PORT DICKSON: Pemilihan bekas Menteri Besar, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang adalah berdasarkan populariti beliau di kalangan penduduk tempatan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan parti telah meneliti dengan sebaik mungkin sebelum membuat keputusan memilih Isa sebagai calon.
"Sebelum membuat keputusan, kita sudah buat tinjauan yang cukup rapi sampai ke peringkat akar umbi...di semua kawasan sama ada Melayu, Cina mahupun India. Mereka sudah lama kenal dengan Tan Sri Isa dan tahu jasa beliau.
"Orang kampung sudah tahu betapa mesranya Tan Sri Isa. Beliau popular di kalangan orang tempatan...jadi ini adalah kehendak pengundi," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Tambah Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, sejarah politik Isa yang pernah menghadapi tindakan disiplin kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti suatu ketika dahulu tidak akan menjadi penghalang untuk Umno memberi kepercayaan kepada beliau sebagai calon di DUN Bagan Pinang.
"Walaupun dalam sejarah politik beliau dahulu (pernah dikenakan tindakan disiplin)...itu tidak menjadi masalah kerana rakyat tempatan lebih mengenali hati budi beliau.
"Apa yang saya harapkan ialah agar kita menghadapi pilihan raya ini dengan telus," katanya.
Menurut beliau lagi, seluruh jentera parti akan menggunakan peluang yang ada untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap BN.
"Kita tahu ini adalah waktu yang terbaik bagi kita. Di samping itu, kita akan jelaskan dasar-dasar kita serta hala tuju kepimpinan Perdana Menteri kepada rakyat," katanya.
UMNO dah takde calon yang bersih sebab tu la pilih calon yang rasuah sebab slogan 1 Malaysia Kroni Didahulukan Rasuah Diutamakan
ReplyDeleteTakerRules95
ReplyDeleteTu pasal suruh nko sekolah ...nko malas
UMNO yakin boleh menang kat Bagan Pinang dengan 5000 undi pos. Buh kepala lembu pun boleh menang. Rasuah bukan lagi satu isu bagi penduduk Bagan Pinang. Jasa Isa menjadi sandaran...Jasa apa ke benda?
Sebelum tuduh UMNO tak bersih tengok le dulu pemimpin2 anda. Bersih suci sangat ker?
ReplyDeleteSapa bekas banduan dan peliwat. Penipu besar cakap diracun dengan arsenik, disuntik hiv,diburu untuk dibunuh. tapi hidup je lagi malaun tu..menipu sifat munafik tau!
Ada anak luar nikah - ADUN Bukit Selambau sampai kena resign!
Bersekedudukan dengan lelaki muslim - ADUN Bukit Lanjan
Gangstar, tokey rumah urut dan judi - Exco Selangor
Abai nafkah isteri muallah - ADUN Melor (PAS).
Buat ritual agama lain - Nizar dan Azmin..
woi tok mudin denga takerbeer95,
tengok2 le akhlak dan lagak pemimpin kamu tu sebelum pertikaikan orang lain.
zulkefly tu tmpt sendiri kat lenggeng pun tertonggeng inikan pula nak bikin kecoh di PD. Silap besar le bro.
N.Sembilan bukan macam kat Kelantan dgn Kedah..!
Blog ini sedang dipantau dengan menggunakan perisian khas kerana mengandungi artikel-artikel yang berbau fitnah dan hasutan. Apabila lokasi dan pemilik blog ini dapat dikesan, tindakan undang-undang akan diambil!
ReplyDeleteHarap maklum.