Showing posts with label Bersih 2.0. Show all posts
Showing posts with label Bersih 2.0. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Buku Kecil JASA Londehkan Kain Dalam Ambiga


1) Artikel keluaran Malaysian Insider bertajuk "Buku Kecil diedar JASA propaganda murahan, kata pemimpin BERSIH" pun mengandungi beberapa kesilapan fakta dan bersikap tidak bertanggungjawab dalam pemberitaannya. Bagaimana Malaysia Insider boleh terpedaya dengan propaganda songsang Ambiga dan Maria?

2) “Buku kecil itu dikeluarkan pada tahun lepas sebelum Bersih 3.0" kata Maria Chin. Dakwaan ini adalah tidak tepat kerana buku tersebut sudah pun dikemaskini untuk menangkis beberapa isu baru yang timbul termasuklah BERSIH 3.0.




Perlu baca sehingga habis buku ini? Banyak maklumat terutama tentang dasar negara. Kebaikannya untuk semua rakyat.

3) RM100 diberi kepada peserta yang hadir untuk BERSIH 3.0 bukan tuduhan melulu dan tulisan rawak. Ianya berdasarkan kenyataan beberapa orang bekas peserta BERSIH 3.0 yang bernama Wan Ismail Wan Mad dari Tumpat yang mendakwa mendapat duit poket RM150, Azli dari Pasir Mas mengakui dapat penajaan hotel dan Azizah dari Permatang Pauh yang mendapat pembiayaan pengangkutan untuk ke BERSIH. Ini hasil temubual. Mengapa perlu ditolak fakta fakta ini?

4) “Malahan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat bulan lalu ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka,” kata Maria. Satu lagi statistik yang cuai diberikan oleh Maria. Tian Chua pun anggar 45,000 orang sahaja. Malah tiga akhbar antarabangsa lapor yang hadir adalah sekitar 45-50k sahaja. Maria bukan penganjur KL112, jadi tiada kredibiliti untuk bercakap soal angka KL112. Sila rujuk kembali artikel ini

5) Perhimpunan di Kuala Lumpur disertai 25 ribu orang dan bukan 300 ribu orang seperti yang didakwa oleh Ambiga adalah satu kenyataan yang benar. Tiada satu laporan akhbar asing pun yang melaporkan angka sebesar itu. Ambiga jangan cuba songsangkan fakta dan angka.

Video URL: http://youtu.be/kKsFCLTZcOY




6) Tiada keraguan yang munasabah yang boleh dilontarkan Ambiga dan Maria untuk menafikan BERSIH 3.0 adalah tidak ganas. Video di atas adalah bukti paling jelas dan kukuh keganasan peserta BERSIH 3.0. Ambiga sebagai penganjur terbukti gagal mengawal peserta BERSIH 3.0.

7) Oleh kerana itu, pada Himpunan Shamsidar pada 12 Januari 2013. Anwar Ibrahim tidak lagi memberi kepercayaan kepada Ambiga untuk ketuai himpunan. Che Gu Bard yang diberi peranan dan nama BERSIH tidak lagi digunakan kerana mengundang backfire atas apa yang telah berlaku pada BERSIH 3.0.

Mengapa perlu ditakuti pada fakta dan penjelasan. Jika tidak puas hati, boleh keluarkan buku kecil terbitan Ambiga untuk menjawab kembali buku setebal 322 muka surat yang dikeluarkan oleh JASA.

Terima kasih kerana mengiktiraf dan mempromosikan buku kecil tersebut. Rakyat tentu mencari cari isi kandungan lain yang padat dengan hujah bernas, melawan dakyah spekulatif dan menangkis tohmahan negatif.

Tuesday, May 29, 2012

Mari Tonton Video Panas Anwar Ibrahim!!!


Anwar itu Kotor! jadi jangan sesekali kita tersalah sebut Anwar itu PM! Jom tonton dokumentari khas yang belum pernah disiarkan dalam kaca TV anda...

Thursday, August 25, 2011

Pemuda Umno: JKP Bukan Untuk Tuntutan Bersih 2.0


Pergerakan Pemuda Umno percaya cadangan yang akan dijadikan komponen utama rangka kerja bagi Jawatankuasa Khas Parlimen (JKP) bukan hanya terikat dengan tuntutan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0).

Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin berkata sebaliknya cadangan yang akan menjadi rangka kerja dalam JKP adalah daripada pelbagai pihak termasuk Pergerakan Pemuda Umno, Suhakam dan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar.

"Pergerakan Pemuda Umno setuju dengan penubuhan JKP untuk mengkaji penambahbaikan kepada sistem pilihan raya di negara ini.

"Tetapi kami percaya penubuhan itu bukan kerana cadangan-cadangan daripada Bersih 2.0 sebaliknya daripada pelbagai pihak lain" katanya.

Khairy berkata demikian bagi mengulas laporan laman portal berita yang mendakwa cadangan yang dijadikan komponen utama dalam JKP adalah daripada Bersih 2.0.

Katanya Pergerakan Pemuda Umno turut mengemukakan beberapa cadangan kepada jawatankuasa berkenaan antaranya memansuhkan penamaan calon semasa pilihan raya kerana ini banyak membuang wang, masa dan tenaga kerana terpaksa berkumpul bagi memberi sokongan kepada calon yang akan bertanding.

Beberapa negara maju tidak mengamalkan penamaan calon sebaliknya memberi tempoh 24 jam untuk sesiapa saja mendaftarkan sebagai calon, katanya.

Sekitar Majlis JOM Ihya' Ramadhan Pergerakan Pemuda Umno di Masjid Lahar Tabut

Saturday, August 20, 2011

Rompak Pukul Asyraf: Reece Donovan Di Tahan Reman


LONDON 20 Ogos - Seorang pemuda yang dituduh merompak pelajar Malaysia yang cedera dalam kejadian yang dirakam dan ditonton berjuta-juta orang di Internet, ditahan reman hari ini selepas dihadapkan ke mahkamah.

Reece Donovan, 21, dituduh merompak permainan video dan telefon bimbit milik pelajar akaun, Muhammad Asyraf Haziq Rossli, 20 di Barking, timur London pada 8 Ogos lalu.

Donovan yang memakai baju T kelabu dan seluar sukan biru, dihadapkan ke Mahkamah Wood Green Crown, utara London untuk mendengar sebutan awal kes.

Dia diarahkan mahkamah untuk ditahan reman sehingga dihadapkan semula ke mahkamah yang sama pada 10 Oktober untuk membuat rayuan. - AFP

Video Asraf dipukul klik di sini...

Asyraf Haziq seharusnya dijadikan sebagai contoh kepada remaja sekarang kerana tidak menyertai perhimpunan haram di London!

Tuesday, August 16, 2011

Tukang Kasut Peserta BERSIH Mahu Jadi Jutawan Segera Tuntut 10 Juta



Inilah matlamat perjuangan BERSIH yang kotor, tak cukup dengan pemimpin yang tercabut kepala lutut mahu menyaman pihak polis kini muncul pula seorang tukang kasut yang didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 menuntut gantirugi RM 10 juta dan permohonan maaf secara terbuka oleh Berita Harian - akhbar yang memuatkan laporan itu.

Sebenarnya pemuda ini keliru tak faham dengan apa yang dia perjuangkan... tengok video dibawah..


Terdahulu Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membuat laporan polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa sekeping gambar yang diambil oleh seorang jurufoto Kumpulan New Straits Times pada perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas menggunakan teknik 'super impose'.

Laporan itu dibuat oleh Presiden MPPA Mat Salim Shaari di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras. Baca disini...

Aku syorkkan pada mamat ni lepas ni saman Malaysiakini RM100Juta pula... Malaysiakini hina Peserta Bersih, Highlight Razak Sebagai Tukang "Kasut"... Malu beb!



Najib Tubuh Jawatankuasa Terpilih Parlimen Mengenai Pembaharuan Pilihan Raya


Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.

Perdana Menteri berkata jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai oleh anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.

"Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan.

"Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media yang dihoskan Bernama di Wisma Bernama di sini.

Beliau berkata langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Beliau berkata kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini.

"Saya dah kata dan saya ulang sekali lagi, saya dan anggota-anggota kabinet tidak rela menjadi perdana menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan tubuh kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan Barisan Nasional.

"Inilah yang saya nak sampaikan bahawa jangan ada sesiapa yang salah anggap bahawa kita tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan," katanya.

Beliau berkata proses itu bukan perkara baru, tetapi adalah tradisi dan kebanggaan, dan sebagai pewaris kepada legasi yang telah diasaskan, amalan itu perlu diteruskan.

