Saturday, August 1, 2009

Perhimpunan ISA : Anwar Raja Demontrasi Jalanan!!!

Pakatan Rakyat yang retak menanti belah dan hampir hilang kepercayaan rakyat cuba meraih simpati dan memenangi hati rakyat.

Amat memalukan lagi perhimpunan haram ini berlaku di ibu negara Malaysia, ia seolah-olah mengambarkan negara Malaysia berada didalam situasi yang tidak aman. Demontrasi tidak menguntungkan mana-mana pihak, hanya mendatangkan kesan negatif yang buruk kepada rakyat dan pelancong.

Mereka berdepan dengan anggota polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata serta tembakan meriam air di lokasi perhimpunan di kompleks membeli-belah SOGO, sekitar Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Dataran Merdeka, di Masjid Negara serta di ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut. READ MORE

ISA : KJ hanya mangsa keadaan yang dihitamkan untuk agenda tertentu!!!

Tidak dinafikan bahawa saya adalah salah seorang blogger yang menyokong ISA demi keselamatan dan keaman negara Malaysia. ISA penting bagi menjamin keselamatan negara dan malahan terbukti mampu menangani permasalahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Suka atau tidak suka kita perlu menerima hakikat ini, apabila bermula satu agenda seperti ini, ruang menghentam kepimpinan Pergerakan Pemuda ini terus meletus bagaikan letusan gunung berapi yang akan mengeluarkan lavanya.

Kesempatan ini telah di ambil oleh penulis-penulis laman web dan juga blog-blog untuk terus memburukkan keadaan. Walaupun ketika ini hampir keseluruhan pemimpin UMNO berada dalam keadaan tersepit dan ramai pula yang mencari jalan selamat dengan mendiamkan diri dan berdiri di atas pagar. READ MORE

Friday, July 31, 2009

Amaran KDN : Jangan menghadiri perhimpunan ISA

1 Ogos depan akan menjadi hari penentuan. Bertempur atau tidak, semuanya mengundang rasa resah di kalangan masyarakat.

"Perhimpunan haram seperti ini hanya akan menyusahkan rakyat dan bantahan beribu orang adalah hanya suara minoriti sahaja berbanding dengan majoriti rakyat yang muak dengan demonstrasi dan perjuangan yang tidak berasas serta tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia," tegas kanyataan bersama itu. READ MORE

Thursday, July 30, 2009

Airmata reformis PKR menitis di negeri yang mereka perintah – kecewa dengan Khalid Ibrahim !!




Belum pun sampai sepenggal PKR memerintah Negeri Selangor, bermacam–macam penyelewengan yang kita dengar, baik penyelewengan besar sehinggalah penyelewengan kecil . Belum sepenggal lagi, kita sudah merasakan bagaikan tidak sabar mahu menghumban kerajaan ini dan terasa lama sangat pilihan raya umum yang ke tiga belas akan di adakan.

Bukan kita saja yang menyokong kerajaan BN yang merasakan demikian, malahan penyokong mereka yang bermati-matian dahulu untuk memenangkan PKR dalam pilihan raya yang lalu sudah mula merasa lemas dan mereka juga sudah mula merungut dan menulis di blog blog mereka. Jika hanya orang BN yang merasa demikian, mungkin rakyat akan menyatakan bahawa sudah menjadi lumrah orang BN memburukkan parti lawan. Bagaimana pula jika ini dilakukan oleh penyokong kuat pembangkang yang kini bercelaru sesama mereka dan mendedahkan perompak perompak di kalangan mereka di blog mereka sendiri. Tak percaya juga – sila baca
(Nora ada lah seorang reformis wanita tua dalam PKR yang telah berbelas kali ditangkap oleh Polis, malahan setiap kali ada demonstrasi Nora akan melakukan sesuatu di hadapan polis untuk di tangkap bagi mengumpul caps beliau di tangkap. Kerana bagi reformis PKR, lagi banyak di tangkap lagi tinggilah martabat mereka. Kini Nora juga keasal dengan apa yang berlaku dalam kerajaan PKR.)

Malahan ada diantara mereka yang sudah bosan dan kini menderita dan sanggup menulis dan meluahkan perasaan mereka . Kami tahu mereka ini sebenar diperalat kan oleh Anwar Ibrahim sebelum ini dan hanya mereka sahaja yang tidak menyedarinya, Hari ini mereka semua yang merupakan pejuang kuat PKR menangis dan lahirlah sebuah blog yang bertajuk air mata Selangor.

Apa lagi yang dapat kita nafikan, segala ini bukannya cerita rekaan UMNO semuanya datang dari pejuang PKR sendiri, jika kita terus mengorek kita pasti akan mendapat banyak lagi blog blog reformis PKR yang kini menyesal dengan perjuangan mereka. Kini mereka baru sedar yang mana intan dan yang mana kaca,

Antara ayat yang ditulis dalam blog air mata Selangor

blog ini dikendalikan oleh sekumpulan aktivis reformasi yang amat kecewa dengan kesombongan Khalid Ibrahim dan kegagalan serta kelemahanya menjalankan tugas sebagai MB. Kami telah menegur secara elok, sampaikan juga kepada pimpinan parti namun keadaan tidak berubah maka kami putuskan untuk menerbitkan blog ini.

Kami lakukan kerana sayangkan perjuangan.

