Thursday, July 1, 2010

Anwar Beritahu Rakan Amerika Beliau Kesal Guna Istilah "pencerobohan Zionis"


KUALA LUMPUR, 30 Jun- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu rakan-rakannya di Amerika bahawa beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis", lapor akhbar Washington Post pada Isnin.

Dalam artikel yang ditulis timbalan editor ruangan rencana pengarangnya Jackson Diehl, akhbar itu berkata Anwar berada di Washington selama beberapa hari minggu lepas.

"(Beliau) menghabiskan banyak masa untuk memberi penjelasan kepada rakan-rakan lama, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan, Howard Berman dan seorang dua pemimpin Yahudi," tulis Diehl dalam artikel bertajuk "Flirting with zealotry in Malaysia" (Bercanda dengan kefanatikan di Malaysia).

Anwar berkata beliau kesal kerana telah menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis" yang lazim digunakan oleh "penghasut terkenal seperti Mahmoud Ahmadinejad", kata Diehl.

"Kenapakah saya menggunakannya sedangkan ia telah menimbulkan begitu banyak salah faham? Saya perlu lebih berhati-hati," kata Anwar, yang juga penasihat Parti KeAdilan Rakyat (PKR) seperti yang dipetik penulis itu.

Akhbar itu juga menyebut bahawa Anwar menyertai satu tunjuk perasaan di luar kedutaan Amerika di Kuala Lumpur baru-baru ini di mana sehelai bendera Israel telah dibakar dan telah membuat sindiran pedas tentang firma perhubungan awam berpejabat di Washington "yang dikuasai Yahudi" Apco Worldwide, yang digunakan khidmatnya oleh kerajaan Malaysia.

Diehl berkata kebanyakan rakan Anwar, termasuk bekas diplomat dan bekas pemimpin Bank Dunia Paul Wolfowitz nampaknya berkecenderungan untuk memberi peluang kepada beliau untuk bernafas.

Diehl berkata Wolfowitz memberitahu beliau: "Apa yang Anwar lakukan adalah salah, tapi memandangkan beliau sedang bergelut untuk hidup -- secara fizikal dan dalam bidang politik -- daripada serangan sebuah kerajaan yang menyifatkannya sebagai 'boneka Yahudi', kita patut beri sedikit ruang kepadanya".

Kata Diehl dalam perbicaraan kes liwat keduanya sekarang, Anwar tidak mendapat sokongan daripada Amerika seperti yang diterimanya ketika menghadapi tuduhan liwat kali pertama dahulu di mana naib presiden ketika itu dan rakan-rakannya yang lain telah membela pemimpin pembangkang itu.

Presiden Barack Obama sendiri tidak berkata apa-apa secara terbuka tentang Anwar ketika beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Washington pada April, katanya.

Beliau berkata Anwar mempunyai cara sendiri untuk melawan dengan cuba membalas balik tuduhan bahawa beliau adalah ejen Israel dan "pengampu Amerika yang memuja Wolfowitz".

"..dia cuba melawan balik dengan mendakwa Apco telah memanipulasikan kerajaan supaya menyokong kepentingan Israeli dan Amerika. Beliau juga berkata ejen Israel telah menyusup ke dalam pasukan keselamatan Malaysia dan terlibat secara langsung dalam perjalanan kerajaan," tulis Diehl.

-- BERNAMA

Nik Aziz Cabar Karpal Buktikan Dasar Islam Pas Salah




KOTA BAHARU, 30 Jun (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan PAS, yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau, yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam PAS jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Nik Abdul Aziz berkata PAS akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir dari pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat PAS itu, ia merupakan pendapat peribadi masing-masing.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar PAS itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, Rabu.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas, sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri, bukannya dari DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS itu salah, kata Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, setakat ini Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar.

Mengenai pengeluaran lesen minuman keras di negeri ini, beliau mengakui kerajaan negeri ada mengeluarkan lesen premis perniagaan untuk menjual minunam keras di kalangan bukan Islam di negeri ini.

"Kerajaan hanya mengurus atur lesen premis penjualan minuman arak kepada bukan Islam, tetapi tetap tidak membenarkan orang Islam minum minuman keras itu. Kita juga tetap tidak mengeluarkan lesen untuk premis perjudian, kerana judi diharamkan oleh semua agama," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti pembangkang mahu kerajaan negeri pimpinan PAS Kelantan membuktikan tidak mengeluarkan lesen judi dan arak di negeri itu.



-- BERNAMA

Wednesday, June 30, 2010

Ulama Umno fokus program 'kukuhkan iman'




Sekumpulan ulama muda yang menyertai Umno baru-baru ini membentangkan beberapa cadangan, antaranya bagi mengukuhkan pegangan agama dan akidah umat Islam kepada pergerakan Pemuda parti itu malam tadi.

Menurut jurucakap kumpulan itu Fathul Bari Mat Jahaya, dalam perbincangan yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, selain mahu memfokuskan kepada program pengukuhan iman dan akidah, ulama muda mahu mengetengahkan konsep "Islam for All" (Islam untuk semua).

