Pages
▼
Saturday, April 6, 2013
#PRU13 #ManifestoBN 21 Kriteria Akujanji Rakyat Didahulukan
21 CIRI-CIRI UTAMA:
1 - BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
2 - 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
3 - Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target dan janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
4 - Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
5 - Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
6 - Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.
7 - BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
8 - Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
9 - Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
10 - Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
11 - 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan
PR1MA.
12 - Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
13 - Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
14 - Membina Lebuh raya Pan Borneo.
15 - Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
16 -Sekolah satu sesi diperluaskan.
17 -Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
18 - Transformasi sekolah vokasional.
19 - 4,000 anggota Polis setiap tahun.
20 - Penggunaan SafeCam.
21 - Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.
#PRU13 : #ManifestoBN dokumen serius, sebuah aku janji - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dianggap sebagai satu dokumen yang serius dan sebuah aku janji untuk rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Menurut Perdana Menteri, atas sebab itulah maka membuat keputusan melancarkan manifesto tersebut dalam satu majlis besar-besaran dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.
"Aku janji ini serius. Jadi kita bentang dan buat secara siaran langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto. Supaya semua rakyat tahu. Kita sudah sampai di mana gendang perang sudah dipalu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Aku Janji 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto BN, di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.
Foto Dalam Stadium #ManifestoBN Buat Anwar Gigil...
Keadaan dalam stadium putra hari ini padat... Sehingga separuh dari penyokong BN terpaksa berada diluar... Kalau macam ni gayanya hancur PR!
Suasana Sekitar Pelancaran #ManifestoBN Di Stadium Putra Bukit Jalil
Penyokong BN sedang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil.. Setia menanti PM yang akan mengumumkan Manifesto BN PRU 13...
#ManifestoBN Jom Bergerak Sekarang Ke Stadium Bukit Jalil Bersama PM @NajibRazak
Kehangantan debaran berjuta rakyat menantikan pelancaran Manifesto BN malam ini di Stadium Putra dapat dirasai, berbanding dengan Manifesto Bukan Janji yang ditawarkam oleh Pakatan Rakyat.
Manifesto Barisan Nasional akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini Sabtu di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 8:30 malam.
Manifesto itu adalah janji BN kepada rakyat dan akan digunakan mengikut kesesuaian di peringkat-peringkat negeri. Manifesto Pusat (BN) akan memberi ruang kepada manifesto negeri-negeri mengikut keperluan.
Ini membuktikan, BN senitasa bersikap optimistik menang besar dan akan meminimumkan masalah dalaman parti selepas pengumuman calon-calon yang bertanding.
Manifesto BN ini pasti akan dilaksanakan, sesuai dengan komitmen pentadbiran Perdana Menteri untuk melaksanakan janji.
Anda juga boleh mengikuti ikuti siaran live streaming pelancaran Manifesto BN di BR1M.TV dan juga laman web 1Malaysia.
Juga turut dibawa secara langsung melalui TV3. Ikuti Dr Chandra Muzaffar dan Prof Shazali Abu Mansor dari Unimas, dihoskan oleh Datuk Ahmad A Talib: TV3 – Manisfesto BN jam 10:30 malam ini.
Jom gegar! Jom dengar sendiri pelancaran Manifesto BN di Bukit Jalil... Tunggu apa lagi... JOM! JOM! JOM!
#PRU13 #ManifestoBukanJanji : Anwar Kepanasan Pendedahan Manifesto Karut Pakatan Rakyat
1. Setelah dikaji dan diteliti Manifesto 'karut' ini, telah didapati beberapa perkara menarik yang boleh dikupas dan dijelaskan.
2. Salah satu daripadanya adalah manifesto ini tidak mempunyai data yang kukuh. Ini adalah kerana mereka yang merangka manifesto ini tidak mempunyai pengalaman berkhidmat dengan kerajaan.
3. Maka mereka sebenarnya tidak ada akses kepada agensi-agensi Kerajaan yang senantiasa mendapatkan maklum balas daripada rakyat tentang kemahuan rakyat itu sendiri.
4. Dengan mengeluarkan satu manifesto yang meletakkan perkataan rakyat retorik semata-mata kerana bukanlah ini sebenarnya keperluan rakyat.