Ketika kami bangkit berjuang kena buang kerja sakit dipukul dilokap dan seumpamanya Khalid masih seronok dalam PNB…ketika Anwar keluar Khalid masuk parti….kami tidak kecil hati kerana keadilan maksudnya meletakkan hak pada tempatnya…

namun sekarang kami pasti Khalid tidak berhak untuk kerusi itu…

kepada DSAI kami mohon maaf blog ini bukan kianat tapi untuk menyelamatkan perjuangan. Kami tahu Khalid juga sudah tidak mendengar cakap kamu…

Sumber: KPMU

KEMBALI KE ASAS PERJUANGAN, RAPATKAN BARISAN


Seruan Panglima Perang Cyber YDP Blogger Pembela Negara BPN Hentikan Persengketaan!!!

“Saya telah mendapat tahu ada sedikit pergeseran antara rakan kita para blogger yang hebat dan mantap ini.... Saya telah menghubungi dan meminta rakan lain menjadi pendamai kepada dua kumpulan ini. Namun nampaknya ia masih lagi berterusan.

Pertelingkahan sesama blogger perlu dielakkan dan saya khuatir kerugiaan lebih besar dari kebaikan akan terjadi susulan dari perpecahan di kalangan blogger pro negara ini. Maka BPN menyeru semua agar melupakan sengketa jika mereka BENAR BENAR sayangkan nasib agama, bangsa dan tanah air dari diri dan dendam mereka sendiri”.

Saya amat terharu dengan pesanan yang diluahkan oleh Panglima…

Bagi saya apa yang diluahkan oleh Panglima adalah bertepatan dan saya menyokong dari hati saya sendiri dengan sejujur-jujurnya…

Terima kasih Panglima…

Blogger setiakawan tetap setia pada kawannya, blogger setiakawan tetap menghormati kawannya dan blogger setiakawan juga sentiasa menerima teguran dari kawannya…

HARAPAN SAYA AGAR BLOGGERS PRO UMNO DAPAT BERSATU DIBAWAH NAUNGAN PARTI KERAMAT PARTI UMNO !!! HENTIKAN PERBALAHAN DIANTARA SESAMA KITA!!! TANAMKAN SIKAP KETERBUKAAN DIDALAM DIRI KITA!!! AYUH KITA PERTAHANKAN HAK KITA!!! KEMBALIKAN ZAMAN KEGEMILANGAN UMNO!!! KALAU BUKAN KITA !!! SIAPA LAGI YANG AKAN MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN UMNO!!!

BERJUANGLAH!!! BERJUANGLAH!!! DAN TERUSLAH BERJUANG !!! SEMARAKKAN JIWA ANDA DENGAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG UMNO DULU KALA!!! KITA PENYAMBUNG WARISAN PEJUANG BANGSA!!!

SALAM HURMAT

SALAM PERJUANGAN

BJ

Wednesday, July 29, 2009

Nik Aziz tidak boleh menyumbang kepada bangsa dan agama


Sikap yang ditunjukan oleh Nik Aziz dalam keyataan beliau yang berbaur penghinaan kepada seluruh ahli UMNO baru baru ini tidak boleh kita pandang rengan. Nik Aziz lebih rela melihat bangsa Melayu jahanam , PERGI JAHANAM DENGAN UMNO. Nik Aziz lebih rela berkongsi kuasa dengan parti yang menghina Islam , Nik Aziz sanggup menghalalkan yang haram dan membutakan mata apabila pemimpin PAS terkeluar dari akidah kerana mahu berkongsi kuasa dengan bangsa asing. Nik Aziz menolak perpaduan Melayu. Nik Aziz berpatah arang dengan bangsa Melayu.

Nik Aziz sebenarnya di kawal oleh Anwar Ibrahim. Keyataan beliau mahu berbaik baik dengan kerajaan Pusat baru-baru ini adalah maianan politik Anwar bagi mencetus satu kontraversi lagi antara PAS dan Anwar. Nik Aziz juga bijak memutar belit keadaan setaraf dengan Karpal Singh dan juga Lim Kit Siang , cuma Nik Aziz mungkin tidak sehebat Anwar Ibrahim , Raja kepada segala kaki putar.

Sejak kebelakangan ini Nik Aziz sudah tidak relevan lagi. Banyak keyataan dan tindakan beliau tidak disenangi oleh rakyat, bukan sahaja ahli UMNO tetapi dikalangan ahli PAS sendiri. Perpecahan dalam PAS sendiri sudah mula dikesan walaupun mereka berjaya menyembunyikan dari ahli ahli mereka.Nik Aziz juga merasakan bahawa ada sebilangan pengikut PAS dan orang-orang Melayu yang sudah hilang kepercayaan kepada beliau.

Keyataan balas Timbalan Perdana Menteri yang mahu kita tidak memperdulikan Nik Aziz lagi amat bertepatan kerana ini merupakan tamparan yang amat buruk buat Nik Aziz yang tidak menyangka keyataan sebegini akan dikeluarkan oleh TPM. Memang tepat, jika kita layan Nik Aziz , tidak akan memberikan apa-apa faedah kepada agama dan bangsa kerana Nik Aziz tidak lagi boleh menyumbang melainkan menjadi kera sumbang. Eloklah kita biarkan beliau terus menari dengan rentak sumbangnya

Si Parpukari macam lembu kena cucuk besi panas.

