Tuesday, March 5, 2013

Lahad Datu: Sidang Media Ketua Polis Negara Dan Sekitar Kawasan Pertempuran



Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.



Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya

Pertempuran darat dipercayai berlaku di kampung Tanduo.

Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang dipercayai telah melakukan tugas mereka.

Tiada letupan didengari lagi.

Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7 pagi.

Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan tidak diketahui.

Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dilihat menuju keluar.

Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan di kampung Tanduo.

Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ melakukan pemantauan terhadap kemungkinan serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan Filipina yang mengancam untuk melakukan serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya kampung Tanduo diserang.

Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh Sabah kini terkawal.

Berita Terdahulu : Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo






Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo #OpsSulu


Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu, awal pagi ini.

Beberapa siri letupan kedengaran dari sekitar Felda Sahabat 17 ekoran serangan pasukan keselamatan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, pagi ini.

Wartawan Bernama di dalam twitter agensi berita itu melaporkan, beberapa pesawat pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi ruang udara kawasan tersebut.

“Bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, tempat wartawan menghinap bergegar akibat letupan berdekatan," katanya.

Operasi Darat Oleh Pasukan Keselamatan Malaysia meliputi ATM dan Polis mengambil alih serangan keatas tempat persembunyian penceroboh.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

Berita Terdahulu:

Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!

Kenyataan PM Berhubung Serangan Lahad Datu

Kenyataan PM Berhubung Serangan Lahad Datu #OpsSulu


OPS SULU

Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA


Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!


Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!




Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.

Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ibu segala peperangan sudah bermula!

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

Khairy Bidas Anwar Yang Cuba Mempolitik Isu Pencerobohan Di Sabah


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh, di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.

“Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan,” tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) semalam.

Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.

“Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.


Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.

Gambar Enam Penceroboh Yang Di Tawan Di Semporna


Inilah muka lanun yang menceroboh serta membuat onar di Semporna hingga menyebabkan enam anggota polis terkorban di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabah dan turut tercedera Insp. Mohammad Hasnal Jamil.

Jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan selamat dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing.

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang syahid.

Takziah juga kepada seluruh keluarga termasuk mendiang Michael Padel.

Rakaman Keadaan Mayat Penceroboh Lahad Datu


Rakaman mayat-mayat kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Kampung Simunul.

Beberapa mayat bergelimpangan di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam keadaan mengerikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul. Enam penceroboh turut terkorban.

Video URL: http://youtu.be/ptWuw2_-i74





Monday, March 4, 2013

Koperal Salam Mahu Mati Syahid - Kata Isteri Allahyarham



TAWAU - Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

“Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

“Saya tanya dia kenapa. Dia kata ‘Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat’. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

“Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga,” katanya.

‘Ustazah Jadian’ Abby Abadi Boleh Pesongkan Akidah


Bekas pelakon dan anggota kumpulan Elite, Abby Abadi dilabelkan sebagai ‘Ustazah Jadian’ dan mampu memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Sehubungan dengan itu, Presiden Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menasihati selebriti yang kini menjadi penceramah Pas agar muhasabah diri sebelum sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Abby ibarat seorang ustazah tidak bertauliah yang sesuka hati mengeluarkan fatwanya sendiri seperti mana yang pernah ditunjukkan beberapa pemimpin Pas lain.

“Jadi, bila seseorang ‘Ustazah Jadian’ ini berbicara, saya khuatir macam-macam perkara buruk akan terjadi ke atas anak bangsa Melayu kerana statusnya sebagai seorang artis mampu mempengaruhi sekali gus menggugat keimanan peminatnya,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil mengulas kenyataan Abby yang menuduh artis negara ini sebagai golongan buta politik dan tersasar jauh dari landasan Islam serta mendakwa kebanyakan artis mempunyai ego yang tinggi sehingga lupa rezeki adalah pemberian Allah.

Dalam ceramah anjuran Pas kawasan Permas, di sini semalam, Abby juga menyifatkan rakan-rakannya dalam dunia seni yang menyertai majlis anjuran UMNO atau Barisan Nasional hanyalah sekadar untuk menghiburkan penonton dan mendapat bayaran tanpa mengambil tahu perihal politik.

Anwar Saman Utusan Dan TV3, Tapi Tak Berani Saman Reuters Dan Manila Post


Apabila penglibatan Anwar dengan pencerobohan tentera Sulu menjadi heboh, Anwar sekali lagi ‘menembak sipembawa berita’ (shot the messenger), tanpa menyentuh sedikit pun tentang sumber asal berita tersebut. Seperti biasa, media perdana iaitu Utusan Malaysia dan TV3 menjadi ‘mangsa’ untuk disaman Anwar walaupun mereka hanyalah pembawa atau penyampai berita yang dipetik dari agensi antarabangsa iaitu Reuters dan juga media Filipina, Manila Times.

Malah, berita yang sama turut dipetik oleh Portal berita Filipina, Inquirer News yang mendedahkan seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Anwar telah mengadakan pertemuan pada November tahun lalu dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah yang membawa kepada pencerobohan Kampung Tanduo.

Namun, seperti juga kes kenyataan Anwar di dalam agensi berita mengenai sokongannya terhadap Israel dan juga kritikannya terhadap undang-undang mengharamkan homoseksual, Anwar memilih untuk menembak sipengirim berita bukannya sumber asal berita.

