Saturday, December 26, 2020

Scha Elinnea Tayang Tatu di Badan!


Nama pelakon baru, Scha Elinnea sentiasa menjadi buah mulut wargamaya kerana sering memuat naik gambar seksi yang menjolok mata di laman Instagram miliknya.


Seakan-akan lali dengan kecaman, pemilik nama Natasha Mohamed Mubeen itu sekali lagi berkongsi gambar memaparkan tatu yang terdapat di bahagian tubuhnya.


Bagaimanapun memetik laporan Harian Metro, pelakon berusia 21 tahun itu hanya menampal tatu yang dibeli di Shopee dan tidak mencacah tatu dibadannya.


“Memandangkan saya sedang bercuti dan tidak terbabit dengan pengambaraan, jadi saya saja beli tatu palsu di Shopee. 


Apabila sampai saya terus lekat. Saya bukan mencacah tatu pun,” katanya.


Tambah pelakon drama Rumah Siti Khadijah itu, dia melakukan perkara tersebut hanya suka-suka dan mengisi masa lapang ketika berada di rumah.


“Ia hanya sekadar suka-suka. Saya pun ada balas komen mereka di Instagram. 


Jadi, saya harap mereka faham dan jelas. Lagi pula tidak pernah lagi terlintas untuk perkara itu,” ujarnya.


Sehingga kini, posting tersebut menerima hampir 35 ribu tanda like dan ratusan komen netizen yang memuji kecantikan pelakon kelahiran Sungai Petani, Kedah itu.

Ustaz Ebit Lew Bantu Keluarga Tinggal Dalam Kereta!


Keperitan hidup seorang pengawal keselamatan bersama keluarganya yang terpaksa tinggal di dalam kereta sejak lapan bulan lalu berakhir apabila nasib mereka mendapat perhatian penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew.


ustaz Ebit menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau amat sedih selepas membaca kisah S Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka yang tinggal di dalam kereta selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.


Dalam hantaran itu juga, Ustaz Ebit berkongsi beberapa keping gambar, beliau membawa keluarga itu membeli barangan keperluan selain rumah baharu yang disewa untuk mereka.


Pada Khamis lalu, media melaporkan kehidupan Ganesh bersama isteri dan tiga anak mereka terpaksa tinggal di dalam kereta Proton Iswara selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran pada awal April lalu.


Ganesh berkata, setiap hari dia akan membawa kereta tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redup untuk berhenti dan berteduh sementara di sekitar bandar dan menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.


Sementara itu, Parameswary yang bersalin lapan bulan lalu terpaksa menjalani kehidupan berpantang dengan anak ketiganya di dalam kereta tersebut kerana tiada tempat tinggal.


Dia hanya mengharapkan pendapatan suami yang bergaji kecil dan bayinya hanya minum susu badan bercampur susu botol.


Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki Ustaz Ebit Liew. Satu dalam sejuta. Menolong tak kira bangsa dan agama.

Friday, December 25, 2020

4 Penyamun Langgar Rider Grab Food Mati Ditembak!


Sungai Buloh - Polis melepaskan beberapa das tembakan sebelum menumpaskan empat penjenayah dalam satu kejadian mendebarkan di Sungai Buloh, tengahari tadi.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Fadzil Ahmat, dalam kejadian berkenaan, tembakan dilepaskan polis selepas suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Axia itu telah melanggar seorang penunggang motosikal yang juga pekerja penghantar makanan.


Kesemua suspek, melarikan diri selepas melakukan jenayah samun di sebuah rumah.


Berdasarkan rekod polis, mereka merupakan kumpulan samun bertopeng yang sebelum ini pernah melakukan lebih 50 jenayah seumpamanya, dan memang dalam buruan pihak berkuasa.


"Ketika melarikan diri, kereta suspek juga telah merempuh seorang penunggang motosikal GrabFood.


"Pasukan serbuan terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta (penjenayah) demi mempertahankan pasukan dan orang awam," katanya.


Keempat-empat penjenayah dilaporkan maut di tempat kejadian.


Pemeriksaan di dalam kereta yang digunakan penjenayah, telah ditemui senjata jenis parang.


Penunggang motosikal itu merupakan seorang wanita kini berada dalam keadaan satabil namun telahpun dibawa ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.


Sewaktu pelanggaran, difahamkan motosikal mangsa dihimpit dan digilis, namun mangsa telah tercampak terlebih dahulu ke atas jalan.


Lagenda Rock Kapak Renggo Arrow Tebar Roti Canai Tampung Keluarga

 

Bukan membawa diri sebaliknya mencari peluang dan kehidupan baru luar dari kota metropolitan. Ada kisahnya penyanyi kumpulan Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zain Ramli, yang bertapak di Kampung Sungai Petai di Pasir Puteh, Kelantan sejak lebih sebulan lalu. 