Biasanya jika kita mahu tahu tuan rumah sesebuah rumah itu pembersih atau pengotor kita lihat saja bilik air di rumah berkenaan , kalaubersih , bersihlah tuan rumah berkenaan, kalau kotor , kotorlah tuan rumah berkenaan. Begitu jugakalau kita mahu tahu betapa didikan yang di berikan oleh ibu bapa seseorang,kita boleh lihat dari bahasa anak berkenaan. Jika asyik mencarut dan biadab sentiasa, bermakna dia datang dari keluarga yang biadab dan kurang ajar. Sejak lahir lagi ayahnya telah mendodoikannya dengan lagu Fu** You Parp* , Anj**g you Parp* , itulah sebabnya bila kita lihat setiap tulisan orang yang dibesarkan dalam keluarga biadab ini sentasa akan ada perkataan mencarut,anjing , gambar isyarat jari. Inilah saja kekuatan yang ada dalam blog orang yang hanya punya kotak fikiran yang kecil tetapi perasan setanding dengan bloggers yang popular.

Terus terang kalau kita baca blog si Parpukari ini, bukanlah dasyat sangat daya pemikiran beliau,semua cerita yang diolah dan di tokok tambah dan disulam dengan maki seranah. Itu kekuatan yang ada pada parpukari.Yang lain cedok saja. Kesian aku tengok anak mamak ini meracau marahkan KJ. Kalau boleh satu blog nak tulis pasal KJ. Marah sebab sewatu pemilihan pemuda UMNO dahulu, mamak Parpu ini sudah kaut banyak dan sudah tabur janji kepada salah seorang calon. Bos jangan risau , my blog boleh gerenti you menang bos. Huluq lah dulu ....... ni ada dua blog saya buat untuk memburukkan KJ. Hebat ni bos...... masyuk.......Pap..pap ..... bos sudah kalah, fulus sudah telan. Itula sebab si parpukari ini fobia bila tenguk nama KJ. Buka Malysiakini , nampak saja nama KJ , terus tokok tambah dan tambah kaut sikit cerita dari Malaysiakii, huh…. hebat artikel aku.Call bosnya, bos tenguk lah saya hentam KJ kata nya. Tulis pasal Nizar, cedok artikel dan tambah nama Nizar sebagai anjing, Call pula bos Perak, Bos saya dah hentam Nizar. Hancur UMNO bila bloggers yang didik mencarut DARI kecil menulis untuk UMNO. Kadang-kadang aku fikir juga. Parpu Kari ni, UMNO ke pembangkang. Sebab kalau ikut bahasa ang digunakan dalam blognya , sah bahasa pembangkang dari parti yang di panggilnya FUCKATAN Riot . Ini biasannya bahasa bloggers pembangkang. Hancur UMNO kalau ini berterusan.BLOG LAIN HENTAM JUGA TAPI TAK PERLU MENCARUT.

Dengar pula ada NGO mahu membuat demonstarsi , berapi api pula dah mahu berdemostrasi, sampai cabar pemuda buka baju dan koyakkan baju pemuda. SIAPA PARPU NI, AK EXCO PUN TIDAK DALAM PEMUDA .SIAPA PARPU MAHU MENGARAHKAN PEMUDA. Pihak polis ada memberi amaran agar jangan teruskan demonstrasi ini, Ini bermakna si kari akan menentang undang-undang dan kerajaan pada hari Sabtu ini. Parpukari akan bertembung dengan pihak Polis. Parpukari akan menjerit diatas jalan dengan bahasa yang biasa digunakan sejak kecil , Fuck you ...fuck you...... huh hebat Parpukari menjerit sabtu ini. Hebat dalam blogging ini. Parpukari ini merasakan di setaraf dengan Kadir Jasin , Rocky Bru ..... ha ha ha.......... Kononnya dia sekarang sedang berperang dengan KJ. huh...hebat...... KJ tak tahu langsung dengan apa yang berlaku dilaman aman picisan macam lman kita ni Parpu ....jangan nak perasanlah ..kamu sedang berperang dengan kami , anak anak picisan. Jangan ingat lah bloogers terama tahu apa kamu buat. Taraf blog ita taraf picisan saja. Jangan nak perasan hebat la....... Kalau setakat carut jadi kekuatan blog Parpukari, jangan haraplah bloggers elit nak baca blog kamu. Yang masuk itu nak bersantai saja nak teguk badut.

Sungguh memalukan UMNO kerana dalam blog yang kuat mencarut. Gambar gambar yang biadab. Udah udahlah mamak, belajarlah menulis dahulu , bukan mencarut.

Kiriman : Izham Anwar , Manjoi Perak http://www.prokhairy.com/

Monday, July 27, 2009

Pemuda UMNO Bukan Lahir Sebagai Pejuang Jalanan


Sabtu ini, penyokong Pro dan anti ISA , masing masing akan berarak bagi menyatakan pandangan mereka mengenai ISA. Jelas kita akan sama sama mengira berapa ramaikah penyokong Pro ISA dan penyokong anti ISA yang akan dikumpulkan. Apabila dua penyokong Pro dan anti berada di jalanan dan masing-masing akan cuba menunjukkan kekuatan masing-masing dan seandainya ada hilang kawalan , maka akan tercetuslah satu keganasan.