Tidak sukar untuk membaca kenapa Anwar enggan menyaman Reuters mahupun Manila Post kerana Anwar hanyalah jaguh kampung yang tidak berani dengan orang luar tetapi hanya berani dengan bangsa sendiri. Lebih penting lagi, Anwar juga tidak berani menyaman sumber asal kerana sumber tersebut pastinya berasaskan kepada kebenaran.

Hakikatnya, Manila Times bukan menuduh secara rambang tetapi menamakan pihak perisikan Filipina sebagai pemberi maklumat mengenai penglibatan Anwar, malah koresponden mereka juga dinamakan dengan jelas iaitu Al Jacinto.

Justeru, bukankah lebih mudah dan masuk akal untuk Anwar membersihkan namanya dengan menyaman Manila Times sahaja, jika beliau benar-benar tidak terlibat? Buat apa disaman Utusan atau TV3 jika hujah pembelaan mereka nanti pasti berkisar kepada ‘memetik sumber asing’? Hujah sebegini tidak akan mampu menafikan berita tersebut sebagai benar dan tidak mampu menghapuskan keraguan terhadap Anwar.

Mungkin Anwar tidak begitu berminat untuk membersihkan namanya kerana sudah cukup ‘masak’ dengan penyokong-penyokongnya yang tidak akan percaya apa saja keburukan yang dikaitkan dengannya. Selama ini pun, Anwar tidak perlu bersusah payah membersihkan namanya dari apa jua skandal kerana penyokongnya sendiri akan menafikan segala-galanya bagi pihaknya.

Justeru, Anwar merasakan tidak perlu menyaman Reuters dan Manila Times tetapi hanya perlu bersandiwara menyaman Utusan dan TV3. Selebihnya, Anwar hanya perlu duduk dan lihat sahaja bagaimana bodohnya puak-puak Sulu berkorban nyawa menjadi alat pencetus huru-hara di Malaysia.

Dan Anwar mengharapkan agar huru-hara berterusan sehingga membawa kepada campurtangan asing sehingga pilihanraya tidak ‘perlu’ diadakan sama sekali.

Seperti yang disebut di atas, tidak sukar untuk membaca strategi Anwar, hanya orang-orang yang buta tuli sahaja yang tidak mampu membacanya.

Umno Tuntut Tian Chua Minta Maaf


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal menarik balik kenyataannya yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan di Sabah.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, menerusi notis tuntutan yang dihantar melalui Penasihat Undang-undang Umno, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Ahli Parlimen Batu itu turut diminta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat.

"Segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno.

"Ia juga turut bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik," katanya pada Isnin.

Tindakan undang-undang itu dibuat terhadap Tian berikutan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno - Tian'.

"Notis dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.

"UMNO tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklum balas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit, maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

"Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Tian Chua tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya.

Veteran VAT-69 Kecam Kenyataan Tian Chua


Kira-kira 200 anggota veteran Skuad VAT-69 hari ini berhimpun secara aman di Tugu Negara bagi membantah kenyataan pemimpin politik yang disifatkan menghina warga polis diraja malaysia Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bekas Ketua polis negara, Tan Sri Samshuri Arshad berkata, isu keselamatan Negara perlu ditangani bersama dan tidak seharusnya dipolitikkan.

"Suara orang yang mahu jadi pemimpin, yang kata bahaya ini adalah sandiwara, kita jangan mempermainkan soal kematian dan hanya Allah yang menentukan kematian.

"Tiada siapa menjadi dalang disebalik kematian serta menjadikan ia sebagai sandiwara," katanya Samsuri yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia pada sidang media selepas himpunan tersebut.

Pihaknya juga berharap tindakan dan siasatan dibuat terhadap mereka yang mencetuskan kemarahan orang ramai dan berbaur hasutan.

Sementara itu, mantan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Tan Sri Zaman Khan berkata semua rakyat perlu bersatu dan mengenepikan fahaman politik.

Ini kerana katanya, apa yang lebih penting adalah menyelesaikan kemelut di Sabah dengan kadar segera.

"Marilah kita bersama berdiri teguh dibelakang kerajaan, dan ingin saya katakan bahawa politik ada hadnya maka jangan gadaikan negara kita kerana politik."

Peserta perhimpunan turut mempamerkan kain rentang yang menuntut Naib Presiden PKR, Tian Chua membuat kenyataan maaf kerana mendakwa kenyataannya telah mengguris hati warga PDRM.

Dengan melaungkan takbir dan nyanyian lagu negaraku, himpunan aman anjuran Yayasan Pengaman Malaysia YPM dan diketuai pengerusinya, Samsuri Arshad.

Tian Chua sebelum ini mendapat kecaman hebat dimedia dan laman sosial ekoran kenyataannya yang didakwa menuduh kerajaan terlibat dalam konspirasi dilahad datu, Sabah sehingga melibatkan kematian pejuang negara.

Meskipun Tian Chua di laman 'twitternya' kenyataannya dimanipulasikan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada 9 Feb lalu kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pertempuran tercetus pada 1 Mac antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis dan telah menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.

Insiden Lahad Datu: Harakah Mengeluarkan Kenyataan Fitnah Lagi...


