Monday, February 25, 2013

Anak Allahyarham Fadzil Noor Sokong Kerjasama UMNO-PAS


Anak bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor menyokong gesaan kerjasama UMNO-PAS demi untuk kepentingan masa depan Melayu-Islam di negara ini.

Ahmad Fauwaz Fadzil dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam berkata perpaduan sesama Islam adalah suatu pekara yang dituntut agama.

“Jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini,” katanya.

Berikut disertakan wawancara Ahmad Fauwaz dengan Mingguan Malaysia :

KETIKA ditanya bagaimana perasaan menjadi anak kepada pemimpin terkenal yang juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, AHMAD FAUWAZ FADZIL menundukkan kepala seketika dan kemudian menjawab,“ Memang bukan senang memikul tanggungjawab menjadi anak kepada pemimpin seperti beliau.

“Ada yang meminta untuk aktif dalam parti tetapi saya lebih senang bersifat berada di tengah-tengah.

“”Allahyarham begitu disenangi bukan sahaja oleh kawan tetapi lawan,” ujar beliau.

Anak muda berusia 32 tahun lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Ahmad Fauwaz jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.

Beliau begitu bersemangat membicarakan tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa ragu juga beliau melontarkan saranan tentang had usia 65 tahun untuk pemimpin berkhidmat selain menggalakkan dialog serta perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik.

Beliau turut mengulas beberapa isu panas yang berlegar sekitar umat Islam antaranya isu kalimah Allah, negara Islam dan kematangan berpolitik di kalangan masyarakat negara ini.

MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?

FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog.

Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek.

Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.

Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan.

Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai ‘saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya’ atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah?

Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.

Apakah saudara tidak merasakan pandangan ini terlalu ideal kerana hakikatnya keadaan sangat berbeza di luar sana?

FAUWAZ: Bagi saya itu bukan ideal tetapi metodologi bagaimana untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat dan mampu bersaing dengan kuat. Kita perlu menjadi umat yang merancang kerana tanpa perancangan tidak akan ada jalan. Begitu juga jika kita bercakap hanya bersandarkan realiti tetapi tidak ada angan-angan maka kita akan putus harapan. Bagi saya kita perlu melahirkan umat Malaysia yang perlu mempunyai harapan untuk maju ke hadapan. Saya cuma terfikir sampai bila kita hendak melihat rakyat di negara ini bergaduh kerana politik. Saya bukan melihat kerjasama hanya di peringkat ekonomi dan politik sahaja, malah mungkin di pelbagai peringkat termasuk media.

Sebagai contoh kalau pihak Utusan dan Harakah, jika berita yang baik terpaksa ditapis dan diubah apa yang rakyat dapat. Bidang penyiaran ini sebenarnya sangat penting kerana mereka yang menyampaikan maklumat kepada rakyat. Jika kita lihat ini yang berlaku di Mesir kerana peranan media yang mengakibatkan tumbangnya kerajaan yang zalim sebelum ini. Bagi saya apa yang penting adalah rakyat dan pemimpin tidak perlu bimbang jika UMNO atau Pas tumbang dalam pilihan raya. Parti-parti ini hanyalah slogan dan mesin politik tetapi yang lebih bagus adalah kita memerlukan pemimpin yang terbaik dan berkaliber.

Jika mana-mana parti kalah sekalipun tetapi apa yang penting adalah pemimpin yang mampu membawa negara dan rakyat ke arah lebih baik. Pemimpin ini pula tidaklah perlu berdendam kepada musuh-musuh politik kerana apabila menjadi pemimpin contohnya UMNO, dia bukan sahaja menjadi pemimpin kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja tetapi juga pemimpin kepada ahli politik parti lain termasuk Pas dan PKR kerana mereka memimpin rakyat dan bukannya sekadar parti. Apa yang penting adalah menjadi adil kepada semua.

Saya melihat mungkin semasa pilihan raya akan berlaku sedikit perseteruan akibat politik. Tetapi apa yang lebih penting adalah selepas pilihan raya. Ini kerana selepas pilihan raya kita perlu mencari satu titik persamaan dan membuang semua pertengkaran dalam pilihan raya serta membuat satu matlamat sesama semua parti politik, apa yang perlu dilakukan sehinggalah pilihan raya akan datang berlangsung demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Kerangka itu perlu wujud kerana kita memerlukan persefahaman apa yang pembangkang boleh lakukan selepas pilihan raya demi membantu kerajaan yang memerintah untuk kesejahteraan rakyat.

Apakah perkara-perkara yang menjadi punca perseteruan dalam kalangan parti politik dan masyarakat di negara ini?

FAUWAZ: Selepas pilihan raya 2008, apakah perkara-perkara yang sering digaduhkan. Tidakkah ia hanya tertumpu kepada isu-isu yang sama sahaja. Satu parti akan kata bahawa parti ini banyak keburukannya, sesat dan sebagainya manakala satu lagi parti akan kata mereka zalim dan sebagainya. Hanya mengulang lagu dan isu yang sama sahaja malah sejak dahulu lagi. Oleh itu penyelesaiannya, minda rakyat perlu diubah. Jika kita lihat ahli UMNO ada berjuta begitu juga Pas. Tetapi kelompok yang akan menentukan adalah mereka yang tidak menyertai mana-mana parti dan bertindak mendiamkan diri.

Apa salahnya jika Utusan dan Harakah tidak menjadi ejen kepada parti tertentu dan sebaliknya menjadi ejen kepada masyarakat dalam membuka dan mendidik minda mereka. Tidakkah ini lebih baik kerana minda rakyat akan lebih terbuka dan memahami apa sebenarnya peranan mereka dan tidak lagi dipengaruhi oleh isu-isu sama berulang kali. Sebenarnya kita hanya membesarkan masalah yang kecil yang tidak menyelesaikan apa-apa sejak sekian lama.

Saya melihat politik ada akidah. Saya berpolitik tetapi tidak berparti. Di sini maknanya orang Islam perlu dimatangkan dengan isu-isu sesebuah negara supaya mereka mengambil berat. Tetapi mereka ini tidak wajib masuk Pas atau UMNO. Tetapi yang menjadi masalah jika kita tak masuk Pas, orang Pas akan lihat begini begitu. Jika tak masuk UMNO maka orang UMNO akan melihat semacam. Kita perlu melihat sesuatu di luar batasan politik dan mungkin kita boleh mentarbiah orang politik dengan isu-isu kenegaraan dan pembentukan tamadun. Kita terlalu bertekak dengan politik tetapi hakikatnya kita semakin kurang kemampuan bersaing dengan negara-negara jiran.

Sebagai rakyat kita bukan bersaing melalui UMNO atau Pas tetapi dalam skop yang lebih besar iaitu kedudukan negara di pentas dunia yang memerlukan kita bersaing dengan China, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain. Kita perlu bersikap lebih terbuka serta memberi peluang untuk rakyat terlibat lebih jauh termasuk dalam memberi pandangan dan kritikan terhadap kerajaan dan parti. Tetapi apa yang penting adalah memberi kritikan dan pandangan yang jelas dan membina, bukan yang mengikut hawa nafsu. Selain itu, kita perlu memainkan peranan supaya adab-adab dalam pilihan raya itu lebih baik. Ini jika kita lihat saling memaki antara satu sama lain. Tidakkah lebih baik jika sesama mereka yang berkempen ini saling menegur dengan baik malah boleh diajak makan bersama.

Jadi kematangan berpolitik perlu menjadi asas dalam dunia politik sekarang?

FAUWAZ: Ya, inilah masanya bagi rakyat Malaysia lebih terlibat dalam menjadikan diri kita lebih matang dalam berpolitik. Kita perlu berpegang kepada ilmu, iman dan jasmani dalam menjadikan diri kita berpolitik dengan matang. Saya pernah mencadangkan tetapi tidak mendapat persetujuan pihak-pihak tertentu supaya kita mengehadkan umur dalam politik. Sebagai contoh Presiden Parti apabila cukup usia 65 tahun perlu berundur dan beri peluang kepada generasi muda. Begitu juga seorang Perdana Menteri apabila mencecah umur itu maka sudah sampai masa untuk bersara. Ini kerana perubahan sesebuah negara tidak berlaku kepada mereka yang lebih berusia.

Sejarah banyak dicatatkan oleh mereka yang berusia 40-an. Oleh itu, kita mesti mengurangkan mereka yang berusia ini daripada aktif dalam politik. Mungkin apabila sudah mencecah usia 65 tahun mereka bersara tetapi boleh menjadi penasihat. Kita tidak boleh membiarkan politik ini menjadi politik yang usang. Kalau rumah pun kalau sampai masa kena cat baru dan sebagainya begitu juga kereta bila tiba masa kena tukar baru. Atas faktor umur juga kita perlu menghormati semua pemimpin kita tidak kira daripada parti mana sekalipun kerana masing-masing ada sumbangan mereka.

Kenapa agaknya perkara ini seolah-olah sukar dilakukan?

