Sunday, May 27, 2012

Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012... Kerusi Lagi Banyak Dari Belia


MALU BESAR...itu kata-kata yang paling afdal untuk memulakan kisah ini.Nawaitunya nampak macam nak 'lawan tetap lawan' dengan Himpunan Jutaan Belia yang sedang berlangsung dengan meriah dan jayanya di Putrajaya.

Majlisnya, Himpunan dan Konvensyen Belia Selangor 2012.Tarikhnya Sabtu.Lokasinya Komplek Belia dan Sukan Selangor Seksyen 7 Shah Alam.

Himpunan sehari ini dianjurkan oleh kerajaan negeri Selangor menerusi pejabat Exco Belia.

Kalangan wartawan yang ditugaskan membuat liputan himpunan itu terpinga-pinga melihat keadaan dan suasananya.

Lengang dan sepi dari pagi hingga ke petang.


Mengikut jadual sepatutnnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor akan beri ucaptama dan tetamu kehormat lain adalah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Namun tunggu punya tunggu, tidak ada siapapun hadir.

Sebab apa... mudah saja, tak dapat sambutan LANGSUNG. Suasananya paling memalukan bagi sesiapa saja yang berada di situ.

Ini jauh beza dengan kemeriahan di Himpunan Jutaan Belia diPutrajaya, yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mei. Ada lebih 500 program, 22 pentas dan ratusan acara, dengan kehadiran belia dari seluruh negara.

Tinjauan Agendadaily di Komplek Belia dan Sukan Shah Alam jam 3.00 petang dapati yang ada hanya petugas sahaja.

Program forum yang melibatkan 'ikon belia PR' aktivis mahasiswa ,Adam Adli tidak ada pengunjung kecuali petugas dan unit amal yang duduk tidak sampai 20 orang.


Ratusan kerusi kosong, bukan dalam dewan sahaja, di luar dewan.

Suasana lebih menyayat hati kepada peniaga-peniaga, tak ada orang datang.

Dalam erti kata lain, rugi besar.

Difahamkan pada sebelah pagi, program yang seharusnya bermula pada awal pagi, terpaksa ditunda kerana KETIADAAN PESERTA.

Jumlah yang hadir jam 10:24 pagi, tidak sampai pun 100 orang. Walaupun Pesuruhjaya PAS, Dr. Rani Osman dan Exco Adat Resam Melayu, Dr. Ahmad Yunus bin Hairi telah sampai awal dan mundar-mandir melihat jumlah peserta yang berapa kerat sahaja.

Walaupun majlis dijadualkan seawal jam 9:00 pagi, namum sehingga 10:24 pagi, majlis tetap tidak bermula.


Kalau dilihat kepada persediaan, memang gempak habis,ada empat kaunter pendaftaran mengikut kategori iaitu NGO, Orang Awam,Mahasiswa dan Penggerak Belia Tempatan (PeBT), telah disediakan.

Manakala jika bilangan kerusi-kerusi yang diatur, diambil kira,sepatutnya kehadiran peserta adalah paling kurang 1,000 orang . 50 meja akan untuk 500 orang dan 2 skrin putih besar turut disediakan.

Berdasarkan aturcara, Anwar hadir pada majlis tersebut pada pukul 9:00 pagi.

Pada ketika Exco PAS Selangor Dr. Yunus Hairi berucap jam 10:15 pagi, Anwar Ibrahim masih belum nampak kelibat dan batang hidungnya. Kehadiran pula tidak sampai 100 orang.

Penganjur turut menayangkan video debat PTPTN antara Khairy Jamaluddin dan Rafizi Ramli pada 23 Mei 2012 lalu.

Tayangan terpaksa dibuat sementara menunggu kehadiran lebih ramai hadirin.

Lebih malangnya, pada ketika itulah lebih kurang 40 orang belia dari Kedah bertindak keluar dari dewan kerana mendakwa tertipu dengan program berkenaan.

Mereka telah dijanjikan untuk dibawa ke Program Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, sebaliknya mereka dibawa ke Program Himpunan dan Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012.

