   raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.
 “Ini disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk sehingga laluan ke   beberapa pusat pengundian dinaiki air serta kawasan seperti Pekan Lama   Labis dilanda banjir,” katanya.
 Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyaksikan Allahyarham Datuk Sulaiman   Taha menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.
 Tahniah kepada BN kerana memenangi kerusi DUN Tenang.. Terbukti BN  merupakan parti yang di kagumi dan dipercayai oleh rakyat.. Syabas juga  kepada semua jentera penggerak parti BN untuk pilihanraya kerana  menjalankan tanggung jawab dengan cemerlang dan semangat juang yang  tinggi seterusnya memperolehi kemenangan untuk parti! -PolitikHarian