Pages

Sunday, January 31, 2010

Razali nafi Khairy didesak letak jawatan, laporan sebuah laman blog tidak benar sama sekali...



Lawatan Kerja YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia ke Labuan pada 30.01.2010. Turut serta adalah sebahagian Exco Pemuda.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim menafikan dakwaan wujud desakan daripada Exco pergerakan itu supaya Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin meletak jawatan.

Razali berkata, laporan sebuah laman blog yang mendakwa dua pertiga Exco Pemuda bersedia meletak jawatan untuk membolehkan pemilihan semula pergerakan itu diadakan dalam mesyuarat Exco, kelmarin adalah tidak benar sama sekali, sebaliknya mereka mencabar semua ahli supaya melepaskan jawatan masing-masing sekiranya tidak mampu menggalas tugas yang semakin mencabar dalam pergerakan itu.

“Apa yang berlaku, masing-masing dahagakan peranan untuk meningkatkan kerja dalam parti dan apa yang dinyatakan mungkin disalah tafsir dan diguna pihak tertentu yang berkepentingan.

“Yang disebut sebenarnya, kalau tidak mampu, kita letak jawatan. Maknanya bukan Ketua saja tapi semua Exco.

“Itu cabaran, bukan seperti digambarkan dalam blog, seolah-olah semua mahu letak jawatan,” katanya selepas majlis ramah mesra bersama pemimpin pelajar Kelab Umno Korea di ibu pejabat Umno di sini, semalam.

Beliau mengulas laman blog itu yang mendakwa mendapat maklumat mengenai seorang Exco Pemuda yang mendesak Khairy meletak jawatan kerana kegagalan beliau menterjemahkan hala tuju Pemuda selari dengan kepemimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Exco pergerakan itu, kelmarin.

Selain itu, dua pertiga Exco Pemuda juga didakwa kononnya sedia meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan semula pergerakan itu diadakan sekiranya selari dengan kehendak perlembagaan parti.

No comments:

Post a Comment

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.