Tuesday, April 12, 2022

Pelawak Tauke Jambu, Empat Rakan Didakwa Miliki Dadah



Pelawak Zamatul Amri Zakaria atau lebih dikenali sebagai 'Tauke Jambu' dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin.


Bagaimanapun, Zamatul Amri, 46; Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Rita Rudaini Menitiskan Air Mata Hantar Putera Sulung Masuk MRSM


Tular di akaun TikTok milik pelakon dan usahawan jelita, Rita Rudaini, di mana ibu kepada dua cahaya mata ini menitiskan air mata ketika menghantar anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin ke sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) semalam.


Melihat di video yang dimuatnaik di akaun TikTok Rita, pelakon jelita ini meluahkan rasa bercampur-baur ketika menghantar putera sulungnya di MRSM.

Yasin Perlukan Rawatan Segera! Kata Peguam


Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang kini ditahan di Penjara Sungai Buloh, Selangor perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri dengan segera.


Peguamnya, Yusmadi Yusoff berkata beliau sendiri telah bertemu Yasin, 47, pada Khamis lalu dan anak guamnya itu meminta supaya rawatan ke atas dirinya disegerakan.

Monday, April 11, 2022

Ini Respon Anak Jamal! Tiada Siapa Halang, Baba Sendiri Tak Nak Jumpa - Zaki Yamani


Isi hubungan 'dinging' antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anaknya semakin panas apabila wujud percanggahan kenyataan diantara mereka.

Baby Shima Selalu Terima Gambar Lucah Hingga Terfikir Untuk Tutup Sosial Media



Sering menerima kecaman dan mendapat kiriman gambar lucah membuatkan penyanyi Baby Shima terfikir untuk berhenti menggunakan media sosial.

Myra Natasya Bekas Dewi Remaja Anak Halim Othman!



Bekas peserta Dewi Remaja 2019, Myra Natasya, 27, yang kini aktif mengacara dan berlakon adalah anak tunggal bekas penyampai radio Halim Othman, 56.


Myra yang pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republic Of Gombak di TV3, berkata sekarang masa sesuai untuk dia mendedahkan identiti diri dan bapanya.

Sunday, April 10, 2022

Chef Ammar Menangis Dikecam Teruk Netizen Selepas Petik Nama Bangsa Melayu!



Chef Ammar Peniaga Nasi Arab di bazar stadium Shah Alam meluahkan perasaannya selepas teruk dikecam netizen berikutan petik nama bangsa melayu!

Ebit Lew Bantu Uncle Phang Berbulan - Bulan Tidur Di Bus Stop!


Seorang gelandangan warga emas, 80, hari ini dibantu pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew yang menempatkannya di sebuah Pusat Penjagaan Wang Hing.


Beliau dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan mula mengetahui kisah warga emas itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial apabila memaparkan situasinya tidur di hentian bas Putra Perdana, Puchong.

Shuk Sahar Kantoi Lagi, Sera Dedah Anak Menangis Rindukan Ayah!


Polemik rumah tangga pelawak dan pengacara Shuk Sahar dilihat seperti tidak berpenghujung. 


Ada sahaja rentetan isu terbaharu yang terkait dengan dirinya sejak ditangkap curang tidak beberapa lama dahulu. 


Sungguhpun masih belum dipastikan status terkini antara Shuk dan isterinya, Sera, 

Saturday, April 9, 2022

Ustazah Skyline R33, Tarik Perhatian Geng “Hardcore” JDM Dari Jepun!


Bila sebut tentang kereta berprestasi tinggi, jenama-jenama terkenal dari Jepun biasanya antara yang pertama terlintas di hati kita. Selain itu, hobi memiliki jentera-jentera ini juga lebih terarah kepada jejaka-jejaka berbanding gadis-gadis diluar sana. Bukan tidak ada, namun sukar untuk kita menemuinya.

Friday, April 8, 2022

Adik Akid Menangis Ebit Lew Hadiahkan Rumah Baru


Adik Akid yang tular di media sosial pada Khamis tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah popular, Ebit Lew menghadiahkannya rumah baru.


Keperitan adik Akid sekeluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan lebih menyayat hati Akid mencari duit sendiri untuk sesuap nasi, mendapat perhatian Ebit Lew.

Kejayaan program vaksin pastikan 98 peratus kes Covid-19 gejala ringan - KJ



Kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) memastikan kebanyakan pesakit Covid-19 mengalami gejala ringan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.


Beliau berkata dalam Fasa Peralihan ke Endemik kini, hampir 98 peratus kes aktif Covid-19 hanya perlu berisolasi di rumah tanpa rujukan ke hospital.

Thursday, March 31, 2022

Tidak timbul isu penjualan MySejahtera kepada swasta - KJ



Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak timbul isu penjualan aplikasi MySejahtera kepada pihak swasta.


Jelasnya, keputusan Jemaah Menteri pada bulan November lalu adalah bertujuan untuk membolehkan pemilikan MySejahtera dipindahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan (KKM).


"Apabila saya dilantik menjadi Menteri Kesihatan pada 30 Ogos 2021 dan meneliti tadbir urus di sebalik pengoperasian aplikasi MySejahtera, saya berpandangan adalah wajar untuk KKM mengambil alih sepenuhnya pengendalian dan operasi MySejahtera memandangkan fungsi utama MySejahtera serta data yang diperolehi menerusi aplikasi ini merupakan data berkaitan kesihatan.


"Oleh yang demikian, pada 26 November 2021, suatu Memorandum Jemaah Menteri oleh Jabatan Perdana Menteri (Kementerian bertanggungjawab bagi Majlis Keselamatan Negara) telah dibincangkan yang akhirnya dipersetujui di peringkat Jemaah Menteri agar pemilikan aplikasi MySejahtera dipindahkan daripada MKN kepada KKM yang bertujuan memudahkan pengoperasian sistem, pemantauan dan pengesanan kontak dan memperkasa hebahan tentang kesihatan awam," katanya di Dewan Negara hari ini.

Sunday, March 6, 2022

KJ Turun Berkempen #PRNJohor


Pengundi Johor perlu ingat pengalaman 22 bulan bersama sudagar mimpi yang tak tunai janji - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.