Yang susah adalah orang awam yang tidak berminat dengan politik , peniaga yang mahu mencari rezeki terpaksa menutup kedai yang merupakan punca rezeki mereka. Pelancong akan melihat betapa rakyat Malaysia yang mengamal budaya jalanan. Apakah dengan berdemonstrasi di jalanan akan mengubah keputusan kerajaan, Ini Malaysia dan bukan nya Thailand atau Indonesia. Sejarah penunjuk perasaan kita belum sampai ke tahap yang mereka berani merengkok didalam penjara lagi. Mereka tidak mungkin memilih penjara apabila tidur malam di rumah dalam bilik berhawa dingin dan makan makanan yang lazat lazat.

Apa keuntungan mereka ini berdemonstrasi melainkan menunjukkan ke tidak matangan mereka dalam mencari penyelesaian.Pastinya pihak Polis akan memberikan amaran dan pastinya yang bersalah akan ditahan dan direman beberapa hari. Siapa yang rugi. Pastinya juga kita tidak akan dapat memasuki Bandar Raya minggu ini kerana sikap yang tidak bertanggung jawab mereka yang mahu melakukan demonstrasi ini. Siapakah mereka ini. Majoritinya yang akan berada di jalanan ini adalah bangsa Melayu.

Nampaknya Anwar Ibrahim tersenyum kerana budaya yang dipupuknya kini telah menular di kalangan orang-orang Melayu yang anti beliau sebelum ini. Jelas orang-orang ini juga yang mahu mencari penyelesaian dengan jalan yang lakukan oleh Anwar Ibrahim selama ini.Jika ini dilakukan setiap minggu . Siapa yang akan menanggung akibatnya nanti. Rakyat yang tidak berdosa , kerana ini akan meruntuhkan juga ekonomi negara dan membayangkan bahawa kerajaan kita sekarang tidak stabil.

Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat dan hingusan mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dij alan raya. Kami bersetuju dengan saranan Khairy Jamalauddin agar Pemuda jangan ikut serta dalam perhimpunan Sabtu ini, Khairy tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Tetap kan pendirian dan pastikan pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.

Nota : Tahniah kepada saudara Parpukari yang begitu hebat mengutuk saranan Khairy Jamaluddin kerana menghalang Pemuda untuk berdemonstrasi. Untuk pengetahuan saudara Parpukari. Jika anda merasakan bahawa anda hero kerana menjadi dalang kepada perarakan ini , kami hanya mengucapkan syabas kerana menggunakan jalanan sebagai jalan penyelesaian kepada sebarang kekalutan. Saya berharap dapat melihat gambar Parpukari tidur di bawah tayar Truck FRU seperti yang dilakukan oleh Tian Chua sebelum ini. Tapi biasa mamak ni penakut sikit , berani masa ramai saja.

kiriman Email: Zainuri (Ketua Pemuda UMNO Kelang)

Sunday, July 26, 2009

Bersama menjanakan pemikiran sihat di KJFC




Khairy Jamaluddin Fan Club (KJFC) yang baru dilancarkan 21 Julai, 2009 di Laman Facebook diberitakan mendapat sambutan hangat, sehingga hari ini hampir 500 orang yang mempunyai akaun dengan Facebook telah menjadi ahli KJFC. Purata 100 ahli baru berdaftar dalam masa satu hari.

Dengan sukacitanya saya, Bro Jinggo, Pengerusi KJFC dan juga Exco Wilayah BPN mengalu-alukan sahabat-sahabat dari BPN, rakan-rakan blogger dan pembaca Internet untuk turut serta bersama kami di KJFC.

Disamping itu juga kita dapat menanam semangat setiakawan, berani berubah, 1Malaysia diantara bloggers dan juga pelayar-pelayar di internet; menjanakan pemikiran sihat, hasrat dan cita-cita yang jitu dan kental serta mempunyai sifat-sifat positif untuk setiap ahli serta agar dapat melahirkan lebih banyak lagi bloggers ditanah air kita.

Merancang, melaksanakan dan menilai program dan aktiviti ahli, mengusahakan dan membangunkan aktiviti yang berprestij, global dan menekankan kaedah-kaedah terkini serta kehendak semasa.

Memberikan peluang dan memdedahkan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi kepada ahli serta menganjurkan kursus, seminar yang berkaitan dengan teknologi maklumat.

KJFC turut mengundang anda untuk mengikuti ekspedisi ekspedisi kami seperti EXPLORE NATURE, INCALCATE CULTURE AND WITNESSING THE HISTORY. Pastikan anda bersedia untuk aktiviti2 lasak . KJFC ke arah persefahaman dan perpaduan selaras dengan konsep 1Malaysia.

Kami juga mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan bagi memperbaiki kelemahan KJFC supaya akan memberi lebih manfaat lagi kepada semua ahli di masa hadapan. Sekiranya ada kekurangan, kami di KJFC, ingin memohon berbanyak maaf dan seharusnya kami akan berusaha untuk buat yang terbaik dimasa hadapan..

Akhirkata, semoga KJFC akan terus berkembang dan harapnya kita dapat berjumpa lebih ramai lagi ahli KJFC dimasa akan datang.

Klik disini untuk mendaftar sebagai ahli KJFC

Salam Perjuangan

Bro Jinggo

Pengerusi KJFC

Thursday, July 23, 2009

PAS serah pada Dewan Ulama tentukan tindakan Nizar




RANTAU PANJANG: Pas menyerahkan kepada Dewan Ulama untuk mengeluarkan fatwa atau hukuman terhadap tindakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Dr Mohd Nizar Jamaluddin yang menyertai majlis nyalaan lilin di Ipon bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Selangor.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob berkata pihaknya tidak mahu terburu-buru mengeluarkan sebarang kenyataan dan membiarkan Dewan Ulama PAS untuk kemukakan sebarang pandangan.

