Friday, April 6, 2012

Azmin Ali Hina Ahli PKR - Buta & Tuli


Marah betul Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali apabila wartawan memintanya menjawab persoalan berkaitan pemilikan saham seperti yang ditimbulkan oleh ahli & pemimpin PKR Cabang Ampang baru-baru ini.

Kata Azmin Ali, hanya orang yang buta dan tuli sahaja yang percayakan dakwaan sedemikian. Kasar dan biadap sungguh tutur kata seorang Timbalan Presiden apabila berdepan dengan isu yang menuntut penjelasan dan tindakan lanjut dari pihaknya.

Betapa hinanya maruah dan taraf sebagai ahli PKR di mata Azmin Ali walhal permintaannya cukup mudah, tidak sukar difahami dan tentu saja ramai rakyat turut sama ingin mengetahui jawapan konkrit Azmin berhubung dakwaan yang dibangkitkan oleh Dr Hasan Ali.

Mereka cuma ingin penjelasan lanjut dan langkah selanjutnya dari Azmin bagi mematikan isu pemilikan saham RM 2 juta lebih yang dibangkitkan oleh Hasan Ali tidak lagi dimanipulasi oleh lawan.

Dalam keadaan yang baru sekadar memegang jawatan kedua tertinggi parti tapi pembawaan sikap Azmin sudah cepat melenting, biadap dan tidak menghormati ahli bawahan, tidak mustahil jika takdir membenarkan PKR memerintah Malaysia mahu lebih teruk dari itu jadinya.

Azmin agaknya terlampau syok sendiri hingga lupa dari mana jawatannya sekarang diperolehi.

Bukankah di saat pemilihan parti berlangsung, ahli bawahanlah yang dipuja dan dirayu bagi mendapatkan sokongan majoriti untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden.

Malang bagi ahli & penyokong PKR kerana terpaksa mendukung kepimpinan parti yang tidak tahu menghormati hak ahli untuk mendapat penjelasan yang meyakinkan.

Eloklah ahli dan penyokong PKR di Cabang Ampang serta seluruh negara fikirkan semula kedudukan mereka dalam PKR.

Tak payah buang masa berjuang dalam parti yang hanya hebat slogan demokrasinya tapi kosong pengisian dan praktikalnya.

Adun Seri Kembangan Pula Kena Penumbuk!


Kalau pandai bercakap dan berjanji tidak tepati janji beginilah jadinya. Lain kali jangan berjanji. Padan Muka!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah cedera ditumbuk, dipercayai oleh dua lelaki selepas selesai makan di sebuah restoran di Jalan Sekolah Kampung Baru sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 pagi, difahamkan wakil rakyat itu mengenali lelaki yang menumbuknya dan insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan Selangor memindahkan peniaga-peniaga pasar Seri Kembangan.

Pemecatan Ketua Penerangan PKR Ampang Diatas Arahan Azmin Ali


Ekoran tindakannya kelmarin mendesak Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali keluar parti jika tidak mahu menjelaskan pelbagai dakwaan yang membelit pemimpin itu, Ketua Penerangan PKR Cabang Ampang, Mohd Isa Mohd Saidi dipecat serta-merta.

Surat pemecatan itu dihantar Ketua PKR cabang berkenaan, Zuraida Kamaruddin."

Sebenarnya dia (Zuraida) baru bagi surat pemecatan (kepada saya) sebagai Ketua Penerangan 24jam. Bukan sebelum ini dipecat, tetapi baru dipecat." Saya balik ke rumah jam 3 petang tadi (semalam).

Ada surat di peti surat yang dikeluarkan sebab kenyataan minta Azmin keluar parti, bukan kes sebelum ini," ujar Mohd Isa.Azmin sebelum ini dicabar oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali supaya membuat penjelasan terhadap lima perkara.

Antaranya, sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara 1992 hingga 1994.

Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal 1990-an adalah tidak benar.

Bagaimanapun, ADUN bagi kawasan Bukit Antarabangsa itu ketika ditemui media semalam enggan mengulas mengenai desakan akar umbi yang mahu beliau menjelaskan bersabit kontroversi yang melanda dirinya.Azmin hanya menjawab "tak payah," ketika diajukan pemberita bersabit desakan ahli PKR yang secara lantang mendesaknya tampil menjelaskan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang membelit dirinya.