Pada hal permukiman tersebut diuar-uarkan untuk merapatkan anggota-anggota jawatankuasa pusat PAS dan majlis syura tetapi menjadi medan serangan Dr Hasan terhadap kerajaan Selangor, katanya, yang dikenali Tulang Besi, kepada Malaysiakini.
Susulan laporan yang digambarkan “100 peratus negatif” berkaitan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri, dua minggu selepas permukiman tersebut, maka pemimpin atasan PAS yang tidak berpuas hati memanggil Dewan Harian negeri itu untuk membentang laporan tersebut kepada lajnah politik PAS.
Dr Hasan didakwa membentang laporan yang sama negatif - disanggah oleh Khalid Samad, waktu itu masih timbalan pesuruhjaya II PAS negeri dan anggota lajnah politik.
Wakil rakyat Gombak Setia itu juga disanggah hebat oleh saf kepemimpinan PAS di permukiman tersebut, yang diadakan antara 7 hingga 9 November.
Tulang Besi, penulis blog Malaysian Waves yang tekal mendedahkan pergeseran dalaman PAS, mendakwa Dr Hasan cukup tidak berpuas hati dengan penolakan tersebut.
Tambahnya, di sinilah bermulanya pergeseran tajam antara Dr Hassan-Khalid yang berakhir dengan pengguguran tokoh nombor tiga daripada kepimpinan PAS negeri pada 21 November lepas.
Pemecatan Khalid bersama ketua penerangannya Saari Sungib pada tarikh yang sama tidak dibuat di peringkat Dewan Harian PAS negeri, seperti dilaporkan, sebaliknya tindakan peribadi Dr Hasan secara mengejut dalam mesyuarat badan perhubungan negeri pada sebelah malam hari yang sama.
No comments:
Post a Comment
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.