FAUWAZ: Saya melihat masalah di Malaysia ini, tidak ada keyakinan terhadap pelapis. Sebenarnya ramai pelapis tetapi tidak diberi peluang atas alasan belum sampai masanya kerana belum matang. Bagi saya matang bukan atas faktor umur tetapi atas natijah. Jadi adalah perlu apabila tiba masanya, sudah sampai waktu untuk berundur maka mereka perlu lakukannya. Malah dalam fikah pun ada hukum apabila sudah sampai usia 65 tahun, mereka ada hukum khas yang tidak boleh dilakukan kepada orang muda seperti jika sudah nyanyuk mereka boleh buat solat jamak, kalau baru memeluk Islam mereka tidak perlu berkhatan dan sebagainya.

Sebaik-baiknya selepas pilihan raya, kita tidak lagi perlu tertumpu kepada mahu menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak atau Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi biarlah kita menyokong agenda negara, siapa yang mampu memimpin negara dengan baik kita sokong.

Kita tidak mahu lagi parti yang taksub kepada sesiapa. Sekarang ini bukan zaman menyokong imam-imam yang berbentuk individu tetapi zaman untuk umat itu sendiri. Kita bukan mahu menyokong seseorang kerana individu atau populariti tetapi orang yang ada kekuatan dalam pemerintahan. Mungkin seseorang yang popular boleh membantu ketika berceramah tetapi belum tentu mampu memimpin negara. Sebagai contoh Presiden Mesir sekarang Muhammad Mursi bukanlah calon popular tetapi beliau mempunyai agenda yang baik untuk negara. Kini sudah sampai masanya kita melihat kepada fikah pembangunan tidak kira siapapun diri kita sebagai ulama, wartawan dan sebagainya.

Bagaimana pandangan saudara tentang isu negara Islam?

FAUWAZ: Saya sebenarnya mengharapkan dalam perjalanan pilihan raya kali ini tidak terlalu dibincangkan isu-isu agama. Tetapi kita perlu melihat kepada siapa yang lebih mampu memberikan keamanan dan juga kebaikan kepada rakyat. Kalau kita lihat slogan Pas mereka berpegang kepada negara kebajikan tetapi orang kata mereka dah tinggalkan slogan negara Islam. Ini bukan isu meninggalkan slogan negara Islam, mereka bukan tinggalkan Islam tetapi mengubah pendekatan. Walaupun UMNO juga menggunakan slogan kebajikan tetapi apa salahnya mereka lawan. Pada pandangan peribadi saya tidak perlu lagi kepada slogan negara Islam kerana negara ini adalah negara Islam. Kalau tak, kita nak kata negara ini negara apa?

Masyarakat menerima hakikat negara ini negara Islam tetapi Karpal Singh tidak?

FAUWAZ: Karpal Singh memegang kepada kenyataan Tunku Abdul Rahman dan beberapa sudut Perlembagaan yang mereka lihat sebagai sekular. Itu dari sudut hukum undang-undang manusia. Hakikatnya dalam sudut fikah Islam walaupun Perlembagaan ditukar kepada negara kafir sekalipun, jika pemimpinnya ialah Islam dan majoriti rakyatnya Islam, ia tidak terkeluar dari negara Islam. Seperti contoh seseorang itu tidak sembahyang, puasa dan sebagainya tetapi masih mengucap kalimah syahadah, hukumnya dia masih Islam. Tapi janganlah menukar negara ini kepada negara sekular.

Jika pemimpinnya sekular itu tidak ada masalah kerana ia individu tetapi jika Malaysia adalah negara sekular ia akan menimbulkan masalah kerana kesannya amat besar. Ini kerana ia bukan lagi kewajipan kepada kita mengembalikan Islam di negara ini.

Kalau saya kata seseorang itu kafir atau murtad maka tidak ada kewajipan untuk dia sembahyang, menunaikan haji atau puasa. Tetapi jika dia Islam maka dia kena puasa, sembahyang dan sebagainya. Begitu juga dalam konteks sebuah negara. Namun apa yang dilakukan oleh Karpal itu hanya memburukkan keadaan. Beliau mungkin handal dalam bidang undang-undang sivil tetapi bukan syariah. Jadi kenapa kita perlu mengambil pendapat Karpal yang mengatakan negara ini adalah negara sekular. Kenapa tidak ambil pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie yang mengatakan mana-mana negara Islam yang negaranya dipimpin oleh orang Islam, majoriti rakyatnya adalah Islam dan syiarnya masih kuat malah kalau tak laksana hudud pun tidak mengapa, maka negara itu adalah negara Islam.

Dari segi hukum jelas tetapi kenapa Karpal Singh masih membangkitkan isu negara Islam?

FAUWAZ: Bagi saya dia seorang yang ekstrem. Dalam Islam orang yang ekstrem pun ada masalah malah ulama yang ekstrem pun akan menjadi masalah. Kemusykilan akan timbul apabila ada orang yang ekstrem kerana mereka tidak mahu menerima pandangan yang berbeza selain tidak mengiktiraf pandangan agama-agama lain. Saya melihat orang seperti Karpal ini mempunyai ilmu yang hebat tetapi bermasalah dari sudut dalaman. Kalau tidak mahu menerima diam sahajalah tetapi kenapa tidak mahu menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam?

Jadi ubat paling baik dalam berhadapan dengan orang seperti ini adalah dengan berdialog dan bukan mengutuk begitu sahaja. Golongan ekstrem ditolak oleh masyarakat termasuklah UMNO dan Pas dan kita memerlukan mereka yang berpegang kepada Wasatiyah Muktadin, iaitu mereka yang menjunjung dialog. Saya melihat di Malaysia, dialog adalah sesuatu yang sangat kurang.

Bagaimana dengan usaha sesetengah pihak cuba membenarkan orang Melayu Islam menukar agama?

FAUWAZ: Isu ini adalah satu perkara yang besar dan tidak hanya dibincangkan di Malaysia. Tetapi ia tidak dibincangkan oleh ulama-ulama kita sebaliknya lebih tertumpu kepada cerdik pandai sahaja. Mereka ini bercakap bersandarkan logik sahaja. Perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih jelas, apakah pertukaran agama ini merupakan hak individu. Jika ia hak individu maka mereka boleh menukar agama tetapi kerajaan juga mempunyai hak iaitu menghukum orang yang murtad. Mungkin kita tidak boleh menghalang mereka untuk murtad tetapi kerajaan boleh menghukum dengan hukuman yang sesuai sama seperti pengedar dadah, penjara dan sebagainya. Apa yang paling penting dilakukan, kita perlu berdialog dan memujuk mereka kembali kepada Islam. Kita tidak boleh membiarkan mereka ini murtad tetapi apakah kita boleh menghalang, perkara ini yang masih menjadi persoalan.

Mungkin kita boleh menghalang tetapi apakah di hati mereka ini benar-benar mahu kembali kepada Islam? Kita mungkin tidak boleh menghalang tetapi yang jelas kita boleh menghukum mereka ini. Mereka yang murtad ini pun terbahagi kepada dua iaitu pertama, murtad secara diam. Kita pun tidak boleh buat apa kerana kita pun tidak tahu mereka murtad. Tetapi yang kedua ini menunjukkan diri mereka murtad dan kita boleh menghukum mereka kerana memecahbelahkan umat Islam. Ini bukan jawapan saya tetapi para ulama perlu berbincang tentang hukum yang jelas supaya menjadi panduan kepada masyarakat. Saya sendiri masih mengkaji kerana isu ini sangat besar dan kefahaman pun belum mencapai kepada memberi jawapan.

Bagaimana pula dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam?

FAUWAZ: Pandangan saya untuk orang Kristian menyebut kalimah Allah tidak menjadi masalah. Tetapi jika mereka mahu mengunakan kalimah itu di dalam bible maka ia menjadi masalah kerana boleh menimbulkan salah faham terhadap agama. Malah dalam hukum fikah, jika orang kafir menggunakan sebutan-sebutan yang menyakitkan hati orang Islam, ia tidak dibenarkan. Mungkin Lim Guan Eng bercakap supaya dibenarkan isu itu adalah hak dia tetapi kita juga ada hak untuk menghalang sebagai orang Islam. Tetapi tidaklah perlu sehingga menimbulkan provokasi dan sebagainya kerana kita dalam sebuah negara yang tinggal bersama orang bukan Islam. Bagi saya kita perlu berbicara dengan menggunakan kebijaksanaan dan keikhlasan hati. Bagi Guan Eng yang bukan orang Islam, dia tidak ada pengetahuan tentang haram dan halal.

Tetapi kita perlu menjelaskan kepada mereka hak kita untuk menghalang. Konsep Kristian ini ia sentiasa berubah. Jika mereka tetap mahu menggunakan kalimah Allah mungkin boleh digunakan di dalam gereja dan kita pun tak tahu ia digunakan. Tetapi jangan sampai ia dibenar digunakan di dalam bible kerana ia menyakiti hati orang Islam selain kita perlu menjaga keamanan negara ini. Mereka perlu menghormati agama Islam dan di sinilah kita perlu memahami toleransi agama. Kita perlu faham bahawa kita perlu saling menghormati sesama penganut pelbagai agama kerana kita tidak mahu negara ini berpecah-belah dan menimbulkan perbalahan hanya kerana sesetengah pihak menuntut sesuatu yang di luar kebiasaan.