"(Hasilnya) Positif. Hasrat kita hendak berdakwa disambut baik oleh Khairy. Kita akan buat mesyuarat susulan.

"Setakat ini cuma bincang dulu cadangan-cadangan yang boleh dibuat," kata Fathul yang juga anak bekas mufti Perlis Mat Jahaya Yussin.

Fathul - Ulama lepasan universiti di Madinah dan Jordan itu - diminta mengulas pertemuan dua jam kumpulannya dengan exco-exco Pemuda Umno di ibu pejabat pergerakan itu di Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam tadi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Fathul bagaimanapun menjelaskan, semua cadangan itu masih di peringkat awal dan akan dibincangkan lagi dengan pertemuan-pertemuan susulan selepas ini, termasuk dengan pelbagai pihak lagi dalam Umno.

"Pertemuan semalam lebih kepada taaruf (berkenalan) dan mengenali struktur Umno sebagai sebuah organisasi," kata penasihat agama di Institut Jantung Negara (IJN) itu.

Ditanya sama ada cadangan Islam for All itu mahu menyaingi pendekatan PAS for All dalam parti lawan, Fathul sambil ketawa menafikannya.

"Kami mahu gambarkan Islam itu untuk semua, bukan semata-mata untuk pihak tertentu, orang tertentu dan bangsa tertentu," katanya ulama dalam bidang hadis itu.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah sebenar ulama yang menyertai mesyuarat malam tadi. Beliau sebaliknya hanya berkata "ramai".

Sementara itu, Fadlan Mohd Osman - yang mengetuai kumpulan 40 ulama menyerahkan borang keahlian Umno kepada presidennya Datuk Seri Najib Razak Jumaat lalu - pula berkata kemungkinan kumpulan itu akan bergerak melalui satu biro khas dalam pergerakan itu.

"Hasrat berdakwah itu disambut baik oleh Khairy, mungkin dengan pembentukan lajnah (biro)," kata pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

"Semua ini masih di peringkat idea. Kita akan drafkan dulu cadangan kepada Pemuda dan Umno."

PERHATIAN : ISU ( 40:1) - BLOGGER BANTU UMNO.!



Apa itu malapetaka 40:1 ? Ia adalah nisbah jumlah pengundi berdaftar antara kaum. 40 bukan melayu dan 1 untuk melayu. Maknanya, selepas 40 pengundi bukan melayu mendaftar, barulah diikuti dengan 1 melayu.

Berita menggemparkan ini menjadi bualan rakyat.
yang jelas melatah dalam isu nisbah 40:1 ini adalah ketua pemuda DAP, YB Loke. Tak pasti apa punca dan mengapa perlunya untuk ketua pemuda parti anti islam/melayu ini melatah ?

Atas platform mana dan atas dasar apa YB Loke perlu menuduh isu ini RASIS ?

Adakah kerana rahsia besar 'pemikir pemikir' komunis untuk menguasai kerusi parlimen telah di dedahkan dalam media ? Adakah benar agenda 40:1 yang diarahkan oleh Chen Man Hinh ( penasihat seumur hidup DAP) telah diketahui umum ?

Apa sebab DAP nak melatah aku tak peduli, yang penting signal 40:1 ini adalah amaran kepada seluruh umat islam dan bangsa Melayu. Mereka merangka strategi terbesar Malaysian Malaysia.

MAKLUMAT UNTUK SELURUH PIMPINAN UMNO.

Di sini aku detailkan senarai penting statistik :-

JUMLAH PENGUNDI,JUMLAH PENGUNDI YANG LAYAK MENGUNDI TETAPI BELUM BERDAFTAR,DAN PENGUNDI BERDAFTAR.

Hentikan segala program merepek. Hentikan juga kegiatan bahagian yang tak pernah buat program. Blogger tak boleh buat apa-apa untuk melaksanakan tugasan ini. tetapi kami melihatkan senario 40:1 ini sebagai malapetaka yang bakal menimpa umat.

Platform kami sekadar mahu membantu UMNO. UMNO Pusat, negeri, bahagian dan cawangan. Maklumat telah kami kumpulkan. Fokuskan kepada jumlah pengundi yang belum mendafar ( lihat statistik di sertakan ). Ini sebahagian daripada gerakan rakyat yang mahukan UMNO/BN merampas balik negeri dan kerusi yang telah hilang.

Pakatan tidak kompeten/tidak mampu lagi untuk memerintah. 2 tahun ini penuh dengan politiking. 16september,liwat,gadai islam,gadai hak melayu,minta bantuan kuasa luar,percakaran politik dalaman pakatan,skandal seks,gadai negara,rompak pasir,rasuah semuanya membosankan kami, membosankan rakyat.

Peluang sudah terhidang di depan mata. Jelas rakyat sudah kembali menyokong UMNO/BN tetapi performance pemimpin UMNO yang ada sekarang wajib berubah !

