Penanti: BN tidak bertanding?
Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan Barisan Nasional (BN) mungkin tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN. Jika itu keadaannya, apakah Pakatan Rakyat akan menang mudah ataupun calon Bebas pula akan turun gelanggang?
Tegas Perdana Menteri, BN perlu melihat terlebih dahulu kewajaran pilihan raya kecil itu sama ada ia memberi manfaat kepada rakyat atau sebaliknya.
“Tidak tahu lagi (tarik diri atau tidak). Kita tengok dulu tetapi saya tidak ketepikan apa juga kemungkinan.
“Pilihan raya kecil ini bukan sebab peruntukan perlembagaan, kalau disebabkan perlembagaan, kita hormati,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan peringkat Parlimen Pekan sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan peringkat Parlimen Pekan sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri di Dataran Pekan di sini hari ini.
Datuk Seri Najib Razak menerima ucapan tahniah dan syabas daripada warga Kuantan pada majlis sambutan kepulangan Perdana Menteri di padang Majlis Perbandaran Kuantan Satu (MPK1) di Kuantan, hari ini. Beliau disambut meriah oleh kira-kira 40,000 rakyat negeri itu.
BRO...ABANG KAMAL TAK BERAPA FAHAM LA....MACAM MANA YE
ReplyDeleteOK nanti saya masuk blog abg kamal
ReplyDeleteSaya tak langsung dengan komen PM ni. Jangan jadi dayus. kami org2 Penanti tk mau diejek tadak teloq.
ReplyDeleteHAHAHAHAHA woi keris... kita org bukan dayus, tapi kita org malas nak layan budak2 higusan...
ReplyDeleteHAHAHAHA korang bertanding la sesama sendiri... tgk sape kuat? hahahahahak kelakar pungkoq aku...