5. Kerajaan dari satu segi boleh menimbangkan antara keperluan rakyat dan kehendak rakyat. Ini adalah satu dilema yang perlu kerajaan tanggung. Apa tidaknya, keperluan itu tidak semestinya kehendak, tetapi keperluan itulah yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
6. Dengan megeluarkan manifesto yang menjanjikan perkara-perkara karut, maka mereka sendiri telah memper'bodoh'kan beribu-ribu kakitangan awam yang sentiasa bertungkus-lumus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
7. Manifesto ini juga memper'bodoh'kan ratusan pakar-pakar ekonomi, sosial dan pembangunan yang juga berusaha bersama-sama kakitangan kerajaan untuk menghasilkan suatu pelan pembangunan negara dengan menyatakan hasil daripada 13 orang ini sahaja lebih baik daripada ratusan pakar yang lain.
8. Gunakan Hak Untuk berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
9. Baca, fahami dan teliti Rumusan daripada Manifesto Karut Pakatan Pembangkang ini.
#PRU13 - BN Yakin Menang Semula Lembah Pantai
Barisan Nasional yakin boleh memenangi semula kawasan parlimen Lembah Pantai berdasarkan pandangan dan maklum balas daripada komuniti setempat sejak beberapa tahun lepas.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keyakinan itu berdasarkan peningkatan sokongan rakyat di kawasan parlimen itu yang mahu berubah selera untuk kembali menyokong kerajaan BN.
Katanya sambutan terhadap program transformasi diperkenalkan kerajaan B Nmembuktikan rakyat semakin yakin dan menghargai usaha kerajaan meringankan kos, khususnya menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Saya melihat sambutan rakyat yang sangat menggalakkan kerana mereka sudah yakin bahawa dasar transformasi yang dibawa kerajaan BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak boleh menguntungkan rakyat dan menjamin masa depan yang jauh lebih baik," katanya.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini Sabtu.
Pada pilihan raya umum 2008 Parlimen Lembah Pantai yang sebelum ini kubu kuat BN memihak kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui calonnya, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi mengalahkan calon BN, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil.
Muhyiddin, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan BN Wilayah Persekutuan berkata rakyat mengenali dan memahami kerajaan BN, yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam menyelesaikan masalah mereka.
"Harapan BN semakin cerah untuk merampas kembali kerusi Lembah Pantai kerana kegigihan dan ketekunan Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang menjadi peneraju dan penggerak utama berkhidmat buat masyarakat itu, tanpa mengira kaum sejak 2008," katanya.
Raja Nong Chik juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.
"Rata-rata masyarakat setempat berkata mereka akan mengundi BN dan hanya menunggu hari pengundian. Saya ada tanya kepada mereka (penduduk), apa Nurul Izzah wakil rakyat PKR buat, mereka berkata tidak ada apa apa. Ini amat berbeda dengan wakil ketua bahagian BN kita yang memberi tumpuan kepada penduduk secara keseluruhan," jelas beliau.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan walaupun BN mempunyai harapan cerah untuk menebus kekalahan di Lembah Pantai pada pilihan raya ini, beliau turut mengingatkan semua anggota BN agar tidak terlalu 'terlebih yakin'.
"Kita tidak mahu sikap 'over confidence' di mana-mana tempat kerana dalam hari-hari sebelum hari mengundi, pelbagai perkara akan timbul seperti cabaran, mungkin ada pihak yang akan fitnah, tohmah kerana kita sudah mengandaikan pilihan raya ini begitu sengit," jelas beliau.
Muhyiddin juga meminta anggota BN agar berjaga-jaga kerana pembangkang akan menggunakan segala tipu helah seperti menakut-nakutkan pengundi seperti penggunaan dakwat hitam dan mencetus huru-hara pada hari pengundian, yang telahpun disebar luas oleh banyak pihak.
"Tetapi, yang anehnya, apabila kenyataan itu dikeluarkan, tidak ada pemimpin di pakatan pembangkang yang menafikan perkara itu, dan macam benar lah kenyataan yang dibuat itu," katanya.
Oleh itu, Muhyiddin meminta semua anggota BN agar tidak mengambil perkara ini mudah serta bekerja secara bersungguh-sungguh untuk menjamin kemenangan yang besar kepada BN.
Beliau juga berpuas hati dengan persiapan pilihan raya di peringkat cawangan dan pusat daerah mengundi di kawasan Lembah Pantai. - Bernama
#PRU13 Kecoh Di Pahang - Siapa Bakal MB Bayangan PR?
