Monday, April 9, 2012

Mana Nurul Izzah Ketika Rakyat Memerlukan Bantuan! @n_izzah

Nurul Izzah Ratu Tenggek

Nurul Izzah mana semasa penduduk sedang sibuk berpindah? Tengah melepak sambil main futsal dan badminton!!

Nurul Izzah ‏ @n_izzah
Pendaftaran bermula, Kejohanan Futsal dan Badminton Piala YB@n_izzah di Lee Chong Wei Arena Sport

What's xfun is when u fail 2score during penalty kicks @ a tournament bearing ur name haha :p DewanLeeChong Wei, old klang rd

:) saya masih perlu belajar bermain bola dgn baik haha. Nasib baik ada skill sedikit bermain badminton td :p

Isy!! Lain macam je perangai Nurul Izzah ni! Dulu dialah yang paling kuat berkokok kononnya jadi jaguh memperjuangkan hak penduduk Flat 4 Tingkat, tapi masa mereka perlukan bantuan kau, kau lebih suka main badminton dan futsal dari bantu mereka pindah?

Nampak sangat Nurul Izzah bukannya kisah sangat penderitaan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi! Mereka cuma alat dalam permainan politik sempit Nurul Izzah!!

Masa penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi merayu minta bantuan untuk bangunkan semula kediaman mereka, siapa yang tampil untuk bantu?

Dato Raja Nong Chik dan Kerajaan yang tampil sebagai fasilitator untuk bantu pembangunan semula Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Ada Nurul Izzah bagi cadangan alternatif? TAKDA!!

Yang dia tahu, bantah bantah bantah!!

Masa Kerajaan buat referendum untuk mudahkan penduduk pilih pemaju yang mereka mahu, ada Nurul Izzah bantu? TAKDA!!

Yang dia tahu bantah kononnya referendum tak adil, sedangkan inilah demokrasi di mana penduduk berhak pilih pemaju yang mereka mahu. Hairan betul aku tengok Nurul ni, kononnya pejuang demokrasi, tapi masa demokrasi diamalkan, dia bantah!!

Masa majoriti penduduk (92.5 % = 432 keluarga) dah bersetuju dengan pembangunan, ada dia bantu percepatkan proses pembangunan? TAKDA!!

Yang dia buat ialah hasut 35 orang untuk menolak tawaran tersebut. Dia hasut 35 orang untuk buat tuntutan yang bukan-bukan. Akhirnya mereka terlepas pampasan yang patut diterima dan terlepas peluang untuk memiliki rumah baru yang jauh lebih selesa.

Dan kini, kumpulan yang membantah itu terus ditinggalkan oleh Nurul Izzah.

Sekarang ni masa penduduk perlukan bantuan untuk pindah, mengapa Nurul Izzah tak bantu mereka?

Cukup cantik kau Nurul!! Main badminton dan futsal lagi penting dari bantu penduduk?

Habis tu, masa bila Nurul ada?

Oooooh… Nurul cuma timbul bila masa nak buat kecoh dan merusuh. Masa tu dia datang dengan samseng-samseng Cina dan India, sedangkan kawasan ini 100% Melayu. Dia datang dengan orang luar macam Adam Adli yang tak pernah tunjuk muka sebelum ini di Lembah Pantai, tapi cuma datang untuk wujudkan huru-hara.

Adam Adli ni orang Kerinchi ke? TAK!

Adam Adli ni orang Lembah Pantai ke? TAK!

Adam Adli ni orang KL ke? TAK!

Dia ni orang Penang, tapi diimport khas oleh Nurul Izzah khusus untuk cetuskan kekacauan.

Masa penduduk perlukan bantuan untuk pindah, ada tak si Adam Adli datang? TAK!!

Kawan-kawan boleh nilai sendiri perangai sebenar Nurul Izzah dari tindak-tanduknya sepanjang peristiwa ni berlangsung.

Masa dia perlukan penduduk Flat 4 Tingkat Kerinchi, lantang dia bersuara kononnya nak bantu mereka, tapi bila mereka dah tak diperlukan, langsung tak dipandang sebelah mata.

Bak kata pepatah, habis sepah, madu dibuang.

Macam ni ke pemimpin yang Lembah Pantai nak?

Bandingkan pula dengan Dato Raja Nong Chik. Beliau dari awal lagi dah terlibat untuk bantu penduduk.

Sekarang ni, bila penduduk yang membantah pindah, beliau turun untuk bantu mereka. Orang yang bantah pun dibantu!!

Macam ni barulah betul pemimpin yang mengutamakan semua rakyat, bukan seperti Nurul Izzah yang hanya tahu mempergunakan rakyat!! Baca lagi pendedahan dan gambar...

Peluang Melayu Terjejas Jika Mansuh Pinjaman PTPTN


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemansuhan pinjaman yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menjejaskan peluang golongan Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Dalam wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Khalid berkata, pemansuhan pinjaman itu akan menyebabkan pelajar kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk menanggung kos sara hidup di kampus.

Katanya komponen terbesar dalam pinjaman yang ditanggung siswa itu adalah untuk kos sara hidup, dan bukannya untuk bayaran yuran pengajian.

Tambahnya, pemansuhan yuran itu juga akan menyebabkan berlaku persaingan sengit di kalangan pelajar untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diberikan subsidi yuran sehingga lebih 90 peratus.

"Dalam hal ini, perlu ada asas yang tepat siapa patut dapat masuk, apatah lagi ini percuma. Jadi mereka akan gunakan meritokrasi," katanya yang memberi contoh sistem pendidikan tinggi percuma yang diamal di Singapura, Chile dan Argentina.

"Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang.

"Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi.

Khaled juga bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar.

"Maka jurang akan terus berlaku dalam soal perbezaan taraf sosioekonomi masyarakat dan sudah tentu ini akan membawa ketidakstabilan dari banyak segi untuk jangka masa panjang," katanya.-MK

Aaron Aziz Bintang Paling Popular ABPBH25


Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 sebentar tadi.

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi.

Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.

Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.

Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, di sini.

Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media.

ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran.

SENARAI PEMENANG ABPBH 2011

Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Anugerah Seri Perak – Datuk Siti Nurhaliza

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Sheila Majid

Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz

Pelakon Filem Wanita Popular - Maya Karin

Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz

Penyanyi Wanita Popular – Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular – Fizz Fairuz

Pelakon TV Wanita Popular – Fasha Sandha

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah

Artis Komedi Lelaki Popular – Johan Raja Lawak

Artis Komedi Wanita Popular – Didie Alias

Artis Baru Lelaki Popular – Johan Ariff As’ari

Artis Baru Wanita Popular – Tasha Shilla

Pengacara TV Lelaki Popular – Zizan

Pengacara TV Wanita Popular – Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular – Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana