Pembukaan hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini menamatkan perbalahan isu gelap.
Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memulakan sesi dewan hari ini memohon Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf kepada Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) diatas mengeluarkan perkataan “gelap, tak nampak”, semalam.
…“Saya telah meneliti handsard dan kejadian tersebut, saya mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah agak menyinggung dan mengarahkan Baling untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut,” katanya di awal sesi pagi ini.
Bagaimanapun Datuk Abdul Azeez berkata beliau tidak ada niat untuk memanggil sesiapa gelap. Baca lagi..