Saturday, May 11, 2013

Azmin U-TURN Sokong Khalid Jadi MB


Ini satu kejutan...semalam Jumaat bunyinya macam guruh seolah tiada maaf bagimu...tiba-tiba petang Sabtu ,Azmin Ali sudah U-Turn.Timbalan Presiden PKR itu kata beliau sokong Tan Sri Khalid Ibrahim terus kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam tweet terbarunya sekitar jam 4 petang Azmin tulis : 'Kita harus menyokong Khalid untuk kekal. Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif.'

Setakat ini tidak dapat dipastikan apa yang membuat Ketua PKR Selangor itu tiba-tiba hulur salam persahabatan balik kepada Khalid.Dalam sidang akhbarnya di ibupejabat PKR dekat Petaling Jaya Jumaat Azmin secara terbuka kritik cara pentabiran Khalid sebagai Menteri Besar.

Sumber-sumber PKR menilai langkah mengejut ini mungkin kerana Azmin dapati beliau tidak dapat sokongan langsung untuk bangkang Khalid dilantik sebagai Menteri Besar.

DAP dan PAS solid di belakang Khalid.Begitu juga kebanyakan pemimpin utama PKR.

Dalam pada itu reaksi dan komen dalam blog,facebook dan twitter pro pakatan jelas tidak begitu menyebelahinya.

Kebanyakan komen-komen belasah Azmin sakan dan menuduhnya sebagai pengacau dan menjatuhkan imej pakatan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng beritahu wartawan pagi Sabtu beliau berharap isu jawatan Menteri Besar Selangor dapat diselesaikan segera.

Beliau bimbang kemelut itu boleh hakis kepercayaan kepada pakatan.

-Agendadaily

Keadaan Terkini Ustaz Azizan Razak Selepas Pembedahan


Beginilah keadaan Datuk Seri Azizan Abdul Razak selepas membuat pembedahan di Hospital Pulau Pinang.

Keadaan Azizan pada masa ini adalah stabil, jantung dan tekanan darahnya berfungsi dengan baik.

Ustaz Azizan telah sedarkan diri tetapi diletakkan dalam keadaan koma bagi memastikannya tenang.

Sesungguhnya takdir dari allah adalah ketentuan yang ada hikmahnya.... Marilah kita berdoa agar Ustaz Azizan cepat sembuh...

Raja Nong Chik Mahu Saman Nurul Izzah


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bercadang untuk menyaman Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kerana menyebar fitnah dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

"Kita dalam kajian untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga sepanjang kempen PRU-13 berlangsung.

"Saya kalah kerana pembunuhan karektor terhadap saya dan keluarga yang disebarkan termasuk melalui media sosial," kata beliau.

Raja Nong Chik berkata, tindakan undang-undang terhadap Nurul Izzah yang memenangi kerusi P.121 pada PRU-13 itu bagi mempertahankan maruah beliau dan keluarganya.

"Sepanjang kempen saya tidak menyentuh satu ayat pun mengenai peribadi Nurul Izzah dan ayahnya (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Inilah cara berkempen yang kurang sihat menyebabkan rakyat melakukan pemilihan berdasarkan andaian yang tidak benar," kata Raja Nong Chik.

Dakwa Raja Nong Chik, antara fitnah yang disebarkan Nurul Izzah termasuk kononnya beliau terlibat dengan pemilikan tanah di Bukit Kiara.

"Tiap-tiap kali berkempen, Nurul Izzah dan bapanya turut menimbulkan isu anak saya mendapat projek, sedangkan ia berlaku sebelum saya menjadi menteri. Ini pembunuhan karektor terhadap saya," jelasnya.

Raja Nong Chik berkata, beliau banyak menerima undi daripada penduduk yang tinggal di Lembah Pantai yang mengetahui rekod kerjanya.

"Lebih kurang 31,000 pengundi luar yang balik mengundi memilih pembangkang kerana mereka terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada saya dan keluarga," kata Raja Nong Chik.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Pusat Khidmat Masyarakat BN Lembah Pantai di sini hari ini, beliau juga menegaskan tidak mengharapkan sebarang jawatan dalam kerajaan.

Walaupun kalah dalam PRU-13 lalu Raja Nong Chik berkata, beliau akan meneruskan khidmat kepada masyarakat melalui UMNO dan BN.

Husam Tak Puas Hati Nik Amar Dapat Liputan TV3


Di Kelantan, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mempersoalkan tindakan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menggunakan media perdana bagi menjelaskan isu penggugurannya sebagai Exco kanan kerajaan negeri itu.