Renggo menjelaskan, sebenarnya beliau ingin mencari tapak perniagaan baru luar Kuala Lumpur selepas menyedari perniagaan kedai makan dan roti canainya di Kepong terkesan kerana persaingan perniagaan. Pilihannya bertapak di Sungai Petai dirasakan tepat, apatah lagi kehidupan di situ aman, tenang dan mempunyai ruang masa. 

Namun, Renggo tidak menyangka jualan hasil menebar roti canai lumayan bahkan roti canainya kini laris dijual sekitar 200-250 keping sehari. Bercakap mengenai bidang nyanyian, Renggo berkata, kerja sebagai penyanyi tidak terhenti sebaliknya beliau meneruskan minatnya itu. 

Baru-baru ini, Renggo telah melancarkan single album terbaharu berjudul Kekasih Syurgawi yang disiarkan di saluran YouTube. "Lagu ini saya buat khas untuk semua wanita, tidak kira kategori apa, janda ke, ibu ke, dara ke, lagu ini sudah mula bermain di corong radio" katanya 

Beliau turut menerima undangan menyanyi namun disebabkan PKP, undangan nyanyian jarang diterima. Semoga Renggo dimurahkan rezeki tidak kira apa pun jua bidang yang diceburinya.

#RenggoArrow #RockKapak

Thursday, December 24, 2020

Siti Kasim Minta Maaf Gara-Gara Poster "Selamatkan Janda"


PEGUAM Siti Zabedah Kasim meminta maaf kepada seorang pengguna Facebook dengan akaun Hj Joe gara-gara tersilap berkongsi gambar lelaki tersebut yang telah diedit di Facebooknya dua hari lalu.

Wednesday, December 23, 2020

Ini Sebab Kit Siang Takut Nak Berdepan Dengan KJ .


Ikuti penjelasan YB Khairy Jamaluddin berhubung isu pembelian vaksin..

Kit Siang tak berani berdepan, tolak jemputan KJ!



Tidak berani berdepan dengan Khairy Jamaluddin, Lim Kit Siang menolak jemputan atas alasan beliau tidak berada di Kuala Lumpur atau Putrajaya untuk menghadiri sidang media menteri berkenaan hari ini berhubung isu harga vaksin Pfizer’s Covid-19. Baca lagi...

Tuesday, December 22, 2020

Tular Buaya Timbul di Pantai Bagan Pinang, Port Dickson!




PORT DICKSON - Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dengan dakwaan kehadiran buaya di pantai nelayan Bagan Pinang di sini, pada Isnin. 

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa berkata, setakat pagi Selasa pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kewujudan buaya itu walaupun video mengenai haiwan tersebut sudah tular.

KJ Jemput Kit Siang datang sidang media MOSTI esok



Dalam ciapannya di Twitter hari ini, Khairy turut mempelawa Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk menghadiri sidang media MOSTI. Baca lagi...

Muhyiddin antara individu terawal bakal terima suntikan vaksin COVID-19


Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan menjadi antara individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bagi meyakinkan rakyat bahawa vaksin yang diperoleh negara selamat dan berkesan.

Perdana Menteri berkata ini akan diikuti oleh petugas barisan hadapan sebelum diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu kumpulan berisiko tinggi seperti warga emas serta penghidap penyakit tidak berjangkit dan penyakit saluran pernafasan kronik. Baca lagi...

Sunday, December 20, 2020

Kamal Adli Lamar Uqasha Senrose Live di Pentas AME2020


Pelakon Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung di sini sebentar tadi.


“Uqasha Senrose, sudikah kalau awak menjadi isteri saya,” tanya Kamal sambil menunjukkan sebentuk cincin berlian.


Lamaran tersebut diterima Uqasha dengan memberi jawapan ya sambil disambut sorakan hadirin yang berada di situ.


#KamalAdli #UqashaSenrose #AME2020

Saturday, October 17, 2020

KJ tolak Anwar, mahu semua ahli Parlimen Umno nyatakan pendirian


Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tegas dengan pendiriannya untuk tidak menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Perkara itu ditegaskan nenteri sains, teknologi dan inovasi itu menerusi satu kenyataan yang dibuat di dalam Instagram Story, pada Sabtu.


Penegasan Khairy itu susulan tersebarnya sepucuk surat yang kononnya ditulis oleh Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan parti itu terhadap Anwar sebagai perdana menteri seterusnya.


"Jika surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa presiden saya tidak bercakap bagi pihak saya. Saya tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi PM. Saya harap ahli Parlimen Umno yang lain akan menjelaskan kedudukan mereka. Mari kita lihat siapa yang mempunyai nombor," demikian tulis beliau. Baca lagi >>

Khairy Jamaluddin Nafi Sokong Anwar Ibrahim Jadi PM





Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menafikan beliau salah seorang Ahli Parlimen yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

4 LELAKI INDIA MABUK BIADAP CABAR POLIS! Ditahan Selepas Melakukan PROVOKASI





Empat lelaki mabuk ditahan selepas melakukan provokasi dan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota Unit Peronda Polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada pukul 3.30 pagi.