Katanya walaupun demokrasi mempunyai kelemahan, namun ia suatu cara pentadbiran yang sangat menguntungkan rakyat kerana ia memberi pilihan kepada mereka.

"Dan kita serah nasib kita pada rakyat, kalau nasib sabut kita timbullah, kalau nasib batu sebaliknyalah...tetapi yang penting sekali 'our conscience is clear'," katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga mengabdikan diri kepada rakyat selain memperjuangkan, membela kesejahteraan, kebajikan manakala mendahulukan rakyat itu merupakan sesuatu yang dihayati sentiasa.-Bernama


Ini baru betul cara Kerajaan menyelesaikan Masaalah pilihanraya bukan perhimpunan haram jalanan....

Sunday, August 14, 2011

Rais Dedah Peserta Perhimpunan Haram 9 Julai Diupah RM50


Ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan Bersih pada 9 Julai lepas, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.


"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada majlis berbuka puasa di Felda Lui Timur Sabtu.

Rais berkata bukan semua peserta perhimpunan haram itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.


Merujuk situasi di London, beliau berkata polis di luar negara tidak teragak-agak menggunakan kekerasan bagi menegakkan undang-undang, sebaliknya di Malaysia, meskipun berdepan ejekan peserta Bersih, mereka masih mampu bersabar.

"Lihat dengan apa yang kita alami di Malaysia, dan ini kita harus ambil sebagai satu perbandingan untuk keinsafan kita, yang mana betapa tertibnya Polis Diraja Malaysia mengawal keadaan berbanding dengan apa yang berlaku di luar negara," katanya

Beliau juga berkata demontrasi di negara maju berlaku ekoran masalah tekanan hidup, dan bukan disebabkan perkara remeh-temeh seperti memperjuangkan agenda politik tokoh pemimpin pembangkang.

Saturday, August 13, 2011

KJ: Rumusan Pakatan Menang Besar Tidak Tepat


Metodologi yang digunakan untuk merumuskan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang tidak tepat, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata ini adalah kerana kesan BERSIH 2.0 tidak mungkin dirasai di kawasan luar bandar mahupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kita (BN) tidak syak lagi bahawa BERSIH memberi kesan, dan kita sedar akan ini, tetapi hanya di kawasan tertentu. Di kerusi luar bandar, ia tidak tepat.

"Untuk mengatakan bahawa sehingga 20 (BN) kerusi akan tumbang terlalu memperbesarkan kesannya," katanya ketika dihubungi.

Khairy diminta mengulas rumusan penganalisis politik Wong Chin Huat yang mendakwa kesan BERSIH 2.0 akan menyaksikan Pakatan Rakyat mampu menambahkan jumlah kerusi parlimennya daripada 75 kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang.


Menurut Wong, kekasaran ke atas peserta BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu oleh pihak berkuasa juga akan mempengaruhi pengundi atas pagar bagi membuang undi protes terhadap BN, jika tidak pun mengundi untuk Pakatan Rakyat.

Dengan mengandaikan tiada penyelewengan pada pilihan raya itu, Wong berkata ini boleh menyebabkan kejatuhan 20 daripada 30 kerusi marginal yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, antara kerusi yang terjejas itu kebanyakannya terletak di bandar atau separa bandar, dan juga kerusi luar bandar di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan, khususnya di Terengganu di mana PAS mempunyai penyokong akar umbi yang ramai.

Bagi Khairy, kerusi luar bandar yang disenaraikan termasuk parlimen Sungai Besar di Selangor, sepatutnya tidak berada di dalam senarai tersebut.

Katanya, impak sebenar BERSIH 2.0 hanya boleh diukur beberapa bulan selepas perhimpunan itu kerana pengundi juga akan mempertimbangkan bagaimana tindakan kerajaan mengendalikan tuntutan supaya reformasi pilihan raya diadakan.


"Perhimpunan itu sendiri tidak mencerminkan pendapat orang ramai," katanya.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN berkata terdapat isu lain yang akan membentuk sentimen pengundi.

"Isu-isu ekonomi membabitkan semua. Peningkatan kos sara hidup mempunyai kesan yang lebih besar daripada BERSIH 2.0," katanya. -Mkini

Thursday, August 11, 2011

Rusuhan Di London, Nurul Izzah Pula Yang Kepanasan?