Oleh kerana hendak menyelamatkan Anwar Ibrahim yang didakwa badan perisikan Filipina sebagai dalang kejadian di Sabah dan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa Lahad Datu konspirasi UMNO, Harakah tampil dengan versi sendiri penafian.

Mereka memperlihatkan sekeping gambar pemimpin kaum Sulu di Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Gambar tersebut diambil ketika Najib dan Malaysia menjadi orang tengah mendamaikan pertelingkahan diantara BangsaMoro dan juga kerajaan Filipina pada 16 Oktober 2012.

Amat memalukan Harakah tampil dengan tajuk – Kantoi: Pemimpin utama Sulu hadir Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Namun, fitnah itu disedari penguna laman sosial di Facebook;

Fitnah terbaru yang dilemparkan oleh HarakahDaily ini jelas menunjukkan kebodohan melampau pemilik dan ketua editor portal ini nyata tidak tahu membezakan di antara pemimpin MILF, Ebrahim Murad Al-Haj dan pemimpin penceroboh Sulu, Jamalul Kiram III.

KALAU NAK COVER ANWAR NGAN TIAN CHUA PUN AGAK2 LAH HARAKAH EBRAHIM MURAD AL-HAJ TU ADA LAH PEMIMPIN MILF YANG MENANDATANGAI PENJANJIAN DAMAI DENGAN FILIPINA ATAS USAHA MALAYSIA.

Itu adalah pemimpin MILF yang menandatangani perjanjian perdamaian dengan kerajaan Filipina dalam usaha yang digerakkan oleh Malaysia.

Mereka adalah pemimpin Sulu yang mencari kedamaian untuk memajukan Selatan Filipina dengan bantuan Malaysia selepas ini.

Yang berada di Lahad Datu itu ialah pengikut MNLF di bawah pimpinan Misuari yang mengadakan pertemuan dengan Anwar baru-baru ini.

Jika benarlah Anwar merasakan dirinya difitnah didalam isu di Sabah ini, sila saman pihak media asing dan juga perisikan Filipina sendiri.

PM Sambut Ketibaan Jenazah Ibrahim, Azrul


KUALA LUMPUR 4 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyambut ketibaan jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap kumpulan penceroboh di Semporna, petang ini.

Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, telah diterbangkan dari Tawau dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pukul 6 petang.

Ibrahim yang berasal dari Besut, Terengganu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pukul 9 malam ini manakala Mohd. Azrul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis gugur ketika bertempur dengan penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu. Enam penceroboh turut terbunuh.

Selain Ibrahim dan Mohd. Azrul, turut terkorban ialah ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikon dan Koperal Salam Togiran.

Mendiang Michael disemadikan di Serian, Sarawak manakala mangsa lain dikebumikan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna.

Utusan

Jamalul Kiram Tak Layak Buat Tuntutan


Walaupun ada 97 orang yang membuat tuntutan, namun ada lima kumpulan yang terbesar. Dan perlu diingatkan bahawa Kesultanan Sulu mempunyai tiga waris sebagai Keluarga Diraja Kesultanan Sulu (sepertimana dilambangkan dengan tiga lambang senjata dalam Bendera Kesultanan Sulu) iaitu: -


a) Keluarga yang dipanggil sebagai “Keluarga Pewaris Pertama”.

1. Keluarga Kiram (Lambang Keris).
2. Keluarga Shakiraullah (Lambang Barung/Parang Sulu Lebar).

b) Keluarga yang dipanggil sebagai “Keluarga Pewaris Kedua”.
3. Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda.

Dan juga perlu dimaklumi bahawa Kesultanan Sulu mengamalkan “Sistem Penggiliran Takhta” antara ketiga-tiga warisnya.(Seperti sistem yang pernah diamalkan di Perak dan Pahang).

Tuntutan:
1. Tuntutan dari Sultan Jamalul-Kiram-III dan saudaranya Sultan Esmail D Kiram-II ibni Sultan Punjunggan-Kiram.

* Mereka ini bukanlah berasal dari darah zuriat sebenar Sultan Sulu, kerana Sultan Punjunggan-Kiram bukanlah anak sebenar Raja Muda Mawalil-Wasit-II. Sultan Punjunggan-Kiram itu adalah anak kepada “Encik Amir Hamzah” yang merupakan suami-pertama Puan Mora Napsa Laga. Di mana Puan Mora Napsa Laga ini telah diambil menjadi isteri kepada Raja Mawalil-Wasit-II ketika dia telah mengandung.

2. Tuntutan dari Sultan Muhammad Yahcub ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-V.

* Merujuk kepada “Salasilah & Kitab Khutbah” Kesultanan Sulu, hanya ada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin I, II & III, dan tiada disebut nama-nama Sultan Azimuddin @ Alimuddin IV & V. Maka, tidaklah boleh “disahkan” akan kesahihan keturunan baginda ini selaku waris kepada Sultan Sulu.

3. Tuntutan Sultan Julaspi-Kiram-II dan anaknya Sultan Roodinood ibni Sultan Julaspi-Kiram-II.

* Merujuk kepada rekod dari P.A.W.C.I – dari USA dan dari catatan Prof Dr Nicholas Tarling dalam bukunya “Sulu and Sabah”, jelas menyatakan Sultan Sulu yang terakhir iaitu “Sultan Jamalul-Kiram-II” yang mangkat pada tahun 1936 “tiada mempunyai waris”. Maka, ini bermakna Sultan Julaspi dan anaknya Sultan Roodinood hanyalah “menyamar” selaku waris kepada Sultan Sulu.