"Kita serah sahaja kepada Dewan Ulama PAS untuk tentukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah projek fasa kedua di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Zambry yang mahukan ulama PAS memberikan pandangan agama terhadap tindakan Nizar yang menyalakan lilin untuk memperingati kematian Teoh.

Di KOTA BHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada

Wednesday, July 22, 2009

Najib umum penubuhan Suruhanjaya Di Raja


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengarahkan supaya inkues siasatan terhadap kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian.

Najib juga mengumumkan satu penubuhan Suruhanjaya Diraja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunakapai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh.

Teoh, ditemui mati di koridor luar tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam yang turut menempatkan pejabat SPRM Selangor di Tingkat 14 minggu lalu.

Monday, July 20, 2009

Himpunan ”jatuhkan hukuman” anjuran Pakatan Pembangkang


Stadium Kelana Jaya dibanjiri lebih 3000 orang menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor.

Pakatan Pembangkang terus berusaha untuk membakar ‘kemarahan’ orang ramai berkaitan dengan kematian Teo Beng Hock, bekas pembantu Exco Selangor yang dijumpai mati dipercayai jatuh di Plaza Masalam selepas disoal siasat oleh SPRM.

Petang semalam, Pakatan Pembangkang menganjurkan satu perhimpunan di Stadium Kelana Jaya bagi membolehkan para pemimpin mereka ‘menyerang’ kerajaan berhubung dengan isu berkenaan.




Dalam stadium berkenaan, kain rentang ‘Keadilan Untuk Beng Hock’ banyak digantung d samping sepanduk “MACC murderer” , "dari kematian demokrasi ke kematian teo beng hock – siapa pembunuh” dan "Najib Jawab".

Walaupun siasatan polis masih dijalankan, nampun perhimpunan tersebut jelas sudah meletakkan kesalahan kepada kerajaan dan menuduh SPRM bertanggungjawab.

Hampir semua pemimpin yang berucap mengulangi perkara yang sama. Masing-masing bertindak menjadi juri dan hakim dan seolah-olah sudah menjatuhkan hukuman SPRM bersalah sebagai pembunuh.

Selain itu, nama Datuk Khir Toyo, Datuk Ahmad Said dan Tan Sri Musa Hassan seringkali disebut, sementara isu seperti PKFZ, Kugan, Altantuya juga dijadikan modal ucapan.

Menurut penganjur, perhimpunan itu bertujuan untuk mengumpulkan 10,000 tandatangan bagi membolehkan pakatan pembangkang menghantar petisyen kepada kerajaan menuntut tiga perkara iaitu mendesak ditubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kes berkenaan, mendesak Pengarah SPRM meletakkan jawatan dan menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz memohon maaf secara terbuka kerana membuat kenyataan dengan andaian Beng Hock mati kerana terjatuh sendiri.

Pada perhimpunan berkenaan, hasrat untuk mendapatkan tandatangan 10,000 orang tidak tercapai kerana yang hadir tidak melebihi 4,000 orang. Malah daripada jumlah itu, ada yang kelihatan enggan menurunkan tandatangan mereka terhadap petisyen yang hendak dibuat.

Jumlah kehadiran ini hampir sama dengan kehadiran perhimpunan 100,000 orang yang juga diadakan di tempat yang sama hampir sebulan lalu yang bertujuan menjelaskan penolakan pakatan pembangkang terhadap idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain menjadikan SPRM, kerajaan dan beberapa pemimpin sebagai sasaran, perhimpunan tersebut mencatatkan satu sejarah baru apabila kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang melalui kenyataan Menteri Besar dan Ketua Menteri masin-masing memberikan ‘pengiktirafan’ kepada amalan berkesedudukan atau pun hubungan tanpa ikatan perkahwinan yang sah.

Ini apabila, kedua-dua kerajaan negeri mengumumkan akan mengambil tanggungjawab untuk menjaga kepentingan teman wanita Beng Hock yang kini mengandung anak hasil perhubungan mereka.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula sebagai mana biasa terus menjatuhkan hukuman SPRM bertanggungjawab membunuh Beng Hock dan mendesak Ketua Pensuruhjaya SPRM, Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan.

Selepas itu Guan Eng pula mendesak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan dan dengan megah mengumumkan kerajaan Pulau Pinang dan Selangor tidak akan melayan sebarang permintaan SPRM untuk datang ke pejabat suruhanjaya untuk disiasat.

“Jangan harap kami akan datang pejabat SPRM. Pejabat mereka di Pulau Pinang pun terletak di bangunan tinggi. Kalau nak jumpa atau siasat kami boleh datang ke pejabat kerajaan negeri,” katanya,

Tan Sri Khalid pula mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Hadi Awang akan jelajah satu Malaysia untuk berkempen memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock.

Ketika Khalid sedang mengakhiri ucapannya, muncul pula Karpal Singh buat pengumuman beliau akan dakwa SPRM di mahkamah berhubung kes Beng Hock dalam sehari dua.


Di akhir perhimpunan tersebut, seorang penyokong bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia and Berita Harian ekoran ulsan mengenai kematian Teoh yang didakwa berbaur perkauman.