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dikatakan seperti cacing kepanasan apabila Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan BERSIH 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di kota London sekarang.

Dalam posting di laman web Facebook malam semalam, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.

Manakala Nurul Izzah membidas Khalid, katanya kenyataan seumpama tidak boleh diterima dan memintanya kaji terlebih dahulu sebelum membuka mulutnya.

Nurul Izzah tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya. Apa yang dimaksudkaa oleh khalid ialah situasi perhimpunan haram BERSIH mungkin akan jadi sama seperti di kota London jika tidak dihalang atau dibendung.

Perhimpunan haram BERSIH tempohari gagal kerana pihak polis telah menjalankan tugas mereka dengan baik untuk menghalang perkara-perkara yang tidak di ingini berlaku....

Nurul Izzah hanya tahu cakap dan mengecam sahaja tapi Nurul Izzah tidak fikir, apa akan berlaku sekiranya pihak polis tidak menghalang dan membiarkan saja perhimpunan itu diteruskan???

Penyokong BERSIH dan Nurul Izzah sepatutnya berterima kasih 
kepada pihak polis kerana perkara seperti ini tidak berlaku di Malaysia!

Mati Hidup Semula... Kemudian Jadi Gila... Terbaru Shuhardi Mahu Saman Penulis Blog... Lepas Ni Apa Pulak?


Shuhardi Mat Isa pelakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya.

"Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya.

Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul.

Saman tersebut akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "pro-kerajaan".

Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi.

Siapa yang berniat jahat sebenarnya?
Kalau kita tengok gambar ni betul-betul kita dapat rasakan siapa sebenarnya yang berniat jahat!

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Shuhardi gagal memberi sebarang bukti.

Shuhardi kata dia gila selama tujuh hari! so... macam mana Shuhardi boleh ingat babak lakonannya yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... ?

Dalam pembangkang tidak ada apa yang mereka tak boleh bohong… Justeru tidaklah sesuatu yang mengejutkan kalau dengar berita mereka boleh bagi hidup orang mati.

Kalau dah dasar pembohong tu pembohong jugak!

Memang gila layan kes Shuhardi ni bro!!

Tuesday, August 9, 2011

[video inside] Pelajar Malaysia Cedera Dan Di Rompak, London Riots In Pictures - Part 3


Rusuhan di London semakin teruk dan sudah masuk hari ketiga. Ia bermula di kota London dan mula merebak ke Birmigham, Bristol dan Liverpool. Keadaan semakin lama seolah-olah semakin tidak terkawal. Perhimpunan AMAN asalnya semakin menjadi HURU-HARA.

Salah seorang yang cedera adalah pelajar Malaysia yang menuntut di sana seperti di laporkan berita di TV3 malam tadi dimana pelajar Malaysia ini cedera di mulut ketika rusuhan yang mungkin disebabkan ditumbuk dan terduduk di kaki lima jalan. Malang menimpa lagi pelajar itu. Di sangkakan orang ramai ingin membantu tetapi rupanya dia dirompak dan tidak mampu melakukan apa2, saksikan video tersebut :

 

Pelajar terbabit di jangka menjalani pembedahan di bahgian mulutnya dan aku tak pasti apa harta benda mereka dia yang hilang. Semoga rakyat Malaysia kita di sana selamat hendaknya. Inikah yang kita mahukan?











Gambar-gambar ini bukan sekadar hiasan di dalam blog aku! Ini sebagai ingatan kepada pendemo perhimpunan BERSIH! Agenda pembangkang di negara ini dalam mengadakan perhimpunan adalah untuk melakukan provokasi terhadap polis dengan niat untuk menunjukkan keburukan pihak berkuasa jika polis bertindak balas. Sudah jelas bahawa mereka mempunyai motif politik yang buruk!

London Riots In Pictures - Part 2

London Riots In Pictures - Part 1

More video of London riots: Cars, shops on fire in Lewisham, Hackney

 

INILAH HASIL RUSUHAN.. KEPADA PENYOKONG BERSIH TEMPOH HARI, TENGOK GAMBAR TU BETUL-BETUL

Suhakam Tolak Kes Mat Sabu Di Rempuh Polis


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menegaskan agensi itu tidak boleh memanggil Mohamad Sabu dalam perbicaraan inkuiri awam agensi itu sekiranya Timbalan Presiden PAS itu telah memfailkan saman ke atas polis.