4. Tuntutan dari Sultan Jainal-Abidin dan Sultan Muhammad Azimuddin-Abidin.

* Mereka ini adalah dari Keluarga Shakiraullah dan sememangnya berasal dari darah keturunan Sultan Sulu. Namun kerana mengikut “Sistem Penggiliran Takhta” antara tiga keluarga diraja Sulu, maka hak mereka ke atas takhta Kesultanan Sulu telah berakhir.
Susur galur Waris Kesultanan Sulu?

5. Tuntutan dari Yang Mulia Datu Ali Aman @ Raja Bongsu-II ibni Yang Mulia Datu Aliuddin @ Datu Haddis Pabila @ Datu Maputih ibni Yang Mulia Datu Mohammad Sie/Seh/Sheikh ibni Maharajah Adinda/Dinda/Arinda Sultan Mohammad Aranan (Adanan) Puyo ibni Paduka Raja Muda Datu Bantilan ibni Sultan Azimuddin @ Alimuddin-II ibni Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat ibni Sultan Mawalil-Wasit @ Raja Bongsu-I ibni Sultan Muhammad Hassan (Sultan Brunei Ke-9).

* Mereka ini adalah dari keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda yang merupakan “Pewaris Kedua Kesultanan Sulu”. Dengan kemangkatan Sultan Jamalul-Kiram-II pada 1936 dan dengan penguasaan takhta oleh “Pewaris Pertama Kesultanan Sulu” (Kiram dan Shakiraullah) sekian lama, maka kini takhta Kesultanan Sulu sepatutnya menjadi milik mutlak Pewaris Kedua Kesultanan Sulu.

Maka waris sebenar Sultan Sulu inilah yang berhak menyelesaikan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah (North Borneo). Ini bersesuaian dengan perkataan “Pewaris dan Penyambung” (the heirs and successors) dalam Perjanjian Pajakan North-Borneo 1878.

Maka kini, sebarang penyelesaian ke atas North-Borneo (Sabah) adalah di tangan Keluarga Maharajah Adinda/Dinda/Arinda, dan bukannya dari Keluarga Kiram ataupun dari Keluarga Shakiraullah.


Jemputan Ke Solat Tahlil Di PWTC - Al Fatihah Kepada Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu



Diatas pengorbanan wira negara yang terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara kita di Lahad Datu, maka Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan segala hormatnya menjemput saudara/saudari semua rakyat Malaysia untuk hadir ke Majlis tahlil pada hari ini selepas solat magrib di surau Al-Rahman, PWTC (berkumpul jam 7pm).

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan di tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Perwira yang terkorban di Lahad Datu:

Anggota komando VAT69

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud

Perwira yang terkorban di Semporna:

1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)

2. ASP Michael, (KCKD Semporna)

3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)

4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)

5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)

6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Berikut Adalah Senarai Pegawai Dan Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna




Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah… Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

Pegawai Polis Wanita Diantara Tebusan Tentera Penceroboh



Pihak Polis mengesahkan menurut maklumat yang diterima seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor menjadi tebusan pasukan penceroboh tentera penceroboh di Semporna.

Pihak PDRM dan pihak ATM sedang giat membuat perancangan untuk membuat serbuan ke kawasan yang disyaki tebusan Pegawai Polis Wanita ditahan.

Sementara itu tinjauan dibuat oleh Utusan Online di pekan Semporna juga menunjukkan kebanyakan kedai-kedai yang ada menutup perniagaan mereka namun aktiviti di pelabuhan perikanan berjalan seperti biasa.

Namun beberapa sekolah yang saya lalui tidak menunjukkan sebarang aktiviti pelajar.

Keadaan ini menunjukkan aktiviti seperti biasa di pekan ini walaupun menurut pemandu teksi agak berkurangan berbanding waktu-waktu biasa

Perjalanan dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa kira-kira dua jam lancar dan ketika 4 kilometer mahu tiba di bandar ini kesesakan kenderaan berlaku.

Sementara itu jenazah pahlawan yang gugur di Semporna iaitu Supt. G/10768 Ibrahim bin Lebar dan L/Kpl 160475 Mohd Azrul B. Tukiran akan diterbangkan dari Tawau jam1330Hrs dan dijangka tiba di TUDM Subang pada 1800Hrs.

Senarai penuh anggota keselamatan yang terkorban di Semporna:
Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Rundingan Tamat: ATM Dijangka Melancarkan Serangan Besar-Besaran



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.

Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna


Gambar ini diperolehi dari telefon bimbit penceroboh yang mati di tembak di Semporna.

Penceroboh mengambil gambar kenangan mereka sebelum melancarkan serang hendap di simunul dan sekitar daerah Semporna.


Penduduk tempatan belasah penceroboh sampai mati...

Seorang Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna

Video Sidang Media PDRM 3/3 Jam 9.00 PM

Enam Anggota Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Turut Maut Di Semporna

Tidak Sangka Ahli Keluarga Sendiri Maut - Al-Fatihah Supt Ibrahim Lebar


Video Sidang Media PDRM 3/3 Jam 9.00 PM #LahadDatuAttack



Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.