Signal 40:1 cukup penting kepada pengekalan kuasa bangsa melayu di Tanah Melayu. Jangan pandang remeh cita-cita besar komunis DAP mahu memerintah Malaysia.

BLOGGER SUDAH BANTU UMNO. UMNO TOLONG GERAKKAN USAHA BESAR-BESARAN TAMBAH PENGUNDI, FOKUSKAN KEPADA PENGUNDI BARU DARIPADA BANGSA MELAYU SEBELUM NASI MENJADI BUBUR!!

GAP : http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/

Tuesday, June 29, 2010

DOKUMEN LADANG BABI MEGA PAKATAN SELANGOR DIDEDAHKAN !

april 2008,sebulan selepas memerintah selangor,pakatan telah bercadang membina sebuah ladang babi mega di kuala langat. cadangan ini mendapat bantahan seluruh rakyat selangor termasuk para aktivis alam sekitar.

mengapa perlu sebuah ladang babi mega dibina sedangkan hasil mahsul ekonomi kerajaan negeri selangor cukup banyak dan masih boleh diterokai. aktivis alam sekitar juga membantah pembinaan ladang babi tersebut kerana khuatir akan pencemaran anak sungai di kuala langat seterusnya akan memberikan impak besar kepada pantai morib.

cadangan pembinaan ladang babi mega pada april 2008 ini 'disenyapkan' seketika. hinggalah ia muncul secara senyap-senyap pada 2009. perhatikan kepada tarikh cadangan dan kelulusan NO MTES yang telah dimerahkan tulisannya.

DOKUMEN INI ADALAH HAK MILIK KERAJAAN SELANGOR.
NO FAIL : (R) 508/12 jld. 3 (12)
NO MTES : 2/18/2009

KERTAS MESYUARAT EXCO MTES
daripada unit perancang ekonomi

CADANGAN KAEDAH PENGAMBILAN BALIK TANAH UNTUK TUJUAN 'MODERN PIG FARMING' (MPF) DI MUKIM BATU, KUALA LANGAT.

1. TUJUAN
kertas mesyuarat ini bertujuan memohon pertimbangan dan kelulusan exco MTES berhubung cadangan kaedah pengambilan balik tanah bagi tujuan 'modern pig farming' (MPF) seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat.

2. LATAR BELAKANG

2.1 KEPUTUSAN MMKN 5/2009 BERTARIKH 11 FEBRUARI 2009

-meluluskan pengambilan balik tanah PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat dibawah seksyen 3(1) atau 3(1)(b) kanun tanah negara 1960 mengikut kesesuaian.

3. ULASAN PENGARAH TANAH GALIAN NEGERI SELANGOR.

-ulasan yang berbahagia dato pengarah tanah dan galian negeri adalah seperti berikut.

-pengambilan tanah bagi tujuan modern pig farming (MPF) di mukim batu daerah kuala langat hendaklah mengikut akta pengambilan balik tanah 1960 (APT 1960)
-proses pengambilan dibawah seksyen 3(1)(a) APT 1960 adalah tidak disokong memandangkan ppengambilan bagi projek tersebut tidak mengikuti kehendak seksyen tersebut iaitu bagi apa apa maksud awam.
-disyorkan proses pengambilan bagi projek tersebut dibuat dibawah seksyen 3(1)(b) APT 1960.

4. TINDAKAN MAJLIS TINDAKAN EKONOMI SELANGOR (MTES)
-exco MTES yang bersidang dipohon untuk menimbang dan meluluskan perkara berikut.

a) meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan tanah 1960.

b) task force MPF diminta menyatakan syarat kepada syarikat-syarikat yang berminat agar memasukkan kos pengambilan balik tanah didalam kertas cadangan masing-masing.

c)task force MPF diberi kuasa mengenalpasti individu yang mempunyai kepakaran didalam ternakan babi untuk dijemput sebagai panel penilai ke atas permohonan syarikat-syarikat yang berminat membangunkan MPF

d) pegawai daerah kuala langat akan meneruskan prosedur pengambilan balik tanah setelah kerajaan negeri memilih syarikat yang akan melaksanakan MPF.

5 SYARIKAT YANG BERMINAT MEMBANGUNKAN MODERN PIG FARM

1) PPAD INTERGRATED (M) SDN BHD
shah alam. tindakan mohd hanifah abdul latif

2)BEAUTY PROJECTS SDN BHD
batu caves. tindakan syed abdul jalil shah

3)INDUSTRIAL ENVIRONMENTAL ENGINEERING PTE LTD
singapura. tindakan tan keaw chong

4)CHOROEN PAKPHAND JAYA FARM (M) SDN BHD
pelabuhan klang. tindakan ng kui chong

5)NUMAC MACHINERY SDN BHD
petaling jaya. tindakan chong tim

KEPUTUSAN KERAJAAN SELANGOR PADA 1 JULAI 2009.

CABUTAN DARIPADA KEPUTUSAN MESYUARAT MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KE 22/2009 YANG DIADAKAN PADA 1 JULAI 2009 YANG TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR KE 23/2009 PADA 22 JULAI 2009.