Selain itu jelas Pesuruhjaya Suhakam Mohamad Sha’ani Abdullah, mana-mana kes termasuk dalam isu Himpunan Bersih 2.0 yang telah dibawa ke mahkamah secara automatik pihaknya tidak boleh memanggil untuk memberikan keterangan.

Kah Kah Kah! Tu la Mat Sabu terlalu rakus sangat semua benda dia nak langgar... patut la kepala lutut dia tercabut!



Boleh bergurau senda pulak ye! hari tu aku dengar Mat Sabu Cedera Parah!! Dasar kaki pembohong Mat Sabu ni!




Mula-mula cakap kena langgar dengan Pajero polis. Lepas polis tunjuk video tiada perlanggaran dengan Pajero, Abg Mat putar cakap kena rempuh dengan Waja yang dok tolong bawak dia pi hospital. Inikah 'pemimpin' yg dikatakan berwibawa?

Gambar Dan Video Terbaru Rusuhan di London


Rusuhan di London: 160 orang ditahan polis

AFP melaporkan sekurang-kurangnya 160 orang ditahan oleh polis kerana didakwa terbabit dalam rusuhan dan samun di utara London sejak Ahad lalu manakala keganasan baru dilaporkan tercetus dan merebak ke bahagian lain di ibu negara Britain itu.

Sekurang-kurangnya kita perlu mengucapkan syukur alhamdullilah kerana Ambiga tidak menghantar sekumpulan penyokong BERSIH untuk buat rusuhan di London, kalau tak, tak tahulah apa yang terjadi dengan mereka.

Menurut kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam rusuhan di London yang tercetus pada hujung minggu lepas.

Malah, katanya rakyat Malaysia sebenarnya tidak ada sama sekali di kawasan itu. Baca laporan penuh disini....











Inilah Matlamat Sebenar Himpunan Haram Bersih 2.0

[photos inside] Riot Hits London : Adakah Bersih 2.0 Mahukan Rusuhan Seperti Di London?

Monday, August 8, 2011

Mahu Jadi Jutawan Segera: Mahfuz, Salahuddin Saman Kerajaan


Naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman ke atas kerajaan persekutuan dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar katanya “salah tangkapan” semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Turut dinamakan sebagai responden adalah Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dan pegawai polis yang menangkap mereka Inspektor Mohd Zaid Madzizat.

Mana ada salah tangkap? betul la polis tangkap dua penyagak yang nak buat rusuhan di Kuala lumpur pada 9 julai yang lalu!

Saman itu difailkan menerusi syarikat guaman Tetuan Faiz Fadzil & Co bersama peguam Zulhazmi Sharif.

Kedua-dua naib presiden PAS itu menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan gantirugi teladan, kos serta lain-lain relif atau perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Selain itu, mereka juga menuntut faedah pada kadar 8 peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh.

Hahaha... diaorang nak jadi Jutawan segera rupanya.... Gila la pemimpin puak pembangkang ni... Sementara nak tunggu buka korang layan dulu lagu ni...

Oh... dalam dunia...
Oh... kita raja...
Oh... jangan lupa...
Oh... Jangan gila

Gila darjat
Gila nama
Gila kuasa
Gila Harta
Semua gila

Buat baik berpada-pada
Kata org tua
Buat jahat jangan sekali

Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga
Dosa 'kan sensgara
Ini hukum karma




Sunday, August 7, 2011

[photos inside] Riot Hits London : Adakah Bersih 2.0 Mahukan Rusuhan Seperti Di London?


London-Tottenham: Bermula dengan perhimpunan aman kemudian bertukar menjadi satu rusuhan yang ganas, berlaku dalam keadaan marah pada malam Sabtu lalu berpunca selepas seorang pemuda telah ditembak mati oleh polis.

Dua buah kereta peronda, bangunan dan bas dua tingkat dibakar sebagai protes bertempur dengan pegawai-pegawai di hadapan Balai Polis Tottenham, di mana orang telah berkumpul untuk menuntut "keadilan" untuk kematian 29 tahun dibunuh secara berbalas tembakan.

"Ia benar-benar buruk," kata David pemastautin tempatan Akinsanya, 46. "Terdapat dua buah kereta polis dibakar. Saya berasa tidak selamat."