Beliau yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Mohd Amar itu mengarahkan jurukamera TV3 Kelantan menghentikan rakaman dalam satu ceramah yang diadakan malam semalam.

DATUK HUSAM MUSA / NAIB PRESIDEN PAS


"Tetapi sebentar tadi teman saya Nik Amar keluar tv tadi, pada pendapat saya tak suka gunakan TV3 sebagai saluran, malam ini pun TV3 bercadang nak ambil rakaman ceramah kita malam ini. Saya mintak petugas-petugas nasihatkan TV3 supaya tidak merakam secara langsung kerana pada pendapat saya semua media ini adalah media hantu".

Petugas di ceramah berkenaan kemudian cuba merampas telefon bimbit yang merakam ceramah berkenaan sambil meminta semua visual dipadamkan, namun tidak dilayan.

Datuk Husam yang digugurkan daripada senarai Exco kerajaan negeri, pada 8 Mei lalu melahirkan rasa kecewa kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Menteri Besar baharu dan kerajaan baharu.

Beliau turut mendakwa tidak ada mesyuarat dipanggil di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan perkara terbabit.

Bagaimanapun semalam Datuk Mohd Amar yang bercakap kepada semua media menafikan kenyataan Husam, sebaliknya menjelaskan mesyuarat diadakan pada 6 Mei lalu di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan tanpa kehadiran Datuk Husam.

Dalam mesyuarat itu Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Datuk Ahmad Yakob menjadi Menteri Besar manakala terpulang kepada beliau melantik pasukan Exco yang boleh bekerja dengannya.

Friday, May 10, 2013

Azmin Ali Mengadu Dengan Anwar Tak Puas Hati Dengan Wan Azizah!


Setelah dipujuk rayu selama beberapa jam oleh Anwar tengahri tadi akhirnya Azmin Ali memberitahu  sebab-sebab beliau mengugut untuk keluar dari Parti PKR!

Azmin ketika sidang media di ibu pejabat PKR. Selain membuat pendedahan pernah menolak jawatan MB Selangor, Azmin turut mempersoalkan surat yang dihantar Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail kepada Sultan Selangor berhubung calon Menteri Besar pada Khamis yang didakwa dibuat tanpa sebarang perbincangan dan persetujuan bersama semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu.

Laporan Mstar - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mendedahkan bahawa beliau pernah diminta bersedia mengambil tempat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.

Katanya, beliau bagaimanapun telah menolak arahan tersebut demi kestabilan parti.

Azmin berkata pendedahan ini dibuat sebagai menolak tohmahan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan beliau kemaruk memegang jawatan menteri besar Selangor.

"Sekiranya saya kemaruk dengan jawatan tersebut saya telah menjadi menteri besar Selangor pada 2008 menyusul Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh yang mana Datuk Seri Anwar sendiri telah meminta saya bersedia menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Tetapi saya dengan tegas menolak arahan tersebut kerana ia akan menggoncang kestabilan parti," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Jumaat.

Menurut Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa ini, arahan itu diterima selepas parti tidak berpuas hati dengan prestasi Khalid pada masa itu.

Katanya banyak aduan diterima daripada penjawat awam dan masyarakat perniagaan yang merungut dengan amalan birokrasi melampau dan bukan pentadbiran bersifat reformasi.

Justeru beliau telah mencadangkan Anwar dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

"Saya sendiri mencadangkan kepada Biro Politik untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi bagi melicinkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Mengenai persoalan siapa yang akan dilantik menjadi menteri besar Selangor, Azmin berkata beliau akan patuh dan menghormati keputusan parti asalkan keputusan dibuat melalui proses rundingan, adil dan telus dalam semua perkara.

Namun di sebalik itu, beliau berkata sehingga kini beliau dan Adun-Adun PKR di Selangor belum dipanggil untuk memberi pandangan.

Malah, pihaknya juga belum mengetahui siapa yang akan diangkat untuk memegang jawatan tersebut.

"Inilah kebimbangan yang dizahirkan kepada saya oleh Adun-Adun PKR yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya lalu.

"Setakat hari ini Adun-Adun PKR belum lagi dipanggil untuk mendapatkan pandangan mereka tentang calon menteri besar.

