Masa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.
Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.
Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.
Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.
Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.
Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.
Saya menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat saya sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu "bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu" sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.
ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Orang Melayu mesti bersatu, itulah yang diwariskan oleh nenek moyang kita.
Melayu bersatu kemerdekaan diperjuangkan, martabat Raja-Raja Melayu dipertahankan, bangsa diperkasakan.
Bila Melayu telah bergerak kehadapan, mengapa persengketaan terus dipanjangkan.....
Mengapa Melayu terlalu lupa, kerana persengketaan Melayu sejak keagungan kerajaan Melaka, lebih 400 tahun bumi Melayu dijajah.
Kerana, jawatan dan kuasa, Melayu relah menjadi penderhaka, Melayu rela jadi pengkhianat negara.
Melayu dalam UMNO perlu bersatu dahulu, hapuskan sikap kepentingan diri, jangan membuka jalan kepada musuh mencelah.
UMNO perlu berubah, Melayu UMNO wajib bersatu sebelum kita membuka ruang untuk menyatukan selauruh umat Melayu di bumi ini.
Kalau sudah dalam rumah UMNO itu sendiri sudah berkelompok-kelompok, hasad dengki, iri hati, gila jawatan dan kuasa, merasuah untuk mendapatkan kuasa, sampai bila kita harus begini.
"Sebagai umat Islam kita hendaklah bersatu menetang musuh Islam,tak perlu menyebelahi musuh Islam yang bergelumang dg.......semata-mata selera politik cetek."
assalamualaikum.. islam perlu bersatu.. kuatnya org arab ketika zaman nabi dan shbt2 kerana islam..bukannye kuatnye islam kerana arab.. dan begitu juga..kuatnya melayu kerana islam..tue la waktu zaman kegmlngn melka..empayar melaka besar..sbb islam kuat..sampai di pggl serambi mekah..melayu x kuat sebab tolak islam..kerajaan yang tidak berlandaskan islam..pasti jtuh..tiada yg kekal.. ya Allah..bantulah mereka yang jujur dan ikhlas memperjuangkan agamaMu..
kita kena tgk iktibar nasib melayu di negara seberang tambak kita..mcmana melayu sana terpinggir, 13% saja tinggal..melayu sana x bole jadi pilot, jd menteri pun jaga portfolio alam sekitar je..
Umno ada penyakit dan perlu pembedahan untuk dipulihkan maka DS Najib ubatilah umno..kalau tidak melayu akan dihina ditanahair sendiri..kesan pru 12 sudah terang dah tersuluh.
Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.
Salam...
ReplyDeleteMasa telah sampai. Semboyan telah berbunyi. Gendang telah dipalu. Orang Melayu perlu bertindak untuk menyatukan semula bangsa kita yang kita cintai dan agama Islam yang kita anuti. Kesemua peringkat usia, sama ada golongan terpelajar, golongan ahli agama, pemimpin-pemimpin politik, pelajar, pendidik, golongan petani dan apa-apa sahaja golongan dari kelompok Melayu perlu mulakan gerakan ke akar umbi menyatukan semula puak-puak yang bertelagah ini demi agama dan bangsa.
Janganlah hanya mempunyai sikap membisu dan melihat sahaja tanpa melakukan tindakan demi penyatuan bangsa. Kita kena bertindak. Bukan masanya untuk kita menuding jari menyalahkan puak lain.
Usaha ini mesti berterusan dan tiada penghujung. Pastinya perjuangan kita akan disanjung oleh generasi akan datang. Kitalah yang bertanggungjawab memastikan agama Allah terpelihara dan bangsa kita bersatu, kuat dan tidak boleh diperlekehkan orang lain. Kita kembalikan kedudukan raja kita yang kita sayangi di tempat yang sepatutnya.
Satu semangat juang yang tinggi perlu ada pada setiap orang Melayu. Kita kumpulkan rakan-rakan berlainan fahaman politik untuk membentuk satu jemaah demi agama dan bangsa Melayu. Ibu bapa juga memainkan peranan sebagai penasihat terbaik kepada anak-anak. Ceritakanlah kepada mereka sejarah zaman dahulu dan pupukkan semangat cintakan agama dan bangsa.