Exco PKR Selangor Yaakob Sapari, yang mewakili Menteri Besar Selangor ketika berucap akhirnya mengesahkan Anwar tidak dapat hadir kerana terlibat dengan program lain kononnya.

Keseluruhan program berkenaan tidak mendapat sambutan ekoran kehadiran yang sangat tidak memuaskan iaitu tidak sampai 150 orang.



Walaupun penganjur membuat hebahan awal dengan memasang kain-kain rentang dan membuat penyebaran SMS kepada seramai 33,000 orang belia di Selangor, namun usaha tersebut masih gagal menarik kehadiran golongan belia ke majlis berkenaan.

Terdengar ada kalangan yang hadir berbisik ini satu pengajaran kepada kerajaan Selangor pimpinan PKR, jangan nak dakwa 'RAKYAT' sentiasa menyokong mereka.

Kalau bandingkan antara ehadiran di Shah Alam dan Putrajaya, bos-bos pembangkang di Selangor jenuh kena cari lubang cacing untuk sorok muka. -Helmi Hanafi/Agendadaily

Video Jangan Main Belakang Bikin Anwar PANAS!!

Video ini ditujukan kepada 3 kepala Pakatan Haram (PAS, PKR dan DAP) yang tidak ada kata sepakat... layannnnnn!!!

Video Nurul Izzah Tertekan Ditempat Sendiri!


Tajuk video "Adakah Izzah tertekan ditempat sendiri?" cukup mencerminkan keadaan di lokasi ceramah... Bayangkan betapa 'panas' nya suasana di situ ketika serangan bertali arus yang dibuat oleh Ummi Hafilda. Sebagai Ahli Parlimen tuan rumah sudah tentu lah ada kelebihan atau 'advantage' di pihak Izzah. Tapi tidak dalam keadaan malam semalam.. Izzah seolah olah berada di padang lawan.. dia terpaksa menjerit untuk balas serangan.. hilang imej lembut yang biasa dibawa nya...

Saya ulangi apa yang sebut dalam topik terdahulu... lagi baik saya mengelak bertembung Ummi Hafilda dan di panggil pengecut, dari dimaki hamun semahu mahunya oleh beliau didepan penyokong dan kaum keluarga sendiri... kecuali lah saya dapat pergi kedepan pentas Ummi dan balas balik setiap makian dan tuduhan yang dilemparkan... -Minaq Jinggo

Video Anwar Naik Angin dan Jerit SIAL


Mula-mula anwar Ibrahim guna ayat Quran.. Tak tahan di hentam oleh Umi Hafilda. Terus perkataan SIAL? Opssss Anwar Ibrahim tersalah sebut ke? Opsss Pak Aji PAS depan tu GELENG KEPALA lepas mendengar nya...

DS Najib: Belia Semakin Bijak Dan Matang #HBN2012


Golongan belia masa kini lebih matang dalam membuat penilaian dalam memilih pucuk kepimpinan terbaik yang mampu memberi pembaharuan bagi menjamin masa depan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, belia semakin bijak memilih pihak mana yang lebih layak memikul tanggungjawab memimpin negara ini.

“ Belia yang sentiasa berada dibelakang kerajaan bukanlah atas dasar paksaan, tetapi mereka sendiri bijak membuat pilihan (memilih kerajaan),”katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012 pada hari sabtu, semalam.

Menurut Najib, kejayaan negara bukan sahaja boleh diukur dengan adanya bangunan yang berdiri megah, malah ia dapat diukur dengan nilai kemasyarakatan.

“Golongan belia yang mempunyai nilai kemasyarakatan yang tinggi adalah belia yang berhimpun secara aman, melontarkan rasa cintakan keamanan negara, beradab serta menghormati undang- undang negara dan bukan menjadi belia yang suka melakukan keganasan,” katanya disertai dengan sorakan para belia.

Majlis perasmian tersebut turut dihadiri isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee.

Pada majlis yang sama, beliau telah menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Perdana Belia Negara sempena Himpunan Jutaan Belia tahun ini.