"Saya dan rakan-rakan tidak tahu siapa dan nama yang diangkat sebagai calon kerana kami tak dipanggil berunding tentang perkara ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Azmin mengakui pihaknya telah menghantar surat kepada Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah bagi menyatakan keputusan yang telah diambil melalui rundingan dalam mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan PKR negeri pada Khamis.

"Ada nama yang telah dikemukakan kepada Presiden dan surat rasmi telah dihantar menyatakan keputusan yang telah diambil melalui rundingan.

"Kita serahkan kepada budi bicara Presiden untuk meneliti keputusan yang telah diambil dan mengambil langkah sewajarnya," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapa nama telah disenaraikan atau sama ada nama beliau termasuk dalam senarai.

Kartun Sin Chew Berbau Perkauman!


Jelas dan nyata kartun ini yang menunjukkan orang Melayu terpaksa menyembah kaum Cina untuk mendapatkan undi. Petikan dari blogger merboktimes.

Pada 3 Mei, MySinChew.com menerbitkan kartun ini yang jelas membayangkan bahawa masyarakat Cina di Malaysia telah benar-benar menjadi penentu dalam keputusan politik Malaysia.

Tidak lama kemudian kartun itu kemudiannya telah dibuang daripada MySinChew.com.

Baca juga artikel penuh di mahaguru58.

Khairy Tawar Diri Sertai Kabinet


KJ tak perlu menawarkan diri untuk menyertai kabinet... sememangnya beliau layak menjadi Menteri Penuh dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Razak.

Memetik laporan Bernama - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menyertai Kabinet yang bakal dibentuk Datuk Seri Najib Tun Razak dalam apa sahaja peranan yang boleh membantu perdana menteri.

“Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya,” kata beliau ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baharu yang bakal dibentuk.

Anggota Parlimen Rembau itu ketika ditemui selepas menjadi tetamu program ‘Helo Malaysia’ BernamaTV semalam, menegaskan bahawa bukan soal kehadiran Pemuda dalam Kabinet sahaja yang penting, tetapi perlunya mempunyai pasukan yang mantap dan bersedia untuk melakukan transformasi.

“Saya harap perdana menteri akan memilih pasukan yang memahami transformasi dan bersedia untuk melaksanakannya,” jelas beliau.

Khairy berkata pasukan itu perlu memahami kehendak sebenar perdana menteri untuk membawa transformasi bukan dari segi luaran, tetapi dari segi hakiki, besar pengisiannya (dan) berbeza daripada Kabinet dahulu.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Ahad lepas, Khairy menang dengan majoriti 18,357 di Rembau, meningkat berbanding PRU12 sebanyak 5,746 undi majoriti.

Khairy mendapat 43,053 undi manakala calon PKR Radzali A. Ghani mendapat 24,696 undi dan Abdul Aziz Hassan (Bebas) memperoleh 325 undi.

Padan Muka Azmin Ali


Kekalahan Pakatan Rakyat di DUN Semenyih dan Kota Damansara adalah akibat dari sikap tamak haloba Pengerusi PKR Selangor itu.

Azmin Ali yang meroyan sebelum ini di twitter hanya bermotif untuk menutup pekung diri sendiri!

PKR mengalami kemerosotan apabila memenangi 14 kerusi DUN kali ini, berbanding 15 DUN pada tahun 2008 manakala DAP dan PAS menunjukkan pertambahan kerusi di Selangor. Dan Azmin pula merupakan Pengerusi PKR Selangor!

Isu ini yang diperjelaskan di artikel di bawah. Di antaranya :

Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Timbalan Presiden PKR yang juga, Mohamed Azmin Ali. Beliau harus bertanggungjawab di atas kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor.

Umum mungkin melihat pada angka dan beranggapan PKR cuma kalah satu kerusi DUN tetapi apa yang orang ramai tidak sedari ialah ini adalah akibat sikap tamak haloba Azmin.

PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor. Hanya kerana isu kecil penggunaan logo (genggam tangan) PSM (Parti Sosialis Malaysia), yang akhirnya PSM mengalah dan bersetuju menggunakan logo PKR.

Azmin tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap usaha dan gerak kerja Setiausaha PSM, S Arutchelvan di Semenyih sejak lebih 10 tahun lepas, membuat keputusan agar PKR tetap bertanding di DUN Semenyih.

Seterusnya bos Azmin iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membantah keputusan Azmin dan tanpa rasa bersalah kepada PSM, seterusnya mengumumkan Hamidi Hassan sebagai calon DUN Semenyih pada malam 4 April lalu.