Video URL: http://youtu.be/uxc4NXUYmTE


Sunday, March 3, 2013

Seorang Lagi Anggota Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Turut Maut Di Semporna


Jumlah Anggota Polis Terbunuh Meningkat Kepada 8 Orang

LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA

Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh, Jumlah Kini 8 Maut


SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang lagi anggota polis terbunuh dalam insiden serangan oleh kumpulan bersenjata di Semporna pada Ahad.

Jumlah tersebut menjadikan lapan anggota polis terkorban dalam mempertahankan keamanan negara daripada kumpulan pencerobohan bersenjata daripada Sulu.

Pada Sabtu, lima anggota polis terbunuh dalam insiden serangan hendap ke atas Kampung Siminul di Semporna.

Mstar

Tidak Sangka Ahli Keluarga Sendiri Maut - Al-Fatihah Supt Ibrahim Lebar


BESUT – Keluarga pegawai kanan polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah malam tadi, tidak menyangka laporan berita yang dibaca di Internet melibatkan adik beradik mereka sendiri.

Kakak pegawai kanan polis itu, Mek Nab Lebar, 60, berkata berita mengenai kejadian yang mengorbankan Supt Ibrahim Lebar, 52, dibaca oleh adik bongsu mereka yang menetap di Melaka dan mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya malam tadi.

“Hati ini dah mula tidak berapa sedap tapi kami tidak berapa percaya dan ambil keputusan terus hubungi isteri Allahyarham, Rosiah…dia juga mengatakan tidak dapat menyatakan kepastian.

“Akhirnya pagi ini kami terima berita kematian adik saya itu daripada isterinya kira-kira pukul 8 pagi setelah dimaklumkan oleh polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabi dekat sini, hari ini.

Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini.

Ketika pemberita tiba di rumah kakak Ibrahim tengah hari ini, keluarga itu sedang bersiap untuk ke rumah Allahyarham di Seksyen 15, USJ, Subang Jaya, Selangor.

Ibrahim yang dipanggil ‘Sudin’ oleh anggota keluarganya adalah anak kesembilan daripada 10 beradik dan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya.

Mek Nab berkata adiknya itu mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang, dekat sini sebelum memasuki kerjaya sebagai Inspektor Polis selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan (STP).

Selepas bekerja, Ibrahim melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mek Nab berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada 24 Jan lepas ketika mengadakan kenduri Maulud Nabi di rumah peninggalan pusaka keluarga, di kampung itu.

“Sudin paling suka makan nasi kerabu, tiap kali balik ke Besut dia pasti membelinya atau menyuruh saya membuatnya untuk dimakan bersama isteri dan anak-anaknya,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana.

Bernama

Lahad Datu: Empat Rakyat Malaysia Ditawan


Empat rakyat Malaysia didakwa telah tawan oleh kumpulan penceroboh bersenjata di Semporna, lapor stesen radio Filipina pada Ahad.

Terdahulu, pihak berkuasa Malaysia mengatakan mereka telah menawan tiga penceroboh Filipina itu diikuti dengan pertempuran di tiga lokasi di Sabah yang menyebabkan kematian lima anggota polis dan dua anggota kumpulan penceroboh.

Kumpulan bersenjata yang mendakwa mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, berkata kepada pemberita di Bandar Taguig, lapor stesen radio Filipina 'dzBB Divine Caraecle'.

Jamalul dipetik sebagai berkata dia tidak mengarahkan serangan terhadap pihak berkuasa Malaysia dan menegaskan pengikutnya juga diarahkan untuk menghormati hak rakyat Malaysia yang ditawan itu.

Sementara itu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar sebelum ini dilaporkan berkata berlaku tiga insiden di tiga lokasi berlainan iaitu penahanan tiga anggota penceroboh yang cuba keluar dari kawasan kepungan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, lima anggota polis mati ditembak di Kampung Seri Jaya Simunul di Semporna dan laporan pencerobohan 10 lelaki di Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu. -Mstar

Seorang Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna


Salah masuk kampung... itulah yang terjadi dengan seorang lelaki dipercayai  penceroboh Sulu selepas dia dibelasah beramai-ramai oleh penduduk sebuah kampung di Semporna pagi ini.

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.

Bernama melaporkan dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah.

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain.

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit.

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.

Agendadaily

Pencerobohan Tersebar Ke Seluruh Sabah?


Dengan pengesahan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pagi tadi, bermakna setakat ini sudah 7 anggota keselamatan kita terkorban ketika menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara.

Kalau diambil kira sebelah penceroboh yang dikatakan sudah 14 (termasuk dua di Semporna yang mati), maka sudah ada 21 kematian di Sabah setakat ini.

Sebuah negara yang aman damai secara tiba-tiba menghadapi masalah seperti ini…memeranjatkan. Konflik di Sabah kini bukan lagi isu kecil.

Yang kita faham konflik yang wujud di Sabah angkara secara langsung salah seorang daripada 9 individu yang mengaku diri mereka sebagai Sultan Sulu, adalah masih jauh daripada berakhir.

Masih ada 100 lebih pengikut Jamalul Kiram III berkampung di Lahad Datu, Sabah.

