Pages

Wednesday, December 3, 2008

Mukhriz mahukan perubahan tetapi dikritik

Semalam, Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun mencadangkan supaya sistem Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (SJKC dan SJKT) disatukan di bawah satu sistem pendidikan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, murid-murid tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti Mandarin bagi kaum Cina dan Tamil bagi kaum India, malah murid-murid Melayu mempunyai pilihan untuk mempelajari bahasa-bahasa berkenaan.

Namun kenyatan Mukhriz tersebut, telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini mengkritik calon Ketua Pemuda UMNO tersebut.

Barangkali, Mukhriz belum cukup ilmu untuk berpolitik kerana sesetengah keterangan dan jawapannya menonjolkan beliau seorang yang kurang matang dalam pemikiran dan rumusan terhadap sesuatu fenomena mudah. Apatah lagi jika sesuatu perkara yang cuba dibangkitkan itu menyentuh 'dasar' yang telah diwartakan.

“Sejak merdeka, kita telah mempunyai system pendidikan pelbagai aliran dan sejak 50 tahun sampai sekarang kita tidak Nampak masaalah dan mungkin ada pihak yang mengatakan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKC) menjadi penghalang kepada perpaduan nasional.

“Tetapi dari pengamatan saya yang merupakan ‘produk’ dari SJKC, sedikit pun tidak menghalang saya untuk menyemai semangat perpaduan pada diri saya dan juga pada anak-anak saya,” demikan kata-kata dari Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berasa terkilan dengan kenyataan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berhubung cadagan pelaksanaan satu system pendidikan dan menganggap perkara itu sebagai satu yang luar biasa.

2 comments:

  1. Salam tuan,

    Saya berpendapat saranan Mukhriz menunjukkan beliau seorang yang berilmu dan matang berpolitik. Beliau hanya 'usik' sedikit sahaja dan habis semua kaum bukan Melayu melatah. Sedangkan sebelum ini kebanyakan pemimpin Melayu hanya 'tunduk' kepada tekanan orang bukan Melayu berkenaan hak Melayu. Serangan adalah pertahanan terbaik.

    Menyentuh berkenaan dasar adalah menjadi kekhilafan pemimpin kita sendiri yang tidak mengikut perlembagaan yang terang2 menolak bantuan kerajaan ke atas SJKC dan SJKT semasa membuat akta pelajaran. Diharap tu dapat rujuk perlembagaan Perkara 3, 11 dan 12 berkenaan hak belajar. Tq.

    ReplyDelete
  2. Salam paneh

    Keberanian Mukhriz memanglah kita semua tidak nafikan... tapi kata orang... biarlah kena pada tempatnya...

    Salam Perjuangan

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.