Sumber PAS memberitahu FMT, apabila senario ini berlaku, ia mendesak PAS juga untuk meletakkan calonnya sendiri di DUN Kota Damansara kerana tidak mahu rugi dari segi pembahagian kerusi apatah lagi ianya kerusi yang berpotensi dimenangi oleh PAS.

Maka PAS mencalonkan Ridzuan Ismail di Kota Damansara walaupun penyandang DUN itu, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.

Tidak mungkin Ridzuan menghantar kertas pencalonan kalau tidak mendapat watikah daripada PAS Pusat sedangkan pada asalnya PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Kota Damansara.

Arutchelvan dan Dr Nasir masing-masing calon yang paling layak untuk bertanding di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara. Akhirnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung dengan calon BN tetapi juga dengan PKR dan PAS; walaupun Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan Ridzuan menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.

Pakatan lawan Pakatan

Kalau bukan sebab Azmin yang disebut-sebut mempunyai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang membuli PSM dengan meletakkan calon di Semenyih, maka situasi “Pakatan Rakyat lawan dengan kawan Pakatan Rakyat” tidak akan wujud di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Jika Arutchelvan dan Dr Nasir dibiarkan bertanding atas tiket PKR, sudah tentu hari ini PKR mempunyai 16 kerusi DUN di Selangor dan kedudukan Menteri Besar terjamin.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah, PKR sudah hilang hak untuk tuntut jawatan Menteri Besar secara automatik. Malah Azmin juga boleh lupakan angan-angan beliau (jika benar spekulasi) untuk duduk di kerusi empuk sebagai orang nombor satu kerajaan negeri Selangor.

Kini kedudukan PKR untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor terletak atas ehsan (courtesy) PAS dan DAP. Dikhabarkan PAS dan DAP selesa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mahu beliau meneruskan agenda pembaharuan di Selangor.

Bagaimanapun apa yang mungkin berlaku PKR terpaksa mengorbankan satu lagi jawatan Exco kepada PAS sebagai ‘make weight’ dalam rundingan ‘bargaining’ tersebut iaitu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin mungkin terpaksa mengigit jari dan kuasa menentukan siapa Menteri Besar Selangor bukan ditangan beliau mahu pun ditangan Anwar tetapi PAS dan DAP yang akan menentukan.
Azmin juga sepatutnya membuat pertukaran strategi saat akhir dengan meletakkan calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam di DUN Ijok kerana lawannya ialah K Partiban dari BN.

Seharusnya Azmin mencaturkan calon PKR DUN Ijok, Idris Ahmad pula bertanding di DUN Bukit Melawati bertemu calon BN, Jakiran Jacomah.

Keputusan PRU-13 di DUN Bukit Melawati menunjukkan Manikavasagam gagal mendapat undi yang banyak di kawasan majoriti pengundi Melayu. Ada kesilapan strategi di sini.

Diharap Azmin tidak menyalahkan Pakatan Rakyat sebaliknya diri beliau sendiri yang mempunyai kelemahan. - FMT

Azmin Ali Bawa 11 MP PKR Keluar PR!


Menurut sumber dalaman PKR, Yahoo News menyatakan bahawa Azmin Ali akan meninggalkan Pakatan Rakyat disebabkan tidak berpuas ahti dengan pengagihan kerusi Exco antara parti-parti yang menang di Selangor, iaitu PAS, PKR dan DAP.

Azmin juga dikatakan akan membawa 11 ahli parlimen PKR keluar dari Pakatan Pembangkang PR.

Yahoo News melaporkan:

Anwar Ibrahim’s right-hand man Mohamed Azmin Ali is purportedly set to ditch Parti Keadilan Rakyat and the Pakatan Rakyat coalition.

According to party sources, the 49-year-old politician wants to leave the coalition ‘due to his dissatisfaction over the allocation of Selangor state executive committee seats among Pakatan members.’

It is believed that 11 senior Pakatan figures – said to be newly elected Members of Parliament - are set to follow Azmin out the door. - Yahoo News.

Sama ada berita ini benar atau ia sekadar gimik politik Azmin, kita tunggu saja keputusannya esok!

Lompat atau tidak itu persoalan kemudian. Yang sudah terang dan jelas kini adalah Anwar Ibrahim sudah tidak lagi sayangkan Azmin Ali. Tidak menyokong Azmin Ali untuk ke jawatan Menteri Besar Selangor.