5.3.4 KERTAS EXCO MTES NO :2/18/2009

cadangan kaedah pengambilan balik tanah untuk tujuan modern pig farm (MPF) di mukim batu daerah kuala langat.
daripada : seksyen sektoral UPEN

(R)508/12 jld. 3(12)
IPK SEL (R) 505 jld. 145 (10)

majlis mesyuarat kerajaan negeri telah menimbangkan dan bersetuju meluluskan pengambilan balik tanah di PT3420,PT3425 dan PT3426 seluas 337.09 ekar di mukim batu daerah kuala langat sebagai modern pig farm (MPF) di bawah seksyen 3(1)(b) akta pengambilan balik tanah 1960 dan kos pengambilan dimasukkan dalam model kewangan syarikat seperti syor di para 6 kertas ringkasan.

majlis mesyuarat kerajaan negeri juga bersetuju enakmen berkaitan ternakan babi dipinda.

tindakan : timbalan setiausaha kerajaan negeri (pembangunan), pengarah PTG, pentadbir daerah kuala langat,timbalan pengarah seksyen sektoral UPEN.

AGENDA DAP MENGHALAU KELUAR MELAYU KUALA LANGAT BERMULA !

Sumber : GAP

Saturday, June 26, 2010

PM: K'jaan tidak akan keluar lesen judi sukan




Kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen judi sukan atas pertimbangan agama dan juga kesan politik, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Katanya, perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini, dan keputusan tersebut disokong sebulat suara.

Menurut Najib, di peringkat awalnya, terdapat perbezaan pendapat mengenai perkara itu, tetapi selepas itu, semuanya akur dengan keputusan berkenaan.

Ditanya mengenai parti-parti komponen BN yang menyokong pemberian lesen judi sukan itu, Najib berkata:

"Saya percaya mereka akan menerima keputusan tersebut.'

Menjawab soalan, perdana menteri berkata, Ascot Sports Sdn Bhd telah dimaklumkan mengenai keputusan tersebut.

Friday, June 25, 2010

Tidak wajar desak Khairy letak jawatan



KUALA LUMPUR 24 Jun - Tindakan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendesak Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu sebagai tidak wajar.

Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, soal 'menjual bangsa sendiri' tidak timbul.

''Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda UMNO merupakan antara ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

''Pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Reezal Merican mengulas kenyataan Ibrahim yang mendesak Khairy meletakkan jawatan apabila Ketua Pemuda UMNO tersebut mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa JPA.

Semalam Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Mengulas lanjut, Reezal Merican berkata, kenyataan balas Khairy terhadap Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas semalam adalah dengan niat bagi memperjelaskan keadaan sebenar berkaitan kenyataan oleh Ka Siong dalam konteks yang lebih tepat.

''Ia sekali gus bagi menjernihkan suasana agar ia tidak menjadi salah tanggapan dan polemik yang berpanjangan.

''Selaku Ketua Pemuda UMNO, Khairy tentu sekali mendokong asas perjuangan parti yang tidak pernah menolak, tidak pernah berkompromi dan jauh sekali membelakangkan kepentingan agenda Melayu dan bumiputera,'' katanya.

Siapa Ibrahim Ali ?




Presiden Perkasa bukannya satu jawatan yang boleh membuat Ibrahim Ali sewenang wenangnya membuat kenyataan mengarahkan mana mana Ahli Parlimen BN meletakkan jawatan atau berhenti dari menjadi ahli Parlimen. Siapakah Ibrahim Ali , beliau bukanlah ahli UMNO dan beliau Adalah pembangkang yang bertanding di atas tiket Pas dan keluar dari Pas menjadi ahli Bebas.

Setelah melompat dari ahli UMNO menjadi pembangkang menyertai semangat 46 kemudian masuk balik UMNO dan lompat kembali kepada PAS dan kini lompat lagi sehingga tidak ada lagi tempat untuk melompat akhirnya menubuhkan Perkasa untuk menyelamatkan politik beliau yang kini sudah tidak bertapak.

Menuduh Khairy Jamaluddin menjual bangsa Melayu sememangnya satu tuduhan murahan yang sebagaj mahu mempopular kan diri dan adalah merupakan tuduhan yang jahat, Khairy Jamaluddin yang memperjuangakan agar biasiswa JPA tidak di mansuh kan kerana ramai anak Melayu yang mendapat Biasiswa berkenaan diputar belit kan Kenyataan Khairy ini untuk mengelirukan rakyat. Sebenarnya tidak langsung ada isu bahawa Khairy meminta Biasiswa MARA di mansuhkan dan langsung tidak menyentuh mengenai isu itu.