Filipina Hantar Kapal Bawa Militan Pulang


Kerajaan Filipina telah menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota, termasuk 30 pengawal bersenjata, yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari.

Kapal yang bernombor AT296, belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perkampungan Tanduo di Lahad Datu dan berlabuh di tepi pantai sementara rundingan dengan kumpulan itu berlangsung malam tadi.

Jabatan Hal Ehwal Luar (DFA) Filipina dalam satu kenyataan berkata pemberitahuan mengenai penghantaran kapal itu telah disampaikan kepada Kedutaan Malaysia di Manila, pada Sabtu.

Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Albert F. del Rosario dalam satu kenyataan menggesa seluruh kumpulan itu agar pulang ke rumah mereka dan keluarga, "sekalipun pada masa yang sama kami sedang berusaha menyelesaikan isu-isu utama yang mereka timbulkan".

"Sila lakukan ini demi keselamatan anda sendiri," katanya.

Mengenai kapal berkenaan, Rosario berkata: "Kami amat mengambil berat tentang kehadiran lima wanita dan beberapa orang awam dalam kumpulan itu, dan kami menggesa mereka segera menaiki kapal dan pulang ke tanah air.

Menurut kenyataan itu, di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino, serta sukarelawan dan petugas perubatan. Pada 12 Feb, bot yang mengangkut lebih 100 lelaki bersenjata yang memakai pakaian celoreng tentera mendarat di pantai Lahad Datu.

Kumpulan itu menuntut supaya mereka diiktiraf sebagai Tentera Diraja Sultan Sulu, dan tidak mahu warga asal Sulu di Sabah dihantar pulang ke Filipina.

Askar itu telah bertahan di kampung itu sejak dua minggu lepas, dan Kerajaan Malaysia memberikan mereka masa hingga Jumaat lepas (22 Feb) untuk meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun, tarikh penamat itu dilanjutkan selama 48 jam selepas kerajaan Filipina memohon lanjutan empat hari hingga Selasa atas alasan Manila sedang berusaha memujuk kumpulan itu supaya membatalkan pendirian mereka.

Sunday, February 24, 2013

Pusat Beli-Belah Terkemuka One Utama Terbakar






Berita pusat beli-belah terkemuka One Utama bergelap dan terbakar telah menjadi hangat di Twitter dan banyak gambar mengenainya dimuatnaik oleh warga Twitter yang berada di sana.

Ketua operasi, Pegawai Bomba Kanan 2, Shamshul Anuar Antang mengesahkan mengenai kejadian yang berlaku.

“Punca kebakaran berlaku di stor penyimpanan peralatan, di tingkat tujuh bahagian bumbung, New Wing” katanya kepada pemberita.

Menurut Shamshul, kebakaran kecil itu menyebabkan pusat membeli-belah tersebut bergelap seketika.

Menurut pihak bomba lagi, laporan telah diterima dari pihak One Utama kira-kira pukul 9 malam dan kebakaran berjaya dipadamkan setengah jam kemudian.

Walaubagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian masih belum dapat ditaksirkan.

DAP Mahu Khalid Ibrahim Digugurkan


Sudah jelas DAP mempergunakan pemimpin melayu semata-mata untuk meraih undi dari orang melayu sahaja.

Pemimpin seperti Khalid Ibrahim yang dah tak berguna akan di tendang begitu sahaja... Nasib malang yang menimpa pada Khalid Ibrahim ni pernah terjadi pada orang PAS di Penang.

Kini Zairil akan dipergunakan oleh DAP di Selangor. Strategi DAP di Penang akan merebak ke seluruh negara termasuklah di Selangor.

Sila baca pendedahan dari dapinsider.com

The new DAP Menteri Besar for Selangor – Zairil Khir Johari @ Christoper Ross Lim

Lim Guan Eng has recently disclosed to his inner circle of advisers his ambitious strategy to take control of Selangor from PKR by fielding DAP’s very own Malay candidate – his own political secretary, Zairil Khir Johari, who was previously also known as Christopher Ross Lim.

Lim Guan Eng believes that for GE 13, the DAP will end up winning most of the seats amongst the PR parties.

Lim Guan Eng is confident of retaining all the current DUN seats won by DAP in 2008 – all 13 of them and also pick up another 3 DUN seats – N6 Kuala Kubu Bharu, N56 Sungai Pelek and N46 Pelabuhan Klang, thus boosting DAP’s total to 16 DUN seats. Whereas Guan Eng expects PKR to falter and lose 5 DUN seats thus reducing its number of DUN seats from the current 14 to 9 seats only. As for PAS, Guan Eng also expects them to perform less well and thus losing 3 seats from their current 8 which will cause PAS to end up with only 5 DUN seats.

Thus, the PR alliance will still continue to control the state of Selangor with 30 seats (DAP-16, PKR-9 and PAS-5) vs BN with 26 seats, thus retaining power over the state for another term. However, since DAP now has the most number of seats, they should be able to dictate and appoint the MB. In fact, with 16 seats as above, they even outnumber the PKR and PAS DUN seats combined which only comes up to 14.

Lim Guan Eng has learnt the lesson from Perak well when it had to surrender the Menteri Besar’s post to PAS even though it has won more DUN seats than PAS in Perak because of the requirement that the MB has to be a Malay. Thus Nizar Jamaluddin went on to be the MB – much to the chagrin and disappointment of Kit Siang and Guan Eng.

But this time round, they are prepared for that eventuality – Guan Eng will field a Malay DAP candidate in Selangor with the intention to appoint him as the MB when DAP wins the most seats.

This is where Zairil Khir Johari comes in – he will be the MB for Selangor when DAP wins the most seats and the state remain under PR rule.

Karpal Singh has been consulted and he has rendered his strong legal opinion that Zairil is a Malay within the constitutional definition of a Malay and so he is eligible to be appointed as the Menteri Besar of Selangor in accordance with the State Constitution of Selangor.

As such, Zairil is being slated to contest the Bukit Gasing seat which is presently vacant since the death of Edward Lee Poh Lin. Though Edward’s son, Simon Lee has been taking over the duties of the father and diligently cultivating this seat, hoping to contest it in GE13, Guan Eng has already made up his mind for Zairil to be parachuted in to contest Bukit Gasing.

DAP wants to control the vast wealth and revenue stream in Selangor and by putting Zairil in there as MB, Guan Eng will be able to control and manipulate him and ensure that the young man will do his bidding.

Zairil Khir Johari is the blue-eyed boy of Lim Guan Eng and has found himself recently in a fresh controversy over his real identity. For a while now, his biological background has come under scrutiny. He has called himself Zairil Khir Johari.

Not Zairil bin Khir Johari but Zairil Khir Johari. There is a huge difference. Repeat Zairil Khir Johari and NOT Zairil BIN Khir Johari.

Despite former DAP vice-chairman Tunku Aziz making a blunt accusation that Zairil is not the biological son of Khir Johari, the political aide to the Penang CM, has not taken the trouble to sue the pants off Tunku Aziz to clear his name.

All the three year old DAP member Zairil could come out with was a pathetic statement to say he knew who his father was.

It has also been revealed in some blogs with hard documentary evidence that Zairil is actually Christopher Ross Lim and that he was born in Hawaii and his biological father is purportedly one Howard Lim of Singapore. The mother is Christine Lim alias Rose Christine Lim Abdullah alias Christine Khir Johari. She was of course the secretary to the late Khir Johari.

Zairil was born on 17 Oct 1982 but his mother only married Khir Johari in February 1996 and so it is quite impossible for him to be son of Khir Johari by such dates and calculations.

Or the truth is simply what is being shown on the blogs – that Zairil @ Christopher Ross Lim was the son of Howard Lim as per the birth certificate from Hawaii or that Christine had an affair with Khir Johari and conceived a child while she was still married to Howard Lim and when Zairil was born, he was registered as the son of her then husband, Howard Lim.

But whoever is the father of Zairil, the fact remains that he has now got a most powerful “godfather” in the form of Lim Guan Eng who is making this young man’s future so bright that he is now in line to be the new Menteri Besar of Selangor.

Laporan Polis Terhadap Nurul Izzah Kerana Cetus Provokasi


Kemaruk sangat, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dilihat cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan: “Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Namun pada 9 Februari Raja Nong Chik menolak jemputan tersebut kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian.

Inilah taktik kotor yang sering diguna pakai oleh puak pembangkang...

PAS Rakus - Lagi Balak Ditebang Di Kedah


JITRA: Belum pun reda isu pembalakan berhampiran Tasik Pedu di Padang Terap dan Gunung Inas di Baling, kini satu lagi kawasan seluas 925 hektar di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu ditebang licin, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom.

