Shahrizat membangunkan gergasi yang sedang tidur, mampukah Shahrizat untuk mengawal dan menguasai gergasi yang kini bangun dari tiduran dan melihat belakangnya ditikam ? Mampukah Shahrizat mempertahankan dan memperjudikan jawatan Ketua Wanita UMNO setelah menerjah kepala gergasi yang sedang tidur ? Barang di ingat , Rafidah mendapat pencalonan yang lebih dari Shahrizat , Shahrizat sudah mula melatah apabila mendapat  hanya  73  pencalonan.Politik Shahrizat dalam bahaya kerana beliau telah melanggar janji -janji kepada wanita UMNO untuk mematuhi Pelan Peralihan . Dalam UMNO biasanya akan menyingkirkan sesiapa sahaja yang mungkir janji untuk menentang ketua mereka. Nasib sebegini juga akan diterima oleh  calon Timbalan Presiden UMNO , Tan Seri Muhyiddin Yassin , Pertarungan ini bakal memperlihatkan Rafidah menggunakan segala kekuatan politik selama 48 tahun menentang Shahrizat yang baru 25 tahun di gelanggang politik.
Mungkinkah kini Rafidah agak gusar dan menyesal dengan pengumuman beliau, beliau pada mulanya menyangkakan  bahawa Rafidah akan mengalah , namun ianya berlaku di sebaliknya, Rafidah bangun pula  untuk menentang beliau, Jika Shahrizat mampu menunggu hanya  tiga bulan, pasti  jawatan Ketua Wanita akan menjadi milik beliau, tiga bulan bukannya lama, Tiga bulan juga  merubah  perhubungan baik  antara Shahrizat dan Rafidah, Apakah ini satu percaturan yang silap oleh Shahrizat . Mampukah  Shahrizat menyingkirkan   Rafidah dari Wanita UMNO, Apakah  Shahrizat  sehebat itu untuk  terus  memadamkan nama  Rafidah dari Wanita? Apakah ahli wanita begitu mudah berpaling tadah? Kita tunggu dan lihat
Batang diingat , Kelapa tua lebih pekat dari kelapa muda dan banyak kegunaannya.
Apa kata  Mantan Ketua Wanita :
Laluan sukar – Zaharah
KUANTAN 22 Nov. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz dan Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhadapan dengan laluan sukar pada pemilihan pergerakan itu Mac depan.
Bekas Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman berkata, sukar untuk diramal siapa yang bakal menang.Bagaimanapun, kata beliau, Shahrizat bakal melalui jalan sukar untuk memenangi jawatan tersebut kerana kelebihan yang ada pada Rafidah. Beliau yang tidak menyebelahi mana-mana pihak berkata, kedua-dua calon terlibat mempunyai kelebihan tersendiri untuk memenangi jawatan tersebut.‘‘Kedua-dua calon ada peluang untuk menang. Serahkan kepada perwakilan untuk membuat keputusan.‘‘Saya ucapkan selamat berjuang kepada mereka. Terima dengan hati terbuka apa juga keputusan yang dibuat oleh perwakilan nanti”.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.