Demikian teka teki yang berlegar – legar didalam kepala rakyat terutama sekali di Negeri Pahang pada ketika ini tatkala menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa teraju utama bagi Negeri Pahang ini akan diserahkan kepada PKR yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Namun, malangnya hasrat itu tidak menjadi nyata apabila nama Datuk Fauzi diumumkan akan bertanding di Parlimen Inderamahkota baru – baru ini.
Pencalonan Datuk Fauzi telah diumumkan sendiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu sesi ceramah yang diadakan.
Pencalonan tersebut turut mendapat pandangan negative dari segelintir penyokong – penyokong PKR yang disambut dengan laungan ‘Boo..’.
Tidak cukup dengan itu, PKR Pahang juga turut menerima tamparan hebat apabila Bekas Pengasas parti itu di Pahang telah membuat keputusan untuk menentang Datuk Fauzi.
Jelas, penolakkan rakyat terutamanya dikalangan ahli PKR sendiri terhadap Datuk Fauzi cukup kuat. Maka mungkin sebab itulah beliau dipilih untuk bertanding di kerusi Parlimen.
Seorang lagi calon yang disebut – sebut untuk merebut jawatan sebagai teraju utama Kerajaan Negeri Pahang ialah Tuan Ibrahim Tuan Man.
Pemilihan Tuan Ibrahim dibuat berdasarkan kredebiliti beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi PAS Negeri merangkap Ketua Penerangan PAS Pusat.
Namun, sebelum ini, desas – desus kuat kedengaran bahawa Tuan Ibrahim bakal bertanding di kerusi Parlimen Jerantut. Pada mereka, kerusi Jerantut mudah untuk dikuasai.
Ianya ekoran pengumuman YM Tengku Azlan, penyandang kerusi tersebut telah pun membuat pengumuman untuk tidak bertanding dalam PRU kali ini.
Walaubagaimana pun, sama ada Tuan Ibrahim bertanding di kerusi DUN atau pun di kerusi Parlimen, rata – rata rakyat menolak pemilihan Tuan Ibrahim sebagai MB Pahang.
Ini disebabkan latar belakang Tuan Ibrahim sendiri. Beliau bukan anak jati Negeri Pahang. Sebaliknya Tuan Ibrahim datang ke Pahang atas sebab jawatannya sebagai Pensyarah UiTM.
Malah isteri beliau juga bukan orang Pahang. Perkara itu jelas dan ianya juga dipersetujui oleh kepimpinan PAS Pahang sendiri. Mereka sendiri tidak memperakuinya.
Bagi sesetengah penyokong PAS, Tuan Ibrahim hanya akan mendatangkan susah buat mereka untuk berhadapan dengan rakyat. Bagaimana mungkin rakyat dapat menerimanya?
Tambahan pulak, pemilihan Tuan Ibrahim itu jelas menghina kepimpinan PAS yang ada di Negeri Pahang ini secara tak lansung.
Apakah tidak ada calon lain yang boleh diangkat PAS untuk menjadi teraju utama pimpinan Negeri selain dari seorang yang dianggap sebagai ‘Orang Luar’ ini?
Nah! Itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan pimpinan PAS berfikir dua kali untuk menjadikan Tuan Ibrahim sebagai Menteri Besar.
Jika penyokong PAS sendiri pun berfikir sedemikian, adakah kita akan membiarkan Negeri ini ditadbir oleh orang luar? Adakah tidak ada anak tempatan yang lebih layak dari beliau?
Sama – sama kita fikirkannya. Jangan menyesal dikemudian hari sudah la!!!
#TolakPR - Hot : Parti Anak Beranak Berkuasa Dalam Pakatan
Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat telah menamakan anaknya Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon Pakatan di Rantau Panjang. Ahli Parlimen Pas sekarang, Siti Zailah Yussof, Ketua Dewan Muslimah Pas, telah dipindahkan ke Jeli. Zailah menolak pencalonannya di jeli dan ini menimbulkan masalah dalam Pas sekarang.
Dimanakah perjuangan Pakatan Rakyat kononnya anti kronisme dan nepotisme?
Kalau perjuangan mudah seperti nak hapuskan nepotisme pun tak boleh, apakah boleh percaya Pakatan akan menghapuskan kronisme dan mengutamakan meritokrasi dalam semua hal?
