Pages

Friday, March 19, 2010

Pemuda Selar Pembohongan Anwar Ibrahim Di Dewan Rakyat

Kuala Lumpur, 18 Mac – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin menggesa agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menarik balik serta memohon maaf di atas pembohongannya di dalam Dewan Rakyat, semalam, ketika membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tegasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim jelas membuat pembohongan yang menuduh kononnya gagasan 1Malaysia adalah diceduk daripada ilham dan cadangan APCO Worldwide (APCO), sebuah syarikat perunding komunikasi global dan bukannya idea daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Bagi membuktikan pembohongan itu, Khairy turut membacakan kenyataan APCO yang disiarkan hari ini bahawa mereka menafikan penglibatan mereka di dalam pembinaan Gagasan 1Malaysia.

“Malahan menurut APCO mereka cuma dilantik selepas Gagasan 1Malaysia telah diperkenalkan kepada umum dan lantikan mereka cuma berkenaan penilaian komunikasi media baru,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan.

Datuk Ahmad Maslan sebelum itu membaca petikan Penyata Rasmi Parlimen bertarikh 17 Mac berhubung kenyataan Ketua Pembangkang yang melemparkan tuduhan kononnya gagasan 1Malaysia adalah diceduk daripada ilham dan cadangan APCO.

Malah, Ketua Pembangkang turut mengatakan syarikat APCO adalah perunding kerajaan Israel bagi konsep One Israel.

Tuduhan itu dibuat semasa Ketua Pembangkang berucap bagi sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Tegas Khairy lagi APCO juga menafikan sebarang peranan di dalam kempen OneIsrael.

“Tuduhan Ketua Pembangkang itu adalah satu tuduhan yang serius dan dibuat semasa perbahasan Titah Di Raja di Dewan Rakyat,” tegas beliau.

Khairy turut menjelaskan bahawa beliau telah meminta Ketua Pembangkang mengemukakan bukti tapi sehingga kini tiada apa dan berdasarkan kenyataan APCO – sudah sah Ketua Pembangkang telah membuat satu pembohongan.

”Saya juga sempat mencelah semasa ucapan Titah Diraja oleh YB Ipoh Timur, Lim Kit Siang, berkenaan isu pembohongan ini dan YB Lim tidak dapat menjawab isu tersebut,” katanya.

Justeru beliau ingin menggesa Ketua Pembangkang untuk menarik balik serta memohon maaf di atas tuduhan dan pembohongan yang dibuat.

Tegasnya lagi jika Ketua Pembangkang masih tetap dengan ketetapan itu maka beliau mencabar Anwar agar membuat kenyataan itu di luar Dewan Rakyat supaya tindakan undang-undang dapat dilaksanakan.

Sumber : Laman Web Pemuda

1 comment:

  1. teruskan perjuangan menipu bangsa negara...teruskan mendosakan diri..kahkahkah

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.