Beliau mendakwa operasi penebangan balak membabitkan seluas 145 hektar dalam kompartmen tujuh di Wang Perah dikesan bermula awal tahun ini manakala penebangan seluas 780 hektar lagi dalam kompartmen lapan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Mohd Johari mendakwa tanah 145 hektar itu dipecah kepada 63 lot dan diberi kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan Kedah manakala 780 hektar lagi hutan dalam kompartmen lapan telah diluluskan kepada pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS).

"Saya tidak pertikai kerajaan negeri hendak beri tanah itu kepada siapapun asalkan ia di kawasan sesuai, tidak menjejaskan ekosistem dan mencemarkan alam sekitar tetapi pemberian tanah ini nampak macam ada mainan politik.

"Pemberian tanah adalah hak kerajaan negeri namun kepentingan penduduk berhampiran mesti diambil kira walaupun ia bukan kawasan tadahan air," kata Mohd Johari kepada pemberita semasa meninjau kawasan pembalakan di Wang Perah, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan kerajaan PAS Kedah tidak bertanggungjawab dalam meluluskan kawasan pembalakan.

Beliau berkata garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pembalakan membabitkan kawasan melebihi 50 hektar perlu mendapat kelulusan kesan terhadap alam sekitar (EIA).

"Saya difahamkan kawasan yang telah ditebang licin ini tidak langsung ada laporan EIA. Kalau dirujuk pun kepada kementerian pasti laporan yang dikemukakan tidak betul.

"Bila musim hujan pasti akan berlaku hakisan tanah yang teruk dan tanah yang dihakis memasuki Sungai Kecil dan Sungai Temin. Keadaan ini akan menyebabkan sumber air kedua-dua sungai itu terjejas.

"Akibatnya loji air Bukit Temin dan Jeragan serta bekalan air yang diperoleh dari kedua-dua sungai itu untuk pertanian kepada lebih 10 kampung juga terjejas," katanya.

Mohd Johari berkata beliau akan membuat surat bantahan rasmi kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar lebih efisien dalam mengambil tindakan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Wang Perah, Abu Bakar Saleh, 43, berkata penduduk kampung sangat sedih kerana kerajaan negeri membelakangkan kepentingan mereka.

"Kerajaan negeri sewajarnya menilai kerosakan akibat penerokaan kawasan ini. Kebun dan dusun kami di sini tentu akan terjejas dalam masa beberapa tahun sahaja," katanya dan memberitahu akan mendesak menteri besar mengarahkan aktiviti pembalakan di Wang Perah dihentikan segera.

Che Tom Musa, 62, pula meminta kerajaan PAS Kedah tidak terlalu rakus meneroka kawasan balak.

"Kami penduduk asal di sini tidak langsung dipandang. Sepatutnya kalau nak bagi tanah bagilah kepada kami dan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sini," katanya.

AntaraPos

Pakatan Pembangkang Menggelabah Menjelang PRU 13


Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat nampaknya semakin resah bak cacing kepanasan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Mereka seolah-olah hilang pedoman bagaimana mahu meyakinkan rakyat supaya memilih pakatan itu sebagai pemerintah.

Ada kalanya gelagat mereka seolah-olah “berdendam” dengan rakyat yang nampaknya semakin mesra dan selesa dengan pelbagai skim yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu yang mereka yang berpendapatan rendah.

Ada di antara pemimpin Pakatan Rakyat yang tergamak mengatakan bahawa rakyat bodoh jika menerima bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan pusat sementara ada yang menyamakan taraf rakyat golongan ini sebagai “ayam dan lembu”.

Sementara itu ada juga pemimpin Pakatan Rakyat yang hilang ikhtiar untuk menyekat peningkatan kecekapan pengurusan bantuan kerajaan pusat kepada rakyat ini dengan menyalahgunakan kuasa kerajaan negeri di tangan mereka untuk menggagalkan pelbagai projek pembangunan yang telah diatur oleh kerajaan pusat.

Yang peliknya sebelum ini rakyat memang digalakkan supaya mengambil dan menerima pelbagai “hadiah” berupa kemudahan awam, barangan keperluan harian dan juga bantuan wang ringgit daripada kerajaan Pusat.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, misalnya, pernah satu ketika dahulu menasihatkan rakyat supaya mengambil sahaja apa-apa habuan yang diberikan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan itu halal jika rakyat tidak pula terdorong untuk memberi undi kepada parti memerintah dalam pilihan raya, tidak kira pilihanraya kecil ataupun umum.

Beliau berkata, tindakan itu bukanlah perbuatan menerima rasuah kerana apa yang cuba “disogok” oleh parti kerajaan sebenarnya adalah bersumber daripada wang negara. Maka apa yang mereka ambil ialah hak mereka sendiri.

Bagaimanapun apabila pilihanraya umum semakin dekat dan kerajaan pusat nampaknya semakin konsisten dalam program transformasinya untuk mengagihkan kembali laba negara kepada rakyat, Nik Aziz mula menukar tingkah.

Melalui pelbagai skim yang berstruktur dan telus, kerajaan mula memperkenalkan cara menzahirkan skim bantuan dalam bentuk tersirat seperti subsidi petrol, gula, beras dan sebagainya secara berkala dan terbuka kepada skim bantuan kewangan bagi mengurangkan beban ekonomi rakyat, Pakatan Rakyat semakin cemas.

Rakyat ternyata dapat mengesan bahawa permohonan maaf terbuka pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kesilapan, keangkuhan dan kelemahan BN masa silam ada keikhlasannya.

PM minta maaf, rakyat sedia beri peluang

Maka rakyat pun mula menunjukkan kesediaan memberi peluang kepada BN dan beliau memperbaiki prestasi. Apatah lagi sejak mengambil alih teraju pemerintahan negara sejak April 2009 Najib tidak pernah jenuh mendekati rakyat.

Apabila rakyat menunjukkan reaksi dengan menzahirkan rasa syukur dan semakin yakin dengan corak pengurusan Najib yang bertransformasi ini, keyakinan diri pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semakin goyah.

Namun yang menyedihkan ialah apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengisytiharkan rakyat yang menerima bantuan tunai daripada kerajaan adalah golongan bodoh.

Beliau menegaskan bahawa usaha kerajaan membantu rakyat melalui skim Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M berniat memperbodohkan rakyat kerana matlamat sebenar kerajaan ialah untuk memancing undi menjelang PRU13 tidak lama lagi.

Beliau juga menganggap skim seperti itu BR1M itu tidak mampu untuk meningkatkan ekonomi rakyat. Namun beliau seolah-olah menutup mata bahawa skim kifalah membantu rakyat usia emas oleh kerajaan PAS Kelantan serta pelbagai janji PKR Selangor juga bertolak daripada konsep membantu rakyat sama dengan yang diusahakan oleh kerajaan BN.

Yang membezakan pendekatan Najib yang bersedia menyelusuri pelosok negara untuk mewar-warkan transformasi kerajaannya yang lebih berkebajikan dengan cara Pakatan Rakyat ialah, Najib mengotakan janji.

Di Selangor, misalnya, agak berbeza kerana banyak daripada skim yang ditawarkan sebelum pilihan raya umum 2008 masih belum ditunaikan.

Kegelabahan Pakatan Rakyat semakin memuncak apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang rimas dengan kebangkitan rakyat negeri itu menuntut beliau menunaikan janji pilihanrayanya, bertindak untuk mengkaji dengan tujuan menghentikan pelbagai projek pembangunan kerajaan pusat bernilai RM5.6 bilion untuk warga Selangor.

Sementara di medan kempen pula Pakatan Rakyat mula terbabit dengan fitnah tahap raksasa. Antaranya ialah menggunakan surat palsu untuk mempertikaikan ke mana pergi pampasan RM207 bilion kerajaan Jepun kepada Malaysia untuk rakyat yang dijadikan buruh paksa membina landasan keretapi maut dalam Perang Dunia Kedua.

Ia juga mengedarkan dokumen palsu kononnya Jabatan Pendaftaran Negara mengarahkan semua pejabatnya di Semenanjung supaya menghantar kad pengenalan yang tidak dipungut oleh pemohon ke pejabat pendaftaran Keningau Sabah kononnya untuk digunakan bagi menambah bilangan pengundi hantu dalam pilihan raya umum.

Jika inilah citra hodoh pakatan pembangkang yang beria-ia mahu menggantikan kerajaan sedia ada, amatlah dibimbangi apakah fitnah dan pembohongan yang lebih besar yang akan dilakukan untuk mengekalkan kuasa jika ia dipilih untuk memerintah kelak.

AntaraPos

Datum Jelatek: Penduduk Akan Hantar Memorandum


KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penduduk menyertai perhimpunan secara aman bagi membantah projek kondominium mewah Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion yang dijadual siap pada tahun 2016.