Ini belum babitkan wang ringgit yang besar lagi, baru calon pilihan raya. Apa ahli PKR, PAS dan DAP yang dibawah tu semua bodoh dan bangang sehingga tak layak jadi calon pilihan raya?
Anwar dilantik menjadi Ketua Umum PKR tanpa sebarang pertandingan. Isterinya, Wan Azizah pula menjadi Presiden PKR. Anak sulungnya, Nurul Izzah pula berjawatan Naib Presiden PKR. Anaknya. Nurul Nuha pula dikatakan bakal dicalonkan.
Itu belum lagi disebut mengenai kroni-kroni “kekasih gelap”nya, Azmin Ali, yang kini sedang mencantas ramai pemimpin PKR yang tidak sebulu dengannya. Antara yang dikatakan bakal menjadi mangsa ialah Khalid “Gagap” yang mungkin akan kehilangan kerusi Menteri Besar.
Di dalam DAP pula, “Dinasti Lim” sedang mengatur langkah untuk keluarganya di arena politik. Lim Kit Siang yang bertanding sejak 1969, mencatur kedudukan anaknya, Lim Guan Eng dan menantu, Betty Chew. Macam mana ahli DAP tak marah..?
Begitu juga dengan Karpal Singh yang cuba mempertahankan pengaruh keluarga di dalam parti “chauvinis ultra kiasu” itu dengan mengetengahkan anak-anaknya, Gobind dan Jagdeep Singh. Mungkin dia mengharap untuk mengalahkan “Dinasti Lim”?
Terbaru, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat meletakkan nama anaknya, Nik Abduh, di kerusi Parlimen Rantau Panjang. Mungkin dia fikir pengaruhnya sebagai “nabi PAS” itu mampu menonjolkan anaknya yang selalu tersasul fatwa itu…
Khabarnya, penyandang Ahli Parlimen Rantau Panjang sekarang, Siti Zailah Yussof yang merupakan Ketua Dewan Muslimat telah dipindahkan untuk bertanding di Parlimen Jeli yang diwakili Menteri MITI, Datuk Seri Mustapha Mohamed.
Gila! Zailah tak mahu dipindahkan ke Jeli. Dia tahu dia tak mampu menewaskan Tok Pa di Jeli. Lagipun, dia belum sempat buat apa-apa jasa di Rantau Panjang dan kini dia nak dipindahkan ke kubu BN? Nik Aziz nak matikan karier politiknya secara halus, kah?
Apakah Nik Aziz menyedari anaknya Nik Abduh itu tidak cukup jantan untuk bertanding di Parlimen Tok Pa? Dan sekadar menghantar seorang wanita untuk dikorbankan bagi memenuhi kehendak nafsu kronisme dan nepotismenya?
Untuk makluman, semua nama-nama di atas khabarnya bakal dicalonkan oleh bapa dan suami masing-masing di DUN dan Parlimen pada PRU ke-13 ini nanti. Hebat bukan? Pakat-pakat mencalonkan keluarga sendiri? “Parti anak-beranak”kah ini?
Itu pun puak-puak Pakatan Haram tidak malu untuk bercakap soal kronisme dan nepotisme di atas pentas politik. Terhegeh-hegeh di atas pentas menabur tohmah pada pemimpin BN, walhal mereka sendiri melakukan kronisme dan nepotisme secara terang-terangan.
Sebab itulah ramai rakyat yang “celik” menyifatkan para penyokong Pakatan Haram itu sebagai mereka yang “buta”. Orang buta pun tidak buta seperti mereka. Sanggup bertakbir tentang satu tohmahan, tapi mengutuk mereka yang benar. Tak “buta”kah begitu?
Itu belum lagi diceritakan bagaimana “anak-beranak” itu mengagih-agihkan dana parti menjelang PRU ke-13 ini. Kalau riuh rendah ketika waktu pemilihan parti dengan sampul surat tebal berisi, apatah lagi pada PRU, makin teruklah sampul “sedekah jariah” itu bertukar tangan, kan?
Apakah rakyat Malaysia mahu menyerahkan negara berdaulat ini kepada keluarga-keluarga “tidak sihat” itu? Keluarga-keluarga yang mengamalkan kronisme dan nepotisme itukah yang diharapkan memimpin kita? Nauzubillahi min zalik...