Bantahan Pemuda mengenai lesen judi juga membayangkan Khairy berjiwa Melayu dan sebagai Ketua Pemuda UMNO sikap Khairy memperjuang hak Melayu tidak perlu dipertikaikan, Ibrahim Ali jika mahu meraih populariti carilah cara yang lebih baik dan bukan hanya sekadar membuat andaian sahaja.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa Khairy Jamaluddin berkompromi mengenai kepentingan Melayu dengan ketua Pemuda UMNO sdr Wee Ka Siong sebenarnya sememangnya tidak berasas. Ibrahim Ali tidak perlu mencuba ke populariti beliau dengan cuba melagakan Pemuda MCA dan Pemuda UMNO. Mereka adalah dari gabungan BN dan selaku Pengerusi Pemuda BN , Khairy berhak mempertahankan kebenaran khususnya apabila Kenyataan Ketua Pemuda MCA di salah ertikan oleh Presiden Perkasa.

Thursday, June 24, 2010

Lesen Pertaruhan Sukan Bolasepak

Dari Meja Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Sewaktu merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tawau pagi tadi, saya telah mengumumkan pendirian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (Pemuda UMNO) berhubung isu lesen pertaruhan atau judi sukan bolasepak.

Walaupun pendirian ini telahpun disampaikan kepada pucuk pimpinan melalui saluran dalaman sebelum ini, kini saya rasa terpanggil untuk menyatakan pendirian Pemuda UMNO secara terbuka kerana masih ada tekanan dari pihak-pihak tertentu untuk menjayakan permohonan Ascot Sports. Syarikat itu juga telah memberi gambaran kononnya mereka telah menerima kelulusan dari Kementerian Kewangan untuk memulakan operasi dengan menawarkan pertaruhan bagi perlawanan bolasepak.

Memandangkan YAB Perdana Menteri masih memberi ruang untuk maklum balas umum mengenai perkara ini, maka Pemuda UMNO mengambil kesempatan ini untuk melahirkan pendirian kami berdasarkan kepada kebimbangan generasi muda.

Pendirian Pemuda UMNO mengambil kira beberapa perkara, antaranya:

1) Lesen pertaruhan ini tidak diterima dengan baik oleh majoriti rakyat Malaysia tidak kira agama. Sudah tentunya umat Islam membantah sebarang cadangan sebegini kerana ia bertentangan dengan ajaran agama disamping tidak yakin dengan jaminan bahawa orang beragama Islam tidak akan terlibat dengan gejala judi ini, walaupun dikendalikan oleh pengusaha berlesen.

Bukan sekadar itu, ramai orang bukan Islam juga tidak bersetuju dengan cadangan pemberian lesen ini, lebih-lebih lagi apabila ada suara yang menyatakan bahawa judi itu adalah sebahagian dari budaya mereka.

2) Hujah bahawa judi sudahpun menjadi perkara yang lazim melalui pasaran pertaruhan haram yang berleluasa juga dapat disanggah apabila kita melihat penguatkuasaan yang berkesan dalam dua minggu yang lepas ini. Isunya bukan sama ada judi itu adalah sebahagian daripada realiti lantas wajar dihalalkan, tetapi yang penting adalah iltizam untuk menguatkuasa undang-undang sedia ada bagi membanteras kegiatan jenayah ini. Mutakhir ini kita membaca laporan mengenai serbuan dan operasi pihak polis membanteras gejala judi habis-habisan. Ini membuktikan bahawa jika ada komitmen dan iltizam, maka masalah judi haram boleh ditangani. Pemuda UMNO di sini juga menggesa agar penguatkuasaan yang kita saksikan akhir-akhir ini bukan bermusim dek kerana isu lesen pertaruhan ini hangat atau musim Piala Dunia, sebaliknya penguatkuasaan perlu dilaksanakan secara berterusan.

3) Persoalan juga timbul mengapa Ascot Sports telah membuat kenyataan mengenai lesen yang kononnya bakal diberi kepadanya tanpa sebarang kelulusan dari Kementerian Kewangan? Bukankah sepatutnya lesen ini ditawarkan secara tender terbuka? Alasan bahawa lesen yang diberi ini kononnya adalah untuk memperbaharui lesen yang pernah diberi dahulu tidak boleh diterima sama sekali kerana lesen tersebut telah pun luput. Maka, Ascot Sports tidak lagi mempunyai hak penafian pertama atau first right of refusal.

Oleh sebab-sebab di atas, Pemuda UMNO membantah sekeras-kerasnya sebarang cadangan pemberian lesen judi atau pertaruhan sukan bolasepak dan berharap bahawa Kerajaan akan mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara ini dalam masa terdekat, setelah mengambilkira sentimen dan maklum balas dari rakyat Malaysia.

Khairy Pertahan Kenyataan Wee Berhubung Isu Biasiswa




KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Khairy Jamaludin berkata kenyataan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berhubung isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak berunusr perkauman sebaliknya bertujuan mempertahankan pemberian biasiswa itu.

Beliau berkata dakwaan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali kononnya Wee mempersoalkan kontrak sosial dan tidak menghormati perlembagaan persekutuan adalah tidak berasas.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, beliau mempertahankan kenyataan Wee kerana telah mendengar sendiri rakaman asal kenyataan itu dan daripada penjelasan yang diberikan juga beliau mendapati tiadanya unsur perkauman dalam kenyataan itu.

"Apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan perkauman yang tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, hak serta kedudukan bumiputera.

"Wee buat contoh, biasiswa JPA ini adalah satu-satunya peluang untuk pelajar-pelajar bukan bumiputera dapat biasiswa dari kerajaan. Jadi dia kata, apakah perasaan masyarakat bumiputera sekiranya biasiswa dan pinjaman Mara itu ditarik balik," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen yang turut dihadiri Wee.

Khairy berkata Ibrahim mungkin tidak sedar bahawa tindakan Wee mempertahankan biasiswa JPA itu sebenarnya turut mempertahankan biasiswa untuk kaum Melayu kerana majoriti mereka yang memperoleh biasiswa adalah kalangan orang Melayu.

"Jadi saya tak faham mengapa ini dipersoalkan. Mungkin cara kenyataan itu dilaporkan boleh menimbulkan persoalan tapi apabila saya mendengar kenyataan asal yang direkodkan dan daripada penjelasan Wee, saya rasa tak ada ruang nak buat tafsiran bahawa kenyataan itu adalah kenyataan berunsurkan perkauman," katanya.

Wee pula berkata kenyataan beliau tidak sekali-kali mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan beliau tidak pernah menyebut bahawa kerajaan perlu memansuhkan biasiswa Mara.

"Saya kesal kerana pihak berkenaan tidak mendapatkan penjelasan daripada saya terlebih dahulu sebaliknya cuba mencipta isu perkauman bagi menarik perhatian umum dan menjadi juara hak-hak Melayu," katanya.

Ibrahim yang turut mengadakan sidang akhbar di lobi Parlimen, masih berpendirian bahawa kenyataan Wee sememangnya bermaksud mempertikaikan hak bumiputera untuk mendapatkan biasiswa.

Anggota Parlimen Pasir Mas itu berkata, Wee sepatutnya tidak mengheret isu pemberian biasiswa Mara dalam kenyataannya kerana biasiswa Mara adalah hak keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ibrahim juga menafikan bahawa kecaman yang dibuatnya bertujuan mendapatkan publisiti murahan tetapi apa yang dinyatakan adalah berdasarkan kepada kajian yang dilakukan oleh Unit Penyelidikan Perkasa yang bertanggungjawab memantau semua laporan yang dikeluarkan dalam akhbar termasuk yang berbahasa Mandarin dan Tamil serta blog.

"Sebenarnya, ini bukan kali pertama beliau mempersoalkan hak keistimewaan Melayu dan mempertikaikan aktiviti Perkasa. Sebelum ini beliau juga mendakwa resolusi yang dicapai ketika Kongres Ekonomi Bumiputera anjuran Majlis Perundingan Melayu yang turut dianggotai Perkasa pada 29 Mei lalu sebagai primitif," katanya.

-- BERNAMA

Wednesday, June 23, 2010

Tunjukkan Bukti Wahai Si Anwar

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaludin serah kepada rakyat untuk menilai Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana gagal menyahut cabarannya supaya membuktikan dalam tempoh 48 jam mengenai dakwaannya bahawa anggota Parlimen Bebas diberi imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan PKR.

Katanya Ketua Pembangkang itu jelas telah membohongi rakyat bila bercakap di Dewan Rakyat dengan menuduh UMNO dan Barisan Nasional terbabit dalam kes lompat parti itu.

"Pemuda UMNO akan berbincang dengan peguam untuk langkah selanjutnya tetapi kita mahu rakyat membuat penilaian terhadap Anwar yang gagal muncul menjawab cabaran saya itu," katanya di sidang media di lobi Parlimen, petang Selasa.

Ditanya samada satu tindakan laporan polis akan dibuat kerana kegagalan Anwar menyahut cabaran itu, Khairy berkata, "tidak ada apa tindakan tetapi Anwar kena bertanggungjawab terhadap tuduhannya itu, kata ada bukti tetapi tak nak tunjuk bukti."

"Kita belum memikirkan laporan polis terhadap Anwar kerana menyimpan bukti jenayah kerana kalau ianya rasuah merupakan jenayah," jelasnya.

Menurutnya, sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal tunjuk bukti maka tidak perlulah dibuat laporan polis, dengan sendirinya rakyat tahu Anwar bohong."

Anwar Ibrahim semasa menjawab soalan wartawan di sidang media di lobi Parlimen Khamis lalu berdolak-dalik berhubung dakwaannya bahawa beliau mempunyai bukti beberapa wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibayar RM2 juta.

Katanya beliau tetap akan mendedahkannya kepada umum apabila tiba masanya.

sumber Agendadaily

Dewan Rakyat: Masalah Brain Drain Tidak Akan Selesai Jika Pembangkang Terus Beri Persepsi Buruk

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Masalah "brain drain" (penghijrahan tenaga mahir) di negara ini tidak akan berakhir sekiranya pembangkang berterusan memberikan persepsi buruk terhadap pentadbiran negara, termasuk dakwaan wujudnya diskriminasi dalam sektor pekerjaan.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata dakwaan itu memberikan imej buruk negara di mata pakar-pakar dan golongan profesional Malaysia di luar negara untuk kembali berkhidmat di tanah air.