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Datum Jelatek Salleh Samad demonstrasi bertujuan menolak projek ini daripada diteruskan oleh anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di atas tanah yang pernah didiami oleh orang Melayu.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang dalam proses mengumpul tandatangan penduduk kawasan itu untuk menghantar memorandum kepada kerajaan negeri Selangor sehingga projek tersebut dihentikan dengan kadar segera.

"Langkah seterusnya kita akan menghantar memorandum, sekarang ni kita sudah mula ambil tandatangan penduduk. Kita akan hantar kepada pihak PKNS, MPAJ, kerajaan negeri, dan juga tuanku Sultan Selangor."

Selain itu juga Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang diwakili oleh Datuk Shohaimi Shahdan juga akan turut membantu badan bertindak ini dalam menyampaikan maklumat sebenar kepada penduduk.

"Kita di pihak GPRS akan edar risalah-risalah tentang maklumat sebenar Datum ini dan pembongkaran apa yang berlaku kepada penduduk taman Keramat ini," ujar beliau dalam sidang media selepas sesi bantahan di sini hari ini.

Datum Jelatek sebelum ini diuar-uarkan sebagai projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah di Jalan Jelatek, selepas kesemua penduduk yang rata-ratanya orang Melayu telah dipindahkan dengan memberi pampasan yang kecil.

Namun kini difahamkan projek tersebut "bertukar" menjadi cadangan pembinaan empat bangunan eksklusif setinggi 45 tingkat yang merangkumi pejabat, hotel dan pusat membeli-belah yang disasarkan untuk golongan berpendapatan tinggi dan korporat.

Harga minima seunit rumah berkenaan bernilai RM700,000 dan ternyata ia tidak mampu dimiliki oleh penduduk kawasan tersebut.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam satu kenyataannya sebelum ini mempertahankan tindakan pihaknya menjual kondominium mewah pada harga tinggi sebagai keperluan untuk menarik pelabur asing.

Beliau turut mengesahkan bahawa unit-unit kondominium dan ruang niaga di Datum Jelatek dibeli oleh pelabur Singapura.

"Semua orang nak bantah. Kalau nak buat cantik, nak beli murah, siapa nak buat?" kata beliau apabila ditanya pemberita tentang relevannya pembinaan kondominium berkenaan di kawasan kepadatan penduduk terdiri dari kaum Melayu.

Sementara itu Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin memberitahu pihaknya akan membantu Badan Bertindak Datum Jelatek dengan menyediakan perkhidmatan guaman untuk mengambil tindakan dari segi undang-undang.

"Saya punya pandangan dari sudut undang-undang, kita mahukan laporan EIA dibuat. Laporan EIA ni berkenaan alam sekitar yang melibatkan penduduk.

"Saya difahamkan apabila projek ini dibangunkan, kiri kanan kondominium ini akan dibina jalan empat laluan dan tentunya rumah teres berdekatan tapak ini akan dirobohkan.

"Dari segi kaveat, saya punya pandangan bahawa penduduk sekitar mempunyai kepentingan dan saya fikir mereka boleh masukkan kaveat. Bukan sahaja kaveat tetapi kita boleh masukkan injuksi. Saya juga akan berunding dengan Salleh untuk kita melantik mana-mana syarikat guaman mewakili badan bertindak ini," ujar beliau.

Antara badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil rakyat yang turut serta dalam Bantahan Projek Datum Jelatek hari ini adalah Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) dan Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo.

AntaraPos

Kerajaan Pas Kelantan Rampas Hak Pemandu Teksi

“Saksikan sendiri bagaimana kerajaan Pas Kelantan berusaha merampas hak pemandu teksi Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,”kata pengendali GelombangMerah ketika mengirimkan rakaman video bertajuk “Rampas Hak Rakyat” ke laman ini.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengotakan janji ditepati dengan membantu menyelesaikan permasalahan Persatuan Pemandu Teksi tersebut,”katanya lagi.

Video yang dihantar merakamkan detik-detik sukar yang dilalui oleh Persatuan Teksi Kereta Sewa Jajahan Pasir Puteh ketika berhadapan dengan cubaan anak syarikat kerajaan negeri mahu merampas tapak tanah tempat mereka mencari rezeki untuk dijual kepada pihak lain.

“Saya akan tetap duduk di sini. Soal berpindah, tidak sama sekali. Jadilah macam mana sekalipun, kita tidak akan lari (dari tempat ini).

“Kalau dia datang membawa jentolak pun, kita akan tetap letak (kereta) atas jalan raya. Kita tetap akan berkeras,”kata Mat Hassan Harun, bendahari Persatuan Pemandu Teksi, Jajahan Pasir Putih.

Saksikan sendiri rakaman video tersebut.

Video url: http://youtu.be/s3Xos7_yCEY



AIDC

BR1M : Rakyat Bukan Binatang, Bukan Bodoh


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kepimpinan pakatan pembangkang dilihat semakin memusuhi rakyat setelah melihat sokongan yang diberikan terhadap proses transformasi ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan.

Tanpa segan silu pemimpin-pemimpin pembangkang melabel rakyat sebagai "binatang" dan "bodoh" apabila gagal bersaing dengan kerajaan BN memenuhi keperluan rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah semalam menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.

Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.

Dua hari lalu, ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penerima BR1M sebagai "lembu dan ayam".

Ketika kerajaan mula mengumumkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2011, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kerajaan terpaksa menambah jumlah borang permohonan di sesetengah kawasan.

Contohnya di Parlimen Kubang Kerian, yang disandang oleh wakil rakyat PAS Salahuddin Ayub, 8,000 borang BR1M tambahan terpaksa dicetak untuk diagihkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Binjai.

Setakat ini lebih daripada lima juta rakyat yang layak mendapat manfaat bantuan tunai melalui BR1M 2.0 yang diumumkan kerajaan selepas pembentangan belanjawan 2013, dengan jumlah RM250 seorang.

Golongan yang mendapat manfaat termasuk ahli PAS-PKR-DAP yang tanpa segan silu mengecam usaha kerajaan membantu rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik.

Perbuatan ini disifatkan sebagai tidak mengenang budi umpama 'Si Tanggang Moden'.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemberian BR1M sebagai usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi negara selain daripada subsidi terhadap petrol, barang keperluan harian dan makanan yang ditanggung kerajaan.

Pemimpin pembangkang berterusan menghasut rakyat untuk menolak kerajaan BN yang terbukti mampu melakukan perubahan melonjakkan ekonomi negara, namun jika dilihat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, rakyat hidup serba kekurangan.

Justeru Najib menasihati kepimpinan pembangkang supaya berhenti memperkecilkan penerima-penerima bantuan kerajaan kerana golongan ini lebih menghargai sumbangan tersebut berbanding terus hidup menagih janji-janji pembangkang.

-AntaraPos

Saturday, February 23, 2013

Calon PM - Rakyat Terengganu Tolak Anwar Dan Hadi


Dalam menentukan perkara paling asas bagi membentuk sebuah kerajaan, Pakatan Rakyat dilihat masih terkial-kial mencari individu yang paling layak mengisi jawatan nombor satu negara itu.

Antara calon yang disebut-sebut untuk menyandang jawatan 'perdana menteri ketujuh' itu adalah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Namun suara rakyat adalah penting dalam menilai siapa yang paling layak.

Tinjauan Antarapos di Kuala Terengganu mendapati rata-rata rakyat negeri itu menolak kedua-dua pemimpin itu untuk menjadi ketua eksekutif negara.

Menurut seorang pesara Mazlan Abdullah, 58, beliau berpendapat samada Anwar atau Hadi, kedua-duanya tidak layak untuk memimpin negara kerana mereka tidak mempunyai ketokohan sebagai pemimpin.

"Memang tak layak mereka berdua itu. Jauh dari langit dan bumi (untuk menjadi Perdana Menteri)

"Dia tiada ketokohan sebagai pemimpin. Walaupun dia pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, tapi kepimpinan beliau jauh berbeza dengan Datuk Najib.

"Haji Hadi pulak adalah orang yang tidak boleh diberi harapan. Pemerintahan dia selama ini tidak memberi apa-apa sumbangan kepada rakyat negeri Terengganu. Dia boleh cakap apa sahaja, tapi tiada pun yang dia buat," katanya.

Bagi Wan Mazlan Wan Ismail, pekerja sendiri, 58, beliau berpendapat kedua pemimpin itu tidak layak menjawat jawatan tersebut kerana sering menipu rakyat.

"Memang tidak layak, sebab mereka pembohong. Anwar ni, dari segi cara (kepimpinan) dia, memang teruk. Haji hadi pula suka berdolak dalih."

Toh Seng Heng, 66, pesara yang turut bersetuju dengan pendapat Wan berkata kedua pemimpin itu tidak pernah memberikan sumbangan kepada rakyat dan negara walaupun pernah menyandang jawatan penting.

"Haji Hadi pernah jadi Menteri Besar Terengganu. Anwar pula pernah jadi Timbalan Perdana Menteri. Tapi apa yang pernah mereka sumbangkan? Jadi keduanya tidak layak," ujarnya.