Kepada para pemimpin politik, berdamailah. Semua orang Melayu melihat anda. Adakah cukup sekadar ungkapan atau slogan tanpa diterjemahkan dalam bentuk kenyataan? Ingatlah sejarah di zaman Rasulullah s.a.w. yang mana dua puak bersengketa bersatu, iaitu kaum Ansar dan Muhajirin. Setiap orang Islam adalah saudara kita. Fikirkanlah. Jangan terlalu taksub dengan fahaman politik masing-masing. Berfikir dan bertindaklah secara waras.
Kepada golongan ahli agama, berilah teladan yang baik kepada kami. Bimbinglah, nasihatilah. Kepada YB atau wakil rakyat, tidak kira apa parti anda, dampingilah orang Melayu, bantulah mereka jika mereka perlukan bantuan tanpa mengira parti. Parti hanyalah sebagai wadah perjuangan.
Saya menyeru kepada semua umat Melayu yang beragama Islam yang amat saya sayangi, kita buka lembaran baru yang pastinya akan menjadi satu sejarah yang paling indah. Jadikan isu "bagaimana untuk menyatukan semula orang-orang Melayu" sebagai topik perbualan kita walau di mana kita berada.
ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya. Itu janji Allah. Kita tunaikan tanggungjawab kita. Kita jadikan bangsa kita bangsa yang bermaruah, kuat pegangan agamanya, kuat dari segi fizikal juga mental, bersatu serta mempunyai semangat juang yang tinggi.
Salam perjuangan
Salam,
ReplyDeleteOrang Melayu mesti bersatu, itulah yang diwariskan oleh nenek moyang kita.
Melayu bersatu kemerdekaan diperjuangkan, martabat Raja-Raja Melayu dipertahankan, bangsa diperkasakan.
Bila Melayu telah bergerak kehadapan, mengapa persengketaan terus dipanjangkan.....
Mengapa Melayu terlalu lupa, kerana persengketaan Melayu sejak keagungan kerajaan Melaka, lebih 400 tahun bumi Melayu dijajah.
Kerana, jawatan dan kuasa, Melayu relah menjadi penderhaka, Melayu rela jadi pengkhianat negara.
Melayu dalam UMNO perlu bersatu dahulu, hapuskan sikap kepentingan diri, jangan membuka jalan kepada musuh mencelah.
UMNO perlu berubah, Melayu UMNO wajib bersatu sebelum kita membuka ruang untuk menyatukan selauruh umat Melayu di bumi ini.
Kalau sudah dalam rumah UMNO itu sendiri sudah berkelompok-kelompok, hasad dengki, iri hati, gila jawatan dan kuasa, merasuah untuk mendapatkan kuasa, sampai bila kita harus begini.
UMNO akan dijajah kalau berterusan begini.
"Sebagai umat Islam kita hendaklah bersatu menetang musuh Islam,tak perlu menyebelahi musuh Islam yang bergelumang dg.......semata-mata selera politik cetek."
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteislam perlu bersatu..
kuatnya org arab ketika zaman nabi dan shbt2 kerana islam..bukannye kuatnye islam kerana arab..
dan begitu juga..kuatnya melayu kerana islam..tue la waktu zaman kegmlngn melka..empayar melaka besar..sbb islam kuat..sampai di pggl serambi mekah..melayu x kuat sebab tolak islam..kerajaan yang tidak berlandaskan islam..pasti jtuh..tiada yg kekal..
ya Allah..bantulah mereka yang jujur dan ikhlas memperjuangkan agamaMu..
elakkan rasuah!!!... sumer akan ok...
ReplyDeletementaliti puak melayu pembangkang ni x bole nak refresh balik.. kena buat sesuatu tuk melayu bersatu..
ReplyDelete-Comments from Bro Jinggo Facebook
kene brainwash penyokong pembangkang ni... pemikiran dieorg ni terlalu taksub ngan pemimpin dieorg... aper yg pemimpin dieorg ckp, dieorg akan patut membabi buta... ermmm... klu pembangkang ni, sanggup putus sedara demi idelogi dieorg ni...