Dan jika insiden di Semporna lewat petang semalam diambil kira, ada kemungkinan isu pencerobohan itu bukan lagi terhad di daerah itu semata-mata.

Terkini, Ketua Polis Negara juga mendedahkan pihaknya sedang mengesan 10 penceroboh, dengan 3 daripada mereka memiliki senjata di dua tempat di Kunak pula.

Kunak terletak di antara Lahad Datu dan Semporna, jelas pencerobohan kini tidak lagi terhad di Lahad Datu semata-mata.

Cuma yang menjadi teka-teki ialah setakat mana kumpulan Jamalul Kiram ada di Sabah kini dan berapa ramai sebenarnya?

Penulis tidak mahu membincangkan secara panjang lebar, tetapi ada terbaca sebuah laporan media Filipina bahawa pengikut Jamalul Kiram sudah ramai yang tersebar di seluruh Sabah dan kumpulan di Lahad Datu merupakan kumpulan yang terakhir masuk ke Sabah.

Editor akhbar berpengaruh Filipina itu begitu yakin dengan sumber maklumat yang ada pada dirinya.

Jadi, jika benar pengikut Jamalul Kiram sudah tersebar di seluruh Sabah, bermakna perjalanan konflik di Sabah masih jauh dari berakhir.

Apakah ada kebarangkalian ia akan berubah menjadi perang gerila,… mungkin. Penceroboh sudah menzahirkan mereka sudah nekad untuk mati.

Melihat situasi sekarang, kita tidak boleh berada dalam keadaan penafian. Rencana ini juga tidak ditulis untuk menakutkan sesiapa, tetapi membuka mata semua pihak agar bersedia untuk sesuatu yang lebih besar dan lebih buruk.

Mungkin sudah tiba masanya kita melihat situasi di Sabah sebagai perang dan diserahkan kepada tentera pula.

Ingat, puak yang menceroboh itu bukan pekerja asing atau pekerja ladang, mereka adalah kelompok yang sudah biasa berperang. Mereka adalah dari suku Tausug, yakni satu puak yang garang dan turut digeruni tentera Filipina.

Berperang adalah umpama cara hidup bagi mereka. Kejadian di Semporna memberikan isyarat jelas kemampuan perang gerila dan kemahiran serang hendap yang dimiliki penceroboh berkenaan.

Justeru, melihat kepada kemampuan penceroboh, perkara yang menjadi persoalan kini ialah bila pencerobohan yang berlaku akan berakhir dan berapa ramai lagi yang akan terkorban?

Tujuh kematian anggota keselamatan dalam masa beberapa hari adalah sesuatu episod yang mungkin sudah lama tidak berlaku di negara ini.

Selain tempoh, penulis teringin sangat hendak tahu siapalah punya angkara menjahanamkan Sabah?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pantas membuat penafian dan seperti biasa mengarahkan para peguamnya untuk menyaman Reuters dan Utusan Malaysia.

Kononnya kalau saman tu tak bersalah lah kan…

Namun, kenapa hanya dua itu sahaja?

Sebenarnya, sebelum kedua media berkenaan melaporkan hal itu, media sosial dan baru telah beminggu lebih awal mendedahkan penglibatan Anwar dalam isu di Sabah. Kedua pihak itu boleh dikatakan lambat melaporkan isu itu.

Jadi Anwar perlu adil dengan menyaman media-media baru di negara ini dan di Filipina yang rata-rata mendakwa beliau adalah dalang.

Anwar juga perlu menyaman unit perisikan Filipina yang juga mendakwa beliau punca kemelut di Sabah kini.

Tempoh dan siapa serta berapa ramai yang akan terkorban….ke mana hala tuju konflik Sabah…yang pasti akan kekal dalam lipatan sejarah negara ini.

Mynewshub

Hanif: Siasat Tuduhan Insiden Lahad Datu Didalangi Pemimpin Pembangkang


Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera menyiasat laporan media Filipina yang mendakwa terdapat pemimpin pembangkang Malaysia yang terlibat merancang penyusupan masuk penceroboh di Lahad Datu awal bulan lalu.

Kata beliau, sekiranya laporan tersebut terbukti benar, ia satu tuduhan sangat berat dan perlu disiasat.

Sebelum ini, sebuah media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam parti pembangkang Malaysia didakwa sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.

Difahamkan, kumpulan bersenjata tersebut yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, yang merupakan adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III terpedaya dengan janji menyokong pihak mereka dalam tuntutan ke atas Sabah.

Susulan pencerobohan 9 Februari lalu, dalam kejadian jam 10 pagi semalam, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban manakala 12 penceroboh bersenjata terbabit turut maut.

Ia turut mencederakan tiga lagi anggota pasukan keselamatan Malaysia.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu sebaai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat, Hanif juga dilihat sebagai satu tuduhan yang sangat berat.

Hanif turut menggesa PDRM menyiasat secara rapi wakil rakyat itu.

Laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata, pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

Hanif menambah, PDRM harus menyiasat kedua-dua tuduhan itu kerana ia telah menyebabkan 14 nyawa terkorban manakala tiga anggota polis lain tercedera.

