Sunday, April 8, 2012

Ada Baiknya Jika Nik Aziz Terus Berehat di Rumah


Kesian melihat keadaan Nik Aziz.. di pergunakan semata-mata untuk kepentingan polik...

Pada usia ini, Nik Aziz sepatutnya berada di rumah... dan ada baiknya jika Nik Aziz berehat menghabiskan masanya bersama keluarga dan cucunya selagi masa masih ada...

Bernama: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dibenarkan keluar dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, dinasihatkan doktor supaya berehat di rumahnya di Pulau Melaka di sini.

Setiausaha Sulit Kanannya Ahmad Shargowi Derahman berkata, Mursyidul Am Pas itu tidak masuk pejabat di Kota Darulnaim di sini, hari ini, sebaliknya beliau berehat di rumah.

"Tidak ada program rasmi yang membabitkan kehadiran Menteri Besar dalam sehari dua ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 81, dirawat di wad rawatan jantung (CCU) hospital itu sejak Rabu lepas, setelah mengadu sakit dada selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di Kota Darulnaim.

Anwar Berbohong Tentang Pendidikan Percuma Di Turki


2 April 2012, Anwar Ibrahim dalam Harakahdaily menyatakan pendidikan percuma di Turki walau tiada minyak. Ini satu lagi mainan persepsi yang cuba dibuat oleh Anwar Ibrahim. Sekali baca kalau tidak disiasat, rakyat boleh terpedaya. Benarkah pendidikan percuma di Turki? Baca lagi...

RM43 Bilion Dibelanjakan Jika Mansuh PTPTN


Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Sebelum itu dalam ucapannya, Najib berkata beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir bulan ini.

Beliau juga mengumumkan kepada ribuan rakyat yang menghadiri program itu bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan pasar awam baru Batu Pahat.

Kerajaan menurutnya turut bersetuju untuk memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan pasar borong baru daerah itu.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaiki longkang-longkang yang tersumbat di bandar Batu Pahat. - Bernama