Rokiah Mohamad seorang suri rumah berusia 62 tahun pula berpendapat Anwar dan Hadi adalah pemimpin yang mempunyai banyak muslihat dan tipu daya.

"(Mereka) jahat. Jahat sebab tipu rakyat. Sama je mereka berdua (itu). Mereka tidak layak. Banyak muslihat. Cakap je manis. Tak tunai janji."

Seorang suri rumah, Zainab Kadir, 53 tahun pula berpendapat kedua-kedua calon itu tidak layak diangkat sebagai pemimpin kerana masing-masing diselubungi isu moral dan kredibiliti yang diragui.

"Memang tidak layak. Tiada ketokohan sebagai pemimpin pun. Sebab dia banyak skandal. Tiada moral.

"Datuk Haji Hadi memang bagus moralnya. Tapi kepimpinan dia teruk. Tengoklah masa dia perintah negeri Terengganu. Apa je sumbangan dia? Satu pun tiada," katanya.

Untuk rekod, Anwar pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 dan dilucutkan jawatan pada 1998 serta dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Beliau mula aktif politik kembali setelah dibebaskan dan kini menjadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula pernah menjadi Menteri Besar Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 selepas merampas negeri Terengganu dari Barisan Nasional (BN) . Beliau sekarang merupakan Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Redang.

-Antarapos

PAS Bermasalah Sebab Bersama Anwar Ibrahim


Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman berpendapat Pas menghadapi masalah kerana memilih berjuang bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menolak kepentingan perjuangan untuk agama dan bangsa.

Katanya, atas faktor itu Isma sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana pertubuhan tersebut tidak memisahkan perjuangan agama dan nasionalisme berbanding parti kedua terbesar orang Melayu itu yang hanya memisahkan antara Islam dan bangsa.

"Apa yang berlaku, Pas memisahkan antara Islam dan bangsa, mereka (Pas) kata hanya Islam tidak ada bangsa. Jadi kepentingan nasional, kepentingan negara, kepentingan bangsa (orang Melayu) diketepikan.

"Mereka (Pas) kata hanya Islam sahaja; kalau Islam sahaja berpijak di mana? Itu masalah bila Pas bersama Anwar Ibrahim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Isma di Dewan Angkasa, hari ini.

Abdullah Zaik menjelaskan sikap Pas itu berbeza dengan UMNO yang lebih menerima seruan Isma ke arah perpaduan demi agama, bangsa dan negara. Malah kata beliau, Pas agak kurang selesa dengan seruan Isma kerana menganggap seruan tersebut memihak kepada UMNO.

"Setakat ini UMNO menerima seruan kita (Isma), maknanya Isma seru kepada perpaduan, UMNO kata ok cuma sikap Pas dengan Isma agak kurang selesa sebab dia anggap seruan kepada perpaduan itu agak memihak kepada UMNO dan dia menganggap Isma bersama UMNO tetapi sebenarnya tidak," katanya.

Mengulas mengenai perjuangan UMNO pula, Abdullah menegaskan, untuk memulihkan keyakinan rakyat, pemimpin parti terbesar orang Melayu itu perlu segera memperbaiki sikap mereka yang dilihat lebih berjuang untuk diri sendiri dan keluarga berbanding untuk agama, bangsa dan negara.

Baru-baru ini, Abdullah Zaik mengumumkan Isma akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan bercadang untuk menghantar calon-calonnya bertanding di 20 buah kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Antara kawasan yang telah dikenal pasti untuk calon-calon Isma tandingi ialah Padang Serai (P017), Tapah (P072), Wangsa Maju (P116), Selayang (P097), Subang (P107), Puchong (P103), Kapar (P109), Seremban (P128), Tanjung Piai (P165), Derga (N11) dan Gurun (N22).

Calon-calon Isma akan bertanding atas tiket Berjasa, sebuah parti yang berpengkalan di Kelantan dan ditubuhkan pada 1978 oleh Bekas Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir.

Khalid Tak Dapat Tanduk, Telinga Pula Kena Pulas...


Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim arah semua kebenaran pembangunan berkaitan jalan raya dan prasarana persekutuan setelah Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) kalah perbicaraan kes Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) betul-betul macam peribahasa, tak dapat tanduk, telinga dipulas.

Menteri Besar itu sengaja nak tunjuk kuasa dengan arahan serta merta itu sekaligus menafikan hal rakyat Selangor untuk menikmati kemudahan awam khususnya jalan raya serta pengagkutan yang lebih baik.

Sebelum ini pun, beliau ding dong pasal projek loji air Langat 2 dengan macam-macam cara termasuk untuk tidak membenarkan kelulusan merancang projek yang bakal menyelamatkan negeri itu dan sekitar
Lembah Klang daripada krisis air tidak lama lagi.

Khalid tidak sepatutnya bertindak demikian kerana kerajaan negeri mahupun PM Sepang masih boleh merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan AES dipasang di dua Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di Dengkil.

Itu haknya sebagai Menteri Besar dan MP Sepang mempertikai keputusan hakim mahkamah tersebut.

Semalam, Hakim Datuk Zaleha Yusuf memutuskan MP Sepang tidak mempunyai kuasa ke atas Plus dan SKVE kerana kedua-duanya berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Khalid sudahpun mengarahkan Penasihat Undang-Undang Selangor dan Jabatan Undang-Undang MP Sepang membuat semakan nota kehakiman dan memfailkan rayuan berhubung perkara itu.

Namun, tindakan memutuskan semua kebenaran pembangunan berkaitan jalan raya dan prasarana persekutuan yang telah diberikan digantung buat sementara waktu, adalah tindakan tidak wajar.

"Pembangunan itu akan digantung sehingga proses rayuan selesai.Kerajaan negeri kesal dengan keputusan mahkamah hari ini (semalam) bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa terhadap struktur yang dibina di atas jalan persekutuan.

“Ini kerana kerajaan negeri merasakan, jika kita tiada hak untuk mengawal struktur (jalan raya) di semua tanah di negeri ini, kita tidak akan mampu menguruskannya dengan baik,” katanya.

Jika pun Khalid tidak puashati dengan keputusan mahkamah, tidak perlu beliau mengarahkan Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) menyediakan senarai cadangan pembangunan melibatkan lebuh raya atau
prasarana Transit Aliran Ringan (LRT) untuk disemak semula mesyuarat Exco.

Lebih malang, bukan sahaja projek persekutuan di kawasan MP Sepang sahaja malah beliau juga akan memanggil semua pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyemak semua aktiviti berkaitan dengan penswastaan jalan antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Tindakan Menteri Besar itu menurut peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun sebagai keterlaluan kerana sebagai rakyat Selangor, beliau tidak nampak keputusan Mahkamah Tinggi itu menganggu urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Ketika dihubungi Agendadaily, beliau menegaskan, pemasangan AES dilakukan oleh kerajaan Persekutusan di atas jalan raya yang diselenggarakan Jabatan Kerja Raya (JKR) atau syarikat konsesi yang
dilantik JKR.

“Saya tidak nampak konflik perkara ini sehingga Khalid memutuskan arahan tersebut,” katanya.

Menjawab soalan sama ada Khalid menghina keputusan mahkamah, Hafarizam menjelaskan, Menteri Besar itu berhak menyatakan rasa tidak puas hati atau merayu kerana negara ini mengamalkan kebebasan bersuara dan undang-undang demokrasi.

Malangnya, Khalid bukan mengamalkan demokrasi terhadap rakyat Selangor kerana banyak tindak tanduk beliau sebelum ini dalam banyak perkara menggambarkan sikapnya yang dendam dan iri hati dengan kerajaan BN.

-Agendadaily

100 Ahli PAS DUN Tahan Keluar Parti


Jerantut - Seramai 100 ahli PAS dari beberapa buah cawangan sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Tahan di sini bertindak keluar parti itu semalam.

Jurucakap kumpulan itu, Mohamad Rosdi Hussin berkata mereka mengambil tindakan sedemikian setelah mendapati perjuangan PAS kini jauh tersasar daripada perjuangan asal selain pemimpinnya gagal menunaikan janji sebagaimana yang dibuat ketika mereka dipelawa menyertai parti itu.

"Tindakan kami keluar PAS bukan atas desakan sesiapa, tetapi atas kesedaran sendiri dan memikirkan bahawa PAS tidak memberi apa-apa pembelaan kepada kami," katanya.

Menurutnya ada lagi di kalangan ahli PAS dijangka bertindak keluar daripada parti itu dalam masa terdekat.

Mohamad Rosdi berkata kesemua mereka bagaimanapun tidak akan menyertai parti politik lain sebaliknya menjadi ahli Kelab Warisan Anak Tembeling (Kawat), sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang memperjuangkan kebajikan penduduk terutama di Hulu Tembeling.

Najib Belasah Nik Aziz - Usah Hina Rakyat Jika Tidak Membantu


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap
penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

Hadi Kata Rakyat Yang Menerima BR1M Adalah Bodoh


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai 'bodoh'.