"Bagi saya antara masalahnya ialah pembangkang sendiri tidak ada kepentingan negara sebab tanggapan yang diberi oleh pembangkang kepada anak-anak muda kita yang di luar negara adalah apabila balik ke sini semuanya buruk belaka.

"Diskriminasi, tiada peluang naik pangkat, tiada peluang naik gaji. Persepsi pembangkang sendiri mencemarkan imej negara," katanya ketika membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) pada persidangan Dewan Rakyat di sini Selasa.

Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) yang sebelum itu mendakwa kerajaan tidak menawarkan insentif menarik untuk membawa pulang tenaga mahir Malaysia di luar negara, bangun mencelah dengan berkata kenyataan Khairy itu tidak bertanggung jawab kerana menyalahkan pembangkang.

Khairy berkata kerajaan tidak pernah lepas tangan dalam menyelesaikan isu "brain drain" ini dengan mewujudkan Talent Corporation bagi menarik dan mengekal modal insan berkemahiran yang diperlukan termasuk rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi.

"Perkara ini ditangani dalam RMK-10 dengan penubuhan Talent Corporation. Ini satu usaha yang sangat baik untuk melihat bagaimana kita dapat membawa pulang bakat-bakat di luar negara," katanya sambil menambah bahawa masalah brain drain turut wujud di negara India dan China.

Persidangan dewan disambung esok.



-- BERNAMA

Tuesday, June 15, 2010

Video Rally 1Malaysia











Anwar di CABAR!!!!

oleh: jejaka lantang

Jika Dahulu kita dikejutkan dengan gimik pembangkang dengan isu klip video VK Lingam yang ahkirnya sehingga kini, kisah itu dilupakan begitu sahaja.Namun perlu di ingat, kisah ciptaan pengarah politik terkenal tanahair, Anwar Ibrahim pasti akan di imbas tayangan apabila hampirnya PRU nanti.

Kali ini, kisah lama dibangkitkan kembali oleh bekas pimpinan PKR yang juga Ahli Parliman Bayan Baru dari parti Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menunjukkan kembali bukti-bukti tuduhan yang pernah dilemparkan terhadap ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang pada suatu ketika dahulu dimana Anwar pernah memberitahu Zahrain bahawa beliau mempunyai bukti gambar-gambar dan video separuh bogel ADUN tersebut..

Anwar juga turut dicabar membuktikan kewujudan kontrovesi tersebut dimana kini semua orang tahu retorik Anwar yang mahu Elizabeth disingkirkan kerana bagi Anwar, Elizabeth ini tidak layak untuk terus kekal menjadi wakil rakyat dan Exco.Tambahan pula ramai di kalangan ahli PKR tahu Anwar dan Elizabeth tidak ‘ngam’ sejak dulu. (mungkin Elizabeth bukan selera Anwar kot...).

Sekarang ini, giliran Zahrain pula mencabar Anwar buktikannya tuduhan Anwar yang mendakwa Zahrain bersama-sama Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin menerima imbuhan daripada pihak UMNO/BN. Kononnya mereka mendapat kereta baru, rumah baru....

Tentunya dikalangan orang-orang politik lebih mengenali Anwar ini yang hebat bermain kata-kata dalam mempengaruhi akal dan minda rakyat untuk menjayakan misi peribadi Anwar menawan Malaysia. Tetapi kini, Anwar kebarangkalian kehabisan peluru untuk menyerang ahli-ahli UMNO maka peluru yang berbaki itu ditujukan pula terhadap bekas-bekas ahli PKR yang berpaling tadah menolak matlamat durjana beliau..

Inilah yang dapat disaksikan oleh kita semua bagaimana Anwar menyerang bekas-bekas ahli PKR yang melompat parti dengan menuduh tindakan sebenar mereka itu disebabkan oleh tawaran dan imbuhan daripada UMNO..

Biarpun dakwaan demi dakwaan direka Anwar, namun sedikit pun tidak mempengaruhi minda rakyat kerana sudah jelas sandiwara Anwar kini ke penghujungnya. Jika benar realitinya, mengapa tidak dibuktikan sahaja tanpa perlu membazir air liur berhujah sini sana?.

Politik kebudak-budakan inilah yang akan terus bersemadi didalam jiwa Anwar selagi termampu sebelum impian menakluk kerajaan tidak tercapai. Pasti kita ingat lagi bagaimana hebatnya promosi Anwar menjaja kisah kononnya 16 September kerajaan jadi miliknya? Dan kepastian itu jugalah yang membawa Anwar ini ke muka pengadilan atas tuduhan yang memalukan bangsa melayu-islam itu sendiri..