“Tadi saya turut bersama-sama menyambut ketibaan jenazah dua anggota komando VAT69 yang terkorban dalam pertempuran itu iaitu Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud di Airport Subang.

“Saya sendiri berasa sangat sedih melihat anak dan isteri mereka yang terkorban kini menjadi anak-anak yatim dan balu dalam sekelip mata sahaja. Mereka menangis dalam pelukan. Semoga kerajaan menjaga kebajikan dan pelajaran anak-anak mereka ini,” katanya lagi – Sinar Harian

5 Polis Terbunuh, 2 Penjenayah Ditembak Mati - KPN


Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, dahulunya berkata dua anggota pasukan keselamatan terkorban dalam serang hendap di Kampung Seri Jaya Siminul, Semporna.

Beliau berkata dua anggota pasukan keselamatan itu yang sedang membuat serbuan di perkampungan atas air itu telah ditembak oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali pada pukul 6.30 petang semalam.

Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat terperinci mengenai identiti anggota keselamatan yang terbunuh itu semasa ditemubual secara langsung melalui panggilan telefon dengan stesen televisyen TV3 dalam program 'Malaysia Hari Ini' di sini pagi ini.

Hamza berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan sama ada kumpulan penyerang yang kurang daripada 10 orang itu mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina.

Menyentuh mengenai kumpulan penceroboh itu, Hamza berkata mereka terhad di Kampung Tandou, Lahad Datu dan telah dikepung oleh pasukan keselamatan negara.

Beliau juga menegaskan keselamatan di Lahad Datu dan di Sabah, adalah terkawal dan menasihati penduduk di negeri itu supaya tidak mendengar khabar angin dan mereka boleh menghubungi ketua polis daerah di negeri ini untuk pengesahan.

5 Terkorban Dalam Serang Hendap Di Semporna


Seorang pegawai dan empat anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Sabah semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang akhbar di Lahad Datu hari ini.

Sementara dua dari kumpulan bersenjata turut terbunuh, katanya. – BERNAMA

Lahad Datu : PDRM Dedahkan Maklumat Palsu Yang Tersebar


LAHAD DATU: Maklumat palsu

Adalah dimaklumkan mesej yang dipaparkan ini adalah maklumat yang tidak benar sama sekali. Tiada KCKD benama sedemikian bertugas di kedua-dua tempat yang dinyatakan.

Pohon kerjasama semua supaya mengesahkan maklumat yang diterima daripada pelbagai sumber terlebih dahulu. Jangan melibatkan diri dalam menyebarkan berita khabar angin. Ia adalah satu tindakan menyalahi undang-undang.

Perisikan Sahkan Pertemuan Anwar-Nur Misuari


Perisikan tentera Malaysia mengesahkan terdapat pertemuan antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari beberapa bulan sebelum pencerobohan berlaku di Lahad Datu, Sabah.

Selain itu, agensi risikan itu dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini turut mengesahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan terlibat dalam mengadakan pertemuan dengan Sultan Muidzullail T. Kiram iaitu salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu juga beberapa bulan sebelum kejadian pencerobohan berlaku.

Jeffrey Kitingan adalah bekas Naib Presiden PKR yang kini menjadi Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR) dan pengerusi United Borneo Front (UBF), parti pembangkang untuk Sabah dan Sarawak.

Pendedahan ini mengukuhkan lagi dakwaan pihak perisikan tentera Filipina sebelum ini yang secara terbuka mengaitkan nama pemimpin pembangkang sebagai dalang dalam insiden tersebut.

Menurut sumber perisikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pertemuan antara Anwar dan Jeffrey dengan Nur Misuari dan pihak MNLF serta wakil Kesultanan Sulu dipercayai ada kaitan dengan janji-janji tertentu sehingga mendorong kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh Sabah.

Nur Misuari dinamakan oleh media Filipina, Inquirer News, sebagai salah satu pihak yang telah berkonspirasi dengan pemimpin politik pembangkang dari Malaysia untuk menghasut Sultan Sulu menuntut hak mereka.

Inquirer News mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan terbabit di Sabah.

Memetik sumber perisikan Filipina, Inquirer News melaporkan, pertemuan itu berlaku November tahun lalu, menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah dari Malaysia.

AIDC

Lahad Datu: Tian Chua Menyerang Sebelum Diserang!


Sudah kerap jika ada kes babitkan kematian yang cetuskan kontroversi,pembangkang tak tunggu lama untuk jadikannya modal politik mereka.Lihat sajalah mereka mengeksploitasi kematian pembantu Exco Selangor,Teoh Beng Hock, pegawai Kastam Ahmad Sarbaini Mohamad dengan menyalahkan SPRM dan beberapa kes lain babitkan polis.

Senang cakap, hal mati pun pembangkang akan politikkan asal dapat mereka tuduh kerajaan bersalah dan tidak bertanggungjawab.

Terbaru dalam kes pencerobohan rakyat asing di Lahad Datu, Sabah hingga cetuskan kematian pihak keselamatan negara pada Jumaat, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu tunggu lama untuk kecam kerajaan.