Tambah beliau, sasaran kementerian tercapai apabila berjaya menghimpunkan lebih kurang dua juta belia dari seluruh negeri.

“Tahun lepas kita telah mencapai sasaran seramai sejuta belia dan tahun ini menterinya (Datuk Ahmad Shabery Cheek) telah berjaya menyahut cabaran saya apabila berjaya mencapai sasaran seramai dua juta belia,” katanya.

Selain itu, Najib turut berkata tema Hari Belia Negara 2012 iaitu ‘Jadilah Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ amat bersesuaian kerana dari semasa ke semasa pihak kerajaan telah berjaya membawa pembaharuan dan pembangunan yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

Sumber-KLPOS

Video Pemimpin UMNO Race Basikal Paling Slow di BeeAntBlues #HBN2012


Bertapa sporting pemimpin UMNO di Himpunan Jutaan Belia Negara.

Isu Pergaduhan: Tuduhan Tidak Seharusnya Dilemparkan Kepada UMNO - Khairy


Orang ramai digesa agar tidak menuduh pihak Barisan Nasional (BN) sebagai punca kepada pergaduhan yang berlaku semasa sesi ceramah antara Ketua Pembangkang, Datuk seri Anwar Ibrahim dan Ummi Hafilda Ali yang dibuat secara bersebelahan di perkarangan Pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam Khamis lalu.

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, tuduhan tidak seharusnya dilemparkan kepada BN semata-mata kerana provokasi tersebut tidak diketahui hujung pangkalnya.

“Kita tidak boleh menuduh pihak BN atau Umno yang memulakan provokasi kerana situasi ini berlaku apabila kedua-dua penyokong parti mula menjerit dan membaling objek sesama mereka.

“Situasi sebegini sukar untuk kita ketahui siapa yang memulakan provokasi,” katanya kepada pemberita di Himpunan Jutaan Belia 2012 semalam.


Beliau berkata sedemikian bagi menjawab kenyataan Anwar yang pantas menuduh Pergerakan Pemuda Umno dan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai bertanggungjawab atas insiden itu.

Menurut Khairy, pihaknya memandang serius perkara tersebut jika ia berkaitan dengan pemuda Umno yang bertindak ganas dan menyerahkan insiden tersebut kepada pihak polis.

“Siasatan lanjut mengenai pergaduhan ini akan dilakukan dan saya berharap agar ceramah seperti ini tidak lagi diadakan secara berdekatan bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku,” katanya.

Sehubungan dengan insiden tersebut, dua lelaki yang hadir untuk mendengar sesi ceramah iaitu masing-masing seorang penyokong pembangkang dan seorang lagi penyokong kerajaan cedera di kepala selepas terkena balingan batu daripada kedua-dua belah pihak.



Khairy sebelum itu melawat tapak segmen uniform dan turut melakukan aktiviti ‘walkabout’ ke tapak-tapak pameran bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein.-KLPOS

Saturday, May 26, 2012

Video Ketua Pemuda Umno, KJ Tunjuk Skill Main Drum #HBN2012


Ini lah dia... pemimpin versatile... KJ bermain drum sambil di saksikan oleh dato Razali Ibrahim, di Himpunan Sejuta Belia 2012, Putrajaya...

Memang aku tak sangka.... Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin ini boleh bermain drum... Jiwa pemuda betul KJ ni... Awesome!!!!


Foto Sekitar Ketibaan DS Najib Di Bee Ant Blues Port #HBN2012


Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin mengiringi Perdana Menteri DS Najib kelokasi Bee Ant Blues Port, Sambutan Hari Belia.

























Neelofa, KJ, DS Najib Di Lokasi Bee Ant Blues Port #HBN2012



KJ tiba di Bee Ant Blues port dengan menaiki Vespanya. Pinjam boleh boss?


Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin bersama Dato Seri Hi Dato' Seri Hishammuddin dan Datuk Razali Ibrahim menyumpit d tapak KDN, sebelum ke Bee Ant Blues port.





Memang meriah... ayuh kita ke Putrajaya bersama PM petang ini di Himpunan Jutaan Belia Negara 2012! Jumpa disana ya!