Pages

Tuesday, February 24, 2009

: PPSMI - Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS

Oleh : Bro Jinggo

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy hari ini menerima surat cabaran debat dari Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub tengahari tadi di lobi Parlimen , beliau bersetuju menerima surat jemputan debat tersebut bagi mewakili Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Debat tersebut membincangkan isu pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan ISA.

Khairy akan berbincang terlebih dahulu, untuk meminta persetujuan dan pendangan dari Ketua Pemuda UMNO, yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan juga kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, berhubung dengan cabaran debat tersebut.

Menjawab soalan pemberita pada sidang akhbar selepas menerima surat berkenaan , Salahuddin berkata bahawa beliau menghormati Khairy sebagai seorang pemimpin muda yang sedia memikul tanggungjawab , menerima cabaran debat tersebut. Salahudin berkata beliau menghormati Khairy sebagai seorang pemimpin muda yang membina yang mengamalkan sikap politik yang terbuka. Justeru itu bermulalah satu jambatan perbincangan dan muzakarah bagi orang melayu dan Islam.

Beliau juga turut berkata bahawa beliau percaya Khairy bakal menjadi Ketua Pemuda UMNO pada pimilihan UMNO bulan Mac yang akan datang dan memuji sikap keberanian Khairy sedia menyahut cabaran dari Dewan Pemuda PAS.

Kenyataan dari Salahuddin tersebut membuktikan bahawa Khairy adalah seorang pemimpin yang dihormati dan disegani oleh pihak pembangkang dan beliau sentiasa sedia menyahut cabaran dari pihak lawan bila-bila masa sahaja.

Rentetan sebelum : sila baca

3 comments:

  1. salam,

    Tahniah kepada YB KJ. Ini membuktikan bahawa ketua pemuda PAS itu hendak mencuba taringnya di gelanggang debat semasa.

    Semasa Salahudin Ayub berdebat dengan menteri KPHEDN dulu, walaupun isu kenaikan harga minyak sangat panas ketika itu, beliau tidaklah segarang mana juga. Malah kepetahan beliau dalam berdebat pula dipersoalkan oleh pengikut dan penyokongnya yang lain. Agaknya mungkin kerana gagap ataupun menggelabah ketika itu, tidak pasti.

    Kami percaya YB KJ pasti akan membenamkan ketua pemuda PAS kali ini sekaligus memadamkan segala persoalan yang diungkitkannya berkaitan perkara yang dibangkitkan. KJ telah membuktikan bahawa beliaulah pemimpin umno paling berani dan tidak memilih padang untuk turun bertempur (berdebat). Itulah pejuang sejati. Salam maju jaya kepada YB KJ.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro..

    1. Perubahan - Sikap keterbukaan Khairy ini amat dikagumi oleh Ketua Dewan Pemuda Pas dan menganggapnya sebagai satu era baru di mana parti pembangkang boleh bersekemuka dan duduk semeja bagi membincangkan isu-isu Melayu dan beliau merasa yakin bahawa Khairy adalah pemimpin muda yang mampu membawa pembaharuan kepada Pemuda dan akan memenangi pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.



    2. Berani - Sebenarnya ada wajarnya tindakan yang telah diambil oleh Khairy Jamaluddin agar Pemuda UMNO tidak dianggap sebagai penakut dan enggan membincangkan secara terbuka mengenai isu melibatkan bangsa. Tidak salah menerima surat jemputan tersebut dan keputusan untuk mengadakan debat akan diputuskan oleh Ketua Pemuda UMNO setelah membincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan Pemuda. Ini jelas membayangkan Pemuda tidak gentar dengan sebarang cabaran yang diberikan oleh pembangkang. Inilah pembaharuan yang perlu ada dalam Pemuda yang BERANI.



    3. Setiakawan - Sikap setiakawan juga perlu ada dalam pemuda bukan hanya dikalangan ahli tetapi perlu diterapkan dan ditunjukan kepada pemuda pembangkang untuk memenangi hati mereka. Sikap serang dan menghentam sahaja tidak mungkin akan dapat memujuk pemuda pembangkang untuk menerima UMNO.



    Khairy telah membuktikan bahawa beliau telah menerapkan sikap Pemuda perlu berubah, berani serta mempunyai sikap setiakawan tidak kira dengan sesiapa sahaja dalam pertemuan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda Pas tengah hari tadi. Sikap ini amat penting bagi Ketua Pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  3. Salam,
    sebagai bekas pendebat IPT..Andeh turut menyokong tindakan salahuddin dan khairy..Semoga DEBAT dikembangkan lagi demi memartabatkan budaya berfikir secara intelek. Cuma yang diharapkan, DEBAT yang bakal diadakan nnt lebih menekankan kepentingan pendidikan berkenaan PPSMI demi anak-anak Malaysia dan kepentingan hak asasi serta hal keselamatan negara. Usah berdebat demi kepentingan peribadi atau untuk memuaskan parti politik masing2 dan lari daripada kupasan sebenar isu yang menjadi perkara pokok.
    Wallahu a'lam.
    -Andeh-

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.