Walaupun ucap takziah pada keluarga dua anggota komando yang terkorban, Anwar menyalahkan kerajaan kerana gagal memastikan kawalan keselamatan di perairan negara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pula membuat fitnah dan tuduhan liar kononnya UMNO jadi dalang konspirasi terancang bagi ambil alih perhatian dan menakutkan rakyat.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," katanya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob pula ketika rakyat turut bersedih dengan insiden itu yang belum dapat diselesaikan lagi, sibuk mahu Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak panggil sidang khas Parlimen.

Untuk apa Anwar, Tian Chua dan Salahuddin buat semua itu ketika kerajaan dan pihak keselamatan sedang berusaha memastikan insiden itu berakhir tanpa pertumpahan darah demi menjaga nama baik negara?

Sebab itu ramai yang mengecam tindakan pemimpin pembangkang itu terutama dakwaan Tian Chua.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri menyifatkan kenyataan ahli parlimen Batu itu hanyalah untuk mengaut keuntungan politik dengan mengeksploitasi insiden di Lahad Datu.

Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan, katanya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggelar Tian Chua sebagai "pembawa cerita bohong bersiri" yang sentiasa mencari kesalahan UMNO dan kerajaan walaupun dalam situasi genting.

"Dia adalah ekstremis dan saya tidak terkejut dengan kenyataannya itu.Memang tugas dia memburukkan Umno tanpa bukti, tapi secara spontan...Ini membabitkan isu keselamatan, dan bukan (masa untuk) political mileage," tegasnya meminta Tian Chua mengemukakan bukti dakwaannya itu.

Bagaimanapun, ada juga tertanya-tanya kenapa Tian Chua cuba mengheret UMNO dalam isu pencerobohan di Lahad Datu.

Apakah kerana sebelum ini nama Anwar dikaitkan dengan kumpulan yang melakukan pencerobohan itu?

Atau ianya juga mungkin kerana permintaan penceroboh terbabit untuk bertemu personaliti tertentu ketika mereka berunding dengan pihak keselamatan sebelum ini.

Dan antara paling ramai pemimpin pembangkang terutama dalam PKR, kenapa Tian Chua ke depan membuat tuduhan itu?

Mungkin ramai tahu selain bijak mengeksploitasi sesuatu isu, pembangkang khususnya dalam isu yang berkait dengan Anwar, mereka akan mempertahankannya terlebih dahulu sebelum isu itu jadi bahan umum.

Sebagai contoh lihat bagaimana Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mempertahankan Anwar dalam isu kad pengenalan kepada rakyat asing di Sabah dengan mengatakan Anwar akan dikaitkan dalam projek IC ketika siasatan RCI.

Justeru itu, melihat tindakan Tian Chua cuba mengaitkan UMNO dalam insiden di Lahad Datu, tentu ada boleh menduga tujuannya.

Jelaslah Tian Chua ‘menyerang’ sebelum ‘diserang.

Tindakan sama dilakukan Azmin dalam mempertahankan Anwar berhubung projek IC di Sabah.

Dengan memfitnah UMNO, Tian Chua mungkin berharap dakwaan beberapa media Filipina bahawa Anwar dipercayai terbabit disebalik pencerobohan kumpulan bersenjata yang menggelar diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu dapat dikaburi.

Walaupun, Anwar sudah menafikan apa dilaporkan media negara jiran itu tetapi Ketua Pembangkang itu turut menuding jari kearah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sebagai lambat bertindak ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata itu sejak dua minggu lalu.

Itu hak Anwar untyuk menafikannya tetapi portal berita Filipina 'Inquirer News' sebelum ini mendedahkan, seorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu
membuat pertemuan bersama pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan terhadap tuntutan kumpulan itu di Sabah.

Menurut portal itu lagi yang memetik sumber perisikan Filipina dilaporkan sebagai berkata, pertemuan itu berlaku November tahun lalu menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram II mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut sebahagian dari Sabah.

"Ahli politik ini merupakan salah seorang yang mengadakan pertemuan dengan Jamalul Kiram. Beliau menawarkan sokongan pembangkang Malaysia ke atas tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah," kata sumber perisikan itu sebagaimana dipetik daripada Inquirer News.

Selain Inquirer News, pada 14 Februari lalu, agensi antarabangsa, The Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata itu berlaku ke atas
jemputan pembangkang di negara ini.

Lapor Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang negara ini.

Selain Reuters, akhbar dalam talian, The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Apakah Anwar boleh menafikan semua dakwaan dalam laporan ini dan menuduh semuanya akhbar UMNO?

-Agendadaily

Pertempuran Di Lahad Datu: Lagi Polis Mati Ditembak


Laporan Utusan:  Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah.

Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.

Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Laporan lain yang diterima dari rakan anggota di Sabah -



Berita Terdahulu: Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna

Sama-samalah kita doakan agar anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu di lindunggi Allah s.w.t

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna


Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

-Bernama

Mulut Longkang... Azwan Ali Ada Hati Nak Jadi YB!


SIAPA tak kenal personaliti mulut longkang, Azwan Ali? Namanya sering kali dikaitkan dengan kisah kontroversi dan sikap buruknya dalam berbicara.

Amboi... Amboi... Amboi.... Ada hati nak jadi YB ye....

Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) atas kapasiti bebas.

Azwan berkata, hasrat itu semakin membuak-buak setelah mendapat sokongan daripada para peminatnya.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.

Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.

Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh,” katanya.

Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

pisssttt... Tak payah lah nak perasan lebih-lebih...