Jelas terbukti bukti Pakatan Haram PKR-DAP-PAS adalah pakatan yang hanya mementingkan jawatan semata-mata. Bertanding untuk jawatan dan kedudukan bukannya untuk mewakili rakyat.

Thursday, May 9, 2013

Video: Ketua Wanita PKR Isytihar Perang PAS, DAP!


Macam ni punya kasar bahasa dia... takkan puak PAS boleh diamkan membisu je? mana maruah korang?? sekurang-kurangnya kasi sergah la sikit Mak Lampir ni!

Video URL: http://youtu.be/U_adAz8qpyg


Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin menegaskan PAS dan DAP tidak perlu campurtangan dalam isu pemilihan Menteri Besar Selangor atau memberikan sokongan kepada pihak tertentu.

“Saya baca dalam surat khabar dengan PAS buat kenyataan nak kekalkan dengan DAP…lepas tu Rani pula jawab (beliau) bersedia jadi MB. Saya ingat apahal dengan dia orang ni? Dah gila kuasa ke? Dah gila jawatan ke?

“Sedangkan keputusan belum buat lagi, sedangkan ini kerusi Keadilan, kenapa PAS dan DAP yang terlampau ghairah untuk menamakan diri mereka atau menamakan orang itu ini jadi MB? Itu persoalan saya,” Zuraida memberitahu Antarapos.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini mengisytiharkan partinya mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor, sungguhpun parti itu kurang kerusi DUN berbanding DAP dan PAS.

Sungguhpun DAP menang 15 kerusi DUN, ia tidak mempunyai wakil rakyat Melayu-Islam untuk dicalonkan sebagai MB, bererti jawatan itu harus diisi oleh PAS ataupun kekal dengan PKR.

Pada PRU lalu, PAS memenangi 15 kerusi DUN berbanding 14 oleh PKR, memberikan pakatan pembangkang kemenangan dua pertiga untuk kekal berkuasa di Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman dipetik berkata beliau bersedia untuk menjadi MB jika diarahkan oleh parti.

Zuraida berkata jawatan Menteri Besar itu milik PKR dan parti itu harus diberi ruang untuk memutuskan siapa paling layak untuk mengisinya, tanpa campurtangan pihak ketiga.

“Keadilan sendiri belum putuskan. Tapi DAP dan PAS kenapa teruja sangat, kenapa beria-ia nak menamakan orang itu ini, menamakan diri sendiri misal Rani menawarkan (diri untuk) kerusi MB, apa hal ni?” kata beliau.

“Kerusi (jawatan MB) ini memang Keadilan punya. Jadi kenapa PAS dan DAP sibuk? Tak ada isu nak kata apa-apa, ini Keadilan punya, Keadilan belum buat keputusan, dia orang nak sibuk lebih-lebih,” tambah Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Beliau mengesahkan pemimpin-pemimpin PKR bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara tidak rasmi untuk membincangkan isu itu namun enggan mengulas lanjut.

“Tak ada (mesyuarat). Saya rasa itu pertemuan kot, dia orang nak berjumpa dengan Anwar (Ibrahim). Ada pertemuan sahaja kot, bukan mesyuarat.”

Zuraida membayangkan bahawa Majlis Pimpinan PKR yang ditunjangi oleh Anwar harus menimbang calon-calon paling layak menjadi menteri besar selain Khalid.

Menurut beliau, pimpinan PKR harus juga mengambil kira kedudukan dan sumbangan kepada parti dalam melantik Menteri Besar Selangor.

“Setiap kali pencalonan ada dua, tiga orang punya nama kena tapis dan sebagainya dan nak kena buat keputusan. Saya nak yang terbaik kerana kita selalu mesti ada pilihan, bukan satu orang sahaja yang terbaik. Kita mesti cuba yang lain,” kata beliau.

“Kita ada 2 3 nama, jadi kita akan pertimbangkan 2 3 nama ini. Dari segi politik kita mesti faham. Ada yang kedudukan politik harus diberi pertimbangan dan diberi keutamaan.” – Antarapos.com

Bekas MB Kedah Azizan Jalani Pembedahan Potong Kaki


Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang petang tadi.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.

Azizan menjalani pembedahan bagi memotong keda-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman di Hospital Pulau Pinang petang Khamis.

"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan.

"Pembedahan diadakan pada jam 4.45 petang," katanya.

Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya.

Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung.

Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.

Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Tok Mad Dilantik Semula MB Negeri Sembilan


Syukur Alhamdulillah diatas perlantikan semula Tok Mad sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan....