Artikel Asal -MYKMU
@NajibRazak #PRU13 @KhairyKJ Bongkar Penipuan #ManifestoBukanJanji Pembangkang Melalui Saluran Vlogger Keek
Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin membongkarkan pembohongan janji bulan dan bintang Pakatan terhadap rakyat yang dicanang menerusi Manifesto Pakatan... Ikuti pendedahan oleh KJ menerusi Vlogger Keek... Video url: http://www.keek.com/!dfPBbab
Selain daripada itu KJ turut mendedahkan siri-siri pembohongan Pakatan menerusi akaun FBnya https://www.facebook.com/Khairykj marilah para sahabat kita berjuang mematahkan serangan pembohongan puak pembangkang!
Selain daripada itu KJ turut mendedahkan siri-siri pembohongan Pakatan menerusi akaun FBnya https://www.facebook.com/Khairykj marilah para sahabat kita berjuang mematahkan serangan pembohongan puak pembangkang!
#PRU13 #TolakPR - Angota Cabang PKR Kuala Selangor Membuat Laporan Rasuah Terhadap Khalid Ibrahim
Ini bukan kali pertama laporan penyelewengan dan rasuah dibuat ke atas Regim PKR di Selangor.
Isu lembu korban anak syarikat kerajaan negeri Selangor diagihkan di luar negeri Selangor iaitu di kawasan parlimen Menteri Besar Selangor sahaja (Bandar Tun Razak).
Laporan ke atas Kumpulan Semesta Sdn Bhd, anak syarikat kerajaan negeri yang menguruskan perlombongan pasir. Pasir dilombong secara berleluasa di atas tanah kerajaan negeri tetapi hasil masuk tidak seperti yang dijangka.
Terbaru seorang anggota di cabang PKR yang diketuai Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini membuat laporan ke atas menteri besar Selangor itu atas dakwaan menyalahguna dana berjumlah kira-kira RM20,000 dari cabang parti itu.
Satu video yang disiarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di portal Youtube menunjukkan anggota cabang berkenaan, Airos Shahidin Manaf yang membuat laporan berkenaan atas dakwaan tidak menerima penjelasan sewajarnya berhubung isu tersebut.
Airos Shahidin mendakwa, isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat agung cabang tersebut enam bulan lalu.
Laporan ke atas Abdul Khalid, yang merupakan ketua cabang PKR Kuala Selangor, menunjukkan lebih banyak sentimen tidak puas hati akar umbi berkenaan yang mungkin memaksa beliau bertanding di DUN lain.
Dalam video tersebut, Airos Shahidin berkata beliau turut mengesyaki terdapat pemimpin lain dalam cabang berkenaan yang terlibat menyalahguna dana berkenaan.
Lelaki berkenaan juga menafikan bahawa beliau dinaungi Umno dan menegaskan bahawa beliau bertindak demikian bagi memastikan parti itu ditadbir dengan telus.
#PRU13 #TolakPR - Ceramah Tempat Gelap, Penyokong Pas Jatuh Parit
Bala... bala... Menjelang Pilihanraya umum ke 13 (PRU13) ni macam-macam bala yang menimpa puak Pakatan Haram ni... mungkinkah ini salah satu petanda kekalahan puak Pakatan Haram di PRU13 ini....
Terbaru Utusan Online melaporkan, gara-gara sikap parti-parti pembangkang yang gemar mengadakan ceramah di tempat sempit dan gelap, akibatnya para penyokong mereka menanggung azab.
Dalam satu majlis ceramah Pas di Bandar Baru Uda malam tadi, seorang pengunjung yang juga penyokong parti itu terjatuh parit ketika menyeberanginya dalam keadaan gelap.
Orang ramai terpaksa membantu lelaki berusia 50-an itu yang dipercayai tergelecek ke dalam parit berkenaan kerana keadaan tanah yang licin dan berlumpur selepas hujan pada petang semalam.
Kejadian tersebut berlaku ketika Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sedang berucap di atas pentas. Turut berceramah sebelumnya ialah Naib Presiden, Salahuddin Ayub.
Ekoran kejadian itu, pengacara majlis, Onn Jaafar, yang juga Ahli Badan Perhubungan Pas Johor terpaksa membuat pengumuman agar pengunjung yang hadir hati-hati melangkah bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan kecederaan.