Pages

Thursday, August 13, 2009

Bangunlah anak bangsa kita tentang pengkhianat bangsa!!!!


Kekuatan luahan rasa rakyat kini sudah mula terasa dan kebangkitan ini perlu diteruskan bagi menyedari mereka yang masih belum sedar dan bagi mereka yang masih belum mahu memahami dengan perjalanan politik yang kini menjadi pelik. Bukan kita bersifat perkauman, bukan kita membenci bangsa asing. Bukan kita tidak mahu berkawan dengan mereka atau tidak suka kepada mereka. Tetapi kita tidak mahu mereka memijak kepala kita, menuntut hak dan keistimewaan kita sebagai bangsa Melayu, Bumiputera,

Dulu mereka tidak begini, dulu mereka selesa juga dengan apa yang mereka perolehi, dulu mereka kaya juga dan dahulu mereka juga yang menguasai ekonomi. Dulu mereka tidak peduli dengan apa yang kita perolehi dan apa yang kita dapat. Hari ini mereka mencemburui kita dan hari ini mereka meminta hak kita dan seolah mereka mahu menghalau kita pula di ruang keselesaan kita. Hari ini mereka berani memijak kepala kita dan hari ini mereka berani menghina agama kita.

Kenapa ?

Kerana, ada Melayu di belakang mereka yang menyokong agar mereka menentang bangsa kita. Ada Melayu di belakang mereka yang suka tenguk kita hilang tanjak kita. Ada Melayu di belakang mereka yang berserban dan berjubah tetapi menumpang kuasa dengan mereka. Ada Melayu di belakang mereka yang akan menghalakan yang haram. Bukan kita tentang Islam, Bukan kita benci Melayu tetapi kita tentang ulamak yang sudah mula gila kuasa yang tidak lagi memperduli kan hukum hakam Islam. Kita benci Melayu yang mengkhianat Melayu.

Bukan kita benci Islam, tetapi kita bencikan parti yang bertopeng kan Islam. Bangunlah anak bangsa, bangunlah dari tiduran, sebelum anak anak cucu kita nanti kebulur dibumi sendiri, merempat di bumi kita sendiri.

3 comments:

  1. salam

    insyallah kesedaran akan hadir dalam jiwa golongan muda apabiula melihat kekalutan dalam pemikiran pemimpin PAS/PR ini

    setiap yang baik memang akan baik selamanya dan yang buruk hanya bertahan untuk seketika sahaja...


    salam

    ReplyDelete
  2. Sekarang sudah tiba masanya UMNO di pinggirkan oleh rakyat.

    Walau apa juga cara UMNO buat untuk ambil hati rakyat - pasti gagal.

    ReplyDelete
  3. Salam EX-UMNO,

    Ahli politik seperti pemimpin parti Pas cuma memikirkan bagaimana nak menang dalam pilihanraya akan datang tetapi pemimpin UMNO sebenarnya memikirkan apa yang akan berlaku kepada generasi akan datang. Inilah bezanya orang nak MENANG dengan membuat kesilapan dan orang yang kalah membuat perkara yang betul ...jadi kalah membuat perkara yang betul lebih baik daripada menang membuat salah kepada bangsanya.

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.