Ini berkaitan dengan beberapa laporan yang menganggap PKR cuba melemahkan institusi yang didominasi oleh orang Melayu seperti SPRM.

Thursday, July 16, 2009

Angka 11 tak menjadi: PAS menang UMNO berjaya




Oleh: Badrul Hisham Abdul Aziz

PAS mengekalkan kerusi dewan undangan negeri Manek Urai dalam pilihanraya kecil semalam dengan angka unik iaitu 65 undi sahaja. Dalam pilihanraya umum 2008 parti itu cukup bergaya dengan majoriti tinggi iaitu 1,352 undi. Dua jumlah yang ibarat bumi dengan langit tetapi ada satu persamaannya iaitu 6+5 menjadi 11 dan 1+3+5+2 juga berjumlah 11 - nombor pilihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jumlah undi yang diraih oleh calon Barisan Nasional yang diwakili UMNO, Tuan Aziz Tuan Mat 5,283 juga mengandungi angka 11 jika dua angka terakhir 8 dan 3 dicampurkan. Lapan puluh tujuh peratus daripada 12,293 pengundi berdaftar atau 10,0631 orang juga membawa angka 11 apabila 1+0+6+3+1 dijumlahkan.

Bagaimanapun, bukan nombor atau angka yang menjadi pertaruhan dan perkiraan dalam pilihanraya kecil Manek Urai itu. Apa yang menjadi perbualan hangat ialah mengenai keputusan yang agak mengejut dan memeranjatkan. Umum menjangkakan PAS dengan mudahnya akan mengekalkan kerusi itu seperti yang diduduki wakilnya Allahyarham Ismail Yaakob.

Lama sungguh PAS bertapak di Manek Urai sehinggakan UMNO terpaksa berhempas pulas bekerja siang dan malam untuk menambat hati para pengundi di situ. Peningkatan jumlah yang menunaikan tanggungjawab masing-masing semalam menjadi bukti kepada hakikat itu. Suruhanjaya Plihanraya (SPR) sendiri hanya menjangkakan 85% akan keluar mengundi tetapi hakikatnya peratusan meningkat 87%.

Di sebalik kemenangan PAS mengekalkan kerusi itu, kejayaan UMNO juga mulai terpancar.Pertama UMNO dapat mengurangkan majoriti PAS hingga menjadi sangat tipis hinggakan Datuk Husam Musa yang diminta ulasannya memberitahu pihaknya pada mulanya menjangka PAS akan tewas.

UMNO dan Barisan Nasional juga berjaya mengajak lebih banyak pengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing khususnya di kalangan pengundi muda yang selama ini merasa selesa dengan keadaan dan berpendirian ‘apa nak jadi, jadilah’ atau sikap ‘tidak apa‘.

Orang lama, orang berpandangan agama dan penduduk kampung yang kurang pendedahan sudah agak pasti berada di belakang Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang dilihat sebagai orang yang serba tahu, serba betul dan serba-serbi hebat. Jadi pilihan yang ada ialah fokus kepada pengundi muda dan pengundi luar.

Fokus ini menjadi dan UMNO berjaya menambat hati mereka.!

Secara simbolik atau terrsembunyinya, pendekatan UMNO mengawal emosi, tidak mencabar walaupun dicabar turut memenangi hati rakyat dan pengundi. Pilihanraya kecil ini membuktikan berjalannya proses perpaduan ummah di mana UMNO tidak dilihat telah mencela, memburuk-burukkan calon atau tokoh-tokoh lawan walaupun sebaliknya dilakukan terhadap mereka.

Hanya ada satu kes jenayah yang berlaku iaitu membaling batu yang mencederakan dua orang anggota Puteri UMNO. Sepanjang tempoh berkempen atau sebelum daripadanya, proses perpaduan atau berkempen secara ‘adik-beradik’ telah berjaya dipaparkan di Manek Urai.

Proses perpaduan yang diimpikan oleh Presiden PAS Datuk HajI Hadi Awang dan disokong oleh timbalannya, Nasharuddin Mat Isa tetapi disanggah keras oleh Nik Aziz nampak mula berputik di situ. Jentera atau pekerja BN boleh menziarahi bilik-bilik gerakan lawan dan begitu juga sebaliknya.

Walaupun terdapat segelintir ahli dan penyokong PAS yang menyorak dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sewajarnya dan diselang-seli dengan takbir, sepertimana yang terjadi terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia hanyalah kes terpencil dan bukannya budaya seperti mana yang sering berlaku dalam pilihanraya-pilihanraya lain.

Pendekatan UMNO yang tidak menyorak, mencela atau menghina pihak lawan, sebaliknya merapati rakyat dengan penerangan mesra, mendalami masalah dan mencari penyelesaian serta bersahaja adalah satu lagi kejayaan sehingga berjaya menambat hati rakyat, khususnya warga-emas yang telah lama tidak mendapat perhatian dan pembelaan.

Keseluruhan pemimpin UMNO menyatakan rasa puas hati walaupun tidak memenangi kerusi Manek Urai kerana mereka dapat melihat keputusan pilihanraya kecil itu telah membawa petanda yang bakal membawa kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat keputusan itu sebagai petanda angin perubahan yang merupakan satu isyarat jelas yang menunjukkan rakyat mahukan pembaharuan. Ini tentulah hasil perubahan dan kejayaan segera yang dicapai melalui pentadbiran 1 Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan semua pemimpin turun padang dan menjiwai rakyat.