Tidak habis dengan cerita 16 September, Anwar mulakan pula babak lain dengan menuduh 1 Malaysia meniru 1 Israel..sekarang Anwar ini main pula cerita orang UMNO tawar 2 juta kepada ahli-ahli PR jika sudi melompat parti. .

Sifat dan bakat Anwar ini sebaiknya digunakan didalam mahkamah dimana Anwar selayaknya menjadikan Pendakwa Raya sebagai karier bukannya ahli politik, sebab Anwar ini memang pandai bab tuduh menuduh ni...

Wajarlah jika Anwar berkhidmat sebagai peguambela atau pendakwaraya kerana sikap ‘gentelman’ menuduh orang sebati dengan dirinya.Adalah lebih baiknya jika Anwar segera letak jawatan sebagai ahli politik dan mohon borang kerja di mana-mana mahkamah dalam Malaysia ini. Lebih wajar jika Anwar memilih mahkamah seksyen kerana disitu nanti Anwar dapat membantu menyelesaikan kes-kes liwat atau rogol sejenis kelak.

Sunday, June 13, 2010

BN anjur program tarik sokongan orang muda


Kerajaan akan menganjurkan program yang sesuai dengan selera golongan muda masa kini bagi memastikan sokongan mereka tetap memihak kepada BN, kata pengerusinya, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya, program berkenaan telahpun digariskan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) yang dibentangkannya kelmarin.

"Sekarang sudah ada petanda golongan muda dalam negara ini bukan menolak establishment dan tidak menolak BN. Mereka semakin hari semakin dekat dengan BN.

"Kita akan terus berusaha supaya perkara ini akan menjadi lebih kukuh dan mantap lagi. Dalam RMK10 yang telah dibentangkan kelmarin, kita telah huraikan pelbagai program untuk perjuangkan kepentingan golongan muda," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Rally 1Malaysia yang menghimpunkan lebih 10,000 golongan muda di Stadium Putra, Bukit Jalil petang ini.

Bagaimanapun, beliau berkata golongan muda juga tidak seharusnya mendengar hujah daripada pembangkang yang memperlekehkan kemampuan BN dalam mentadbir negara.

"Jangan sesiapa cuba perlekehkan kemampuan Malaysia. Jangan ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) nak memperkecilkan negara Malaysia kita ini. Kita lebih tahu apa yang dia buat," katanya sambil tersenyum.

Bagaimanapun, melihat reaksi yang hambar kepada tindakannya untuk mengaitkan Anwar, Najib kemudiannya berkata prestasi Malaysia yang dimaksudkannya itu adalah berdasarkan indeks kompetitif yang ditunjukkan oleh negara.

"Dalam senarai negara berdasarkan indeks kompetitif global, sebuah (firma) perundingan pengurusan membuat penilaian, dalam masa setahun, Malaysia telah melonjakkan kedudukan daripada kedudukan ke-18 ke tangga ke-10 terbaik di dunia," katanya.

Tambahnya, mengikut penilaian berkenaan, prestasi Malaysia adalah lebih baik daripada negara yang dahulunya menjajah negara ini, malah lebih baik daripada negara Jepun.

"Sekarang kita berada 13 mata lebih baik daripada Jepun. Dalam senarai 10 negara ini, tiada negara OIC lain, tiada negara NAM. Kita berada dalam senarai sepuluh buah negara yang kompetitif di dunia," katanya lagi.

"Jangan takut kerana BN sudah ada di sini. Kita ada di sini untuk membantu belia melangkah ke hadapan.

"Malaysia telah berjaya, orang dunia kata kita berjaya, pembangkang menidakkan kita tapi dunia kata Malaysia telah bangkit daripada kedudukan ke-18 hingga ke-10. Jangan ketua ranting mana, pembangkang mana atau mana kelompok pembangkang mana cuba nak menidakkan kita," katanya disambut tepukan hadirin.

Katanya, kejayaan BN mentadbir negara ini juga dilihat dalam pencapaiannya merekodkan pertumbuhan ekonomi sebanyak lebih 10 peratus dalam suku pertama tahun ini.

"Dalam suku pertama tahun ini kita pulihkan ekonomi Malaysia.Negara Greece, Spain, Portugal, hatta United Kingdom pun sekarang dalam keadaan tertekan, tapi dalam suku pertama tahun ini ekonomi kita pulih 10.1 peratus pertumbuhan.

"Ini jasa siapa? Peranan siapa? Ini peranan BN yang disokong tuan-tuan sekalian," katanya lagi yang turut disambut tepukan.

Najib kemudiannya turut melancarkan Bas JOM (Jelajah 1Malaysia) yang akan dikenderaani Pemuda BN untuk menerangkan konsep 1Malaysia.

"Bas ini akan bawa harapan untuk untuk satu masa depan lebih baik bawah BN, itu dia maknanya.

"Bukan saja lambang BN, bukan saja simbol 1Malaysia tapi bila kita campur BN dan 1Malaysia, kita dapat masa depan lebih baik untuk negara kita," katanya lagi.