Tok Mad telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai MB Negeri Sembilan, maka sewajibnya beliau dilantik semula menjadi ketua negeri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik semula sebagai menteri besar Sabtu ini.

Upacara angkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan akan diadakan di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Seri Menanti jam 10 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Ahad lalu, Mohamad berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Ini adalah penggal ketiga berturut-turut Mohamad dilantik semula sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.

Umno - PAS Melayu Perlu Bersatu!


Dengan 'Tsunami Cina' yang semakin besar, parti politik berteraskan Melayu-Islam perlu mempertimbangkan untuk bersatu supaya bangsa Melayu dan agama Islam masih menjadi teras utama di negara ini. PAS dan Umno seharusnya mempertimbangkan saranan banyak pihak supaya kedua-dua parti itu membentuk kerajaan perpaduan bagi membolehkan Melayu tidak terpinggir sekaligus menggemis di tanah air sendiri.

Hanya dengan penggabungan kedua-dua parti itu, Malaysia akan terselamat daripada anasir asing, serta pertempuran politik perkauman sempit yang menjurus kepada kehancuran pembinaan bangsa Malaysia yang sekian lama disemai di tanah air ini.

Penggabungan antara PAS dan Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP nyata tidak berjaya apabila Melayu, Islam dalam PAS bersedia untuk memilih wakil DAP sebagai pemimpin mereka, sedangkan kominiti Cina masih lagi tetap dengan "Cina untuk Cina" mereka.

Ia terbukti apabila Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman tewas di kerusi DUN di Kulai, manakala Salahuddin Ayub tewas di kerusi DUN Nusajaya, yang mana kedua-dua kawasan itu, mempunyai wakil rakyat Parlimen DAP. Kawasan yang ditandingi mereka juga berada dalam kelompok majoriti Cina, yang secara lagiknya, tiada masalah untuk dimenangi mereka.

Namun amat menyedihkan apabila hanya calon Parlimen dan DUN berbangsa Cina menang di kerusi majoruti Cina, tetapi calon Melayu PAS tersungkur kerana pengundi Cina tidak mengundi mereka. Tanpa gandingan kukuh PAS dan Umno, Melayu akan terus terpecah sehingga mengakibatkan generasi akan datang terpaksa merayu untuk mendapatkan hak mereka.

Lebih malang lagi, pemimpin Melayu PKR sebaliknya tidak memperdulikan nasib bangsa sendiri apabila sanggup memperjudikan nasib keturunan sendiri semata-mata mengejar undi kaum lain. Kemerosotan PAS dalam Pilihan Raya Umum 13 seharusnya menjadi iktibar bahawasanya mereka tidak sesuai bekerjasama dengan parti yang melupakan asal keturunan dan ketuanan Melayu di negara ini.

Sebelum nasi menjadi bubur, dan Melayu terus terpinggir dek perpecahan dan perbezaan ideologi politik, sedangkan seharusnya politik itu menjadi asbab Melayu untuk bersatu. Menunding jari dan menyalahkan pihak ketiga bukanlah caranya mencari penyelesaian, sebaliknya perpaduan amat diperlukan hari ini demi mengekang Tsunami Cina ini daripada berleluasa ke sektor lain selepas ekonomi dan politik.

Bukti sudah jelas, PAS tidak serasi bersama PR, selain digunakan untuk menarik undi Melayu bagi menyokong Cina, sedangkan masyarakat Cina sendiri tidak bersedia menyokong PAS. Melalui kerajaan perpaduan PAS dan Umno, bukan sahaja Melayu Islam akan terselamat, bahkan juga keamanan, kestabilan, dan kedudukan institusi kerajaan yang dipimpin oleh sistem beraja dan perdana menteri Melayu juga tidak akan terhapus.

Berdoa Agar Ustaz Azizan Segera Sembuh


Demi Muafakat Melayu! Marilah kita bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar kesihatan Ustaz Azizan agar kembali sembuh seperti sedia adanya...

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat Malaysia berdoa agar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang segera sembuh.

Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dimasukkan ke hospital itu selepas dikatakan mendapat jangkitan kuman di kaki dan menerima rawatan di Kedah Medical Centre (KMC) sejak Isnin lepas.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah hari ini menziarahi Azizan yang dimasukkan ke wad Unit Rawatan Kardiologi (CCU) Hospital Pulau Pinang.

Baginda diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah serta anakanda baginda Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Shafinaz, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff serta Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Annuar Badlishah.

Turut melawat Azizan ialah Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.