Beliau berkata bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak akan mendatangkan keuntungan kepada rakyat namun hanya sebagai alat untuk Barisan Nasional (BN) memancing undi menjelang pilihan raya.

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," kata beliau pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dia Jalan Putra, malam tadi.

Majlis itu dihadiri lebih kurang 200 orang dan turut disertai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini yang menganggap penerima BR1M sebagai 'lembu dan ayam'.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata Nik Aziz telah menghina rakyat Malaysia.

Pissstt Hadi lupa bahawa puak PAS pun berduyun- duyun beratur ambil duit BR1M.... Sebenarnya rakyat tak bodoh, Hadi yang bodoh!

200 Penyokong PAS Desak Azizan Undur


Kedah, Hampir dua ratus ahli dan penyokong Pas dalam Dewan Undangan Negeri, Kota Siputeh mengadakan protes pada Jumaat bagi mendesak peletakan jawatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri.

Protes itu berlaku di bilik gerakan peti undi Pas Megat Dewa bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kepimpinan Azizan.

Menurut mereka, Azizan dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah rakyat di kawasan tersebut.

Selain itu, azizan juga dilaporkan menidakkan kehendak dan pandangan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi selain pandangan dari Dewan Ulama Pas Negeri.

Dalam protes berkenaan, tiga lagi unit peti undi diisytiharkan tutup iaitu peti undi Megat Dewa, Kampung Sanglang dan Kampung Pering.

Hadir sama ialah Ketua Unit Peti Undi Megat Dewa; Zakaria Sham, Mustafa Baharom dari Peti Undi Kampung Pering dan Shahrul Nizam Shafie dari Peti Undi Kampung Sanglang.

Menurutnya, penutupan unit peti undi itu berkuatkuasa pada Jumaat sehingga ke satu tempoh yang belum dikenalpasti.

Penutupan unit peti undi itu akan berterusan sehingga Pas pusat dapat menangani masalah berkenaan dengan kadar segera.

Bahang PRU 13 Semakin Panas: Kuli Disebut Ganti Anwar Sebagai Calon PM Pakatan


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), calon Perdana Menteri pakatan pembangkang masih menjadi tanda tanya, malah portal berita tempatan melaporkan ada usaha menawarkan jawatan tersebut kepada pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber Pakatan Rakyat yang dipetik The Malaysian Insider mendakwa satu pertemuan telah diadakan antara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu bagi menjemput beliau menjadi perdana menteri andai kata pembangkang mentadbir Putrajaya.

Namun sumber itu mengegaskan bahawa pembangkang perlu konsisten dalam isu bakal perdana menteri agar memberi persepsi yang baik kepada rakyat.

“Pakatan perlu ingat, mereka perlu konsisten dalam isu siapa bakal perdana menteri ini. Jangan nanti rakyat nampak kita Flip-Flop,” kata sumber berkenaan.

Turut dilaporkan satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR telah diadakan Ahad lalu, mendakwa "pemimpin tertinggi PAS mengatakan 'haram' bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri", tambahnya.

Pemimpin tertinggi PKR kemudian berkata Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkat beliau.

"Ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” jelasnya.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan sebelum itu berkata PAS tidak teragak-agak untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya pengabungan itu tidak menguntungkan Melayu dan Islam.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyatakan sokongan konsisten terhadap Anwar sebagai calon perdana menteri, begitu juga dengan kepimpinan tertinggi DAP.

Namun langkah-langkah untuk menolak Anwar telah dinyatakan secara terbuka oleh akar umbi PAS sejak muktamar parti itu di Kelantan November tahun lalu.

Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini dilaporkan dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri pembangkang dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.


AntaraPos

Friday, February 22, 2013

Arahan Dari Pemimpin Atasan PAS, Haram Sebut Anwar Ibrahim Sebagai Bakal PM


Pada 10 Februari 2013 lepas, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya tidak pernah membincangkan isu siapa yang layak dicalonkan sebagai Perdana Menteri selain daripada Anwar Ibrahim.

Menteri Besar Kelantan itu juga menyifatkan spekulasi yang mengatakan Majlis Syura Ulama PAS telah menolak idea untuk menobatkan Ketua Umum PKR sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13 hanyalah dakwaan mengarut ciptaan UMNO.

Penegasan oleh Nik Aziz itu tentunya melegakan Anwar dan pemimpin PKR serta DAP yang lain, sedikit sebanyak ia juga dapat mengendurkan perasaan gundah di kalangan penyokong PR yang kembali diselubungi misteri sama ada Anwar masih kekal sebagai calon utama PR sebagai PM atau sebaliknya.

Namun perkembangan akhir-akhir ini kelihatannya seperti mengiakan spekulasi sebelum ini apabila suara-suara penolakan terhadap Anwar semakin hari semakin kuat kedengaran, dan ditimbulkan sendiri oleh beberapa pemimpin utama PAS yang tidak termasuk dalam golongan Anwarinas.

Manakala maklumat terbaru yang diperolehi menyatakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah pun mengeluarkan arahan mengharamkan semua media milik PAS termasuklah akhbar Harakah dan portal onlinenya daripada menyebut atau menulis ayat yang membawa maksud Anwar adalah bakal PM.

Arahan pengharaman tersebut khabarnya sudah sampai ke pengetahuan Anwar menyebabkan Ketua Umum PKR itu menghamburkan kemarahannya semasa mesyuarat parti beberapa hari lepas.

Bukan satu rahsia pun, sebahagian besar penulis dan barisan pentadbiran dalam Harakah diketahui mempunyai hubungan rapat dengan Anwar, jadi tidaklah pelik bagaimana arahan sulit sedemikian mudah sampai ke pengetahuan Anwar.

Tambah membara kemarahan Anwar lebih-lebih lagi arahan tersebut seperti mengesahkan lagi ura-ura PAS tika ini yang sedang berusaha menjarakkan diri dari PKR, satu tindakan yang dikira oleh Anwar sebagai satu pengkhianatan terhadap dirinya dan PR.

Bagi khalayak yang rapat dengan Hadi, arahan sedemikian bukannya sesuatu yang menghairankan sementelah lagi sejak di zaman ABIM lagi Presiden PAS itu agak kurang berkenan dengan pembawaan Anwar yang mementingkan diri dan tidak serasi sebagai pejuang gerakan Islam.

Malah ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor memulakan usaha menjalinkan hubungan kerjasama dengan Anwar melalui penubuhan GERAK diikuti dengan Barisan Alternatif (BA) dulu pun, Hadi sudah beberapa kali menyuarakan keraguannya terhadap kejujuran Anwar.

Selepas itu Hadi terpaksa memendamkan keraguannya sebagai menghormati teguran Allahyarham, bagaimana pun setelah selesai PRU 12 2008, tanpa menoleh ke belakang segera diaturkan perjumpaan dengan UMNO dalam usahanya untuk menjayakan kerjasama Kerajaan Perpaduan (UG).

Sekalipun usaha itu mendapat mandat penuh dari Majlis Syura Ulama PAS, akan tetapi beberapa ketika kemudiannya menemui jalan buntu berikutan campurtangan PKR dan DAP serta tekanan yang datangnya dari pemimpin-pemimpin pro Anwar dalam PAS.

Kini Hadi mengorak langkah lagi, sama ada ia memberi manfaat kepada PAS atau sebaliknya sukar ditentukan lebih-lebih lagi di saat sebahagian besar kepimpinan PAS tika ini berkiblatkan ideologi Anwarinas.

Persoalannya sekarang, selama mana media-media PAS seperti Harakah dan HarakahDaily serta lain-lain medium maya yang pro PAS mampu mengikuti arahan pengharaman tersebut? Adakah Anwar dan lain-lain pemimpin PR termasuklah golongan Anwarinas dalam PAS akan berdiam diri?

Jawapan kepada persoalan itu bergantung kepada tindakbalas Anwar dan pengikutnya terutama sekali selepas Parlimen dibubarkan diikuti dengan proses pencalonan nama bagi PRU 13 selesai dilaksanakan.

Tunggu dan lihat, gerakan siapa yang lebih ke depan tika itu. Tapi tak mustahil, belum pun Parlimen dibubarkan, gabungan PR yang membabitkan kerjasama longgar antara PKR, DAP dan PAS pula yang dibubarkan terlebih dahulu.

Apa Makna PAS Belum Putuskan Siapa Calon PM Pakatan?


PAS masih belum membuat ketetapan sama ada mahu melantik Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang atau Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri jika menang pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pengisian jawatan tersebut perlu dibuat dengan pengumuman bersama dan tidak hanya tertakluk kepada pengumuman satu-satu parti sahaja di dalam Pakatan Rakyat.

"Dia sebenarnya kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang kita bincang tidak timbul siapa mahu jadi Perdana Menteri, tidak timbul satu pihak untuk membuat pengisytiharan, sebarang pengisytiharan perlulah bersama.