Muhyiddin serta keseluruhan bala jenteranya di Manek Urai termasuk Datuk Mustapha Mohamad selaku pengarah pilihanraya telah berjaya mengenengah dan menyebar luaskan konsep itu sehingga pengundi PAS berpihak kepada UMNO.

Seperti kata Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan;” Kemenangan tipis PAS membuktikan sokongan penyokong pembangkang dan rakyat telah mula kembali kepada BN dan rakyat mula menerima pendekatan yang ditetapkan oleh BN.”

Apakah makna ‘kejayaan’ ini…? Inilah persoalan yang lebih berat untuk diberi perhatian dan jawapan. Seperti lazimnya, beberapa pilihanraya kecil akan berlaku sebelum menjelangnya pilihanraya umum. Pilihanraya kecil masa depan akan hanya membawa makna dan pengertian sebenarnya jika BN menempa kejayaan.

Bagaimanakah mahu pastikan kejayaan itu..? Tentulah bermula dengan kerja keras di Manek Urai dijadikan sebagai titik permulaan. Prestasi baik di Manek Urai harus diterus dan diterapkan di seluruh negara tanpa menunggu wujudnya sesuatu pilihanraya kecil..

Turun padang dan mesra rakyat wajar dijadikan budaya kerja yang berterusan bukan dilakukan secara bermusim seperti apabila ada pilihanraya ataupun pemilihan parti di peringkat bahagian. Mungkin UMNO dan BN wajar belajar daripada PAS iaitu berceramah dan mendekati rakyat sepanjang masa.

Di negeri-negeri Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang, orang Melayu khususnya ahli UMNO harus menukar sikap bahawa mereka sebenarnya adalah pembangkang di negeri masing-masing. Mereka tidak boleh lagi merasa selesa dengan bergantung kepada kerajaan persekutuan semata-mata. Mereka harus membuang sikap merasa selesa dan selamat.

Dalam pilihanraya 2008 dahulu tidak ada sesiapa yang menduga Selangor akan hanyut ke tangan pembangkang, tetapi itulah hakikat yang berlaku. Ketika itu, semua orang merasa selesa dan selamat sehinggalah pakatan pembangkang mengucapkan selamat tinggal kepada mereka..

Dengan menyematkan perasaan sebagai pembangkang di bumi tanah Melayu sendiri, diharapkan akan tercetuslah perasaan untuk berjuang dan mempertahankan bumi bertuah ini dan jambatan perjuangan itu adalah jambatan UMNO sendiri.

Di samping itu, UMNO mungkin perlu terus menghulurkan tangan persahabatqan kepada PAS dan membuang sikap memusuhi dan membenci parti itu kerana perpaduan ummah serta kebaikan bersama harus dicuba dan diutamakan..

Biarlah pahit untuk UMNO menelannya dan amat getir untuk PAS melalui hakikat itu, atas nama kesinambungan agama, bangsa dan tanahair semangat 1 Malaysia wajib diterapkan iaitu rakyat diutamakan, pencapaian diutamakan. Semoga manek akan terurai menjadi kerlipan intan waktu siang dan sinaran bintang pada waktu malam.

Agenda Daily

Wednesday, July 15, 2009

Gelombang BN makin pulih




Walaupun tewas, Umno sudah pastinya akan melaungkan bahawa pengaruh parti itu sudah semakin pulih sejak krisis kepemimpinannya dan prestasi buruk pilihanraya umum 2008.

Manakala pengaruh PAS khususnya, dan Pakatan Rakyat amnya, semakin terhakis.

Apatah lagi dengan kehadiran tokoh-tokoh besar Pakatan - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Kit Siang dari DAP. Manakala Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pula mengetuai jentera pilihanraya PAS di Manek Urai.

Manakala jentera pilihanraya BN, khususnya Umno, diketuai oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama dengan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed.

Nampaknya, harapan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebagai petanda berakhirnya kekalahan BN dalam siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008, begitu hampir menjadi kenyataan.

Namun, kemampuan BN menghakis majoriti PAS - daripada 1,352 undi kepada hanya 65 undi - boleh dianggap satu kejayaan terbesar kepada BN di Semenanjung dalam enam pilihanraya kecil.

Apatah lagi, DUN Manek Urai merupakan kubu kuat PAS selama ini. BN hanya berjaya merampas DUN tersebut pada pilihanraya umum 2004 dengan majoriti tipis 53 undi.

Tuesday, July 14, 2009

MANEK URAI PERLUKAN BN LEBIH DARIPADA PAS YANG HANYA MAHU KEMENANGAN



‘Kepada pengundi kawasan DUN Manek Urai, selamat menjalankan tanggungjawab anda membuat pilihan terbaik hari ini’

Oleh SABRANI MUIN

SESUNGGUHNYA, BN dan Pas hanya boleh memujuk pengundi untuk mengundi mereka. tetapi pengundi belum menjanjikan apa-apa keputusan sehinggalah peti undi ditutup hari ini dan pengiraan undi tamat. Baru itulah kita tahu apakah pilihan pengundi sebenar-benarrnya setelah mereka mendengar kempen yang berlangsung selama 10 hari lalu.