Siren kedengaran di seluruh bandar kerana pihak berkuasa telah bergegas bantuan ke tempat kejadian. Di Tottenham tingkap kedai dipecahkan, penduduk mengambil kesempatan untuk merompak kedai-kedai, menolak kereta sorong membeli-belah yang penuh dengan barang-barang yang dicuri di jalan.


Penunjuk perasaan di antara 400 dan 500. Polis berkata, terdapat kira-kira 300 orang berkumpul.


Sekiranya pihak polis PDRM gagal mengawal keadaan ketika Perhimpunan  BERSIH 2.0 pada 9 julai yang lalu, Bandaraya Kuala Lumpur pasti akan mengalami nasib yang sama seperti rusuhan di London.

Wednesday, August 3, 2011

Pakatan Pembangkang Sokong Group Murtad Dalam Facebook


Ini group Facebook yang menyokong orang Islam yang murtad di Malaysia dan Singapura. Tertulis dalam group tersebut tujuannya iaitu "kumpulan ini terbuka kepada mereka yang murtad dari Islam di Malaysia dan pihak-pihak yang ingin menyumbangkan sokongan moral kepada mereka yang murtad. Objektif kumpulan ini adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia".

Group ini jelas sekali mencabar Perkara 3 sebagai agama bagi persekutuan dan menghina kesucian agama Islam pada bulan Ramadhan yang mulia ini. Didapati banyak ahli parlimen pembangkang dan penyokong BERSIH telah menyertai group yang baru diwujudkan tersebut termasuklah Faekah Husin (Setiausaha Politik Khalid Ibrahim), Lee Boon Chye (ahli parlimen PKR Gopeng), Sim Tze Min (ADUN DAP Pantai Jerjak), Nasir Hashim (ADUN PSM Kota Damansara), Tan Kok Wai (ahli parlimen DAP Cheras), Lim Lip Eng (ahli parlimen DAP Segambut), Boo Cheng Hau (ADUN DAP Skudai), Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK PKR) dan beberapa orang penyokong BERSIH. Apakah group ini dibuat oleh mereka-mereka ini?

Sesudah rancangan untuk menghuru harakan negara ini dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai 2011 gagal, ada kumpulan tertentu yang cuba menghina kedudukan agama Islam dalam Facebook. Bila diselidiki, daripada 384 orang yang menyokong kumpulan menyokong murtad tersebut di Facebook majoritinya adalah wakil rakyat pembangkang dan penyokong BERSIH. Pihak berkuasa dan SKMM perlu mengambil tindakan segera untuk menutup group yang menyokong murtad ini. Pihak yang mewujudkan group di facebook ini juga perlu dikenakan hukuman. Penghinaan sebegini sengaja ingin mengguris perasaan umat Islam ketika bulan Ramadhan. Bukan sekadar sokong murtad, tetapi posting dalam group tersebut turut menghina Nabi Muhammad SAW dan ibadah puasa.

Info - Angin Perubahan

Tuesday, August 2, 2011

Suhardi Mati Hidup Semula… Semakin Kurang Siuman



Suhardi boleh tipu orang dalam satu-satu masa tapi dia tidak boleh tipu semua orang sepanjang masa... Sempena dengan bulan Ramadhan ini ada baiknya jika Suhardi bertaubat diatas lakonanya dan pembohongannya itu...

Lelaki yang dikatakan berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad, yang meninggal dunia semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu, Suhardi Mat Isa, hari ini tampil dan menafikan dia berlakon, bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasama dengan polis.


Bagaimanapun, ketika tampil pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (UrusKop) hari ini, Suhardi sebagai Setiausaha Agungnya memberi pelbagai kenyataan berbelit setiap kali diasak dengan soalan-soalan 'panas' oleh pemberita.

Malah, pada satu ketika, dia mengakui hilang akal selama tujuh hari yang dakwanya, akibat kesan sampingan daripada gas pemedih mata digunakan pihak berkuasa, tetapi apabila diminta pengesahan doktor mengenai perkara itu, Suhardi gagal memberi sebarang bukti.


Sementara itu Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Suhardi telah menghubungi pihak polis untuk memberi kerjasama dalam kes tersebut.

Untuk itu pihaknya akan memanggil Suhardi untuk memberi keterangan dalam masa terdekat di Ibu Pejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Khalid berkata Suhardi sepatutnya datang berjumpa dengan pihaknya untuk memberi penjelasan apabila video mengenai lakonannya itu tersebar luas.