"Maknanya kita akan bincang (siapa yang akan jadi PM) termasuklah kabinet bayangan ke apa ke dan perkara ini akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden dan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat," katanya lagi.

Justeru beliau menafikan dakwaan sumber dalaman PAS yang telah mempersoalkan pencalonan Anwar sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya kelak.

"Tiada keputusan untuk menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim (jadi Perdana Menteri) tu tiada...," katanya ringkas yang menyangkal dakwaan laporan portal tempatan.

Ditanya lebih lanjut pendirian PAS bersabit desakan akar umbi mahu parti itu melantik Presiden PAS sendiri sebagai perdana menteri, Ibrahim bagaimanapun menegaskan buat masa ini hanya perlu memberi tumpuan kepada gerak kerja jentera parti.

"Sekarang ini kita tumpu pada gerak kerja kita, sebenarnya kita tidak timbul tolak Datuk Seri Anwar tu.

"Yang penting gerak kerja menangkan (PRU13) dulu. Dalam konteks Pakatan Rakyat semua orang tahu bahawa calon Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan tidak timbul perkara itu," katanya.

Untuk rekod, sumber tersebut memberitahu TMI persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR pada Ahad selepas kenyataan Hadi Sabtu lalu parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya gabungan itu merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber tersebut.

Kita Tengok Sapa Yang Kena!

Masih Ada Peluang Mengundi, Daftarlah Sekarang...


Sesiapa yang belum mendaftar sebagai pengundi boleh berbuat demikian dengan segera sekarang dan mereka masih layak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

"Paling lewat, Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Maknanya paling lewat SPR akan mengumumkan tarikh PRU-13 dalam tempoh 2 bulan. Mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai," kata Aziz.

SPR pada Jumaat mengumumkan jumlah pengundi berdaftar setakat ini ialah 13,229,385 orang.

Jumlah itu berdasarkan kepada Daftar Pemilih suku keempat 2012 yang diwartakan pada hari ini.

Menurut Aziz, dalam tempoh itu, 243,403 individu mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Sementara itu, Abdul Aziz memaklumkan SPR belum lagi menerima sebarang senarai nama pemantau luar negara untuk PRU-13.

Pemantau luar negara yang dijangka terlibat ialah daripada kalangan negara anggota ASEAN.

Nota: Undilah Barisan Nasional demi kesejahteraan rakyat.....

Rating Siaran ‘Soal Jawab’ TV3 Bersama Nasha, Pecah Rekod 4.3 Juta Penonton



Menurut sumber, rancangan ‘Soal Jawab’ TV3 yang menampilkan Yang Berhormat Ustaz Nasharuddin Mat Isa sebagai tetamu undangan pada 6 Februari 2013 lalu telah melakarkan sejarah tersendiri apabila berjaya menarik 4.3 juta penonton menonton rancangan tersebut.

Rancangan yang dibuat secara rakaman dari studio Media Prima, telah berjaya mewujudkan satu ‘benchmark’ tertinggi bagi rancangan berbentuk siri rancangan temubual bukan saja di TV3 tetapi untuk semua produksi siri rancangan temubual di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.3 juta (25.9 TVR) atau 72.6% (sumber: A.C. Nielsen Audience Measurement).

Secara kesimpulannya, kadar tontonan keseluruhan rancangan Soal Jawab pada 6 Februari lalu telah mencipta rekod baru iaitu hampir ‘sebaris’ dengan jumlah penonton Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 27 yang telah diadakan pada 6 Januari lalu.

Video URL: http://youtu.be/Sht9PkyYerA



-AIDC

PAS Kedah Bergolak Tanda Kejatuhan Rejim PAS


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

Mahkamah Dengar Rayuan Kes Liwat Anwar Pada 22 Julai Ini


Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tarikh rayuan tersebut ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, N. Kanageswari semasa pengurusan kes tersebut di hadapan beliau hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin hadir bagi pihak pendakwaan manakala Anwar diwakili oleh peguam Zaleha Al-Hayat.

Noorin memberitahu pemberita bahawa mahkamah menetapkan 26 April ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kedua-dua pihak memuktamadkan nota prosiding.

Pada 9 Jan tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar, 65, yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

-Bernama

Mahfudz Omar Dalang Desak Azizan Berundur


Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah. Mahfudz difahamkan ‘berkongsi’ dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.

Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul. Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur. Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah. Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan.

Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai ‘peluang’ bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik. Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah ‘serik’ dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri.

Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram.

Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS. Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang ‘mesra’ UMNO/BN.

Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO. Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok. Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot. Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato’ Osman Aroff. Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah.

Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja. Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur.

Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan negeri Kedah yang telah hancur. Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja.

Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini.

Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu. Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.

Mahfudz pula, mengeja perkataan ‘ekonomi’ pun belum tentu lagi mampu. Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri. Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa.

Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu. Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur. Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.

Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya. Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja.

Dr Fadzilah Kamsah Beri Penjelasan Isu Video Yang Buat Cai PAS Terbakar


Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yang di muliakan Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana maruah keluarga saya terjejas dan untuk mengelakkan salah faham dan penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri dan keluarga adalah jihad dan jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri dan keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun dan maaf kepada semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorang rakyat biasa dan bukan bercakap sebagai orang politik. Saya langsung tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah dan blogger. Suasana sekitar yang agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya untuk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan-soalan yang di ajukan. Bila dah menjawab terlalu bnyak soalan, maka soalan daripada blogger (penemuramah terakhir) saya jawab dalam kedaan yang tergesa gesa dan mungkin tak berfikir dengan mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum dan membandingkan situasi di Malaysia dan situasi dan penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia dan tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa dan guru dan saya untuk sentiasa berbuat baik kepada orang lain, membantu orang lain setakat kemampuan dan mendoaakan kebaikan orang lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana-mana di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh orang bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yang kurang positif kapada anak-anak yang masih belum mampu berfikir dengan rasional seperti orang dewasa. Saya yakin masih banyak cara yang lebih tertib dan berhikmah yang boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagai guru dan pendakwah kerdil (walaupun saya bukan ustaz dan jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja yang perlukan bantuan nasihat dan kaunseling. Inilah jihad kecil yang saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yang saya kendalikan atau program motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kepada pihak-pihak yang tertentu sahaja. Saya tak takut kepada sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kepada Allah SWT.

Di Mekah dan Madinah tempohari saya telah berpesan kepada sahabat-sahabat dari Malaysia untuk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua orang Islam di Malaysia bersatu dan kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar-gambar anak saya yang sudah lebih 9 tahun yang lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya dan isterinya juga di sebar seolah-olah gambar masa berdating, walhal itu gambar-gambar selepas meraka berkahwin. Insya Allah anak-anak saya telah berubah dan saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu orang dan jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yang menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia dan di akhirat. Saya seru diri saya dan sahabat yang di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak orang buat silap, nasihatkan dia jika mampu dan doakan agar Allah beri mereka hidayat, segera bertaubat dan dapat berubah. Bila kita mengutuk orang lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna dan kita lebih baik daripada orang yang di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jangan sangka kamu lebih baik daripada orang itu. Org yang jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, dan kita yang kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum dan semua kita buat silap. Orang yang bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga sahabat yang mulia dapat ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut dan semua sahabat dapat delete gambar-gambar yang boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dapat menjadi insan yang Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

-Dr Fadzilah Kamsah-

Sapa Kata Parlimen Bubar Hari Ni?


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desas-desus bahawa Parlimen akan dibubarkan pada Jumaat sebagai satu khabar angin dan spekulasi semata-mata.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yakin pembubaran tidak akan berlaku pada hari ini.

"Setakat yang saya tahu, SPR tidak menerima maklumat seperti itu dan saya yakin bahawa ia hanya spekulasi saja," ujar Aziz.

Sejak awal bulan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai tarikh pembubaran Parlimen yang dikatakan akan dibuat pada hari ini.

Portal berita, The Malaysian Insider pada Khamis yang memetik sumber Barisan Nasional melaporkan PRU-13 dijangka akan berlaku pada minggu kedua April.

Ia akan berlangsung sebulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menamatkan jelajah Janji Ditepati dan BN menyiapkan senarai calon serta manifesto.

Rata-rata pemerhati politik sebaliknya meramalkan proses demokrasi yang disifatkan sebagai ibu kepada segala pilihan raya negara itu akan berlangsung dalam bulan Mac.

Spekulasi Parlimen akan bubar pada minggu ini diyakini oleh banyak orang kerana mengambil kira tempoh lebih kurang sebulan yang berbaki sebelum cuti sekolah bermula 23 Mac ini, iaitu waktu yang dilihat sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Sementara itu, antara berita mengenai pilihan raya yang ada pada hari ini ialah SPR akan mengazetkan daftar pemilih terbaru.

Perdana Menteri pada hari ini menyambung lawatannya ke Sarawak. Beliau berada di Kuching untuk satu mesyuarat tertutup dengan pemimpin BN Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menerima taklimat mengenai persiapan BN Sabah di Kota Kinabalu.