Dalam mana-mana pilihan raya, semua parti yang bertanding akan menaruh harapan tinggi untuk menang. Sekadar membuat tekaan, apa pun boleh. Penyokong Pas akan kata Pas akan menang. Begitu juga dengan penyokong BN, mereka akan kata BN menang kali ini.

Tidak kurang pula yang mengatakan soal menang atau kalah adalah soal lain. Yang pentingnya ialah masing-masing telah menunjukkan satu teknik berkempen yang tidak mencetuskan perbalahan, pergaduhan mahupun keganasan sejak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkenalkan garis panduan baru.

Tanpa pondok panas, tanpa membenarkan mana-mana parti yang tidak berkenaan mencampuri kempen dengan memasang bendera parti masing-masing adalah merupakan satu langkah yang telah membuktikan cara terbaik bagi memastikan ruang untuk parti bertanding lebih tersusun.

Untuk Barisan Nasional mengila-gila mahukan kemenangan di Manek Urai adalah tidak benar. Apa yang dijanjikan seperti menjadikan ia anak emas dan membina jambatan dengan limpahan jutaan ringgit hanya akan berlaku jika BN mendapat mandat dari pengundi. Jika kalah, tidak ada sebab pula kerajaan pusat mahu meneruskan janji itu.

Tetapi sepertimana yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai peruntukan RM125.9 juta untuk meningkatkan taraf pendidikan rakyat di daerah itu adalah sememangnya sudah terkandung dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) dari jumlah RM1.7 bilion untuk membiayai 75 projek pembangunan termasuk mendirikan 13 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah dan menaikkan taraf dan pembinaan rumah guru serta asrama.

Peruntukan ini tidak ada ada kaitan tambahan untuk memancing undi, tetapi lebih kepada memaklumkan kepada penduduk Negeri Kelantan bahawa walaupun Negeri Kelantan bukan diperintah BN tetap mempunyai peruntukan untuk pendidikan. Muhyiddin terpaksa memaklumkan di musim kempen ini kerana ada tohmahan yang mengatakan kerajaan perekutuan telah mengabaikan Kelantan terutama di daerah Kuala Krai.

Dalam soal pendidikan, kerajaan BN terbukti tidak memilih bulu atau membeza-bezakan keperluan rakyat tidak kira ianya diperintah oleh siapa. Ia berbeza dengan janji membina jambatan, memberi taraf anak emas atau menjadikan Manek Urai sebagai kota agropolitan umpamanya.

Sememangnya selama ini, kemunduruan Negeri Kelantan selalu dikaitkan dengan kerajaan persekututan tidak ambil peduli dan kononnya kerana itulah Kelantan dilihat sebagai negeri kurang maju berbanding negeri-negeri yang diperintah oleh BN. Untuk memajukan sesebuah negeri, ia amat bergantung pada kecekapan, kemampuan, kretiviti dan kebijaksanaan parti yang memerintah.

Tetapi perkara asas terutamanya pendidikan, memang menjadi tanggungjawab kerajaan pusat meyamaratakan peruntukan supaya pembangunan pendidikan menjadi seimbang sebagai bantuan asas kepada negeri dalam sebuah negara. Soal rakyat Kelantan dengan masalah pelupusan sampah, perumahan, pengindahan atau seumpamanya adalah tanggungjawab kerajaan negeri.

Sekiranya di Manek Urai BN dapat ‘tawan’ dalam pilihan raya kecil kali ini, tentunya dalam masa yang singkat, ia akan menjadi satu kawasan yang dilimpahi dengan pelbagai bentuk pembangunan sebagai menunjukkan BN lebih mampu menyediakan satu pasarana persekitaran yang berbeza jika dibandingkan dengan kawasan lain di Negeri itu kelak.

Sebaliknya, atas sebab itulah juga, Pas bermati-matian tidak mahu pengundi memilih BN kerana apa yang BN akan lakukan selepas ini tentu sekali akan membeliakkan mata kawasan-kawasan lain yang tidak mampu menandingi kemajuan ketara di Manek Urai sekiranya BN menang.

Mungkin selama ini Pas tidak memikirkan langsung pasal pembangunan seperti menjadikan mana-mana kawasan di negeri itu di mana terdapat hasil tani yang berpotensi dijadikan kawasan agropolitan. Mungkin Pas tidak terfikir atau tidak mampu untuk membina jambatan lebih selesa kepada penduduk di Manek Urai atas polisi gunakanlah apa yang ada sudah memadai.

Itu satu perbezaan yang ketara antara kerajaan Pas dan BN. Selain daripada BN mampu dari segi kewangan, ia juga mampu menyediakan pakar untuk memajukan sesuatu pembangunan mega yang moden yang pasti menjanjikan pulangan hasil jauh lebih berganda untuk dilimpahkan semula kepada rakyat terus menikmatinya.

Atas sebab itu juga, secara kasarnya BN tidak perlu terkilan kalau pengundi tetap memilih Pas tetapi penduduk Manek Urai yang memerlukan BN untuk menikmati perubahan yang mana hanya BN yang mampu merealisasikan apa yang dijanjikan dan seterusnya melaksanakan tambahan-tambahan untuk menyesuaikan dengan kedudukan anak emas kawasan itu.

Semuanya terserah pada pengundi untuk membuat pilihan mereka. Kepada pengundi kawasan DUN Manek Urai, selamat menjalankan tanggungjawab anda membuat pilihan terbaik hari ini.